Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

22, and Yet Still So Typical

>> Tuesday, November 10, 2009

Check jap duit cukup ke x... T__T (symptoms kanak2 miskin.lol)


Kenapa ah, bila nak makan kt luar je, asal2 plan nak mkn benda berkhasiat or benda yg mcm freshly cooked, but then, mesti akan end-up dgn mkn fast-food or the so-called classy restaurant ah?

Like the other night, my friends and I were planning on eating out, then igtkan nak mkn la tomyam ke, nasi goreng2 ke, ikan bakar ke (ok ikan bakar aku tipu, aku x suka. rasa hangit!), thenend up tersepit antara nak mkn KFC n Manhattan Fish Market?

Memang org muda mcm tu ke? Asal nak mkn je mesti mkn restaurant francais. Ke ktorg je? Mcm x grown up btol.

So ktorg pon pg la mkn kt Manhattan Fish Market. Xde la mahal, sbb amek Kiddies Meal je (so cheap, lol), sbbnye benda2 kt sana sume nye goreng n deep fried, so mkn byk2 series korg prepare jela anti-emetics,or maybe air lemon ke, sbb kalo x mesti rasa muak nk mampus dgn minyak2 yg melekat dlm mulut nnt. Urrgghh!

Aphal ko buat muka cmtu Pika? Seram siot!

Nija mmg x suka kamera..

Muka si pemalas...dan lapar jugak kot. Haha

Read more...

Hye Cik Abang~

>> Tuesday, August 11, 2009

Kelas tamat pada pukul 6 ptg semalam. Penat gila!

Jadi kami pon decided untuk pergi makan di Sadong sebab Nija berpuasa dan masih belum makan, dan perut masing2 sudah berbunyi (sila insert bunyi perut berbunyi bila lapar di sini).

Bila sampai di sana, aku dan Nija pesan nasi lemak + telur mata dan kami kongsi air avocado susu gelas besar yang mmg sgt besar. Pika pulak tekad berdiet dan hanya makan burger (wtf diet makan burger? LOL).

Kemudian bila dah siap makan semua, air tu masih ade 1/3 gelas (series banyak gila), dan since air tu sedap + xnak membazir, kami pun decide nak tapau jelah air tu. Kot2 tercekik dalam kereta japgi. LOL

Jadi aku pon panggil pekerja kedai tu, nk suruh die bungkuskan air.

Pakcik!

Panggilan aku dilayan sepi.

Adik!

(insert bunyi cengkerik di sini)

Encik!

(masih tiada reply)

Abang!

Dan serta merta, bro tu pusing dan tgk aku, dan tanya nak apa dengan comelnya (ok, ni aku tambah2 je), dan mntk maaf before this die x pusing sbb x dgr. Aik, kalo x dgr cmne boleh tau orang pangil2 die? Woho!

Gatal punya mamat.

p/s: Please la jgn ajak aku makan sana tiap2 malam. Bila nak hilang 75kg mcm ni?

Read more...

Out For Lunch

>> Sunday, August 09, 2009

Oldtown White Coffee.



Lunch.



Hungry.



Aku: Wah2, sume nmpak cm sedap ni.



X dpt nak decide la (tgk muka kagum aku masa usya menu)


Sibah: Aku kena cek wallet dlu ni. Cukup duit x nk melantak sume benda yg ada dlm menu.



p/s: Ice blended coffee and hazelnut die sedap, tp mcm kuat sgt. Palpitations aku dibuatnya.



p/s 2:O yeah, pergi la try makan sana. Sedap!



Read more...

Bak Kut Teh: Jom!

>> Saturday, August 08, 2009


Aku baru balik dari ward dengan Pika.

Kemudian
kami terserempak dengan Ah Pek, LMC , dan QSM ( nak pergi makan.

Aku pon tegur la diorang.


" Pergi makan ke? Bak Kut Teh?".

Diorang pon jawab.. " A ah. Nak ikut?".


Aku pon reply balik.. " Xpelah, aku puasa babi sekarang".


T__T


Situasi begini akan terjadi bila ko selalu sgt melawak pasal makan babi.

Siap boleh tau lg, babi paling sedap masak apa.


Klu: Bak Kut Teh ialah babi masak rempah ok.

Juga sesuai dimasak sup atau masak kicap. Haha


T__T


Seorang rakan bernama J siap pernah ckp mcm ni kt aku lagi:
"Aku akan make sure aku bg ko makan babi jugak suatu hari nnt. Mungkin masukkan cebisan dagingnye secara rahsia".

Oohhhhh...

T__T

p/s: Jom senam!

Read more...

Satay Haji Samuri di Sungai Buluh

>> Sunday, July 26, 2009


Haritu, waktu pergi KL, kami singgah di Sungai Buluh untuk
makan Satay Haji Samuri

Mak pon mula pesan satay apa yg die nak makan

Tengok muka mak aku yg mcm gatal semacam ngn org yg amek order tu. Hehe

Tapi muka gatal tu hilang bila mak aku dgr yang satay perut xde =(.
(Ada satay ayam dan daging saja)

Mula-mula, kuah sampai dulu. Sila perhatikan adik aku yang sibuk sms sapa tah.

Senyum sorang2? Hurmmm...

Dan bila ditegur sebab senyum sorang2, die buat2 amek gambar Abah aku.

X lama lepas tu, satay pon sampai.

Oh ya, korang x nmpk lg pose abah aku yang menarik...

*

*

*

*

*

Tada! Macam M. Daud Kilau x? Wahahaha

Read more...

Bila Sampai Rumah Dan Kene Shock Sebab Dah Lama Tak Makan Free

>> Tuesday, June 23, 2009

Pertama2nya, maafkan aku sebab tajuk aku panjang gila. Tiru Awerz. Hehe.



Aku dah jadi macam kucing malas yang asyik nk berlingkar dan tidur sahaja kerana terlalu senang mendapatkan makanan di rumah tanpa perlu keluar setapak pun dari pintu depan.



Inikah tanda-tanda aku akan menambah berat sebanyak sepuluh kilogram?



p/s: Malam ni nk makan apa pulak ah? Keropok lekor? Satay Ayu? Omaq Char Kuey Teow? Tomyam? Kerabu Daging? Kerabu Mangga? Burger Depan Rumah? Carrot Susu? Nasi Goreng Ikan Masin? Kek Lapis Sarawak? Durian Lagi? Rambutan? Pergh!!!

Read more...

Survival Or Just Plain Stupid?

>> Monday, June 22, 2009


Honestly, I am quite embarrassed to tell you people about this story of mine. But hey, who the hell cares huh?



Last 2 nights (20th June 2009) was my last day at Sarawak (Kuching). My flight was rescheduled from 2020 (I really hope you guys know how to read times in military styles =P) to 2045, which was, well, not a big deal for me, even it was quite annoying though. As if my arrival at Penang at 2220 is not late enough, and now I had to make my parents wait a little longer at the airport to pick me up (screw you Airasia =P).



Yada Yada Yada. Let us get straight to the real story.



Did you know that I went to the airport with just RM10 in my wallet?



And later (at the airport, while waiting for the check-in counter to open) when The Orange Guy and Pika said that they were hungry, I started to freak out.



“Do I have enough money to eat?”.



Ok, act cool, stay calm.


“Jom pergi cari kedai nak makan…” I told the other two while my eyes were screening for cheap places to eat, but hey girl, what were you thinking. I was the airport, remember!



Luckily there was KFC around. =)


Wanna now why? That was because they have already introduced the Jom Jimat meal, which only costs 7 bucks per meal. Fuhh..



So we ate the meals, and I went onboard with only Rm3 in my pocket. Haha



I told Pika about this after eating, and she was so surprised and said, “ Wah, survival gila!”.



But if you ask me personally, this behavior of mine is not a survival-thingy, it is more like a plain stupid act.



I promised myself that after this, I won’t repeat such foolish act anymore…



p/s: Tawakkal ?



p/s: This is definitely not an ads for KFC …


Read more...

Kapan Lagi Mahu Bercuti Ya?

>> Wednesday, June 17, 2009

Aku rindu trip ke Labuan dan Brunei.

Mana lagi mahu pergi lepas ini ya?



Di hadapan Hotel yang dahulunya Istana Sultan Hasanal Bolkiah

The Royal Suite

View di Hotel tinggalan Sultan


Semuanya di eja dengan jawi di sini...

Ini kedai guna ejaan jawi lagi!


Masjid Omar Ali Saifuddin

Ini pulak Masjid Jamek Al-Asr Hasanal Bolkiah


Makanan sini sume seringgit. X puas hati betul aku!


Ini adalah udang, ubi keledek dan kulit popiah. 3 seringgit jugak!


Naik boat sekeliling The Famous Kampung Ayer (ade buaya sini!)

Tapi muzium dia huduh...

Kamu rasa makcik ni macam pelik x?


Aku yang penat berjalan-jalan


p/s: Apa aku merepek? Bukan tengah bercuti di Sarawak ke ni?

Read more...

Kucing Juga Makan Spaghetti

>> Tuesday, June 16, 2009

Hari-hari lapar dan boring, kalau kami rajin sikit, aku dan rakan-rakan aras akan masak spaghetti secara haram di bilik (memasak adalah haram di asrama kami. Hampeh!)

Kalau ada lebih... (yang mana selalunya jarang la...) inilah yang akan berlaku...




p/s: 'Terpeleot' kan bunyi meow roomate aku? LOL

Read more...

Minum Petang

>> Friday, May 01, 2009


Selalunya, jarang aku n kwn2 aku minum ptg sbb kami x posting sama. Sorg balik petang, sorang balik kol 8mlm, ade yg smpi kene balik kol 10mlm (kalo ade on call la)..

Tapi harini cuti, jadi Pika merangkap rumate dah terckp nk turun n beli roti canai, jadi die yg pegi turun beli menda2 ni. Bedah pon ikut sbb die ade mslh peribadi, jd nk release tension sikit.

Pernah makan roti canai cicah susu pekat??? Lagi bes dr mkn ngn kuah kari, tp x leh lwn kuah dall yg pekat gile la. argh! balik umah mesti cari!!




Roti Canai yg x cantik sbb mase ni kami dah start mkn n tgn aku dah penuh ngn susu jadi susah nk pgg kamera (berat!)




Murtabak Zubaidah yg x berapa bes. Last2 kami punya roti canai yg kene pow. Dah la cicah murtabak yg byk sos tu dlm plastik susu tu. hampeh!

p/s: masih rasa lapar la. jom mkn JOm Jimat nak?? Yogurberry ke?? hehehe.

p/s2: dgn harapan rumate aku bace blog ini. sekian

Read more...

Aku dan Blues Nasi Kenduri Kahwin


Aku selalu lapar.

Macam biasa la, siang xnak mkn. Subuh2 nnt menggagau cari mknn yg mmg xde dlm bilik.

Minum air masak je slalunye.

Haha. Kesian.

Tapi pagi ni, aku spesifik mengidam nasi kenduri kahwin.

Mana nak cari ni??

Selalu kt rumah, kalo mak ajak makan kenduri, aku xnak ikut.

Dgn alasan, aku malas nk bersiap. Tapi alasan sebenarnye, aku malas sgt dgr org tanye mak aku, bila lak aku nk kenduri. haha. sial. mind ur own bisnes la makcik2.

Kalo ade, ade la. kalo xde, aku nk buat ape. haha. simpan jela duit beli Audi. xpon hantar mak n abah pegi mekah tiap2 taun.

Owh, kembali dgn lauk kenduri. Aku tgh mengidam nasi minyak, ayam msk ros, acar, jelatah (aku xtau tmpt korg panggil ape menda ni), air sirap pandan kurang manis dan telur rebus. owh, perut masih menyanyi.



Takde telur rebus biasa. Jumpa gambar yg ade sambal je. Esok mesti makan!



Baik pergi solat Subuh, lps ni nk pergi cr makanan. Lapaq smpi terketaq!

Ciao~

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP