Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Cerita Dalam Cerita (The Story of An Heiress)

>> Thursday, October 15, 2009

Cerita 1

Heiress.

By definition, maksudnye adalah pewaris perempuan.

Sila jangan tanya aku plak, apa maksud pewaris. Mungkin boleh tanya orang yang lebih sesuai, seperti, cikgu-cikgu Bahasa Malaysia (ke Melayu? Aku dah konfius, sbb byk kali sgt tukar. Like I care =P)

Cerita satu berhenti di sini. Sila baca cerita 2 plak. =P


Cerita 2

Honestly, aku x pernah jeles dengan mana2 manusia yang dilahirkan kaya atau berada, atau even dilahirkan dalam keluarga diraja. Errr, itu mmg rezeki die kot, jadi apa aku nak susah2 jeles kan.

Macam la kalau aku jeles, akan kurang kekayaan family die, jadi baik aku pikir cara untuk mengkayakan (ada ke perkataan ni ah?) diri sendiri. Lagi bermanfaat kot? Yes, saya adalah seorang yang rasional. X main la jeles2 ni. =P

Cerita 2 tamat di sini. Sila baca cerita 3 plak.


Cerita 3

Korang tau Amazing Race Asia (ARA) yang Ida Nerina masuk tu? Korang tau partner die? Aku x igt sangat nama minah tu, Tanya? Tasya?

Perasan x, kan bila nama peserta dalam ARA tu appear kat screen, dia akan tulis skali, apa relationship dorang ngn partner dorang, and pekerjaan dorang skali kan.

Yang aku igt, Ida Nerina dorang tulis actress, tp korang perasan x kat partner die dorang tulis apa?

Yup. Sila gabung cerita 1 dalam cerita 3 ni.

Dorang tulis pekerjaan dia sebagai Heiress.

And I was like, Hello????????????? Adakah itu korang kira sebagai satu profession?

Please la akak. Kalau mcm tu, aku pon boleh guna pekerjaan sebagai daughter? Hahaha. Tho bunyi sungguh miskin (aku nk buat mcm mana, mak bapak aku bukan ada harta juta2 T__T).

Seriously, adakah akak sebenarnye unemployed, tp sbb akak adalah pewaris mana2 empayar yang gah, jadi akak modify pekerjaan akan dari unemployed (kerja duduk rumah mengabiskan beras/ habiskan duit mak bapak dgn apply Platinum Credit Card, sbb bukan dia yang bayar pon) kepada heiress?

Ok, now I do sound jealous kan? (Kalau mengikut cerita 2, aku x jeles la sebenarnya. X TIPU!!!!)

Aku cuma rasa pelik napa orang nk guna "heiress" sebagai pekerjaa. Bajet Paris "I'm Hot" Hilton eh?

p/s: Tertekan sbb punyalah susah blajar, tp hidup ttp hampeh bila dah kerja nnt T___T.


Read more...

Sakit Mata

>> Thursday, August 20, 2009

Penulis sedang mengambil cuti dari merapu di blog ini kerana mata kiri kene "stye".

(ececece, mentang2 ko amek medik, letak nama hi-tech plak)

Atau bahasa yang lebih simple; mata aku naik ketumbit. Tapi kecik je, x tipu!

(Angkat tangan kanan dan buat gaya2 angkat sumpah)

Jadi macam biasa, orang selalu akan tanya kan mengintai siapa kalo mata naik ketumbit kan? WTF btol la.

Eh2, pandai2 je tuduh aku intai orang ek korang. Banyak cantik.


Ada jugak yang tanya macam ni:

X basuh sarung bantal berapa lama dah?

Cis! Fitnah je ni semua.

p/s: Mungkin terlalu banyak peluk bantal kot, jadi mata bergesel2 dengan bantal jadi sampai naik stye (cewah, nak jugak jaga standard xnak sebut ketumbit tu =P)

Read more...

The Chipmunk Voice

>> Saturday, August 15, 2009


Cerita Satu

Sejak2 tengok cerita kegilaan remaja/ wanita muda Twilight (tapi aku x rasa pape pon weh, sunyi sgt la crita tu), aku jadi minat dengan salah satu OST dia dalam tu.

Supermassive Blackhole by Muse.

Tapi aku jadi hairan lah, kenapa suara penyanyi die (Matthew Ballemy ke? Aku cek wiki je ni. Haha) mesti jadi mcm chipmunk masa nyanyi lagu tu?

Aku pon xnak la ckp apa lebih2, tp bukan satu lagu ni je suara penyanyinya jadi chipmunk.

Katy Perry, si perempuan cantik (yg hot!) tu pon, lagu dia byk yg men-chipmunk-kan suara.

Sampaikan aku nak menyanyi dalam kereta masa nak pergi kelas pon, suara aku sekali kene jadi chipmunk, sebab kalo guna suara aku yg penuh androgen ni, sah la bunyinya jadi macam si Giant dalam cerita Doraemon tu.

* * * * *

Cerita Dua

Satu hari, kami ramai2 melepak di bilik Essenen (bukan nama sebenar) beramai2. Waktu itu, di bilik die sedang pasang tv, dan entah macam mana, keluar si Misha Omar tgh menyanyi.

"Sedapnya suara Misha. Aku rasa orang Kelantan semua suara sedap la--> merujuk pada si Misha ni la. Aishah dan Nora pon asal Kelantan kan? Suara diorang pon sedap", kata Essenen.

Lupa nak bgtau, Essenen ni mmg orangnya suka buat conclusion based on apa yang dia nampak. Contohnye, kalau ade orang negeri tertentu die nampak cantik, dia akan buat kesimpulan suma orang asal negeri tu cantik2 belaka (apa daaaa).

Nak dijadikan cerita, adalah kawan kami seorang namanya Ibo juga asal dari Kelantan. Tapi masa tu, Ibo masih belum datang.

Essenen pun cakap la mcm ni: Ibo mesti suara sedap jugak kan? Kan? Kan?

Aku dan Nija dan tergelak2 smpai guling2 atas lantai sebab kami dah tau la kualiti suara si Ibo tu macam mana. Dengar mau berdarah telinga la jugak T__T

Jadi kami pon x ikut si Essenen tu buat kesimpulan bersama, sebab kami lagi syok layan Melodi time tu.

Tak lama lepas tu, si Ibo datang naik ke bilik Essenen. Terus si Essenen tu bermuka ceria dan bgtau teori dia kat Ibo. Si Ibo yang mmg seorang yg lawak (bagi kitorg la dia lawak, tp die x rasa die lawak pon) pon angguk2 tanda setuju yang suara die (selaku orang Kelantan sedap).

Cis! X boleh jadi ni. Mana ada suara Ibo sedap! Jadi aku pon paksa si Ibo menyanyi.

Aku: Kalau betul suara ko sedap, nyanyi ah satu lagu sekarang.

Maka si Ibo yang bajet suaranya sedap pon menyanyi.

(aku xde la video or rakaman die nyanyi tu, tapi korang leh bayangkan si bawang putih cerita hitam putih tu tgh menyanyi dengan suara yang teramat x sedap sambil berkemban dan hayun buai)

Muka si Essenen terus berubah, dan die terus tarik balik statement/ conclusion dia tadi. Sampai sekarang, dia dah x berani buat conclusion pandai2. Hahahaha

p/s: Trauma dengar suara sendiri masa sakit tekak. Macam pondan~

Read more...

H1N1: Amoi Cun Yang Terpinggir

>> Thursday, August 13, 2009

*Penulis sedang lentok mendengarkan lagu2 berentak rancak di Mp3*

Disebabkan sekarang zaman H1N1, dan kami pulak kerjanya kene pergi ward (yeah, bajet praktis physical examination,tp sebenarnya pergi usya HO yang hensem, tp malangnya x pernah wujud pon kt HQE ni), ramai plak la dok kene ILS (influenza like symptoms).

Demam... (puu~ puu~puu~)--> ini bunyi yang aku reka khas utk mereka yg sedang demam.

Batuk.... (koh koh koh koh)-->

Selsema... (srrrot...srrrot)--> bunyi sedut balik hingus. Haha

Salah seorang yang kena ILS tu, adalah seorang amoi grup aku yang cun melecun tp jugak seorang yang aku x dpt indentify sexual orientationnya kerana die slalu buat flying kiss kat aku, dan panggil aku "Sayang". (xpe, sbb cun, aku layan je dowh).

Jadi disebabkan rakan2 grup yang lain juga bangang, dorang ckp, dorang xnak la kene ILS mcm si amoi cun ni.

Jadi mereka pon cuba memutuskan sebarang contact dengan amoi cun.

Mari kita tgk apa yg mereka buat utk prevent contact dgn amoi cun:

1) Paksa si amoi cun pakai mask sentiasa

2) Mereka turut memakai mask muka

3) Duduk dalam jarak yang agak selamat dengan amoi cun

4) Ini mungkin langkah yang paling extreme. Delete number amoi cun dr phonebook. Jadi mmg xde contact lagsung. Bijak kan? Kan?

P/s: kenapa aku dpt kwn2 yang bangang? Kenapa? Kenapa?

Read more...

Hye Cik Abang~

>> Tuesday, August 11, 2009

Kelas tamat pada pukul 6 ptg semalam. Penat gila!

Jadi kami pon decided untuk pergi makan di Sadong sebab Nija berpuasa dan masih belum makan, dan perut masing2 sudah berbunyi (sila insert bunyi perut berbunyi bila lapar di sini).

Bila sampai di sana, aku dan Nija pesan nasi lemak + telur mata dan kami kongsi air avocado susu gelas besar yang mmg sgt besar. Pika pulak tekad berdiet dan hanya makan burger (wtf diet makan burger? LOL).

Kemudian bila dah siap makan semua, air tu masih ade 1/3 gelas (series banyak gila), dan since air tu sedap + xnak membazir, kami pun decide nak tapau jelah air tu. Kot2 tercekik dalam kereta japgi. LOL

Jadi aku pon panggil pekerja kedai tu, nk suruh die bungkuskan air.

Pakcik!

Panggilan aku dilayan sepi.

Adik!

(insert bunyi cengkerik di sini)

Encik!

(masih tiada reply)

Abang!

Dan serta merta, bro tu pusing dan tgk aku, dan tanya nak apa dengan comelnya (ok, ni aku tambah2 je), dan mntk maaf before this die x pusing sbb x dgr. Aik, kalo x dgr cmne boleh tau orang pangil2 die? Woho!

Gatal punya mamat.

p/s: Please la jgn ajak aku makan sana tiap2 malam. Bila nak hilang 75kg mcm ni?

Read more...

Gadis Jambu Batu Pink

>> Sunday, August 09, 2009

Korang tau x jambu batu yg isi die warna merah tu? Yang bau die wangi, isi die lembut, dan kalau makan, mcm addicted sbb bijik die lembut gila. (x lama lagi aku mmg nk kene appendicitis dah ni).

Tadi aku pesan kt kawan aku mintak belikan 2 kilo jambu tu sebab die pergi tamu pagi tadi. Aku x sangka la 2kg tu sampai berbelas2 biji.

Jadi aku pon start msg kawan2 aras aku suruh datang amek sbb aku takut jambu2 tu buruk (aku bajet aku mkn sikit ah. Pergi mampus! Haha)

Nija adalah salah seorang yang makan jambu tu. Tadi die datang bilik dan start cerita tentang die dan jambu batu tu.

Ceritanya begini, lepas dapat jambu tu, die pon makan la benda tu. Kemudian, bila die gigit, die usya jambu tu, warna pink. Sebelum tu lupa nak bgtau, die tatau yang jambu tu warna pink isi die. Sebab rumate die yg dtg amek jambu tu kt bilik aku.

Jadi die pon mati-mati ingat gusi dia yang berdarah. Terus pergi cek gusi dekat cermin. Cek punya cek, x jugak jumpa, kt mana yang berdarah.

X jumpa kt gusi, die pon cek anak tekak, dan segala benda yang ada dalam mulut. Xde pon berdarah!

Kemudian rumate die, si Marne Itik pon pelik aphal si Nija dok tengok kt cermin lama2.

" Awak buat apa tu Nija?".

Nija pon menjawab:

"Kenapa jambu ni jadi merah. ?"... dengan muka kesian sebab x jumpa pon punca pendarahan di mulut yang menyebabkan warna jambu berubah.

Marne pon menjawab dengan baiknya (kalau aku dah baling bantal kot):

"Nija, jambu tu mmg kaler mcm tu....".

Nija pon termalu sebab mati2 die igt gusi die yg berdarah. Puas la jilat "darah" kt jambu tu bajet nak ilangkan darah tu.

Oh gila!


Read more...

H1N1 vs B1N1

Cerita ini sebenarnya kisah benar. Tapi aku nk tukar sikit2 la jadi sedap sikit.

Jadi cerita ini adalah version aku yang punya.

* * * * *

Kami di unit A&E (Accident and Emergency Unit), di tugaskan untuk berada di sana selama satu hari. Puu...Puu... (sila bayangkan aku menaip benda ni dengan muka yang boring~)

Kemudian kawan aku si Review Punggung datang kt aku dan cerita perbualan sesama staff di satu kaunter ni.

MA (Medical Assistant): Saya tau la orang bising2 pasal H1N1 sekarang. Tapi saya xde pon sakit tu. Saya ada B1N1 je (as in, bini/wife/isteri la).

Oh, cute sungguh MA tu buat lawak.

Kalau aku ade di situ, aku mungkin akan jawab mcm ni:

"Saya xde H1n1. B1n1 lagi la x boleh nak ada. L4K1 pon, mcm nak cari je sapa2 dan paksa saja kawen ngn saya kot."

Hehe.

p/s: Aku dah x high la skarang. Siot. Tolong. Aku perlukan wajah2 hodoh utk high-kan diri aku. Tolong!

p/s2: Jom senam! (aku tgh menjalankan tugas sebagai medical student ni. lol)


Read more...

Bak Kut Teh: Jom!

>> Saturday, August 08, 2009


Aku baru balik dari ward dengan Pika.

Kemudian
kami terserempak dengan Ah Pek, LMC , dan QSM ( nak pergi makan.

Aku pon tegur la diorang.


" Pergi makan ke? Bak Kut Teh?".

Diorang pon jawab.. " A ah. Nak ikut?".


Aku pon reply balik.. " Xpelah, aku puasa babi sekarang".


T__T


Situasi begini akan terjadi bila ko selalu sgt melawak pasal makan babi.

Siap boleh tau lg, babi paling sedap masak apa.


Klu: Bak Kut Teh ialah babi masak rempah ok.

Juga sesuai dimasak sup atau masak kicap. Haha


T__T


Seorang rakan bernama J siap pernah ckp mcm ni kt aku lagi:
"Aku akan make sure aku bg ko makan babi jugak suatu hari nnt. Mungkin masukkan cebisan dagingnye secara rahsia".

Oohhhhh...

T__T

p/s: Jom senam!

Read more...

Nasi Hangit

>> Sunday, July 26, 2009



Korang tau x rice cracker? Ok, gambar di atas adalah contoh rice cracker. Aku pakai amek kt internet je pon. Cerita di bawah adalah berkenaan dengan rice cracker.

Aku sangat suka makan rice cracker. Kadang2, aku boleh makan 20 pek kecil dalam satu2 masa. Aku saspek dorg letak banyak MSG kot dlm tu, smpai aku ketagih makan (padahal letak ke x ltk, aku mkn byk gk).

Lebih kurang 16 bulan lepas, masa aku posting di Penampang Health Clinic, aku dan Bedah jadi partner masa tu. Jadi kami pon masuk satu bilik doktor ni. Die tengah periksa ibu2 mengandung.

Tiba-tiba aku lapar, dan kebetulan, aku ade bawak beberapa peket rice cracker, yg aku ltk dlm white coat. Jadi aku pon keluarkan la dan patahkan dan makan senyap2 (dorang x nmpk aku makan benda tu). Oh ya, dalam bilik tu, ade jugak seorang nurse yg banyak cakap.

Then, bila aku start makan, kan aku cakap benda tu addictive kan, aku pon terus makan lg, dan rupa2nya ah 2 peket abes. Tiba-tiba, aku dengar doktor tu tanya kt ktorang mcm ni:

"Eh, ada bau nasi hangit x?".

Aku dalam hati: Alamak, ni mesti bau rice cracker aku. Sebab bagi mereka yang x tau, benda ni kalo makan mmg ade rasa hangit skit2 (apala ko dok makan ni Mimi oi...)

Aku diam je. Sebab masa tu, mulut aku tgh penuh dgn benda tu. X dapat nk ckp yang sebenarnya nasi hangit tu bau rice cracker aku, dan satu lg, aku takut die marah sbb makan dlm klinik die.

Pastu doktor tu cakap lagi: "Ni mesti ada sapa2 masak nasi kt pantry nurse tu...".

Partner aku yang xtau apa2 pon angguk kepala tanda setuju. Ceh, aku dah nak gelak dah. Bau nasi hangit pon jadi perbualan ke?

Nurse tu pon menyampuk: " Tapi doktor, mana ada orang masak nasi awal2 ni. (Masa tu baru pukul 9 pagi). Saya rasa tu bukan nasi hangit la doktor.

Doktor tu pon pelik dan tanya balik: " Eh? Abestu kalau bukan nasi hangit apa?".

Nurse: "Ala, kan bila kita masak nasi, ada air2 yg berbuih2 tu kan kt atas die. Bau itu kot doktor. Saya konfem bukan hangit. Kan masak nasi pakai rice cooker. Macam mana nak hangit ".

Partner aku angguk lagi. Haha. X tahan btol aku. Lama gak isu nasi hangit ni berlanjutan. Tapi aku masih diam di situ dan teruskan makan rice cracker yang mengundang bau nasi hangit di bilik itu.

Nyum Nyum Nyum Nyum (sila bayangkan aku makan dengan mulut penuh dan pipi yg kembung. Maybe I should insert my picture here as well.)

Dan aku teruskan makan sampai la habis rice cracker dalam poket aku. Jadi lepas tu dah xde la bau nasi hangit kan?

Nak tau apa nurse tu cakap?

"Eh, dah xde bau tu la doktor. Mesti nasi dah masak kan?".

LOL

p/s: Dorang x perasan ke aku x cakap pape ah? Hahahaha.


Read more...

Soalan Lazim Kalau Kamu Seorang Budak Medik...

>> Monday, June 29, 2009

Kalau aku pergi mana-mana, kemudian orang tahu aku amek Medic, apasal orang suka tanya aku soalan ni?

1) Betul ke kena tidur dengan mayat?

2) Betul ke korang bawak balik tengkorak ke bilik?

3) Ha, ni yang buat aku bengang sekali: Ko amek medic, bidang apa? (Tulang? Perbidanan? Kanak-kanak?)

4) Kemudian cakap mcm ni: Oh, patutlah tulisan doktor. Ceh, tulisan aku xde kene mengena dengan bidang yang aku amek. Kalau dah huduh tu, huduh jugak la..

5) Kemudian, nampak aku pakai spek. Pastu cakap, patut la rabun, amek medic. As in rajin belajar? LOL. Banyak lagi reason untuk jadi rabun. Seperti aku, rabun dengan terlalu banyak mengadap laptop? Kurang tidur? X suka makan carrot?

p/s: Malas sungguh aku nak jawab T__T. Kadang-kadang rasa mcm nak rakam/tulis, kemudian bila orang tanya, play/tunjuk je balik fakta2 berikut. Haha (gelak unnecessary)

p/s: Ini post aku yang ke-lima untuk hari ini. Macam ada mania pulak menulis banyak2 hari ni. Haha. Salahkan posmen!! Barang aku tunggu x sampai2 lagi.

Read more...

Apa Yang Korang Buat...

Korang rasa, apa yang korang buat sekarang kalau korang x buat apa yang korang tgh buat sekarang?

Aku: Jual burger depan rumah.

Korang?

Read more...

I Kissed A Girl, I Liked It!

>> Friday, June 26, 2009


Tajuk itu hanyalah teaser dan kontroversi semata-mata. Aku x pernah cium mana2 perempuan pon....

Setelah beberapa bulan menulis di blog (dan juga Facebook), aku perasan satu benda berdasarkan komen-komen yang aku terima.


Kenapa laki rasa perempuan yang smoking dan perempuan yang mempunyai sexual orientation sebagai seorang lesbian itu HOT?

Kenapa?

Kenapa?

p/s: Aku tgk Brokeback Mountain, x rasa HOT pon?

Read more...

The Biggest Loser (versi mari sihatkan badan?)


Ada apa dengan playlists ni?





Betis aku sekarang mengeras (baca sampai sudah untuk tahu kenapa).



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Sudah lama tak jogging/ work out. Aku nak gunakan alasan cuaca yang x bagus skrg. Hebat.



Kemudian, semalam, entah macam mana, aku terbukak channel Hallmark di Astro. Masa itu, ada satu rancangan bertajuk The Biggest Loser disiarkan.



Kamu mahu tahu ini rancangan apa? Sebuah rancangan di US yang mengumpul 50 orang gemuk seluruh negara (sorang peserta bagi setiap states. Harap2 kamu tahu la US ada 50 states. Malaysia ada berapa?).



Seronok gila tgk rancangan ni. Buatkan aku rasa normal. Yelah, sebab sekarang banyak sangat rancangan yang bila tgk, buat aku rasa rendah diri; America's Next Top Model, Janice Dickinson's Modelling Agency, Malaysia Dream Girl and so on...



Jadi, bila kamu tengok orang-orang yang mmg sudah sah2 flawed berusaha untuk hilangkan berat badan mereka, kamu rasa mcm terdorong untuk buat benda yang sama (maksud aku, x semestinya nak kuruskan badan saja, tapi, usaha mereka untuk mendapatkan sesuatu tu...).



Jadi semalam, aku pon tiba-tiba pergi jogging. Jogging dalam istilah aku sajalah.



Pasang playlist di atas, dan pergi jogging/menari dalam bilik sendiri. Hahaha.



p/s: Aku jumpa cara untuk kuruskan badan dengan cara menari ni dalam Youtube. Dia dah hilang 100 pounds dengan cara ni saja.



p/s: Masih menanti Eye-toy aku *ehem* untuk sampai. Lepas ni boleh kick some butts. Yeah


Read more...

Kalau Kamu Sudah Penuh Uban Di Kepala, Kenapa Masih Nak Usya Anak Dara Orang?

>> Thursday, June 25, 2009

Ini sambungan dari kisah di bawah. Baca kisah di bawah dulu ye.



Selepas membayar barang-barang yang dibeli, kami pun melangkah ke surau yang hanya 10 meter dari kaunter express lane tu tadi.



Bila masuk surau, aku cepat-cepat berwudhu, dan pakai telekung, kemudian SMS Abah aku yang ada kt rumah (malas nak ikut...)



Aku: Dah masuk waktu gtau. TQ



Abah: Ok



Dan 5-6 minit kemudian, Abah SMS, jadi aku pon menunaikan fardhu Maghrib. Mak aku pergi toilet dulu, jadi die solat lambat sikit.



Disebabkan surau tu agak sempit, dan makin ramai orang masuk, aku pon blah bila aku dah siap solat. Aku duduk di luar surau. Di situ, ada macam satu tmpt melepak. Ade la 3 kerusi panjang. Satu ada sorang adik kecik duduk, satu lagi pakcik berumur 60-an yang sudah beruban di kepala duduk. Jadi aku duduk di satu lg kerusi yang tiada penghuni (at least di mata kasar aku xde la...hahaha).



Dengan 3 beg plastik besar (beli barang tadi tu), dan satu bagpack (beg Nike aku yang berwarna kelabu/hitam), aku pun duduk situ diam-diam sambil keluarkan henset dan main game Snake II. (best la jgk, sbb dah game tu je yang ade dalam henset cabuk aku..)



Tiba-tiba aku perasan, pakcik tua tu asyik tgk aku. Mula-mula, tgk barang-barang aku. Kemudian, dia asyik tengok aku.



Eh, apahal pakcik ni. Buat la perangai baik2. Malu pakcik dah tua-tua dok usya anak dara (uwwweekk) orang tau. Aku pon tgk balik pakcik tu. Tanda tak mau kalah.



Sampaikan bini pakcik tu (yang juga sudah agak berumur, tadi dalam surau aku nampak dia sembahyang duduk saja. X larat agaknya...) keluar dari surau, dan pegang bahu dia ajak die jalan pon, dia masih tgk aku.



Eh, apahal ni? Aku sudah mula bengang.



Aku pon tengok diri sendiri, dan cari apa yang x kena.



Ohhhhhhhhh....



Patutlah pakcik tu tgk semacam saja...



Rupa-rupanya aku tak sedar aku tgh sedap duduk melunjur kaki (atas kerusi panjang tu) sambil dakap beg dan gelak sorang-sorang bila ular aku (yang aku main) langgar dinding. Cis. X sopan btol. Mana ada orang buat mcm tu kat shopping complex daaaa...



Lupa pulak, sebab selalu kt rumah atas kerusi panjang aku buat mcm tu. Jadi terbiasa...



p/s: Lain kali janji dah x buat la...



Read more...

Kamu Kurang Ajar Dengan Aku, Jangan Ingat Aku Tak Boleh Jugak

Semalam aku pergi bawa mak aku ambil ubat di Hospital Seberang Jaya (Breast cancer survivor, currently on life long tamoxifen). Selepas ambil ubat, kami singgah la kejap di Megamall Prai, dan kemudian ke Carrefour (sebab sebelah hospital saja).



Belilah sedikit barang dapur (walhal gaji x masuk lagi, shopping x mau2). Sementara mak aku dok beli barang, sempat la jugak aku pergi main sorong-sorong trolley sorang2 dengan lajunya dan lepas tu bergayut.... (korang main x ni mase kecik2 dulu?)



Dalam setengah jam kemudian, kami pon dah abes shopping, jadi kami pon nak bayar barang-barang yang dibeli. Urgh, ade 30 kaunter, tapi sume banyak dah tutup, sebab time tu dah nak dekat maghrib. Maybe diorang pergi sembahyang kot...



Ada sorang cashier pon suruh aku pergi express lane (untuk items less than 10). Aku pon sebab dah malas nak jalan ke kaunter lain (yang jauh gila, sbb dah banyak sgt kaunter kan...), terus pergi ke express lane tu. Ada 2 orang cashierdi situ. Sorang lelaki, dan seorang perempuan.



Letak barang-barang.



Tiba-tiba, cashier perempuan tu bersuara, dengan lantangnya...(korang buat la bunyi suara Fasha Sandha nak menangis tu...hahahaha)



"Ni barang lebih dari sepuluh! Mana boleh bayar sini!", bentak si cashier itu. Ok, to tell u the truth, barang2 aku hanya ada 13 bijik je. Tu pon termasuk sushi 2 ketul yang kecik gila. No biggies.



Aku nampak muka mak aku dah lain. Muka terkejut, dan x suka kene tengking begitu (cuba cakap siapa yang suka? X pasal je)



Ewah2, dah x boleh cakap je la elok2. X payah nak marah atau jerit kat aku. Dah la ada mak aku kat situ. Kot ye pon x reti nak hormat aku yang muda remaja ni *ehem*, tolong la hormat mak aku yang obvious2 tua dari ko.



Baik, main kasar nampak. Dan seperti tajuk di atas, aku pon main kurang ajar la balik.



"Apa la susah sangat. Aku bayar la dua kali. Mak aku bayar sepuluh yang first. Lagi 3 aku yang bayar. Tak boleh macam tu?", aku cakap pelan-pelan kat cashier perempuan tu, sambil senyum kat cashier laki tu. Ceh, sempat lagi aku. Haha



Cashier laki tu pon back-up aku, dan suruh je perempuan tu kira je barang-barang tu.



"Bukan ade orang pon, apa masalahnya...", kata cashier laki tu. Wahahaha. Cashier perempuan tu pon akur. Mesti die tgh try mamat tu, sebab mula-mula buat gangster, tiba-tiba lembut la pulak, dan terus diam je bila mamat tu bercakap.



Lepas tu, mamat tu blah, dan tinggal aku, mak aku dan cashier perempuan tu saja di kaunter. Dia masih susun-susun coins dan buat tak peduli dengan kami. Ewah2. Dah nak maghrib ni, cepatla dik non oi.Ktorg nak pergi buka puasa ni.



"Ni, boleh bayar ke tak ni kat sini?", aku tanya kat cashier tu.



"Yelah, letak jelah situ. Satgi saya buat la. Bukan ada orang pon!", jawab cashier tu, dengan muka masam.



Huh, x kuasa aku nak layan. Berlagak nak mati. Mentang-mentang ko jaga kaunter express lane, abes besar la ek?



Kalo ikut hati aku, mau je pergi report sama manager. Pekerja kurang ajar, x reti senyum, dan gatal (errr, dengan cashier laki td tu), suka menjawab balik, dan kasar.



p/s: Perempuan itu adalah contoh terbaik kenapa aku x patut kerja sebagai seorang cashier. Hahaha (statement sedar diri)


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP