Showing posts with label Ghosts?. Show all posts
Showing posts with label Ghosts?. Show all posts

Hantu Purdah a.k.a Kum Kum

>> Tuesday, January 19, 2010


(Aku rasa ni mcm dr cerita AAC kan?)

Oh, sekadar gambar hiasan. Haha



Masih igt pada cerita hantu purdah, sekitar tahun 1997 (aku darjah 5 time ni)?

Yg pasal seorang perempuan berpurdah yg membawa kancil berwarna merah dan suka sibuk2 amek tau rumah mana yang ada anak dara...

Kononnya dia ni sebenarnye pakai susuk ke (aku rasalah), lepas tu die langgar pantang (contoh larangan org pakai susuk, dorg xleh mkn pisang, tgk cermin, lalu bwh ampaian, minum air tebu yg kulit kaler hitam n blablabla)--> info dr cerita Susuk (layan jgk lah aku time2 cuti kt rumah. Hehe)

Jadi bila org yang pakai susuk ni langgar pantang larang, dorg yg cantik tu akan berubah menjadi hodoh. So dah kalo hodoh, mestilah nak jd cantik balik kan. Jadi utk jadi cantik balik, dorg terpaksa mengorbankan 40/44 (aku pon x sure la berapa org. Aku dgr2 mcm tu la) anak dara untuk kembali gorgeous.

Oh nway, x silap aku, kalo susuk, tahap kecantikan si pemakai ikut la apa jenis susuk yg dia pakai. Paling tip top ialah berlian. Yang setakat masukkan gangsa mungkin boleh la setakat jd model baju kt Pusat Pakaian Hari-Hari kot (marilah pergi hari-hari~ muak aku dgr iklan ni kt radio 2taun lepas. Haha)

Jadi sebab tulah masa tahun '97 tu, mmg kecoh gila psl hantu purdah ni (terpaksa pakai purdah sbb dah huduh, jd nk kena tutup muka dia) berlegar2 dengan kancil merah (trademark gila babi, setiap kali aku nmpk kereta kancil merah, aku kecut perut.Haha!) mencari mangsa2nya.

Dikatakan, dia cukup suka dgn kanak2 sbb konfem anak dara lg. Maka pergilah si HP (hantu purdah ok, bukan Harry Potter) buat2 menjual kain baju (yg aku dgr mcm ni lah) dr rumah ke rumah.

Satu benda yg aku br tau dr Nija yg td pergi library. Die terjumpa satu buku psl hantu2 di Malaysia, n guess wut, HP pon ada dlm tu. Tapi nama die Hantu Kum Kum. Wanna noe y?

Sebab, bila hantu purdah bg salam, dia akan bg salam mcm ni: Assalamualaikum kum (ada 2 kali jum kt blkg, hence the name Hantu Kum Kum). Haha. Tah pape gila nama. Nak tersedak aku dgr cerita Nija masa makan nasi ayam Juara ptg td.

Oh, kembali pada HP, bila sampai rumah org, die akan usya2 kasut dan kalo nmpk cm ade kasut2 bdk2 ppn, mulalah die sibuk bertanya tuan rumah: Ade anak dara ke rumah ni??

Seram siot~

Aku xtau apa jd ngn HP skrg. Mungkin dah lengkap quest die, sbb lepas tu mcm diam je psl die ni. Mungkin dah jd cantik balik skrg, dan mungkin tah2 dia salah seorang artis Malaysia yg terkenal (manalah tau kan~hahahaha).

Nway, kesian la org yg pakai purdah zaman tu. X pasal je kena pandang serong.

Moral of the story: X payahlah pakai susuk, lenkali cucuk je Botox. Kalo x mampu, Vit C/ Collagen pon jalan. Xpon makan jelah limau bontot monyet hari2.

p/s: Aku tanya seorang kwn berketurunan India, apa jenis hantu diorang. Sebabnye hantu Cina aku tau la, yang lompat2 pastu kalo kena tampal kertas tulis2 skit kt dahi dia akan stop tu kan? Malangnye kawan aku tu ckp India xde pon hantu berjenis2 mcm org Melayu. Sejenis je. Tu pon x femes. Hahaha.

Read more...

Kena Tindih

>> Sunday, September 06, 2009


Pernah dengar term "kena tindih" x? Ala, kalo korang sekolah asrama, mesti ade kawan2 korang cerita, semalam diorang kena benda tu time tidur.

Aku rasa, semalam buat pertama kali dalam hidup, aku rasa aku kena benda tu la. Tapi mcm mana? Bukan ke hantu setan sume kene ikat bulan2 posa ni? Apa ni?

Ok, meh aku crita sikit mcm mn benda tu jadi, sbb die jadi dgn sgt cepat, dan aku lega gila aku dpt keluar dari situasi tu dgn cepat gk. Alhamdulillah.

2.10am- Aku decide nak tidur. Sbb aku xnak esok aku lembik n x dpt nak study (Isnin, Selasa, Rabu aku exam)

2.12- Aku naik atas katil, once aku landing je, aku trus pejamkan mata. Silap aku jugak la, sapa suruh x baca doa ke apa

2.XX- Aku rasa, dua tiga minit lepas aku pejam mata, aku terus tertidur kot, sbb penat gila semalam. Aku start mimpi.

Aku mimpi aku ade anak perempuan. Dan budak tu ada asthma. Dalam mimpi tu, anak aku amek gambar satu album, dan mesti ada bayang2 perempuan berbaju hitam dalam setiap gambar die. Dan die tgh flip gambar2 die, tunjuk dekat aku...

Aku tahu itu benda x elok, jadi dlm mimpi tu, aku baca doa apa tah, utk hilangkan bayang2 perempuan tu dalam every gambar anak perempuan aku.

Aku berjaya, tapi anak perempuan aku muncul dengan satu lagi album gambar yg menunjukkan betapa susahnya die nak berpisah 'jiwa' dengan perempuan tu. Setiap gambar die mesti tunjuk sama ada die menjerit, gambar tu tinggal separuh badan die saja, or mcm ade angin kencang yang datang dari tingkap bilik (series ni).

Aku berjaya hilangkan gambar bayang perempuan tu (dalam mimpi tu, aku sebut nama Allah kuat2 beberapa kali), tapi susah gila....

.....dan end up dengan aku tiba2 terjaga, dan aku sesak nafas, dan aku rasa dada aku berat gila, aku x dapat nak bercakap, dan x dapat gerak, even x dapat nak bernafas pon!--> This is no longer a dream! I was really awake.

Satu2 benda yang aku fikir time tu, nak sebut Allah saja. And trust me, I tried very hard. Beberapa kali aku cuba jerit sebut Allah, tapi mulut aku macam terkunci, dan x dapat bersuara. Aku try ada la beberapa kali, dan bila x dpt jugak lagi, aku memang berdoa kuat agar aku dapat keluar dari situasi tu.

Aku cuba baca ayat Kursi kuat2. Percubaan kedua, aku dapat baca dengan kuat! Alhamdulillah!

Once elok je aku dapat bangun dan bercakap, aku panggil rumate aku dan cakap, mcm aku baru lepas 'kena tindih' .

Pastu die cakap, patut lah die dengar ade bunyi orang bisik2/ hissing dengan sangat sgt kuat dan lama, tapi die takut nak cek dan die abaikan dan anggap je tu earphone die yang rosak.

Kemudian, aku amek Quran, dan letak sebelah aku semalam. Dan aku jugak baca ayat Kursi tatau la berapa kali, sampai aku tertidur.

How was that incident possible? Oh gila~

p/s: Aku harap benda tu x jadi lg dekat aku. Takut gila, dan lebih takut kalau aku x dpt keluar dari situasi tu! Tapi syukur Alhamdulillah gila....kalaulah aku x dpt bangun terus... T__T


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP