Showing posts with label Friend's Story. Show all posts
Showing posts with label Friend's Story. Show all posts

Gadis Jambu Batu Pink

>> Sunday, August 09, 2009

Korang tau x jambu batu yg isi die warna merah tu? Yang bau die wangi, isi die lembut, dan kalau makan, mcm addicted sbb bijik die lembut gila. (x lama lagi aku mmg nk kene appendicitis dah ni).

Tadi aku pesan kt kawan aku mintak belikan 2 kilo jambu tu sebab die pergi tamu pagi tadi. Aku x sangka la 2kg tu sampai berbelas2 biji.

Jadi aku pon start msg kawan2 aras aku suruh datang amek sbb aku takut jambu2 tu buruk (aku bajet aku mkn sikit ah. Pergi mampus! Haha)

Nija adalah salah seorang yang makan jambu tu. Tadi die datang bilik dan start cerita tentang die dan jambu batu tu.

Ceritanya begini, lepas dapat jambu tu, die pon makan la benda tu. Kemudian, bila die gigit, die usya jambu tu, warna pink. Sebelum tu lupa nak bgtau, die tatau yang jambu tu warna pink isi die. Sebab rumate die yg dtg amek jambu tu kt bilik aku.

Jadi die pon mati-mati ingat gusi dia yang berdarah. Terus pergi cek gusi dekat cermin. Cek punya cek, x jugak jumpa, kt mana yang berdarah.

X jumpa kt gusi, die pon cek anak tekak, dan segala benda yang ada dalam mulut. Xde pon berdarah!

Kemudian rumate die, si Marne Itik pon pelik aphal si Nija dok tengok kt cermin lama2.

" Awak buat apa tu Nija?".

Nija pon menjawab:

"Kenapa jambu ni jadi merah. ?"... dengan muka kesian sebab x jumpa pon punca pendarahan di mulut yang menyebabkan warna jambu berubah.

Marne pon menjawab dengan baiknya (kalau aku dah baling bantal kot):

"Nija, jambu tu mmg kaler mcm tu....".

Nija pon termalu sebab mati2 die igt gusi die yg berdarah. Puas la jilat "darah" kt jambu tu bajet nak ilangkan darah tu.

Oh gila!


Read more...

Kanak-Kanak Jerawat Di Muka

>> Tuesday, July 28, 2009

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 13 tahun (aku x sure dah baligh ke belum) mendaftarkan diri ke sebuah sekolah asrama.

Budak lelaki itu mempunyai jerawat di mukanya.

Bila sampai di asrama, abang-abang senior pon bertanya kepadanya:

" Ko ni berjerawat ni, sure tgk porno kan?".

Budak 13 tahun yang mukanya berjerawat:

"Porno tu apa bang?"--> Aku saspek budak ni tipu. Haha

Disebabkan konon2nya kanak2 lelaki berjerawat di muka itu x tahu porno tu apa, die pon pergi la bertanya orang, apa benda tu. X cukup dengan itu, siap cek kamus lg. Die pon konon2nye sedih lepas tahu porno tu apa (haha, ni cm x caya aku).

Aku pon x tahu la lepas2 tu apa jadi lepas dia dah tahu porno tu apa.

p/s: Kesian kanak2 kecil yang dituduh.

Read more...

Review Punggung


Amaran: Entry ini mungkin mempunyai term-term yang sedikit offensive.

Kalau nak baca jugak, jgn cakap aku x warning ok.

Aku sekarang berada di Final Year (hopefully) dan sedang buat Medical Senior Posting (MSP). Entah kenapa, aku pon x tahu sebabnye, masa timetables dan namelist keluar masa cuti, nama aku kena pilih jadi ketua kumpulan masa posting skarang ni.

Yes, ketua! Siot! Aku pon x tahu la lecturer mana yang pilih, apa kriteria dorang guna, tapi yang pasti, nama aku naik la. Ok, cerita pasal pemilihan ketua berhenti di sini.

Disebabkan aku sudah masuk posting ni selama 1 minggu, aku pon terpaksa la menjalankan kerja kuli seperti telefon lecturer, susun jadual, tetapkan list bedside, sapa yang present ini, present itu, dan sebagainya.

Semalam(Ahad), aku pon sms la ahli grup aku pasal jadual hari Isnin, cakap ade bedside teaching pukul 11 pagi.

Kemudian, salah seorang ahli grup(seorang lelaki berasal dari negeri tuuutttt) aku reply macam ni: "Aku x dapat pergi la..."

Aku pon reply: "Apsal?".

Teka apa die jawab?

1. Malas? Bukan...

2. Saja-saja x nak pergi? Bukan jugak...

3. Dia x study banyak lagi, jadi xnak pergi bedside? Bukan jugak...

Ini adalah sms yang aku terima:

" Aku ada review punggung kat klinik surgery. Nak ikut tgk? Haha".

Aku: (gelak selama 10 minit dengan kuatnya). WTF?

p/s: Oh, kawan aku tu ada buasir. Sebab tu kene pergi klinik. Cuma aku x tahan die sms aku frank sgt psl review punggung tu. Siap ajak nk tgk lg tu.Cis.



Read more...

Nasi Hangit

>> Sunday, July 26, 2009



Korang tau x rice cracker? Ok, gambar di atas adalah contoh rice cracker. Aku pakai amek kt internet je pon. Cerita di bawah adalah berkenaan dengan rice cracker.

Aku sangat suka makan rice cracker. Kadang2, aku boleh makan 20 pek kecil dalam satu2 masa. Aku saspek dorg letak banyak MSG kot dlm tu, smpai aku ketagih makan (padahal letak ke x ltk, aku mkn byk gk).

Lebih kurang 16 bulan lepas, masa aku posting di Penampang Health Clinic, aku dan Bedah jadi partner masa tu. Jadi kami pon masuk satu bilik doktor ni. Die tengah periksa ibu2 mengandung.

Tiba-tiba aku lapar, dan kebetulan, aku ade bawak beberapa peket rice cracker, yg aku ltk dlm white coat. Jadi aku pon keluarkan la dan patahkan dan makan senyap2 (dorang x nmpk aku makan benda tu). Oh ya, dalam bilik tu, ade jugak seorang nurse yg banyak cakap.

Then, bila aku start makan, kan aku cakap benda tu addictive kan, aku pon terus makan lg, dan rupa2nya ah 2 peket abes. Tiba-tiba, aku dengar doktor tu tanya kt ktorang mcm ni:

"Eh, ada bau nasi hangit x?".

Aku dalam hati: Alamak, ni mesti bau rice cracker aku. Sebab bagi mereka yang x tau, benda ni kalo makan mmg ade rasa hangit skit2 (apala ko dok makan ni Mimi oi...)

Aku diam je. Sebab masa tu, mulut aku tgh penuh dgn benda tu. X dapat nk ckp yang sebenarnya nasi hangit tu bau rice cracker aku, dan satu lg, aku takut die marah sbb makan dlm klinik die.

Pastu doktor tu cakap lagi: "Ni mesti ada sapa2 masak nasi kt pantry nurse tu...".

Partner aku yang xtau apa2 pon angguk kepala tanda setuju. Ceh, aku dah nak gelak dah. Bau nasi hangit pon jadi perbualan ke?

Nurse tu pon menyampuk: " Tapi doktor, mana ada orang masak nasi awal2 ni. (Masa tu baru pukul 9 pagi). Saya rasa tu bukan nasi hangit la doktor.

Doktor tu pon pelik dan tanya balik: " Eh? Abestu kalau bukan nasi hangit apa?".

Nurse: "Ala, kan bila kita masak nasi, ada air2 yg berbuih2 tu kan kt atas die. Bau itu kot doktor. Saya konfem bukan hangit. Kan masak nasi pakai rice cooker. Macam mana nak hangit ".

Partner aku angguk lagi. Haha. X tahan btol aku. Lama gak isu nasi hangit ni berlanjutan. Tapi aku masih diam di situ dan teruskan makan rice cracker yang mengundang bau nasi hangit di bilik itu.

Nyum Nyum Nyum Nyum (sila bayangkan aku makan dengan mulut penuh dan pipi yg kembung. Maybe I should insert my picture here as well.)

Dan aku teruskan makan sampai la habis rice cracker dalam poket aku. Jadi lepas tu dah xde la bau nasi hangit kan?

Nak tau apa nurse tu cakap?

"Eh, dah xde bau tu la doktor. Mesti nasi dah masak kan?".

LOL

p/s: Dorang x perasan ke aku x cakap pape ah? Hahahaha.


Read more...

All Hail To Fantaghiro

>> Friday, July 24, 2009

Korang pernah tgk x cerita The Cave of The Golden Roses? Masa pertama kali disiarkan ialah tahun 1997, TV2, pukul 10 malam.

Lepas aku tgk tu, aku rasa elated gila, yelah, mostly cerita tu kan ialah fairytale, dan mcm biasa, kanak2 kan senang terpengaruh dengan benda2 merapu yang x wujud pon.

Cerita tentang batu bercakap, kuda bercakap, rumah chocolate (yeay!), dan penggunaan magic adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Bila aku pergi sekolah keesokan harinya, semua budak asyik bercerita pasal movie tu. Bukan pada tahun tu saja, sbb cerita tu x silap aku keluar byk lg siri lepas tu, tapi ade yang aku missed sbb dah masuk asrama (sekolah menengah), but somehow, I got the idea how nice that movie was.

Bila aku masuk Uni ni, aku pon bawak keluar balik cerita psl Fantaghiro ni (cantik kan die, dan tomboy-ish, I like!), dan boleh kata hampir semua org pernah tgk.

Tiba-tiba, baru aku dapat tahu yang rumate aku selama 4 tahun ni, Pika x pernah tgk pon cerita tu. Kami pelik gila la kenapa die x pernah lgsung tahu kewujudan cerita tu. Bayangkan, 12 tahun (skrg 2009 kan?) , die x pernah tgk langsung cerita tu. Pelik x?

Jadi selepas menjalankan soal siasat, baru kami dapat tahu yang dia ialah kanak2 yang tidur awal masa zaman sekolah supaya cepat membesar (patutlah tinggi sikit dari aku. Cis!)

Semalam, entah mcm mana, kami dapat cerita tu dari seorang sumber yang dah makin cantik sekarang. Hehe.

Pika pon tgk la cerita tu, and then die ckp kat aku dan Nija mcm ni:

" Kenapa aku rasa biasa je cerita yg korg gila2 kan ni?".

Nija pon jawab mcm ni:

" Ko dah terlambat 12 tahun dari kami. Memanglah x dpt impressedkan ko, sbb gambar die x cantik mana, dan penuh dgn fairytale (bukan ko suka fairytale ke Pika?). Cerita ni ko tgk zaman ko sepatutnya dah ade anak, dan anak ko yang patut tgk cerita ni.

Haha!

p/s: Moral of the story: Pergilah tgk movies yang best masa dia tgh panas dan hot. Jangan tgk sedekad lepas tu. =P

Read more...

Buah Pua Tu Apa?

>> Tuesday, July 21, 2009

Korang tau x buah pua tu apa? Kalau nak tahu, baca cerita di bawah...

Pika dan Nija sedang makan jeruk campur yang aku bawak dari rumah.

Jeruk yg ada termasuklah kedondong, mangga, sengkuang, betik, zaitun, dan tah macam2 lagi la.

Kemudian Nija tanya Pika jeruk apa yang sedap.

Pika pon menjawab satu jenis buah yang aku x pernah dgr.

"Buah pua sedap!", sambil tgk aku.

Eh, apahal minah ni tgk aku. Dan buah pua tu apa?? X pernah dgr pon, dan x tahu pon mak aku bg jeruk buah pua tu.

Aku pon tanya, buah pua tu apa?

Pika: Ala, kan orang kelantan panggil mangga buah pua...

Aku: Itu Pauh la makcik!!!!!

p/s: Akibat baru balik dari Sarawak...

Read more...

Awek Suka Bersinglet dan Mengepau Rokok

>> Wednesday, June 24, 2009


Semalam, aku menerima panggilan dari seorang rakan. Kami berborak adalah sampai satu jam setengah , sampai bateri handphone aku kong (dah lama x cas). Kita namakan dia B.

Dia cerita, yang dahulu, dia pernah kapel dengan seorang awek. Awek ni adapun, aku lupa la nak tanya cun ke tidak...

Diorang dah clash lepas 3-4 bulan memadu asmara (cewah ayat aku). Aku tanya la kenapa. Dia cakap, awek ni baik tu, memang baik, cuma pakaian utama dia adalah singlet dan seluar pendek pangkal paha.

Aku pun tanya balik, dah tu, awal2 tu ko nak jugak dengan dia? Dia jawab, laki normal mana xnak perempuan seksi macam tu. Owh, ok. Jawapan acceptable.

Lepas tu, dia cakap lagi, awek die ni smoking. Aku pon cakap la balik, yang ko tu smoking xpe pulak. Baguslah dapat awek yang smoking jugak. Sama-samalah korang pergi smoking dan mampus cepat sama-sama. Hahaha.

Bila aku cakap macam tu, kawan aku bagitahu, bab awek smoking tu, xpe lagi. Ini hobinye asyik pow rokok kawan aku bile pergi dating. Itu sebab utama dorang clash. Dah la hisap Marlboro (dia kata ni yang paling mahal, aku pon x tahu la....), kopak ler...

Ish ish ish. Aku pon x tahu nak cakap apa. Hahahahaha. Generasi zaman sekarang yang pelik-pelik.. (aku bercakap mcm aku orang tua pulak)

p/s: Nah cerita ko B . Aku tokok tambah sikit la. Kasik sedap. Hehe (B bukanlah singkatan kepada Hubby mahupon Baby ye. Babi, mungkin kot...)

Read more...

Kisah Telur-Telur

>> Friday, June 19, 2009

Sedekad yang lalu, Susulan (bukan nama sebenar) dan ibu-bapanya pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Sampai di sana, mereka pon belilah apa yang patut...dan antara barang yang mereka beli adalah sepapan telur . Ada pun rakan-rakan sekalian, sepapan telur yang besar itu mengandungi 30 butir telur ayam...( ya lah, telur lain karang susah pulak =P)

Mereka pon membayar harga barang-barang yang mereka beli dan pulang ke rumah sejurus selepas itu.

Sampai di rumah, si bapa mengarahkan Susulan agar mengangkat semua barangan yang dibeli tadi masuk ke dapur. Untuk mengelakkan dilempang oleh si ayah, Susulan pon hanya mengikut perintah.

Semua barang pon diangkat dan dimasukkan ke dapur. Sampai giliran telur yang sepapan itu. Sedang Susulan mengangkat telur2 itu, tibe2 saja mereka (merujuk kepada telur2 yang sedang di angkat), terjatuh, dan jatuh berkecai di atas lantai.

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

(kamu buatlah bunyi tu sampai cukup 30 bijik).

Alamak!

Susulan terkejut dan rasa takut. Si bapa kemudian dapat tahu tentang perkara yang berlaku.

Cuba kamu teka Apa hukuman si Susulan dapat?

a) Bapak die x marah pon, dia senyum je....sambil usap2 kepala

b) Bapak dia kasik duit then suruh beli telur baru

c) Bapak dia maki hamun tahap cipan!

d) Bapak dia pukul dengan rotan. Yeay! (eh, ni bukan mak bapak ko ke Mimi?)

Ok2, sebenarnya, jawapan tu xde pon dalam list kt atas tu.

Hukuman yang dikenakan ialah, Susulan x dapat makan selama 2 hari. Kesian kan?

X tahulah apa yang dia makan. Pasir di luar rumah? Pow kawan-kawan bila pergi sekolah?

p/s: Yeah, another friend's story....

p/s: Cerita ini telah diolah dan diedit ikut sedap aku jugak la. Peristiwa ni mmg btol2 berlaku, cuma details aku tokok tambah MSG sikit...


Read more...

Impian Seorang Kanak-Kanak

>> Tuesday, June 09, 2009


Ini adalah kisah benar seorang rakan yang sudah 4 tahun aku dengar...kita namakan saja dia Zoro (ya, Zoro yg sama dalam kisah
Dibelasah Dukun).


Sewaktu kecil, Zoro hidup dalam fairyland (aku saspek budak ni banyak sangat baca buku cerita). Dia ada beberapa impian(keinginan/mimpi) yang mana satu pon x tertunai.

Mari kita tengok impian dia:

1) Die pernah berharap bahawa dia sebenarnya adalah seorang anak raja yang diserahkan kepada ibu bapanya untuk dijaga sementara waktu. Dan bila waktunya sudah sampai, berbondong-bondong kereta mewah akan menjalar di hadapan rumahnya, untuk mengambil dia kembali pulang ke istana. (Hahaha, impian kanak-kanak).

2) Oleh kerana terlalu banyak menonton cerita Melayu (ala, waktu tahun 95-97) die pernah kepingin hendak sakit barah otak (ala, cerita Melayu time tu tipikal gila babi, sume mende lah ko nak sakit barah otak, dah xleh pergi research sikit pasal sakit lain dan masukkan dalam drama ke???), dimasukkan ke hospital, di-chemotherapy (sampai botak), dan di-transfusekan darah ke dalam badan dengan kadar yang banyak (chemotherapy kan akan sbbkan pancytopenia, jadi kene la tmbah darah...). Huh, kawan aku ini mmg seram sikit. Ade ke mintak nak sakit barah otak. Pelik2. (ke nak perhatian ibu bapa yang lebih ni??)

3) Mempunyai impian (ya, dari kecil ni ye kawan2) untuk membuat majlis kenduri kahwin di rumah sendiri, dan menyewa skuad pasukan silat untuk bersilat di hadapannya semasa sedang bersanding (and Zoro was what, 9 years old??)

4) Pernah teringin membela Thumbelina (ala, makhluk kecik besar ibu jari tu). Teringin nak ade anak waktu usia 9 tahun? Hurm...

Ok, 1, 2 dan 4, satu pon rupanya tidak menjadi realiti. 3 tu, mungkin dapat lah kot, sebab dalam banyak2, tu je yang masuk akal. Sedih la pulak kalo ko sakit barah otak dowh. mengarut gila! Haha

Haih kanak2, x sangka complex sungguh pemikiran dorang (or rather, this friend of mine je kot eh?)

p/s: Let me know if korang ade jugak impian pelik2 macam ni ek... =P

Read more...

Mengira Jodoh?

>> Monday, June 08, 2009


Back in 2006 (or so), a friend of mine started a method(which she heard from someone, I think) of analyzing what is the age of us gonna get married.

It was so simple, all you need is a palm (well, definitely yours lah kan!) and a ruler.

Ready for instructions?
All you have to do is measure the distant between your ring and little finger. Like the picture below (my palm, hehe). To be precise, use millimeters as parameter.


Tak payah la kamu cuba ukur jari aku.. =P

Waktu itu, kami beramai-ramai berkumpul di belakang kelas dengan masing-masing memegang satu pembaris di tangan, dan mintak kawan tolong ukurkan. Yang lawaknya, kami menjadi sangat sensitif dengan ukuran! Tak boleh salah ukur sikit pon, sebab masing-masing taknak jadi anak dara tua (isu sensitif ni).

Kalau ukuran kamu ialah 23mm, maknanya kamu bakal berkahwin pada usia 23 tahun (and so on....)

Basically, ramai yang dapat ukuran dalam range 22mm-25mm. Adalah jugak yang dapat 28 ke atas, tapi nama dirahsiakan di sini.

Bukan budak perempuan saja main, tapi dengan lelaki sekali join bnda ni. Termasuk la Chinese and Indian.

Ada seorang rakan lelaki (kita namakan dia A) menjadi bahan ketawa bila bacaan ukuran jarinya adalah 40cm! Haha. Tafsiran kami, mungkin die bekerja sampai jadi consultant specialist dulu, dapat pangkat Datuk, barulah ade perempuan yang berkehendakkan dia. Haha. Jangan marah A! Lawak saja bah....

Hah, aku nampak kamu tgh ambil pembaris dan ukur jari kamu tu!

p/s: Let me know ur measurements kalo x segan nak bgtau la... and guess what's mine?

Read more...

Janganlah Marah...

>> Sunday, June 07, 2009


Hari ini kami pergi Serikin, satu tempat di Bau(sejam perjalanan dari Kuching) yang border Indonesia. Tempat yang border2 ni, macam besa lah, shopping galore bg shopaholics. Ala, Serikin ni lebih kurang mcm Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang (please la ckp korg dah penah pergi at least salah satu, sbb setakat Padang Besar tu, aku dah boleh pergi sendiri tanpa sesat dowh =P).

Kami pergi ber-empat belas orang, 10 perempuan dan 4 lelaki (lelaki sudah mahu pupus). Sampai di sana, aku berjalan dengan seorang rakan yang bernama Shira. Dia adalah rumate aku mase 1st yr. Orang lain pon turut bertebaran mencari benda2 yang hendak dibeli. Tempat tu panas amat, jadi smpt jugaklah aku pergi beli topi lady-like satu (tho dah ade payung, saje la nk mengada2 kan?)

Ok2, straight to the point. Semasa aku dan Shira berjalan-jalan, rakan aku ni berkenan satu helai blaus perempuan (dah nama pon perempuan). Jadi aku sebagai expert dalam tawar menawar di'arah'kan untuk bertanya harga.

Aku: Ni, berapa eh? (sambil memegang baju tersebut)

Penjual wanita bertudung hijau: RM39 dik.

Aku: x leh kurang lg ke?

Penjual wanita bertudung hijau: X dpt la...

Aku: ala, boleh la...

Penjual wanita bertudung hijau: 30 la.

Aku: (dalam hati: Hek ele, x dpt konon. Ni amende turun smpi 9ringgit trus. Nampak sgt boleh lg kurang) 20 x dpt ke kak?

Penjual wanita bertudung hijau: X dapat la dik... 25 la last.

Aku: Err, 20.50? (sambil sengih2 dan minum air)

Aku lagi: 22 ringgit ke?

Aku lagi2: Please?

Perempuan itu masam mencuka. (Ok, maybe I haven't told you that I'm soooo gooood at reading people faces and emotions...). Dia diam seketika. Eh, macam lama jugak. Alamak!

Akhirnya, dia bersuara: Yang kamu ni, akak dah cakap x dpt, x dpt la. Kenapa lah kamu mintak turun harga smpai 20.50 la, 22 la....

Dia tiba-tiba emo dengan aku. Oh, shit!

Aku terpaksa cover, buat2 aku x sedar yang dia tgh marah..

Aku: Ala, nama pon tawar kak...Jadi ni 25 la ni?

Penjual wanita bertudung hijau: Hurm... (die dah xnak ckp ngn aku babe! Setakat humming je, dan langsung xnak tgk aku)

And I was like, fine! Ape hal lu ni, nak meniaga, tapi bila orang mintak kurang harga, emo lah pulak! No Kudos for u babe!

Aku pon naik emolah jugak, dah orang buat mcm ni kt aku. Apa aku buat, mintak kurang harga je, sumpah! (x caya, korg tanya Shira, aku boleh bawak die sini untuk jawab komen korg)

Shira dah perasan ketegangan di situ. Die mula bersuara (mmg patut la, dah la bukan aku pon yang nk beli baju tu). Aku pon 'merajuk'. Aku perlahan2 lepas baju yang aku pegang tu, dan keluar kedai sambil pegang hp (teknik standard la, bajet2 msg org. Haha)

Dan aku biarkan saja mereka berurusan dalam tu. Aku x tgk dah apa jadi lepas tu. Lantak ko lah Kak tudung Hijau. Patutlah kedai ko suram saja.

Ok, aku pulak naik emo. LOL. Lepas beli tu, kami jalan2 lagi, jumpa ngn Nija. Aku cerita apa yang jadi. Sekali die ckp, die dah siap buat sorang pakcik tu nangis sebab die tawar harga gila babi punya, tapi last2, x amek pon. Haha

p/s: Kalo aku xde budi bahasa tadi, mmg aku sembur kakak tu, cuma, aku masih tahu menghormati orang lebih tua...

p/s2: Cerita ini sudah ditambah MSG (supaya lebih sedap dan enak dan buatkan nmpk mcm aku x bersalah langsung..hahahaha). Ok2, ni mmg cerita benar. Aku x tipu even a bit pon apa yang berlaku dalam cerita ni...


Read more...

Aku, Kilah, dan Minum Petang

>> Friday, June 05, 2009


2003, tahun aku ambil SPM, dan masih berada di bumi SmapKajang, dan masih bertudung labuh T__T. Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku beberapa tahun dahulu.

Waktu itu, aku pulang dari prep petang. Aku berjalan pulang ke asrama bersama dorm mate aku, 'Aqilah (sila make sure eja btol, kene ada ' tu tau! =P). Petang itu, result/ ranking form baru keluar. Dan macam biasa, Kilah akan duduk di top 20 dan aku akan berada di kertas tercorot (LOL. Aku mmg loser abes).

Kami singgah di trolley minum petang yang berada di di depan asrama. Minum teh sikit, telan cekodok sebijik dua. Sambil gelak2 dan gossip (ah, biasalah, budak asrama!).

Tiba-tiba datang seorang budak junior tingkatan satu, yang heboh dikatakan adik Kilah sbb mempunyai muka yang hampir sama (kt mana? Aku rasa kt pipi kot..). Hehe

Dia pon approach Kilah dengan tersengih2. Aku masih minum teh panas kurang manis buatan abang2 dewan makan yang x hensem tu..

Junior: Eh Kak Kilah! Saya g tgk ranking batch akak td. Tahniah la akak dpt top 20 (ke lg power ah wei? Isngat mala ah. tp rank power2 gk la. yang x tercapai akalku... T__T)

Kilah: (dengan merendah diri) Eh, hihihihihih (alah, gelak die tulah! Mcm xtahu. Hehe). Mana kamu tgk ni. Malu akak.

Dan mereka sembang la jap seminit kot... lepas tu, budak tu pon berlalu macam tu saja. Walopon aku berada dalam 30 cm dari Kilah time tu. Jangankan nak tgk aku, jeling pon x.

Hati kecil aku: Hoh! Hoi! Hoi! Bagi la salam at least. Tau la aku x pandai, xkan bagi salam pon x nak. Siot.

p/s: Khas untuk Kilah =)


Read more...

Hanya Kerana Lagu

>> Wednesday, June 03, 2009

5.45 petang, Rabu, 3 Jun 2009.

Aku masuk ke bilik Nija, baring di atas katil sambil menyumbat ear phone ke telinga.

Aku mintak Nija pasang lagu2 yang best.

-Dead and Gone (TI and Justin)

-Sober (Pink)

-Thinking of You (Katy Perry)

-Fly On The Wall (Miley Cyrus)

Tiba-tiba, telinga aku menangkap alunan muzik yang mendayu-dayu.

"Kerana, engkau isteri, ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini...."

Oh shit! Sekarang aku rasa mcm nak kahwin! Siot kau Nija!

p/s: Aku hanya mendengar lagu itu beberapa rangkap, sebab lepas tu, aku pergi sembahyang Maghrib. Nasib baik... kalau x, malam ni jugak aku call abah and gtau nk kawen...LOL

Read more...

Tag Line

Aku x perasan rupanya hampir setiap blog mempunyai tag line yang tersendiri, dan sebenarnya, aku x perasan pon frasa " Because life is too wonderfully weird to be wasted" itu sebenarnya adalah tag line aku.

Bila kawan aku ckp *ehem* yang dia jeles dengan tag line aku sbb errr, nnt korang bacalah sendiri, baru aku sedar tentang kewujudan tag line di sesebuah blog.

Anyhoo, aku sebenarnya sedang membantu seorang rakan membina tag line untuk blog die. Kalo kamu ada idea, kamu boleh tinggalkan di page dia, ataupon, boleh saja tinggalkan di kotak komen aku ok?

Ini link ke blog kawan aku.

Keyword yang dia bagi adalah:

Illusion
Illustration
Influence
Identity
Innovation
Apa-apa yang menggambarkan pasal design

p/s: Sorry la xde hadiah pon, sbb aku miskin orangnya. T__T

Read more...

Dibelasah Dukun!

>> Monday, June 01, 2009

Aku ada seorang rakan (mcm biasa, kisah rakan lg kan?). Ini adalah kisah dia dan ibunya. Kita namakan saja dia Zoro. Dalam tempoh setahun ni, dah 3 kali mak Zoro kena sawan.

Pertama kali ketika mereka sekeluarga pergi bercuti ke sebuah pulau peranginan. Kali kedua, sewaktu Zoro tiada di rumah. Selepas berjumpa doktor, diagnosis hanyalah, idiopathic (unknown causes, doktor2 mengaku mereka x tahu, jadilah namanya idiopathic).

2 hari lepas, ibunya kena sawan lagi. Kali ini, cuma hunches, tapi mungkin betul. Waktu itu, ibunya seorang di dapur, baru lepas membasuh baju. Tiba-tiba bila die masuk ke bilik, ayah Zoro sedar yang muka ibunya lebam-lebam, bibirnya biru, dan baju penuh dengan muntah.

Bila ayahnya tanya si ibu, memori terakhir yang diingati adalah beliau sedang duduk di meja makan. Bila mereka ke dapur, mereka perasan, ada banyak muntah di atas lantai. Bapa Zoro telefon Zoro, dan meminta pandangan dia (konon2 bakal doktor,hahaha). Zoro pon paksa bapanya membawa ibu ke hospital, dan buat brain scan. Mesti! Ini x boleh jadi, katanya.

Siang tadi, sewaktu ibu bapa Zoro bersiap2 hendak ke hospital, ipar si Ayah ckp, ada seorang dukun bagus, pergilah cuba. Disebabkan nak jaga hati org, pergilah pasangan suami isteri itu ke rumah dukun tersebut.

Ok, ini sedikit mengejutkan. Nak tahu mcm mana dukun tu merawat ibu Zoro? Dalam keadaan sedar, muka ibu Zoro dipukul2 dengan rotan sambil dukun tu naik syekh dan tanya kepada ibunya, jin apa yg berada dalam kepalanya.Sampai lebam2 muka sebab dipukul. Leher juga dipukul sampai lebam. Ibu jari kaki dipicit2 smbil dukun masih gigih bertanya jin apa yang bersarang di dalam kepala ibunya...

Sudahlah baru 2 hari lepas kena sawan teruk sampai lebam2 muka, berbenjol dahi, dan luka2 lidah (sebab tergigit), sekarang, muka ibu Zoro makin lebam, dan kebiru-biruan. Adik Zoro yang berusia 10tahun ckp, sebelah muka ibunya dah macam telur. Cancel pergi hospital, nanti orang ingat baru kena pukul laki!

Kes ini mengingatkan aku pada kisah org yang mati kena pukul dengan dukun di kepala menggunakan helmet. Gila!

p/s: Sila komen dengan sopan dan bertimbang rasa (kalo ada org nak komenlah), Zoro baca blog aku. Pandangan bernas dialu-alukan. Sekian.

Read more...

Cinta Gadis Dependent dan Jejaka Bisu

>> Monday, May 25, 2009

Ini adalah kisah benar seorang rakan (gadis itu kita namakan Omo). Berlaku kira-kira 8 tahun di sebuah pekan kecil di negeri X.

Satu hari, gadis yg sedang rebel lari dari rumah dan duduk di rumah kedua (kira rumah percutian la ni)..

Dia berehat2 di tepi pantai di atas sebuah batu besar. Tiba-tiba, datang sebiji bola yang buruk dan busuk bergolek di hadapannya. Bau busuk bola itu sangat "baeng " sampai menyengat hidungnya. 5 saat selepas itu, datanglah seorang lelaki untuk claim balik bola busuk itu. Bila S cuba bercakap dengan lelaki itu, barulah dia tahu, lelaki itu rupanya bisu...Kita namakan lelaki itu B.

Sejak hari itu, mereka menjadi kawan. Setiap petang mereka akan dating di tempat yg sama dan oleh kerana lelaki itu bisu, mestilah mereka susah untuk berkomunikasi, jadi mode of communication mereka time tu ialah melukis di atas pasir (romantik x?). Hint: Omo seorang yg terer gila melukis.

Mereka meneruskan kisah percintaan mereka sampai ke Tahun Pertama pengajian Omo di Medical School (hint kedua). Kami akan tahu Omo pergi dating kalo dia tiba2 takde kat bilik, pastu petang balik dengan buku latihan kotak2 maths untuk buat tulisan Cina (hint ketiga: dia ambil kelas Mandarin). Dia bercerita kt kami yg buku kotak2 tu, B yang bagi (ni aku xtau romantik ke x..hahaha)

Namun kisah percintaan mereka terpaksa dihentikan kerana tentangan GB M dan GB N (mak bapak Omo), sebab lelaki itu bisu, kemudian berbangsa yg lain dr keluarga Omo, dan agama pn x sama.

Sejak hari itu, Omo menjadi seorang perempuan yg minat perempuan.. (korang igt post aku yg kwn aku asek2 minat perempuan tu? Itulah orangnya...)

Sekian =)


Read more...

Breached

>> Tuesday, May 05, 2009

Owh ya, aku ada bgtau kamu semua tentang hidup aku kt UMS(Universiti Malaysia Sabah) tak?

Malas la nk cerita suma benda. Panjang sgt.

Mari aku ceritakan tentang kisah aku dan rumate aku.

Kami sudah jadi rumate sejak hari pendaftaran lg. Dulu2, bilik 4 org, tp masuk Tahun 3, kami dapat bilik utk 2 org.

Kami ada rules dlm bilik.

1) Roomates x boleh tidur sekatil. Terlalu suspicious. Yela, dah ade katil masing2, ape kes?

2) Hari minggu, jangan kacau orang yang nk tidur sepanjang hari pon. Penting untuk regain energy!

3) Roomates juga tidak digalakkan untuk hanya keluar berdua pergi shopping. Takut orang cakap Lesbian pulak.

4) Gilir- gilir sapu sampah. (Weh, macam aku saja yang menyapu ni? Haha)

5) Stok makanan yang ada, adalah untuk dikongsi bersama. (Baik punya. Haha. Dia la rugi, sbb aku kuat makan)

Ada la beberapa lagi kot rules2 kecik, tp x igt la sekarang.

Selain itu, bilik aku adalah bilik paling terkenal untuk buat port. Dari 1st year lg. Aku pon xpaham. Kalo nak bincang apa2, mesti datang bilik aku. (Aku tau, ni mesti sbb katil aku yg ada daya magnet tu kan?? kan?? kan?? =P)

Jadi disebabkan orang selalu lepak bilik aku, aku ada ramai gila external rumate. Dan boleh kata hampir setiap malam la external rumate datang tidur bilik kami. Kalo Nichy datang (ada dimentionkan dlm entry ini ), dia akan tidur sekatil dengan aku, dan kalo Zubed (juga klik di sini ), dia akan tidur katil rumate aku.

Tapi semalam, masa Zubed tengah sibuk study, die tertidur atas katil rumate aku, dan occupy penuh satu katil (sila bayangkan Patrick Star yang tidur). Rumate aku yang sudah sgt mengantuk time tu, terpaksa tidur atas katil aku.

Mula-mula, aku hesitate gila la nk kasik. Langgar peraturan ni!! Tapi sbb kesian sgt, aku kasik la. Dan 10 minit lepas tu, tah macam mana, aku pulak ngntuk. Jadi aku pon naik tidur sekali dengan rumate aku. Awww~

Tak lama lepas tu, Zubed bangun untuk sambung study. Aku pon dengan kejamnye, kejut rumate aku yang sedang nyenyak tidur dan suro die sambung tidur atas katil die sendiri.

Fuh, selamat aku semalam. Haha~

Read more...

Pelik

>> Monday, May 04, 2009

Aku ade seorang kawan. Kawan perempuan.


Dia sangat suka dengan perempuan cantik. Ya lah, siapa yang x suka. Aku pon.


Tapi kadang2 cara dia suka perempuan, macam satu obsession pulak.


Mula2 dia suka Alizze, artis dari Perancis yang aku dengar dah masuk Islam tu.


Lepas tu, aku tgk dia suka sama Agyness Deyn, model terkenal yang berambut
pendek macam
lelaki.


Tak lama lepas tu, die obses sama Katy Perry pulak.


4 minggu perempuan, die jatuh cinta sama Lady Gaga pulak.


Sekarang, dia sedang mengajak kawan aku yang sorang lagi untuk turut obses perempuan2 cantik bersama-sama die pulak.



p/s: Nak kena tanya sexual orientation dia ke tak ni?

Read more...

Crappy Girlie Talk

>> Sunday, May 03, 2009

One bloody boring night, the silence of my room was broken by the entry of the other external room mates. Since we were so stressed out of studying, (just) because the exam was just around the corner, so we did a little chit-chatting session. The followings are based on true story :



Nichy: Aku rasa kalo ada exam tentang Hollywood's downstream, mesti aku boleh jawab exam dgn senang gila. Siap dapat distinction lagi.


Pika: Undeniably. (and Nichy mmg agak terer la dgn mende2 tu, aku pon setuju sebenarnye)


Zubed: Aku pon, aku pon! (dengan comelnya).Tapi aku rasa, aku movies kot. (die ni mmg kaki tgk wayang dan perasan terer la jgk psl movie2 ni)


Aku: Fine, meh aku test ko. (i'm not a movie buff myself, but i seriously spent a lot of my time watching movies)


Zubed: OK!


Aku: 1st question sng gila. List 5 movies yang disenaraikan almost every top magazines yg direkomen setiap Valentine...


Zubed: 1st, Titanic.


Aku: Undeniably. Mmg akan dpt top of the list. Kira first and foremost la ni. (tapi aku x berapa setuju pon sebenarnye. X pernah tgk smpi abes. terlalu bosan dgn jiwa aku. And mungkin sbb time die kluar, aku masih kanak2 belum baligh 1998-11 years old). Next?


Zubed: Arumuggam?


Aku: What the F? (sambil gelak besar dan hentak meja)


Nija: Wei bangang. Armageddon la. and aku x pernah bace pon die jadi fave 5 utk valentine.


Zubed: Hehehehehehe (die ni mmg mcm ni sikit. Korang bygkan die ni mcm Patrick Star dlm Spongebob Squarepants tu)


Aku:Dah2. Next Ape?


Zubed: Curious Case of Benjamin Button! (dgn bangganye tersengih)


Kami bertiga yang lain gelak lg. Aku masih menghantak meja! Apakah? Baru keluar cerita tu tak sampai setahun daaa..


Zubed: Next, ialah Freaky Friday.


Another humongous laughter.


Aku: Last chance la. Ko kan kate ko terer gila movies2 ni.


Zubed: Aku tau2!


Nija and Pika: Ape?


Zubed: JANGAN TEGUR! (bagi mereka yang tidak tahu, ini adalah cerita terbaru David Teoh. Aku pon x tgk lg. X mampu nak beli tiket wayang. Dan aku sendiri pon x minat sgt wayang. Sound sistem buatkan aku sakit kepala!)


Aku rasa nak sakit jantung dgn jawapan die tu.Ko tukar profession la wei. Jadi pelawak kt restoran dkt Tanjung Lipat. Tak pon jadi pelawak undangan untuk majlis birthday kanak2.


p/S: cerita akan disambung selepas ini lagi. cukup lah setakat ini dulu.


p/s2: ada sesiapa nak beli mana2 kawan aku? dibuka untuk lelongan sekarang. =)

Read more...

Buta Seni?


Aku sedang membace nota ortho (fracture neck of femur) yang aku buat sendiri waktu Mr. S bagi lecture. Tiba2, rumate aku tegur. Berikut adalah perbualan kami:

Pika: Ko tgh baca apa tu?


Aku: NOF fracture.


Pika: Buat senirik ek nota tu?


Aku: Yup. apsal?


Pika: Comel. Esp gambar orang tu.






Aku dah lama sedar aku xde bakat melukis.
Orang lidi pon x boleh lukis dgn sempurna


p/s: masih belum mampu bukak galeri =P


p/s2: gambar diambil dgn kamera lama yg menghasilkan gambar kurg berkualiti. x lrt nk angkat dslr (ehem~) aku tu.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP