Hooo! Mari Menari Tarian Ini!

>> Sunday, May 31, 2009





video
Perasan pandai je pon....

Read more...

Mahu Berjalan2: Aku Meluah Perasaan

Kalau mahu berjalan2 tempat orang, dan berada di sana untuk jangka masa yang agak lama, aku hendak mengesyorkan beberapa perkara demikian:

1) Belajar dialek tempat itu- Obviously, supaya kita jadi lebih mesra dengan penduduk tempatan, memudahkan urusan muamalat, dan yang penting, x kena tipu macam aku dan kawan2 semalam. (orang naik perahu pergi balik seringgit, kami kena 7 ringgit, cilakak x? Tapi sebab dah orang tua, kami malas ah nk bertekak.)

2) Belilah kamera yang bagus- Eh, aku x kata beli kamera mahal2 canggih2 sampai ribu2. Ikutlah kemampuan. Cuma, sayanglah kau berjalan tempat orang, tp ko x ambil gambar untuk buat kenangan. Kalau pergi beramai2, make sure at least beberapa orang ada kamera, sebabnye, kalo berpisah dengan org yang ade kamera tu (split grup la...), ko sure xde gambar langsung dowh!. Kalau guna camera phone ok saja, tapi, phone kan digunakan untuk berkomunikasi. kalau habes battery sebab amek gambar, apa2 jadi, susah beb!


3) Investlah untuk sepasang kasut yang selesa- Dah tau mahu berjalan banyak, xkan x boleh fikir. Sapa suruh kau pakai hi-heel setinggi 5 inci. Mati berurut la tiap2 malam beb! X bagus untuk posture badan juga sebenarnya, dan ok, mungkin nmpkkan ko lebih tggi, tp sebenarnya, bukan lah selesa mana pon. Haha! jangan tipu, sbb macam la aku xde hi-heels (beli jelah, pakai ade la sepuluh minit dalam setahun. X selesa!).

4) Bawaklah baju yang banyak dan variety- Ala, common sense lah, benda ni. Nak tunjuk gambar kt orang kampung pon malu nanti, kalau asik2 ulang baju yang sama je. Dah xde baju lain budak ni gamaknya, kata orang kampung. Dan juga untuk mengelakkan kena kutuk dengan kawan lain, especially kalo ko ade Facebook, Frenster, blog etc etc, sbb asek ulang baju yang sama. (ok, ni punya part, kesian aku dowh. aku baju sikit, miskin la katakan... T__T).

5) Bawaklah duit secukupnya- Actually, kalau boleh, lebih lagi bagus. Kau xtau apa yang menanti kt sana. Mungkin ada adat istiadat di tmpat ko pergi, yang kalau ko x pergi time tu, ko akan terlepas seumur hidup, tapi bayaran sedikit mahal. Inilah alasan kenapa perlu bawak duit lebih skit. Sayang ah kalo dah pergi tp ade benda x buat. Alang2 seluk pekasan, biar sampai ketiak masam.

6) Bawak sunblock yang secukupnya- Supaya bila kau balik rumah nnt, mak bapak ko masih kenal ko lagi. (owh, aku dah hitam wei, despite pakai sunblock pon. Siot!)

7) Bagpack- Senang ko nak sumbat semua benda dalam ni. Pakai beg 5x2 inci, apa kau boleh isi? Pad muat lah kot. LOL

8) Bawak sedikit makanan dan minuman dalam beg- Ala, x paham2 ke? Kalau lapar sgt smpai nak hypoglcaemia, ko makan la sikit. kot la pergi tmpt susah nak cr makan kan... senang la sikit. Air tu, penting! Kalau terik, dan ko pulak x cukup air, lunyai ah. Tapi jangan minum banyak gila pulak, satgi asek kena cari toilet. Dah la tmpt org, susahkan diri je nnt.

9) Invest in shades- Kalau ada duit lebih, belilah shades yang bagus, sbb reasonnya, shades cool kalau dipakai (wakakaka), tolong ko x jadi apek sepet mase berjalan2, x keringkan mata ko (esp sapa2 yg pakai contact lenses), dan mengelakkan mata2 orang gatal semasa berjalan! Ok x reasoning aku ni?

10) Bawaklah payung- Bukan bertujuan nak jadi Puspa Wangi, tapi kalau hujan, eh2, ni pon aku kena bgtau ke?

Dah la, banyak gila pulak aku bebel. Bak pergi sidai baju2 aku yg dah 3 jam x sidai. LOL

xoxo,

Gadis x puas hati!

p/s: Kan tajuk pon dah cakap, meluah perasaan, jadi entry ini sedikit emo. Sekian. Tammat.

Read more...

Cara Menangani Kutukan

Kalau kamu ada masalah dengan kehodohan fizikal, ataupon, kamu kurang cantik ke, kurang hensem ke, dan kemudian, satu hari, kamu kene kutuk sebab kekurangan kamu tu, aku nak bagi satu petua mcm mana nak balas balik kutukan orang tu.

Contoh:

A: Wei pompuan, ko ni muka kembang la.

Ok, jangan sedih sangat kalo org ckp ko mcm tu.

Tips num 1: Jangan tunjuk sangat ko tu meroyan habes dengan apa die cakap

Tips num 2: Jangan menangis

Tips num 3: Jangan pulak ko maki die balik

Sebaliknya, ko cakap mcm ni:

" Oh, ya la. Baru aku perasan, ko manusia paling perfect dalam dunia ni. (pastu senaraikan la bibir ulas limau, kaki panjang sejinjang, dada bidang macam badang, dan apa yg korg boleh fikirkan, dan cakap la yang konon2nya si pengutuk ni ada semua ni..), kemudian puji dia gila2 babi tentang kesempurnaan dia, yang mana, aku konfem gila, mana ada manusia perfect macam tu. Jangan percaya buku cerita!

Aku berani jamin ah, si pengutuk akan terdiam sendiri sebab lepas tu, dia pon sedar, macam la dia perfect sangat. Dijamin berkesan, sebab aku selalu guna.

Sekian.

p/s: Muka kembang? LOL

Read more...

Segera atau Tapau?

>> Saturday, May 30, 2009

Aku sudah lama tau aku pelik, tapi aku makin pelik bila readers blog ni, suka benar dengan entry2 aku yg pelik. Lagi pelik, lagi korg suka ek? Ok, semalam crita pasal korek hidung. Aku nak cerita tentang kentut pulak lah...

Semua manusia kentut, jadi aku rasa normal saja benda ni. Mungkin ko rasa aku perempuan kurg sopan sebab selamba badak je cerita psl korek hidung la, kentut la, tp aku peduli apa.

Aku mengkategorikan kentut kepada 2 jenis;


a) Segera


b) Tapau (bungkus)


Eh? Tak faham? Mari aku terangkan dengan lebih lanjut. Ini adalah permainan aku dengan adik2 aku mase kecik2 (eh, sebenarnya sampai sekarang pon!). Hew hew hew (gelak aku yang baru).

Bila aku rasa nak kentut, aku akan tanya adik aku (Amir atau Izzatilah siapa lg, mana yg lebih dekat selalunya jadi mangsa..). Aku tanya mcm ni tiba-tiba.


"Hang nak segera ke bungkus?".

Disebabkan adik2 aku jauh lebih muda dari aku dan otak mereka masih kurg berkembang (mcm smpi skrg saja pon aku rasa..hew hew hew), mereka akan tgk aku balik smbil terpinga2.


Argh! Siot. Lambat gila nak jawab. Buat2 muka comel pulak. Aku dah x tahan dah ni! Jadi selalunya, mereka akan dapat kentut segera; kena kentut betul2 depan muka. Hew hew hew.


Kalau tapau, guna tapak tangan dan 'bungkus', lepas tu, tutup hidung dorg! Yeay! Patutlah dua2 x berkembang sangat. Kecik2 dulu makan kentut kakak. Hew hew hew.


Adik-adik aku yang selalu makan kentut.


Sekian.
TAMMAT (mcm cerita P Ramlee dolu2 kan?)


Read more...

Fort Margherita: Kisah Kanak2 Miskin


Haritok kamek sama kawan2 pergi Fort Margherita. Malas nk cerita panjang. Nnt korg boring. tgk jelah apa yg aku snap ni. Sekian.




Gambar tipikal.


Di depan Fort Marg.


Tempat org kena gantung! Ada tengkorak dalam tu!


Ini tengkorak real. Gua x tipu lu semua.


Ah, aku buat berani.


Mau hancur muka ke?


Hello kawan2!


Heee...


Nija, dan tangga dalam bangunan. Sempit!

p/s: Jangan la cari rezeki dengan cara menipu. Haram weh, kesian la kami yang student miskin2 ni!

Read more...

Korek Hidung

Bila aku sudah mengantuk dan nak tidur, ada pulak manusia tanya soalan mcm ni..

"Korek idung pakai apa?".

Cet!

Jawapan: Ibu jari kaki.

Sekian, wassalam.

Read more...

Jual Burger Ke Bang?

Aku duduk di satu taman perumahan terpencil, di mana kalo nk pergi rumah aku, korg kena naik rakit (bwk kereta atas rakit), sungai yg korg naik tu byk buaya, lepas tu, lalu hutan (yg mana, korg bukak payung la ye takut2 ular atas pokok jatuh ke bawah, macam cerita Musang Berjanggut), dan meredah padang pasir selama beberapa hari. T__T



Gambar menunjukkan location rumah aku.
Kuning-Rumah aku
Hijau- Kedai Jual Kereta Terpakai
Biru- Bengkel
Pink-Stall burger

Ok, sebenarnya entry ni nak menceritakan tentang location rumah aku yg agak pelik. Mak aku beli tanah ni, tahun 2003, beli dengan cara lawan tender (dan menang), dan buat rumah di situ. Masa tu, parents aku mmg tgh gila nak buat rumah sebijik. Mungkin nak setel down cepat2 kot. Padahal rumah yg aku duduk time tu pon, mmg dah abes bayar. (Apa aku merepek ni?)

Rumah aku: Rumah yg best! Sejuk, nyaman, selesa, blablabla. Syurgaku rumahku la kira! (Yang penting toilet bersih. Ya, aku obses dengan kebersihan toilet. Sekian)

Kedai Jual Kereta Terpakai: Terima kasih kepada wireless free dorg, aku dpt beronline di rumah. Rumah aku xde streamyx, kampung la katakan. Haha. Alasan!

Bengkel Kereta: Ya, mmg tmpt ini penuh dengan mekanik2 tidak berbaju, tapi uh, mereka tidak seksi.

Stall burger: Ok, stall burger ini menarik. Mereka buat delivery ke rumah. Rumah org aku xtau, tp rumah aku mmg dorg buat. Aku kluar ke situ naik kereta, pesan 4 bijik burger, then dorg akan ckp cmni, "Akak duduk umah yg kaler oren tu kan? Nnti dah siap kami hantar sana ok!". Wo ho, bes gila beb!

Stall burger ni, penuh dengan budak2 muda. Yang jual burgernye sorg je, tp yg melepak situ, Ya Allah, macam semut hurung gula korg tau. Adalah 10 orang yg main gitar kt situ tiap2 malam, padahal sekor je dok masak. Hampeh. Kalo aku yg perempuan ni, mmg sebenarnye agak segan (aku pandai segan jugak ek?) nk pergi stall tu (sbb tu aku kluar ke situ naik kereta, tho jarak die adalah 15 meter dr rumah aku), tapi satu hari, bila aku cerita kt abah aku, yg aku sebenarnye malas nk pergi stall burger tu sbb ramai sgt lelaki, abah aku buat satu statement yg buat aku gelak x henti. (korg jgn x gelak pulak!)

" Hang igt, hang sorg ka segan. Hang x pa la perempuan, ni abah hat tua berjanggut pon naik segan pi tempat penuh laki tu...". Huh? Abah pon segan ke? LOL.

Read more...

Tagged!

>> Friday, May 29, 2009

Aku kena tag, dan sebab aku boring, aku nk jwb tag ni (Hanis kamu jgn kecik ati, I x minat artis sgt. Angelina Jolie je, jd I x layan tag u tu... =P)

1. Kalau anda jadi orang terkaya didunia?
a. mahu sogok sume pensyarah2 kasik aku A setiap kali exam
b. mahu dpt medical degree dengan pergi sekolah 3 taun saja (rasuah la, apa lg)
c. Ok, sudah2 la nak merasuah org. Nak bawak family aku berjalan ke semua negara yg wujud kat dunia
d. Bina rumah percutian kt semua negara di dunia
e. Bina hospital free kt rakyat2 susah.
f. Hantar adik2 pergi belajar kt sekolah bagus (weh, terharu x adik2 ku T__T)
g. Bayar semua keperluan kawan2 yg sama2 buat elektif kt Srawak (baru 2 mggu dah pokai ni. Siot)
h. Nak buat filem dan aku adalah slh seorang pelakon dlm movie tu (co-starring: Jolie, Brad Pitt, Chris Evans, dan Dennis Oh)
i. Bagi duit kt org2 yang baca blog aku. Hahaha (poyo ass)

2. Kalau anda jadi orang terseksi didunia?
Eh, bukan dah mmg ke? LOL (ok2, sila muntah)

3. Kalau anda perlu terjun dr tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
Ape ke bangang. Dari terjun, baik aku belikan pulau ke, lg berfaedah.

4. Kalau orang kata blog awak teruk nak mampus?
Haha. Kalo berani, try la. (sebenarnye, seorg yg takut dikritik. LOL)

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda
Ok saja. Hahahahahaha. (Mak bapak mesti cr yg ok2 punya.tmbah2 mak bapak aku, memilih gila!)

6. Kalau tiada lagi hari esok?
Mintak maaf dgn semua org, dan segera bertaubat.

7. Kalau orang yang anda benci berada didepan anda ?
Selalu je. tp aku x buat pape pon, cuma cari rakan kutuk yg x suka member tu gk, dan sama2 mencebik. (alah, cm korg x buat je)

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?
Durian? Petai? Jering? Pecal yg dah basi dan berlendir? Ulat hidup? Bring it on babe!

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Ya Allah, sedihnya. (xnak jawab mende ni)

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati. nyatakan nama artis/selebriti tersebut.
Angelina Jolie, Brad Pitt, Chris Evan, Dennis Oh. Ajak mereka kahwin dengan aku. =P

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Tahun depan dpt ler, x lama dah tu. Lepas tu, satu Malaysia pon boleh =P

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik ?
Gelak, dan lepas tu buat kerja mcm biasa.

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Berusaha sebarkan balik kt org (mcm cerita seorg lelaki mat salleh di Thailand. Korg tau psl die?)

14. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
No komen. Soalan terlalu ringkas. X paham. Pura2 x paham, mungkin...

15. Kalau anda memenangi anugerah? dan anugerah apa yang anda inginkan?
Urm, x layak mana2 pon. malas berangan.

16. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing, bangsa asing mana yang anda inginkan?
No komen.

17. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Selalu je. Tu mak abah kt rumah. Ok je..

18. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
X buat pape. lantak korg la. yg cemburu sapa suruh. xde apa nk dicemburukan.

19. Mengenai orang yang tag kamu ini;
Isya yg lately mcm org angau =P

20. Saya tag mereka pula.
Tidak bercadang mengetag sesiapa. Kamu selamat!

Read more...

Kamu Suka Chatting?

Aku rasa siapa2 saja yang membaca blog ini (sengaja atau x sengaja) pasti turut terlibat dalam aktiviti ber'chatting'.

Ok, beberapa fact (x tahu la fun ke x) mengenai chatting. Entry ini dibuat berdasarkan pengalaman aku berchatting dekat sedekad lamanya (dr tingkatan 2)

1) Pen'chatting'2 selalunya mempunyai threshold untuk mengantuk yg tinggi, especially waktu malam (sebab time itulah ramai org online, ye x?)

2) Pen'chatting' selalunya mempunyai kebolehan menaip yg agak menakjubkan (laju nk mati, dan smpi x payah tgk keyboard dah la..)

3) Pen'chatting' kebanyakannya lama2 mesti pakai spek (padan muka!)

4) Pen'chatting' yang aku selalu nampak, akan reply/guna 'hahaha' bila rakan chatting bercerita sesuatu, dan dia x tahu nak reply apa balik (ni bende yg slalu gila aku buat, tp skrg, aku lebih jujur, aku akan ckp yg 'hahaha' aku tu mmg x ikhlas.

5) Pen'chatting' kebanyakkannya akan mengalami masalah mengantuk di kelas (ni kira tahap tegar lerrr) sebab kuota waktu untuk tidur dah burn sbb asek chatting je

6) Pen'chatting' selalunya mempunyai kebolehan multi-tasking (taip sambil makan, taip smbil masak, taip sambil iron baju =P...)

7) Pen'chatting' selalunya selalu kena bebel dengan ibu bapa sebab bil tepon jadi mahal (ni zaman2 dial up, masa tu mmg mahal, rumah aku pernah kena 300rm sebulan untuk internet saja..)

8) Pen'chatting' remaja (zaman sekolah menengah) yg aktif, especially lepas naik sekolah lepas cuti, tiba2 saja akan mempunyai ramai member (hasil chatting la, apa lg)

9) Pen'chatting' mempunyai bahasa IM sendiri seperti: LOL, otw,wtf (eh aku?), brb, ala.. korg pon tau kan.mesti lg expert dr aku..

10) Ni last, sbb aku dah penat taip. Pen'chatting' selalunya mesti akan sangkut dengan rakan chatting mereka, at least sekali. Percayalah cakap aku, I've seen too many cases =P.

p/s: Apa korg senyum2? Betul kan? Voice out your opinions, and let me know if you are agree with me or not ok?


Read more...

Topap

>> Thursday, May 28, 2009

Satu malam yg sunyi, bosan dan panas (insert bunyi katak dan angsa di sini)

Aku: Abah, tgh buat apa. Yadayadayadayadayada... Tolong topapkan num celcom Amy. Rm10 pon pon xpe. TQ

Lame diam xde reply.. Sejam kemudian:

Abah: Ok, sat na. Abah baru balik surau td, hp tggl kt umah.

Aku: OK.

10 min kemudian, abah pon topapkan. Aku sebagai seorg anak yg konon2 grateful pon reply:

Aku: Trima Kasih daun keladi. Hehe

Abah: Apa TQ2. Masuk bil la...

Cet, xtau la dah berapa ratus ribu bil aku tu kalo nk bayar esok2 bila dah kerja. Mau habis gaji dengan bayar bil saja gamaknya...

Read more...

Manusia Hanya Merancang...

Manusia hanya merancang, tp Tuhan yg menentukan. Benda yg slalu gila dgr kan? Nak dijadikan cerita, semalam kami ponteng kelas beramai2 kan? Sebenarnye, yg kira "kepala" ajak ponteng tu, Azreen (x, aku x slhkan ko ke apa, tp saja je nk crita). Kami sumer pon xdela kesah. Ok je, sbb pergi ward pon, mcm ler boleh pandai. Hehe

Daripada 13 org yg sedang berelektif di sini, 10 buat posting medicine, dan lg 3 buat paediatrics. Azreen ni buat paeds la. Sebelum kami ponteng tu, aku tanya die, ok ke korg nk ponteng ni? sbb korg 3 org saja, jadi kalo ponteng, org nmpk sgt, sbb time tu kebetulan, xde budak Uni lain buat paeds. Tapi medicine mmg ramai. but since dorg insist jugak and ckp xpe, ok je kalo ponteng, oh well~

Jadi selepas puas bergembira semalam, kami pon kembali bertugas hari ini. Mula2 takut la nk pergi pg td, kot2 org perasan la yg kami ponteng. Rupa2nya, xde sapa pon yg peduli. Yatta! Boleh la buat selalu. (tahun lepas, aku buat elektif di hosp Parit Buntar pon, aku pergi seminggu je daripada 4 minggu yg wajib. Nasib baik dpt A jugak. LOL)

Rupa2nya geng2 paeds telah dikesan ponteng, maka hari ini mereka kena buat extra work! Haha! Kena pergi petang dan siap present cases lg. Ah~ Selamat bertugas (lebih masa) buat Azreen, Shafika Derahman dan Azhari! =P

p/s: Aku nk pergi smbung makan sugar cracker ni. Bes siot! Dan aku skrg tgh mengidam nak makan donut Big Apple. Oh~ mengapa mesti mengidam kt tmpt yg susah nk cr benda2 tu!--> mode homesick T__T

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: Orang Utan Punya Story

>> Wednesday, May 27, 2009



Kisah Kami Mengembara Ke Hutan Yang Tebal Dan Basah (sbb hujan daaa)

Selepas ke Crocodile Farm, kami pon menggunakan perkhidmatan pakcik van sapu yang sama utk ke Semenggoh Wild Life Centre. Blablablabla, kami pon sampai dalam 10min kemudian. Ok lah, x jauh sgt.

Sampai dalam pukul 11.45am, rupa2nya, tmpt tu tutup pukul 12.oopm, bukak balik pukul 3 pm. Abestu? Mcam mana ni? Kami pon tanya, dalam ni ade surau dan cafe x? Pak guard tu jawab xde. Hello~ Ini Malaysia ke? Surau pon xde. Pelik btol aku. Knape x sensitif langsung dengan keperluan orang ni. (ok, nnt korg jwb plak, nk smbahyang mane2 pon xpe kan? Jgn nak bg alasan! Ok, tp itu tmpt ah, toilet pon tarak ooo..)

Maka kami pon ambil keputusan utk stay jgk la kt situ, xkan nak balik kot, alang2 dah sampai, bayar van sapu mahal2. Jadi kami pon berjalan kaki ke sebuah pejabat penyelidikan tumbuh-tumbuhan yg berdekatan, dan cari surau. Xde surau jgk! Pelik2. Apa ni? Tapi pakcik pekerja di situ, mmg baik gila! Dia ckp, surau xde, tp leh tumpang ofis tu untuk sembahyang dan rehat2, sementara kami nk tggu tmpt Orang Utan tu bukak balik. OK, tQ pakcik. Kamu mmg terbaik! Dia siap bg pinjam motor die lg, suruh beli makanan, sbb mungkin nmpk kami mcm kelaparan sgt2. Jadi Atiyah pon pergi la dgn Pika S'wak, naik motor dan beli 10 tapau nasik! LOL

Selepas makan, bersolat Zohor dan mengucapkan berbanyak terima kasih kt pakcik baik tu (aku bajet nk tulis kt paper ah esok2), kami pon jalan balik ke tmpt Orang Utan tu (adelah 5 min jalan)...

Sayang, gambar x dpt ambil byk sbb hujan! Haih.....



Bangunan je cntik, ape pon xde dlm tu.



Pheww! (terer gila bergayut!)



Hey, kamu tgk sini!



Nyot nyot



Nyot nyot lg



Gugugugu.


EEEkkkk!



Nyot nyot.

Mat saleh mmg ramai, kami saja local kot rasanya. Nasib baik la aku cas kamera cukup2 smlm, jadi aku dpt ambil gmbar la jgk. sbb kwn2 aku, sume abes battery (mustahil aku lupa cas kamera, kalo x, mau nangis kt situ jgk!)



Gambar yg diambil oleh lelaki mat saleh yg macho =P




Aku:Hey, can u push the button a little bit longer please?
Mat saleh: Ok, no biggie!




Erk? Mana spek skema?



Aku yg berpoyo berpayung seketika. LOL

p/s: Selepas ambil gambar sikit2 (btol, mmg x byk, sbb hujan), kami pon balik dan tiba di hostel lebeh kurg pukul 4.30 pm. Happy!

Sekian...

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: The Crocodile Farm


Percubaan aku menjadi nerd dengan pakai kemeja dan kasut separa formal.
Dan juga cermin mata tebal yang aku beli di Tesco berharga rm12

Hari ni kami sepakat untuk ponteng kelas. Sebab kami malas. Dan konon2 sbb plg kuat digunakan ialah, ada seorg specialist (nama dirahsiakan =P) kt sini ckp, die xnak tgk muka kami sgt kt ward. Dia nak kami meneroka keindahan Sarawak sementara masih muda ni, sbb die kata, 20-30 tahun lg, kami xkan menyesal kerana x buat medicine dgn bersungguh2, instead kami akan menyesal kerana x cukup enjoy hidup (wah3, lagho ah aku T__T. Mintak maaf kwn2.)

Jadi kami decide untuk pergi ke Crocodile Farm yg terletak dlm 45min perjalanan dr Kuching. Kami naik van sapu (sorg kene pow rm5, adeh, pedih wallet rabak aku tu).
Setelah 45min perjalanan menaiki van cabuk smpai sakit punggung aku sbb span seat die dah nipis (haha, x lucah kan?), kami pon tiba di di destinasi.

Ok, mari beli tiket.
Oh wait! Apahal tiket mahal gila wei?? RM 16 for Adult (ni malas membesar dan menua ni! Dah la mahal, sume kena bayar sendiri!). Pastu, pelik gila cara price ticketing die, selalunya korg pergi mana2, sama ada dia buat Malaysia and Foreigner, x pon ade student price kan? Tapi kt sini, die buat Sarawakian and Others sahaja. Sah2 la kami dalam Others tu. (Sarawakian byr rm10 Saja. X aci la wei. Igt nk dtg Kuching aku naik rakit buluh merentas Laut China Selatan ke?).

Jadi kami pon cuba2 jadi Sarawakian. Sempat la mengasah dialek sana. Kamek mmg oghang Saghawak! Kita sik caya sama kamek ka?. Ok. PERFECT! Sampai di kaunter, kami pon cakap kami org Sarawak. Tiba2, org kaunter lg pandai, dia mintak IC daa. Cet. Cilakak. Puas dah merayu pon, siap ckp student miskin dr Sabah pon x nak caya, jadi apa boleh buat, 16 ringgit pon, 16 ringgit la. Alang2 menyeluk pekasam, biar masam ketiak tu! ( Buat penat aku pakai Rexona No Sweat challenge saja!). Bayar, kemudian masuk. Adalah sempat aku jatuhkan syling2 aku kot2 la die nk kasik murah (yelah, nk ckp ade syiling je, kire miskin la ni..), tp sume taktik hebat2 aku x menjadi. Pandai2...


Ok, kami pon masuk, amek2 gambar skit (ok, x sikit, ade la 4 ratus keping kot! haha). Kami bernasib baik time kami dtg tu, mmg time nak bagi makan buaya tu. Jadi, untuk tidak memanjangkan cerita lagi, korg usya lah gambar2 yg x seberapa ni. Penat siot aku tggu nk dpt snap gambar die sambar trachea and lungs tu. Nasib baik dapat! Happy!




Nganga luas2 bang!


Yeay! Dapat snap!


Nyum Nyum Nyum.


Cute gila benda ni! Meow~


Eh, eh, apa hal ni!

p/s: Post Orang Utan tggu sat na. Nak karang dulu. =P

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: Preview


Preview untuk entry selepas ini. Penat, tp excited nak cerita kt korg!


I must say that I'm glad I own a DSLR camera =)

p/s: Gua sudah miskin beb jalan2 ni. Aiya..

Read more...

Jangan Salahkan Kami

>> Tuesday, May 26, 2009

Harini aku nak buat satu entry yang memback-up diri sendiri dan rakan2 sekelas aku ( skrg ni) .Korang suka ke tak dengan entry ni ke, nak ckp aku poyo ke, aku x peduli. Hehehe.

* * * * *

Tadi aku dan Pika browse pasal kek lapis S'wak yg cntik2 dan best. Lepas satu, satu page kami bukak sbb kami terpegun mcm mana org boleh buat kek lapis yg begitu neat dan cun gila smpi rasa, mcm "Eh, tah2 dorg photoshop ke gambar ni, mane kita tau kan?".

Lepas tu, entah macam mana kami terbukak satu page yg tunjuk die buat fondant cake yg cantik gila! Series cantik. Aku nk mntk kebenaran kt tuan punya page dulu lah utk tunjuk kt korg, sbb takut kena saman plak amek gambar org suka hati kan?

Lepas tu entah mcm mane, Pika ckp, kwn die yg duduk oversea pon pandai buat kek2 mcm ni (aku rasa, cupcakes kot, sbb mende tu trend kan? Xtahulah kalo korg gila buat fondant cake jgk. Grandious gila!). Dia pon start la melancholic knapa die x pandai buat kek blablablabla. (eh, die pernah nangis tau sbb kek coklat die x naik mase bakar. aku bajet kurg tepung la... LOL).

Jadi aku sebagai rumate yg kadang2 angelic, tp most of the tym perangai mcm pelesit pon console la die. Aku cakap la, jgn la risau. Dorg kn duduk rumah, ada kemudahan oven, dapur, mixer yadayada... apa yg nak di expect? Kalo dorg bosan, sng saje dorg nak memasak ke, membakar ke, panggang ke, rebus, stim, dan segala jenis masakan yg dorg nak. Ini kita, umur 22 *uhuk* (ni aku saja, korg tmbah setahun ok =P), dok pergi lagi kedai/kafe, makan nasik dlm polistrin (btol ke eja dia mcm ni?). Asek2 tempe, sambal terung, ayam goreng. Sampai muka pon dah mcm tempe. LOL. Mana nk dtgnye skill masak tu.

Jadi point memback-up diri ialah: jangan salahkan aku kalo aku x pandai baking yadayada, sbb aku spend 9/10 dari kehidupan remaja aku di asrama. (Sekali lg, kalo korg x suka entry ni, aku x peduli.Hahaha).

Jadi bila org nak fire aku balik, "Habis cuti ko buat apa kt rumah?". Aku akan hanya bagi rspons manja dan meluat mcm ni kt korg, "Erm, bermanja dengan ibu bapa," . Wahahahaha.

Ok, sudah lah merapu, aku dah xde idea apa nak tulis, jadi terpaksa buat entry yang makin merepek. Manusia mmg suka dtg dengan seribu alasan kan? Salah seorangnya adalah aku la. Ngehehe.

p/s: Tapi kepada bakal mak2-mertua(sbb xtahu lg sapa kan, jd plural la instead of singular) saya pandai masak Laksa Penang. Tak tipu! =P

Read more...

Cinta Gadis Dependent dan Jejaka Bisu

>> Monday, May 25, 2009

Ini adalah kisah benar seorang rakan (gadis itu kita namakan Omo). Berlaku kira-kira 8 tahun di sebuah pekan kecil di negeri X.

Satu hari, gadis yg sedang rebel lari dari rumah dan duduk di rumah kedua (kira rumah percutian la ni)..

Dia berehat2 di tepi pantai di atas sebuah batu besar. Tiba-tiba, datang sebiji bola yang buruk dan busuk bergolek di hadapannya. Bau busuk bola itu sangat "baeng " sampai menyengat hidungnya. 5 saat selepas itu, datanglah seorang lelaki untuk claim balik bola busuk itu. Bila S cuba bercakap dengan lelaki itu, barulah dia tahu, lelaki itu rupanya bisu...Kita namakan lelaki itu B.

Sejak hari itu, mereka menjadi kawan. Setiap petang mereka akan dating di tempat yg sama dan oleh kerana lelaki itu bisu, mestilah mereka susah untuk berkomunikasi, jadi mode of communication mereka time tu ialah melukis di atas pasir (romantik x?). Hint: Omo seorang yg terer gila melukis.

Mereka meneruskan kisah percintaan mereka sampai ke Tahun Pertama pengajian Omo di Medical School (hint kedua). Kami akan tahu Omo pergi dating kalo dia tiba2 takde kat bilik, pastu petang balik dengan buku latihan kotak2 maths untuk buat tulisan Cina (hint ketiga: dia ambil kelas Mandarin). Dia bercerita kt kami yg buku kotak2 tu, B yang bagi (ni aku xtau romantik ke x..hahaha)

Namun kisah percintaan mereka terpaksa dihentikan kerana tentangan GB M dan GB N (mak bapak Omo), sebab lelaki itu bisu, kemudian berbangsa yg lain dr keluarga Omo, dan agama pn x sama.

Sejak hari itu, Omo menjadi seorang perempuan yg minat perempuan.. (korang igt post aku yg kwn aku asek2 minat perempuan tu? Itulah orangnya...)

Sekian =)


Read more...

Lagu Itu...

Satu malam yg membosankan, aku dan Nija sedang berbaring2 dan cuba membuat sebuah lagu..

Aku came out dengan lirik utk ayat pertama:

" If I see your face again......"

Namun, usaha kami terhenti kerana bait2 seterusnya, semuanya mengarut dan x dpt diterima akal...mungkin x sesuai untuk diceritakan di sini. =P

Itu belum masuk lagi bergaduh pasal royalti untuk lagu, termasuk perasan akan membuat persembahan mcm Yuna, macam mana nak skip kelas, dan terbayang Dean panggil sbb slalu ponteng untuk buat show...

Tapi kami lupa, lagu kami masih satu ayat...

p/s: Kami memang perasan. X boleh jadi penyanyi/komposer langsung. Haha

Read more...

Jumpin' Jumpin'


We might be a bit older and all, but hey, what about showing off some of our jump moves? Dedicated to all my 4th year groupmates. Thanks for everything! If any of you guys are reading this, it was fun kan doing all this lompat2?


Let see......



Dari kiri: Zulfa, Mimi, Zati



Smart gila! Pic of Azman. Gambar diambil oleh yours truly =P



Percubaan aku belajar tarian klasik India. Ok x?



Di Pantai Kulambu. Weee!
From left: Mimi, Kai Fei, May Feng, Amy Voo, Aaron, Marne, Aizat



From left: Azman, Aaron, Mimi, Izati, May Feng, Amy Voo, Kai Fei and Shea Wah


p/s: My group is definitely the best at jumping!

Read more...

I Am Grateful With My Life

1) Aku tak pandai tp Allah bg jugak chance jadi doctor (insyaAllah graduating within 1 year time). I just love the idea of making my parents proud of who I am now. This is the least I could do. TQ for those long hard years of bringing me up...

2) Emak adalah seorang pesakit barah payudara (was diagnosed in 2003), but Alhamdulillah skrg dah baik, dan harap2 sgt mak sihat dan xde ape2 complications. Aku dah x sanggup nak lalui fasa mak sakit ni.

3) Physically rasanya tidak lah terlalu hodoh sampai menjadi bahan ejekan masyarakat. LOL. (ini kisah SPP la ni... tp ini private joke yg sudah lapuk, kalo aku cerita pon takde sapa paham kecuali Pika and Nija)

4) Walopon miskin hina, tetapi masih mampu beli DSLR (ahahahahaha).

5) Mempunyai ibu bapa yg tidak memanjakan aku melampau2 masa kecil, jadi bila besar aku boleh survive di mana2 saja, under apa2 conditions pon...

6) Sudah lama ade lesen kereta yg membolehkan aku pergi mana2 saja aku nak tanpa halangan (dan parents aku pon x pernah kisah)

7) Continuation dr num 6, mempunyai ibu bapa yg percayakan aku almost 100% (even aku lwn ckp kadang2, aku x tipu parents aku)...

8) Mempunyai kawan2 yg baik dan kadang2 terlampau baik smpi aku naik segan. Minta maaf. Aku x pandai mengekspresikan perasaan..LOL

9) Lulus PTS (lompat kelas, darjah 3 naik darjah 5 tu..) pada tahun 1996, satu2nya budak yg lulus kt skolah aku time tu, jadi skrg, aku muda setahun dr rakan2 batch yg lain. Jgn jeles korg =P

10) I came from a mixed descendant of Malay (abah) and Chinese (mak).

11) Mempunyai blog yg berwarna warni, dan sgt syg pada blog ini. Terima kasih pada yg sudi membaca =)

Sekian =)

p/s: Aku x dpt attend ward harini, sakit perut, but I'm grateful because at least I'm still alive! Alhamdulillah ~

Read more...

Jangan Senyum!

Aku adalah kategori manusia yg malas nak senyum. Tak tahu kenapa, tp dr kecik lg malas. And honestly speaking, I like myself better that way.

Masalah timbul bila org slalu komplen knapa muka aku asyek masam. Aku pon x paham. Series selalu gila. Ini antara episod2 aku ditegur oleh orang tentang kemalasan aku nak senyum:


1) Ditegur Bonda Norhayati (Pengetua SmapK) semasa amek result SPM. Dia cakap cmni, " Cuba la senyum sikit, tgk macam kwn kamu sebelah tu (merujuk kepada Hayati Talib), sebab selalu senyum la die ada boyfriend..". Erk? Ada sapa nk komen pape? Hahahaha.


2) Selalu gila ditegur mase pergi tuisyen add maths masa zaman sekolah menengah oleh Cikgu Latip. Eh cikgu, saya byr dah kan yuran tu? (aku pergi tuisyen tp x pandai2 pon, hampeh sungguh. Takkan sebab x senyum kot? LOL).


3) Ditegur beberapa kali semasa posting Orthopedics oleh Mr. S (weeeee), kenapa muka nampak risau dan masam. Selalunya akan ditanya macam ni , " Kenapa masam saja Amy? Kamu gaduh dengan boyfren ke semalam?". Penerangan- saya xde bf la Mr. S. Kamu nak jd bf saya x? Hehe.
Owh ya, Mr. S adalah lecturer Orthopedics yang sudah berkahwin, berusia 42 tahun dan aku rasa anak dia paling kurang 4 org. =P

Banyak lg la occassions tp malas nk cerita semua sbb nnt korg pon penat nak baca aku membebel kan? Jadi bila dtg Sarawak ni, aku pon berjinak2 senyum dalam gambar, tp kesudahannya, rumate aku ckp, muka aku jadi pelik dan x sesuai. Mesti sebab x biasa kan? Siap die ckp, jadi muka menggoda lg. Weyh, kalo Mr. S tgk gambar tu, die tergoda x agak2? LOL


Jadi aku buat kesimpulan, muka aku ni, sesuai buat neutral saja kot. Jadi toya, muka xda perasaan. Dah senyum salah, x senyum pon salah, apa lg nak dikata?



Senyum yang dikatakan macam menggoda oleh Pika dan Nija. Aku nmpk hanyalah macam terlebih tembam saja!
(click for larger image)

p/s: Sebenarnya malas senyum sebab nmpk mcm org gila dan membuatkan aku nmpk tembam la. Dan xnak laki2 tepi jalan terperasan lebey pulak, jadi option yang ada ialah tidak senyum la...

Read more...

Masak-Masak

>> Sunday, May 24, 2009

Aku tiba2 nak buat satu confession kt korg, tp ni agak memalukan.





(clearing throat)

Aku main masak2 (guna tanah dan bunga) sampai aku tingkatan dua.

LoL.


Perkara ini hanya akan berlaku kalo aku balik kampung kt Kepala Batas (ya, aku tau rumah Pak lah kt mana. X jauh dr rumah tok aku). Boleh lg bangun pagi2 buta, x mandi, x makan, terus pergi main masak2 dengan adik2 dan sepupu2 yang jauh lebih muda dari aku.Mungkin tu sebabnya kot, xde sepupu yang besar. Yang ade pon seorang sepupu lelaki yang aku x berapa suka (yang sekarang dah nak kawen dengan phD student aku dgr. Boleh tahan ko ek Abg Shon?), dan seorg sepupu perempuan (tua 2 tahun dr aku) yang sedikit pemalu dan asyik nak ikut bontot mak pergi mana2.

Guna tanah merah untuk buat kek, keraskan bawah matahari, kemudian hias guna bunga jejarum (yang kaler merah tu). Kadang2 siap potong dan hidang lagi. Owh~

Kami (merujuk kepada aku dan kanak2 kecil lain) juga selalu mengepow nenek (yang dah meninggal pada tahun 1999, Al-Fatihah) aku punya peralatan2 dapur, dan guna untuk masak tanah2 tu, jadi membuatkan kami selalu kena marah teruk, sbb lepas tu, sure lah benda2 tu sume dah xleh guna kan. Terutamanya, mestilah aku, sbb aku paling tua, jadi aku dikira "kepala" kepada budak2 lain. Jadi aku yg slalu plg teruk kena. Parents aku pon kalo aku kena marah, sure x back up punya, siap tmbah marah lg ade la. Haha

Ok, aku rindu zaman kanak2 aku.

p/s: At least aku x main kahwin2. Ok apa kan?

p/s2: Aku tau, korg pon mesti main jugak benda2 macam ni kan ...

p/s3: Masa aku kecik, bila tgk tv, especially bila part ada anak mintak kahwin kt parents dia, dan parents dia ade cakap dah fikir masak-masak ke psl perkara tu, aku slalu igt parents dia maksudkan yang die tu dah pandai masak ke x. Comel kan? Hahahaa


Read more...

Bako National Park: A Lifetime Experiences

Aku dan rakan2 telah berjaya menjejakkan kaki ke Bako National Park semalam. Cantik xtahu nk ckp, dan x tergambar dek kata2 mahupon dicapture oleh mana2 camera. Pergi lah sendiri.

Meh aku ltk skit gambar2 semalam. (ade la sumenye dlm 800keping kot, sbb cmpur2 kamera kan.)


On the way nak pergi tu, kami naik boat. Ni aku rasa mcm boat rest station la. Haha



Kami sudah sampai. Saja poyo2 tunjuk batu tu.



Setelah jungle trekking yang penat nak mati. Berbaloi gila!



Aku jadi Lady Mimi kejap. Pinjam topi orang =)



Posing jgn x posing. Nasib baik x jatuh bawah tu saja...



Boat yang kami naik. Nasib baik ada bumbung, kalo x, jadi arang la aku harini jawabnya..

p/s: Where should I go next?

Read more...

Safety First!


Aku kesian dekat kaum wanita sbb selalu jadi mangsa dlm byk keadaan. Mangsa keganasan rumah tangga, rogol, samun, smpaikan yg pregnant pon nk kene ragut(sampai mati wei. dah 2 org aku tgk tv aritu).

Lahanat sungguh la mereka yg sanggup buat mcm tu. Kot ye pon nk samun, pilih la org yg setaraf ngn korg, or at least yg boleh lawan balik. (eh, apa aku ni. Pemangsa mesti la mencari mangsa yg lemah. Hish!)

Jadi disebabkan aku adalah seorang perempuan (walopon kadang2 Nija suka kata aku 95% androgen), aku juga xnak benda2 mcm tu jadi kt aku. Jadi aku seperti wanita2 lain di luar sana juga ada langkah2 untuk mempertahankan diri. (aku dapat idea utk buat post ni dari Kilah. Thanx!)

1. Aku pernah masuk Taekwando (eleh, x sampai black belt pon,sbb aku dah xde mase la skrg. tp 2 org instructor aku pernah ckp aku boleh kick dengan kuat. yeay!)

2. Aku juga suka praktis gusti lengan kalo bosan. Bajet nk kuatkan tangan la ni. (ade sesape nk cabar?)

3. Aku buat plumbing kt rumah sendiri.Ala, yg senang2 la, tukar kepala paip, pasang balik kepala shower yg adik aku pecahkan.. (owh, aku rasa byk juga tenaga nk kena guna untuk pusing2 skru tu, jadi ni kira exercise la. lagipon rugi la blajar Kemahiran Hidup kt skolah dulu2 kan? Siap dpt A lg. Even aku hampeh dalam jahitan dan akaun.)

4. 4-5 tahun lepas aku jugak suka pukul org (lelaki sahaja), selalunya di belakang, xpon aku ketuk pakai buku or apa2 yg aku tgh pegang time tu, kalo aku rasa x puas hati or x suka dengan diorg. Ni kira praktis x wei? Adapun, perempuan aku x berani pukul. Aku cuma angkat dan acah2 nak campak dari tingkap (hanya tertakluk kepada mereka2 yang ringan at least 10kg dr aku).

5. Ok, yang atas2 tu, mungkin org lain x buat, tp yg ni aku yakin ramai buat. Bawak peralatan keselamatan. Orang lain sibuk beli pepper spray la, wisel la, tp disebabkan aku x mampu (ok, leceh la pepper spray tu. Rumate aku beli, tp x reti guna pon. last2 aku buat main je benda tu sbb dah expired. Bau masam mcm cabai basi korg tau!). Untuk itu, aku guna.....























Tada!


Ok, jangan bagi aku reason untuk guna benda ni. Sebab seriously kalo aku terpaksa guna benda ni (darurat habes), aku mmg x teragak akan guna.Sekian


p/s: Lelaki2 tepi jalan yang suka mengorat org tu, hentikan la. Menyampah gila korg tau! Rasa mcm nk ........... je kt korg (ok, aku xnak sudahkan ayat ni. Ada org mungkin faham kot..Hahaha).

p/s: Sebenarnya aku dengan kwn2 pernah plan nak amek syringe and needle dan penuhkan dengan darah sendiri. Kalo jumpa org jahat, kluarkan dan ckp mcm ni, " Kamu jgn berani buat apa2! Ini darah yang ada HIV, kalo kamu buat ape2, kami cucuk!". Ok, budak2 kan? Hahaha

Read more...

Kisah Final Year , Hantaran Kahwin, dan Misai

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada kwn2 sbb kita dh berjaya masuk final year. Yeay! Seronok2 jugak, tp takut lg byk kot..

Bila dah masuk final year ni, aku bercita2 untuk study dengan lebih tekun dan kuat

(ok, wait. silap2.aku tukar jd at least kene study lah, sbb b4 dis, x study pon!). Lepas tu, lulus exam dengan jayanya, dan beyond that, malas nak pikir lg. Jadi ini kira annual planning la.

Lepas tu, mungkin boleh start fikir hantaran kahwin apa nk mintak. Hahahaha.
Ok,cerita pasal hantaran kahwin ni, errr, bende tu kita beli sendiri ke mcm mana? Ke kita listkan apa yg kita nak? Aku xtahu la, sbb sepupu2 aku xde sekor pon lg yg kawen. Family kecik..

Agak2 kalo mintak pisau cukur (Gilette) boleh x? Nk buat cukur misai. Misai aku la, bukan misai org lain, sbb aku ni kategori bermisai jugak.Hahaha. bangang sungguh.

Disebabkan bermisai ni, aku slalu cuba untuk mendapatkan kulit yg agak gelap, supaya xde la nmpak sgt. Jadi aku suka main panas. Bunyi macam x btol pon ade jugak, tp aku segan la jugak sbb dr 1st yr lg, org suka tegur misai aku (kulit agak cerah, jadi apa2 yg ada kt muka semua nampak la..). Ni mesti sbb physiologically bulu2 misai aku agak sensitif terhadap androgen level aku yg mengikut kata Nija, aku ni 95% androgen, 5 % je estrogen. Hampeh. Eh, tapi xdela misai panjang macam A.Galak smpi lepas makan kena check ade lekat nasi ke tak kat situ ok. =P

Ok, mari berhenti melalut di sini. Eh, ada jalan penyelesaian untuk wanita bermisai x? Sila bagitau ye. TQ!

p/s: Sapa2 yg x abes final exam lg, jangan dok pikir psl hantaran kahwin. Sekian.

Read more...

Monyet oh Monyet

>> Saturday, May 23, 2009


Hari ini kami pergi ke Bako National Park. Cantik! Tapi penatlah sbb nak kene jungle trekking. Nasib baik jugak pernah naik Gunung Kinabalu, jadi ada pengalaman la panjat memanjat ni.

Sampai saja di Headquarters, kami pon start on camera dan amek gambar. Disebabkan ini adalah hutan, jadi mesti la byk hidupan liar kan. Aku pon ternampak seekor monyet, jadi aku usik beliau. Haha


Oi, tgh buat apa tu? Cari makan ke?



Meh kita dekat sikit!



Tgk sini!




Eh, apa ko buat ni? Jangan datang kt aku!



Oi, oi! Nak terkam aku?

Ceh, aku nk usik ko, ko plak usik aku! Aku terpaksa lari selepas gambar terakhir tu, sbb die kejar aku. Haha. Siot!







Read more...

My First Seringgit

Aku akhirnya berjaya mendapat seringgit pertama dr Nuffnang setelah seminggu pasang iklan.

Yeay. rm49 to go!

=P

Read more...

Kisah Acai Berry

>> Friday, May 22, 2009


Kalo korang sume pengguna Yahoo Messenger, aku pasti korang pon mesti tensen mcm aku.

Nak tau apsal tensen?

Baca benda2 kt bawah ni:

" Do you realize that if I would have not tried those Acai Berry pills that everyone is talking about that I would not have lost 23 pounds in just about two weeks now? Well, they do work, I am living proof and they only cost five dollars over at www.^*&()($^%.com.

Ok, enough said.

Benda ni akan jadi lebih menensenkan kepala otak kalo korg sign in SmS bila korg tutup YM korg. Cuba bayangkan,aku bangun pagi, tgk2 ada 12 messages received. Aku berkata dalam hati, " Wah, wah, ramainye peminat aku."-iklan perasan kejap ye. Haha.

Bukak-bukak mesej, 11 daripadanya adalah pasal Acai Berry ( I curse you the day you were created!), dan 1 lg mesej dari kwn aku yg tanya "Esok pagi nk pergi kelas pukul berapa ah?". Arghhhh (menjerit dengan sekuat hati smbil tarik2 rambut dan hentak kaki sekuat hati ke lantai smpai org aras bawah ketuk balik guna penyapu)

Cuba korg bayangkan tahap kekecewaan aku. Hahahaha.

Kesian id kawan-kawan aku yg digunakan oleh virus Acai Berry ni. Ke korg mmg btol2 promote kt aku ni weh? Tahulah aku x ramping macam Angelina Jolie (aku minat gila minah ni!), tp jgn la spam aku smpi macam ni sekali.

p/s: Eh, murah jugak ye Acai Berry. Nak try jugak la. =P

p/s2: Kalau id aku pernah promote korg Acai Berry, sumpah tu virus. Bukan aku punya kerja. T___T.

Read more...

Jalan-Jalan Sekitar Kuching

>> Thursday, May 21, 2009



Kuching panas gila. Naik migrain aku kt sana. Eh, aku diagnose diri sendiri je ni. Perasan x, mase skolah dulu, kanak2 suka perasan cool kalo dorg pakai spek, ada gastrik (sakit perut), ada asma, dan didiagnose doktor ade migrain. Apsal ah?Ke hanya berlaku kt tempat aku?? Dengan aku sekali terpengaruh, cumanya, aku sihat je mase skolah. Sekarang dah ade sume tu, x best gila pon. Sapa cakap cool?

Sebelum melayan aku melalut, mari usya gambar2 yg aku dah pilih2 untuk korg tgk. Welcome to Kuching !



Zaki, depan muzium. Antara gambar fevret aku.



Ramai-ramai, depan muzium.


Depan muzium seni.


Meh, berehat sebentar bersama jeruk kedondong. (korang tau kan tu ape benda?)


Errr, gambar salah satu muzium.


Gambar bersama "Bujang Senang". (tembam gila aku dalam ni)


"Bujang Senangs"


Itu tempat simpan mayat. Tak tipu...


Diorang mintak aku amekkan gambar diorang. Kenang- kenangan untuk aku kononnya. Padahal bukan orang Sarawak pon dorg ni. Indon mari.Haha.


Papa dan mama kami. Ngehehe. =P


Kenapa la aku kena paksa pergi PNB punya pameran ni? Takde Along pon!


Pakcik2 yg mintak aku ambilkan gambar dorg. Sempat lg suruh aku emel tu. Ceh.


Kuching.


Eh? Apakah?


Pasar. Apsal banyak gila kedai macam ni sini?


The Fashion Place. Alahai, x selera aku tgk bangunan pon...


India Street, yang kononnya mcm Jalan Masjid India? Hoho


p/s: Mun kt Kuching , sine tempat mok gi jalan2? Madah la ngan kamek. (Hebat x ? Hahahahaha)

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP