The Story of A Green Note

>> Thursday, May 21, 2009

Kisah ini berlaku kira-kira 5 bulan lepas. Waktu itu aku posting Ophthalmology.

Kami masuk ke klinik seorang external lecturer untuk dengar dia mengajar. Masalahnye, die ni bukan jenis mengajar sgt pon...

Dia ni jenis yg suka gila boast tentang diri die. Memang x dinafikan, die mmg seorg yang agak hebat (entah, ini ikut cerita dia la), pastu anak die pon sume nye mmg berjaya gila, tp cuba korg bayangkan, lecture 1 jam, 5 min saje die mengajar. Lg 55 min, cerita pasal hebatnya die waktu belajar la, anugerah yang die dpt la (die ni berpangkat Datuk), betapa kayanya dia (sebab ade Jaguar, tp aku rasa x best pon?), kecantikan bini dia, ketereran anak2 dia kawen Mat Saleh, dan macam2 lg la...

Entah macam mana, die masuk cerita pasal duit 5 ringgit yang baru tu x boleh koyak. Dia pon cabar kami semua,untuk keluarkan 5 ringgit dan koyak. Sapa dapat, die kasik rm10.

Maka, ramai2 la keluarkan dan masing2 cuba koyak duit masing2. Sume x berjaya, dan give up. Lalu mereka pon simpan duit dalam poket dan dompet balik. Dia pon senyum2 tanda kemenangan dan ckp, "I told you already right?".

Tiba- tiba, di satu sudut kelas , ada seorang perempuan excited sbb dia berjaya koyakkan duit tu, siap nk jadi dua keping lagi. Kawan- kawan dia pon bersorak, dan lecturer tu terdiam. Mesti die terkejut sbb, yelah dah die tgh riak tentang duit tu x bleh koyak, tibe2 ade plak prempuan hodoh mana tah dapat koyakkan duit tu.

Dia pon cakap2 kejap dah lepas tu, hulur duit rm10 kt aku diam2. Hehehehe. Owh, lupa nak gtau, perempuan tu aku la. lepas tu, die pon kurang sikit bangga diri, mungkin depan2 kelas die termalu kot, apa die cakap, xde la btol sgt pon...

p/s: Xnak mintak koyak rm50 kasik rm100 ke??? Aku sanggup!

Read more...

Lady Gaga Impostor (Funny Video)



Aku rasa benda ni lawak la. Series. Make sure korg kenal Lady Gaga untuk cakap benda ni lawak la...





p/s: Ni rasa nk buat video clip sendiri ni. Hehe

Read more...

Muka Yang Sangat Jahat

>> Monday, May 18, 2009

Sampai di UNIMAS, aku dah mula gelisah mencari internet.

Padahal aku x sempat lg nak unpack luggage aku lagi pon.

Aku, Pika, Nija, dan Atiyah ditempatkan di rumah yg ada 2 org pelajar Tahun 1. Aku dan Pika sebilik, Nija dan Atiyah sebilik.

Nama budak tahun 1 tu Amal dan Munirah.

Jadi aku tanya Amal, macam mana nak online. Dia kata, dorg guna LAN kt sini, tp skrg ada satu kabel saja, kalo nak online, aku kene cari router untuk boleh online ramai2. Munirah yang sedang guna kabel tu, Amal dah ade broadband sendiri. Jadi aku pon buat muka kecewa, dan ucapkan terima kasih kepada Amal.

Aku masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba Amal ketuk pintu, dan offer broadband dia kt aku, sbb katanya, die exam skrg, x guna. Aku dengan happynya mengucapkan terima kasih, dan tersengih lama2. Hehehe.

Itu cerita pukul 2 ptg td. Lepas tu, aku pon biarkan laptop on, dan keluar jalan2 pergi town Kuching.

Kami pulang dlm pukul 6 ptg, makan nasi ayam yg x sedap (nasik dia mcm taruk garam dan planta saje), dan lepas tu, Nija pon keluarkan laptop dia dan tunjuk beberapa video yang dia donlod tentang Britain Got Talent. Aku rasa kami pasang agak kuat la video2 tu smbil gelak merapu-rapu.

Sejam lepas tu, Pika keluar dr bilik dan bersembang dengan Amal di ruang tamu.

Amal tanya Pika, "Korang tgk ape td?".

Pika pon jawab, " Eh, kuat eh ktorg pasang?".

Amal mengangguk. Sorry Amal, kitorg x buat lg.

Pastu Pika jawab, " Ktorg tgk Britain Got Talent...", smbil meminta maaf atas keterlanjuran ktorg bising td.

Amal menjawab, " Ni mesti Kak Mimi yg donlod kan?". (Ah, nama aku naik lagi!)

Pika terkejut dan jawab, " Eh, x la. Nija yg donlod".

Pika baru saja cerita benda ni kat aku, 10min sebelum post ini dibuat.

Pika cakap mcm ni, " Weh, smpi Sarawak pon, muka ko jugak jd mischief-maker kan? Apsal ah?".

Ok, aku x tahu la kenape, tp dr dulu lg, kalo ade ape2 mslh ke, benda pelik2 ke, merapu ke, mesti orang tuduh aku dulu. Hahahaha.

Apsal ah?

Jadi aku saspek antara berikut, kenapa Amal rasa aku yg donlod menda pelik2 tu:

a) Muka aku mmg muka jahat gila (tahap dewata)

b) Mungkin sebab aku nmpk tergedik dengan nak online sume kot

c) Dia x suka aku? Eh, aphal? Bukan aku yg rosakkan kettle dia, Atiyah punya kerja tu. Hahaha

d) Korang bg la reason yg korang rase sesuai. Sekian.


p/s: Cukup duit,mmg aku buat plastic surgery. Tukar jadi muka baik. Huh.

p/s2: Britain Got Talent pon pelik ke? Hurm...

Read more...

Sama Muka?

Mesti korang dah biasa dengar dengan ungkapan (kira ungkapan ke?) yang semua orang ade 7 kembar seiras di dunia ni.

Aku jugak x terkecuali dalam hal ni. Dari sekolah rendah lg, ramai benar kembar aku.

Mase darjah 6- Budak bernama Hikmah, anak murid ayah aku.

Masuk Smapk - Orang ckp aku sama muka ngn Najdah? Junior aku setaun, tp aku rasa x pon. Bila aku form 5, ade sorang junior dari Sabah, nama dia Wahida (budak Sabah), pon dikatakan sama muka dengan aku jugak. Mungkin sama kt kening kami yg lebat. Lain part, aku x setuju.

Bila aku masuk UMS, cikgu Bahasa Kadazandusun (fuyo! btol, aku x tipu. aku mmg amek klas ni. tp skrg, aku cuma tau 2 phrase saje; i love u, dan terima kasih dlm bahasa ni. buang masa saja aku pergi kelas 2 kali seminggu) aku cakap, muka aku macam urang (slang orang utk Sabahan) Dusun. Mungkin sbb muka aku ada Mongoloid sikit kot, jadi ade la persamaan. Untuk yg x tau Mongoloid tu apa, ala, muka penyek2 mcm orang Mongolia. Haha. Lebeh kurang amoi la kiranya.

Ok, itu sejarah muka sama. Tadi, aku dan rakan2 pergi mendaftar di Hospital Kuching untuk pengesahan kami ni elektif student, di ofis.

Tiba-tiba, datang seorang doktor, yang aku rasa, mungkin baru naik jadi MO (medical officer) dan baru ditukarkan ke hospital tu kot, untuk turut mendaftar.

Kawan aku yang bernama Azreen panggil aku, dan cakap mcm ni, " Mimi, muka macam ko la!".

Ah, datang lg kembar seterusnya. Aku pon tgk, dan bermonolog sendiri " Eh, mana da sama".

Aku yang masa tu duduk sebelah Pika pon tanya kt dia, "Wei, sama ke muka kami?".

Pika menjawab, " Urm, x sama la skrg, tp die ade iras muka ko mase 1st year."

Ok, sebelum tu, aku kena bgtau korang dulu, muka aku senang gila nk berubah. 4 tahun lepas, muka aku x sama dengan yang korang nmpk sekarang. Yang dah lama x jumpa aku, mungkin akan perasan.

Ok, smbung cerita. Aku pon percayalah dengan rumate aku, dan cakap kt Azreen, " Ni, Pika cakap sama mcm muka aku yang dulu..".

Azreen mcm nak jugak cakap muka aku sama dengan doktor tu. Jadi Azreen tukar statement, " Hurm, ye kot, muka ko dr tepi, 4 taun lepas..".

4 taun lepas? Oh! Aku ada satu idea yg bernas. Aku teringat yang aku masih ada gambar passport 4 taun lepas.

Aku pon keluarkan gambar dan tunjuk gambar tu dan cakap , "Ni, sama ke?". (Rujuk gambar di bawah)


Aku 4 tahun dahulu, dari sudut depan. (Bibir tebal macam ikan buntal. LOL)

Pika dan Azreen cakap mcm ni, " Dari tepi la, mana nak nmpk. Ni kan gambar dari depan."

Aku x puas hati. Idea celaka keluar lg. Aku pon flip gambar tu.

Aku pon tunjuk gambar tu dr tepi, "Ni, dari tepi, sama ke????".




Hah, ni dari tepi, sama ke x? Mesti x kan?? Hahahaha!

Nak sgt muka dari tepi kan? Amek korang!

p/s: Aku cuba sedaya upaya nk cerita kt korang ni. Paham x ape yg berlaku sebenarnye?

Read more...

Salam dari Meow! (bunyi seekor kucing gatal)


Salam. Dear readers, I'm currently writing from Kuching, Sarawak.

I'm going to be here for 5 weeks for my elective posting attachment at Sarawak General Hospital.

Just arrived at Kuching International Airport last night, around 8 pm.

Maka dengan ini beta mengisyhtiharkan bahawa beta sudah jejak kaki ke semua negeri di Malaysia. Yeay.

Semalam dalam flight, aku cukup risau dengan virus babi tu. Mana taknya, orang sebelah aku asyik batuk x berhenti2. Aku mmg cuba tahan nafas selama yang mungkin, namun aku rasa paru2 aku kecik la (xpon cacat ke), sbb x sampi seminit aku dah mengalah dan terpaksa bernafas. (Cuba buat kerja bodoh sbb boring dlm flight xtau nk buat apa).

Bila flight landing saja, aku cepat2 kluar dr cabin sbb aku nak mengelak dari org yang asyik batuk tu. Rupa2nya skrg Kerajaan Malaysia dah wajibkan health screening utk setiap org yg gunakan flight utk travel, jadi kami terpksa isi satu borang pengisytiharan kesihatan sebelum teruskan ke kaunter imigresen.

Ok, cukuplah sampai sini post ni. Boring gila cerita pasal medical stuffs kan? Haha

p/s: Uhuk..uhuk...

Read more...

Pokok Limau Ke Tu?

>> Sunday, May 17, 2009


Semalam, pkul 9 pm, tiba2 saja aku teringin nak makan tomyam.
Padahal seminggu duduk rumah, aku x sentuh pon dapur tu.

Jadi aku pon kupas dan potong sayur, ketuk serai, potong limau, bersihkan udang, rebus daging kasik empuk, kiranya semua persiapan aku buat la.

Tiba-tiba aku perasan yang daun limau takde.

"Eh, x boleh jadi mcm ni. Nnt x best la.", aku bermonolog sendiri. (Poyo x? Hahahaha)

Lalu aku pon berlari-lari anak mendapatkan mak aku dan tanye, " Mak, kt rumah kita ada x daun limau?".

Mak dengan penuh kasih sayang menjawab (ah, poyo sekali lagi. Korang boleh muntah kalo nk. Hahahaha). " Di belakang bilikmu tu kan ada kebun sayur kecil. Ada kt sana. Pergi la kutip sendiri".

Aku pon keluar la pergi belakang rumah (bilik aku kt belakang sekali dalam rumah sbb tu kebun tu belakang bilik aku) dan mula mencari-cari mana pokok limau.

Maklumlah, lama x balik (alah, baru 4 bulan stgh, poyo lg!), mane la nk tau sgt kan? Dah la malas gila keluar rumah.

Mata aku pon melilau mencari daun limau. Eh, xde pon! Biar btol mak ni. Tipu ah.

Pokok nangka, pokok pelam, serai, bawang, setawar, dan berbagai2 jenis lg pokok yang aku x kenal pon, ada lah! Mana ada pokok limau.

Aku pon masuk balik dalam rumah (dapur la sebenarnye, sebelah dgn kebun tu saja) dan ckp kt mak aku, "Mana ada mak. Tipu la". Ceh, sempat lg aku tuduh mak aku tipu. Hahaha

Mak suruh aku keluar balik, cr betul, pakai spek, yelah kan, rabun la konon2nye. Ok la, aku pon menurut perintah. Tapi kali kedua keluar cari pon, x jumpa jugak. Hish, x boleh jd ni!

Jadi aku jerit la dr kebun tu, "Mana ada pokok limau!", dengan kuatnya, dan aku saspek mekanik sebelah rumah aku pon terjaga (ye, rumah aku sebelah bengkel kereta. Pelik, tp benar. Sayangnya, mekanik sebelah rumah aku x hensem mcm mekanik2 kt US. Aku tertipu dengan imej mekanik US T__T).

Mak aku pon dengan geramnye keluar (yelah, aku dok terpekik terlolong malam2 ckp daun limau xde, ape kes?) dan tunjuk kt aku yang aku tgh berdiri sebelah pokok limau.

"Tu, apa dia???", jerit mak aku. Haha. Padan muka. Kena jerit sekali.

Aku pon tgk pokok tu, dan terspontan cakap "Eh, pokok limau macam tu ke rupa dia?". Bangang.

Rupa-rupanya aku x kenal pokok limau tu macam mana rupa dia. Bodoh!

p/s: Moral of the story ialah: Kalau bodoh jgn berlagak pandai macam aku dlm kes ni. Siap ckp mak aku tipu lg. Hehehe.

p/s: Ini bukan entry smbungan Mother VS Daughter.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP