Showing posts with label Womanhood. Show all posts
Showing posts with label Womanhood. Show all posts

Kedut-kedut Di Mata Kamu

>> Thursday, March 04, 2010


Yelah, ini mata makcik yang dah lebam2 -_-"


Aku x nak nmpak mcm freak kalo ckp psl benda ni.

Tapi....

Baru2 ni aku nmpk beberapa kwn aku punya mata dah berkedut.

Oh no! Bukan ke dorang baru saja mid-20's?

*berlari ke loker dan sapu eye cream Clinique percuma dgn segera*

Ahhh, feeling much better *big grin*

p/s: Entry ini berbaur sungguh keperempuanan. Euwwww~ LOL

Read more...

Clinique Workshop

>> Tuesday, July 28, 2009

I won myself this voucher.
It says here: Clinique Personal Makeup Workshop worth RM100.
So, apa kata kita pergi?
Nama pon free kan?
Maka aku dan rumate aku yg turut menang benda yang sama pon pergi buat appointment.
(Sebenarnya aku menang dua vouchers, satu lg pergi buat facial.
Tapi dah buat kt rumah bulan lepas)


Maka kami pon pergi la dengan muka x malu ke kaunter Clinique di One Borneo.
Google la kalo x tahu tu benda apa.
Dah la kaunter tu tgh2 main atrium.
Gila betul.
Oh ya, di atas adalah Clinique Consultant yang menconteng muka aku pada hari tersebut.


Dan itu adalah Consultant yang bernama Mimi jugak.
Die bertanggungjawab menconteng muka rumate aku.
Tapi rumate aku x suka hasilnya.

Aku?

Aku suka la jugak kot.

Nak tgk?

Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*

*

Err, on second thought, x pyh la kot. LOL

Aku takut korang muntah. =P

Read more...

Lemon Cheese Cake

>> Wednesday, July 08, 2009

Lemon Cheese Cake baru lepas dibakar \(*_*)/

Lemon Cheese Cake yang sama.

Korang mesti terfikir, aphal minah ni tiba2 banyak hormon perempuan pulak sekarang. Kejap pergi blajar jahit baju la, ni sekarang, keluar pulak hobi (hobi ke kalo baru bakar sebijik? Haha) buat kek pulak. Haha.

Ini namanya syndrome cuti x tahu nak buat apa. Daripada aku tidur dengan makan je, baiklah aku buat benda2 berfaedah.


Resipi ni dapat dari Ayep (tapi resipi asal bukan lemon pon, aku je pandai2 edit seniri). Korang nak buat, mintak resipi kt dia. Konfem sedap. (Dalam erti kata lain, aku nk ckp kek aku ni sedap.Ngehehehe)

Make sure barang yang diperlukan ada, kalo x jadi, korang salahkan tuan punya resipi. Tapi rasanya kalau aku yang ade estrogen 5% pon boleh buat kek ni, aku rasa yang 100% estrogen mesti boleh bukak kedai kek terus kot. LOL

p/s: Sapa2 nak kek ni? Ada lg sikit dlm fridge.... =P

Read more...

Meet My Baby!

>> Thursday, July 02, 2009

Hye, meet my first 'baby'!

Kalo korang nampak baju ni mcm senget sikit, aku dah amek keputusan untuk bagi jawapan mcm ni: Salahkan hanger. Hanger tu yang senget!

Setelah 6 jam mendaftarkan diri dan mula belajar menjahit, aku nk tunjuk kt korang la hasilnye.

Tada!

Aku blajar from zero, dah ini hasilnya selepas 6jam. Jadi aku rasa siapa yang lebih banyak hormon perempuan dari aku, mesti korg boleh buat dlm 4 jam je (based on Nija punya study hormon yang kata aku terdiri daripada 95% androgen dan 5% estrogen)

6 jam adalah termasuk blajar amek ukuran, potong kertas ukur, potong kain, jahit tepi, blaja jahit leher, guna mesin, jahit mata lalat dan holder butang, dan cantum kain2 ni.

Esok baru bak blajar buat kainnya pulak.

Yeay!

p/s: Type for this entry: "Not-so-me".

p/s: Siapa kata aku x update? Haha. Siot!


Read more...

Penat

>> Wednesday, July 01, 2009


Sudah 2 hari aku pergi kelas menjahit. Mula pagi, balik dah dekat2 tengah hari.

Kemudian bila balik, nak kemas2 rumah la, sampu sampah la, sidai baju la...

Rasa penat gila.

Tu x masuk lagi dengan nak main PS2, merapu, tengok tv, surf internet....

I wonder how working women manage their life. Tambah2 kalo dapat laki hampeh balik rumah tau nak tidur saja. X pon, asyik2 nak keluar ngn kwn2 tgk bola. (Oh ya, laki mcm ni mmg x guna. Kirim salam. Pergi mampus). Sikit pon x nak tolong.

Eh, aku emo macam dah kawen plak. Wahahahaha

p/s: Yeah, lepas kerja mari ambil Indon jadi orang gaji!

Read more...

Salah Siapa?

>> Saturday, June 27, 2009

Aku: Abah, nak 30ringgit.

Abah: Ok, tp nk buat apa?

Aku: Nak beli sabun muka. Nampak x jerawat ni?

Abah: Ok, satgi abah bagi.

Aku: Yeay!

Tiba-tiba mak aku menyampuk....

Mak: Ala, pakai la sabun apa, kalau x cantik tu, x cantik la jugak.

Aku: Huh! Salah siapa kalau Amy x cantik. Mesti turun dari mak bapak jugak. Wahahahaha

p/s: Xpe, aku still dpt 30ringgit tu...yeay!

Read more...

Awek Suka Bersinglet dan Mengepau Rokok

>> Wednesday, June 24, 2009


Semalam, aku menerima panggilan dari seorang rakan. Kami berborak adalah sampai satu jam setengah , sampai bateri handphone aku kong (dah lama x cas). Kita namakan dia B.

Dia cerita, yang dahulu, dia pernah kapel dengan seorang awek. Awek ni adapun, aku lupa la nak tanya cun ke tidak...

Diorang dah clash lepas 3-4 bulan memadu asmara (cewah ayat aku). Aku tanya la kenapa. Dia cakap, awek ni baik tu, memang baik, cuma pakaian utama dia adalah singlet dan seluar pendek pangkal paha.

Aku pun tanya balik, dah tu, awal2 tu ko nak jugak dengan dia? Dia jawab, laki normal mana xnak perempuan seksi macam tu. Owh, ok. Jawapan acceptable.

Lepas tu, dia cakap lagi, awek die ni smoking. Aku pon cakap la balik, yang ko tu smoking xpe pulak. Baguslah dapat awek yang smoking jugak. Sama-samalah korang pergi smoking dan mampus cepat sama-sama. Hahaha.

Bila aku cakap macam tu, kawan aku bagitahu, bab awek smoking tu, xpe lagi. Ini hobinye asyik pow rokok kawan aku bile pergi dating. Itu sebab utama dorang clash. Dah la hisap Marlboro (dia kata ni yang paling mahal, aku pon x tahu la....), kopak ler...

Ish ish ish. Aku pon x tahu nak cakap apa. Hahahahaha. Generasi zaman sekarang yang pelik-pelik.. (aku bercakap mcm aku orang tua pulak)

p/s: Nah cerita ko B . Aku tokok tambah sikit la. Kasik sedap. Hehe (B bukanlah singkatan kepada Hubby mahupon Baby ye. Babi, mungkin kot...)

Read more...

Bila Mana Sepupu Yang Tak Berapa Comel Datang Rumah...

Bila mana sepupu yang tak berapa comel datang rumah...



dan Abah aku memeluk budak itu bila bergambar...



aku pun mula risau....




a) Tanda-tanda minta ada cucu? (hahahahaha)



b) Mahu anak lagikah??



p/s: Abah if u are reading this, sila komen, TQ.



p/s: Abah aku suruh aku mandikan budak ni lepas sesi bergambar sebab katanya kepala budak ni busuk! Haha

Read more...

Belajar Menjahit?

>> Monday, June 15, 2009

Sesi SMS dengan mak aku petang tadi:

Aku: Hai mak, tgh buat apa tu?

Mak: x buat pape.

Aku: Mak, jadi ke plan mak nak bisnes baju kurung tu? Ade kerja untuk Amy x? Tapi nak gaji.

Mak: Jadi la. Nanti Amy pi amek n hantar KaK Ina.

Aku: Gaji ade x?

Mak: P belajaq menjahit. Mak bagi elaun.

Aku: Ala, malas la. Xdak kerja lain ke selain belajar menjahit? Tapi nak duit jugak tau. hehe

Mak: Kalau nak duit, pi belajaq jahit baju kurung. Boleh mak bagi banyak. kalo x, mak bagi duit minyak untuk ambil Kak Ina saja la.

Aku: Ala...

Mak: Mak mau kedua-dua ANAK DARA mak pandai menjahit. Nanti boleh jahit baju sendiri.

Aku: (masih mengelat) Ala, Amy lembab sikit la mak bab2 menjahit ni..

Mak: Tak mau sudah. Duit tu mak pi buat benda lain..

Aku: Yelah2. Nanti Amy pi.

Mak: Senang je. Die kursus intensif. Belajar sekejap dah pandai...

Aku: Yelah.....(akur)


Penerangan:

Mak aku memang suka berniaga walaupun mempunyai kerja tetap. Die selalu pergi KL dan bawak balik beratus-ratus pasang kain pasang untuk dijual di sekolah (mak aku kerja cikgu), and alhamdulillah, rezeki mak aku murah. Apa yang dia jual semua laku.

Sekarang dia cuba nak buat bisnes jual baju siap jahit dengan mengupah jiran lama kami Kak Ina (dah di mention kt atas) jadi tukang jahit. Kerja basic aku adalah pergi ambil dan hantar Kak Ina dari rumah dia sebab mak aku dah beli 2 mesin jahit yang agak advance (yang abah aku panggil gajah putih sebab tersadai kt dalam umah xde orang guna).

Dan sekarang mak aku nk suruh aku pergi belajar menjahit pulak? Dia bayar pergi kelas intensif tu, dan aku siap kena bagi elaun pulak. Oh, mak aku mmg the best!

p/s: Tapi, Amy x minat menjahit la Mak....ni pon sebab takde duit je, terpaksa terima...T__T

Read more...

Impian Seorang Kanak-Kanak

>> Tuesday, June 09, 2009


Ini adalah kisah benar seorang rakan yang sudah 4 tahun aku dengar...kita namakan saja dia Zoro (ya, Zoro yg sama dalam kisah
Dibelasah Dukun).


Sewaktu kecil, Zoro hidup dalam fairyland (aku saspek budak ni banyak sangat baca buku cerita). Dia ada beberapa impian(keinginan/mimpi) yang mana satu pon x tertunai.

Mari kita tengok impian dia:

1) Die pernah berharap bahawa dia sebenarnya adalah seorang anak raja yang diserahkan kepada ibu bapanya untuk dijaga sementara waktu. Dan bila waktunya sudah sampai, berbondong-bondong kereta mewah akan menjalar di hadapan rumahnya, untuk mengambil dia kembali pulang ke istana. (Hahaha, impian kanak-kanak).

2) Oleh kerana terlalu banyak menonton cerita Melayu (ala, waktu tahun 95-97) die pernah kepingin hendak sakit barah otak (ala, cerita Melayu time tu tipikal gila babi, sume mende lah ko nak sakit barah otak, dah xleh pergi research sikit pasal sakit lain dan masukkan dalam drama ke???), dimasukkan ke hospital, di-chemotherapy (sampai botak), dan di-transfusekan darah ke dalam badan dengan kadar yang banyak (chemotherapy kan akan sbbkan pancytopenia, jadi kene la tmbah darah...). Huh, kawan aku ini mmg seram sikit. Ade ke mintak nak sakit barah otak. Pelik2. (ke nak perhatian ibu bapa yang lebih ni??)

3) Mempunyai impian (ya, dari kecil ni ye kawan2) untuk membuat majlis kenduri kahwin di rumah sendiri, dan menyewa skuad pasukan silat untuk bersilat di hadapannya semasa sedang bersanding (and Zoro was what, 9 years old??)

4) Pernah teringin membela Thumbelina (ala, makhluk kecik besar ibu jari tu). Teringin nak ade anak waktu usia 9 tahun? Hurm...

Ok, 1, 2 dan 4, satu pon rupanya tidak menjadi realiti. 3 tu, mungkin dapat lah kot, sebab dalam banyak2, tu je yang masuk akal. Sedih la pulak kalo ko sakit barah otak dowh. mengarut gila! Haha

Haih kanak2, x sangka complex sungguh pemikiran dorang (or rather, this friend of mine je kot eh?)

p/s: Let me know if korang ade jugak impian pelik2 macam ni ek... =P

Read more...

Pokok Limau Ke Tu?

>> Sunday, May 17, 2009


Semalam, pkul 9 pm, tiba2 saja aku teringin nak makan tomyam.
Padahal seminggu duduk rumah, aku x sentuh pon dapur tu.

Jadi aku pon kupas dan potong sayur, ketuk serai, potong limau, bersihkan udang, rebus daging kasik empuk, kiranya semua persiapan aku buat la.

Tiba-tiba aku perasan yang daun limau takde.

"Eh, x boleh jadi mcm ni. Nnt x best la.", aku bermonolog sendiri. (Poyo x? Hahahaha)

Lalu aku pon berlari-lari anak mendapatkan mak aku dan tanye, " Mak, kt rumah kita ada x daun limau?".

Mak dengan penuh kasih sayang menjawab (ah, poyo sekali lagi. Korang boleh muntah kalo nk. Hahahaha). " Di belakang bilikmu tu kan ada kebun sayur kecil. Ada kt sana. Pergi la kutip sendiri".

Aku pon keluar la pergi belakang rumah (bilik aku kt belakang sekali dalam rumah sbb tu kebun tu belakang bilik aku) dan mula mencari-cari mana pokok limau.

Maklumlah, lama x balik (alah, baru 4 bulan stgh, poyo lg!), mane la nk tau sgt kan? Dah la malas gila keluar rumah.

Mata aku pon melilau mencari daun limau. Eh, xde pon! Biar btol mak ni. Tipu ah.

Pokok nangka, pokok pelam, serai, bawang, setawar, dan berbagai2 jenis lg pokok yang aku x kenal pon, ada lah! Mana ada pokok limau.

Aku pon masuk balik dalam rumah (dapur la sebenarnye, sebelah dgn kebun tu saja) dan ckp kt mak aku, "Mana ada mak. Tipu la". Ceh, sempat lg aku tuduh mak aku tipu. Hahaha

Mak suruh aku keluar balik, cr betul, pakai spek, yelah kan, rabun la konon2nye. Ok la, aku pon menurut perintah. Tapi kali kedua keluar cari pon, x jumpa jugak. Hish, x boleh jd ni!

Jadi aku jerit la dr kebun tu, "Mana ada pokok limau!", dengan kuatnya, dan aku saspek mekanik sebelah rumah aku pon terjaga (ye, rumah aku sebelah bengkel kereta. Pelik, tp benar. Sayangnya, mekanik sebelah rumah aku x hensem mcm mekanik2 kt US. Aku tertipu dengan imej mekanik US T__T).

Mak aku pon dengan geramnye keluar (yelah, aku dok terpekik terlolong malam2 ckp daun limau xde, ape kes?) dan tunjuk kt aku yang aku tgh berdiri sebelah pokok limau.

"Tu, apa dia???", jerit mak aku. Haha. Padan muka. Kena jerit sekali.

Aku pon tgk pokok tu, dan terspontan cakap "Eh, pokok limau macam tu ke rupa dia?". Bangang.

Rupa-rupanya aku x kenal pokok limau tu macam mana rupa dia. Bodoh!

p/s: Moral of the story ialah: Kalau bodoh jgn berlagak pandai macam aku dlm kes ni. Siap ckp mak aku tipu lg. Hehehe.

p/s: Ini bukan entry smbungan Mother VS Daughter.

Read more...

Salah ke kalau tak kurus kering?

>> Monday, March 09, 2009

Sejak aku pegi posting kt Kudat ni, bila balik ramai pulak tegur aku berisi sejak balik.

Hurm, yelah, susah la nak tahan diri dari mkn.

korang ade idea x?

Mungkin aku patut pegi slim world saje... (ha-ha!)

p/s: nk pegi cek akaun ASB aku ade brape byk. agak2 cukup tak untuk bayar 100 sesi kt Slim World???

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP