Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

The Wedding Pictures Blogssss

>> Friday, December 04, 2009

Aku xtau la ini berkaitan dengan musim cuti sekolah ke, umur makin tua ke apa, tp apsal kawan2 aku (aku x termasuk ok =P) sume gila dgn blog2 photographer kenduri kahwin lately(setahun kebelakangan ni kot).

Adakah masing2 sudah x sabar untuk berkahwin?

Sebab sudah nak grad x lama lg? (InsyaAllah...)

Or sebab masing2 dah tua kerepot, dok tgk je org kawen dan dapat anak?

Ataupon cari pose2 menarik utk majlis sendiri nanti?

Or sekadar hobi mengisi masa lapang?

Tanyalah mereka dan mungkin aku akan dapat jawapannya....

p/s: Disebabkan wireless uni aku off sbb budak2 lain cuti, jadi laptop n broadband aku selalu la jadi mangsa utk tgk blog2 terbabit. Oh malangnya aku pon dah terlibat sekali nampknya! Mungkin lecturer2 akan kecewa bila dapat tau student2 depa lg berminat tgk gmbr org kawen dr baca buku or praktis clinical skills. Hahahahaha

p/s 2: Yang lagi teruk kalo pg tgk gmbr2 tu, pastu kutuk org gila babi kot. Ah best gila. LOL

Read more...

22, and Yet Still So Typical

>> Tuesday, November 10, 2009

Check jap duit cukup ke x... T__T (symptoms kanak2 miskin.lol)


Kenapa ah, bila nak makan kt luar je, asal2 plan nak mkn benda berkhasiat or benda yg mcm freshly cooked, but then, mesti akan end-up dgn mkn fast-food or the so-called classy restaurant ah?

Like the other night, my friends and I were planning on eating out, then igtkan nak mkn la tomyam ke, nasi goreng2 ke, ikan bakar ke (ok ikan bakar aku tipu, aku x suka. rasa hangit!), thenend up tersepit antara nak mkn KFC n Manhattan Fish Market?

Memang org muda mcm tu ke? Asal nak mkn je mesti mkn restaurant francais. Ke ktorg je? Mcm x grown up btol.

So ktorg pon pg la mkn kt Manhattan Fish Market. Xde la mahal, sbb amek Kiddies Meal je (so cheap, lol), sbbnye benda2 kt sana sume nye goreng n deep fried, so mkn byk2 series korg prepare jela anti-emetics,or maybe air lemon ke, sbb kalo x mesti rasa muak nk mampus dgn minyak2 yg melekat dlm mulut nnt. Urrgghh!

Aphal ko buat muka cmtu Pika? Seram siot!

Nija mmg x suka kamera..

Muka si pemalas...dan lapar jugak kot. Haha

Read more...

Decreased Libido?

So, I was studying the other night (again, revising my 10 Teachers for Gynae and Obs) for my becoming exam, and I received a text message from a friend of mine. Here goes...

X: Weh, tgh watpe?

Me: Study ah, mende lg. 10Teachers.

X: Tensen aku study ni wei. Tambah2 baca psl tumor2 n disease psl gynae. Decrease libido aku tgk gambar pelik2 ni wei.

(oh nway, X is a guy)

Me: Errrr...

p/s: No comment. LOL

Read more...

Thriller/ Horror vs Romance

>> Tuesday, August 18, 2009


Situasi Satu

Seorang rakan datang ke bilik dan tanya aku, ade movies x. So I was gladly offering her my external hard drive yang mmg mcm penuh dgn movies saja (hahaha. wtf).

Later, she started browsing my collections, and then she said something like this to me:

Wei, ko ni saiko ke apa? Sume movie yang ko ada, kalo x kerat orang, mesti bakar orang la, makan usus baby la, potong orang jadi dua hidup2 la.

Aku: Hanya mampu gelak. Seriesly, aku mmg suka tgk movies genre seram dan ganas. Rasa seronok? WtF.

Aku sebenarnye mmg dah lama orang kenal dgn minah yg suka promote kt orang movie yg saiko dan thriller gila, yang bila org tgk sume tutup mata, tiba2 aku jd high tgh bila nmpk orang ptong2 orang. =P

Jadi sejak aritu tu, orang ckp aku saiko. LOL

Situasi Dua

Aku sedang duduk di dalam pantry perempuan dan sedang menyiapkan slide presentations sorang2 dengan senyapnya (cehehehehe).

Tiba2, ade dua orang kawan tgh bersembang tentang cerita The Proposal.

A: Wei J, ko dah tgk ke cerita tu? Orang ckp best, tp aku rasa biasa saja.

J: Belum la. Xde masa.

Tiba-tiba x pasal2 aku menyampuk:

Eh, cerita tu. Sweet gila... (sila bygkan muka perempuan bermisai ckp mcm ni. LOL)

Dan dengan tidak semena2, kecoh la plak kawan2 yang lain, cakap aku jiwang sbb suka tgk cerita romance.

Eh2. Tak WTF ke korang rasa?

Aku tgk cerita thriller/horror korang ckp aku saiko, aku ckp cerita romantik sweet, korang ckp aku jiwang. Jadi apa yang aku boleh tgk dan korang xkan cakap apa2?

National Geographic?

Animal Planet?

Akademi Fantasia? (hahahaha, seriously, tlg la hentikan program ni)

Woho!

Bila aku tanya mcm tu balik, xde sapa pon dpt jawab. Diorang cuma mampu ckp, aku ni extreme.

WTF. Haha. Sekian.

p/s: Masih belum mencuba sukan extreme. Korang bajet aku buat x?


Read more...

The Chipmunk Voice

>> Saturday, August 15, 2009


Cerita Satu

Sejak2 tengok cerita kegilaan remaja/ wanita muda Twilight (tapi aku x rasa pape pon weh, sunyi sgt la crita tu), aku jadi minat dengan salah satu OST dia dalam tu.

Supermassive Blackhole by Muse.

Tapi aku jadi hairan lah, kenapa suara penyanyi die (Matthew Ballemy ke? Aku cek wiki je ni. Haha) mesti jadi mcm chipmunk masa nyanyi lagu tu?

Aku pon xnak la ckp apa lebih2, tp bukan satu lagu ni je suara penyanyinya jadi chipmunk.

Katy Perry, si perempuan cantik (yg hot!) tu pon, lagu dia byk yg men-chipmunk-kan suara.

Sampaikan aku nak menyanyi dalam kereta masa nak pergi kelas pon, suara aku sekali kene jadi chipmunk, sebab kalo guna suara aku yg penuh androgen ni, sah la bunyinya jadi macam si Giant dalam cerita Doraemon tu.

* * * * *

Cerita Dua

Satu hari, kami ramai2 melepak di bilik Essenen (bukan nama sebenar) beramai2. Waktu itu, di bilik die sedang pasang tv, dan entah macam mana, keluar si Misha Omar tgh menyanyi.

"Sedapnya suara Misha. Aku rasa orang Kelantan semua suara sedap la--> merujuk pada si Misha ni la. Aishah dan Nora pon asal Kelantan kan? Suara diorang pon sedap", kata Essenen.

Lupa nak bgtau, Essenen ni mmg orangnya suka buat conclusion based on apa yang dia nampak. Contohnye, kalau ade orang negeri tertentu die nampak cantik, dia akan buat kesimpulan suma orang asal negeri tu cantik2 belaka (apa daaaa).

Nak dijadikan cerita, adalah kawan kami seorang namanya Ibo juga asal dari Kelantan. Tapi masa tu, Ibo masih belum datang.

Essenen pun cakap la mcm ni: Ibo mesti suara sedap jugak kan? Kan? Kan?

Aku dan Nija dan tergelak2 smpai guling2 atas lantai sebab kami dah tau la kualiti suara si Ibo tu macam mana. Dengar mau berdarah telinga la jugak T__T

Jadi kami pon x ikut si Essenen tu buat kesimpulan bersama, sebab kami lagi syok layan Melodi time tu.

Tak lama lepas tu, si Ibo datang naik ke bilik Essenen. Terus si Essenen tu bermuka ceria dan bgtau teori dia kat Ibo. Si Ibo yang mmg seorang yg lawak (bagi kitorg la dia lawak, tp die x rasa die lawak pon) pon angguk2 tanda setuju yang suara die (selaku orang Kelantan sedap).

Cis! X boleh jadi ni. Mana ada suara Ibo sedap! Jadi aku pon paksa si Ibo menyanyi.

Aku: Kalau betul suara ko sedap, nyanyi ah satu lagu sekarang.

Maka si Ibo yang bajet suaranya sedap pon menyanyi.

(aku xde la video or rakaman die nyanyi tu, tapi korang leh bayangkan si bawang putih cerita hitam putih tu tgh menyanyi dengan suara yang teramat x sedap sambil berkemban dan hayun buai)

Muka si Essenen terus berubah, dan die terus tarik balik statement/ conclusion dia tadi. Sampai sekarang, dia dah x berani buat conclusion pandai2. Hahahaha

p/s: Trauma dengar suara sendiri masa sakit tekak. Macam pondan~

Read more...

H1N1: Amoi Cun Yang Terpinggir

>> Thursday, August 13, 2009

*Penulis sedang lentok mendengarkan lagu2 berentak rancak di Mp3*

Disebabkan sekarang zaman H1N1, dan kami pulak kerjanya kene pergi ward (yeah, bajet praktis physical examination,tp sebenarnya pergi usya HO yang hensem, tp malangnya x pernah wujud pon kt HQE ni), ramai plak la dok kene ILS (influenza like symptoms).

Demam... (puu~ puu~puu~)--> ini bunyi yang aku reka khas utk mereka yg sedang demam.

Batuk.... (koh koh koh koh)-->

Selsema... (srrrot...srrrot)--> bunyi sedut balik hingus. Haha

Salah seorang yang kena ILS tu, adalah seorang amoi grup aku yang cun melecun tp jugak seorang yang aku x dpt indentify sexual orientationnya kerana die slalu buat flying kiss kat aku, dan panggil aku "Sayang". (xpe, sbb cun, aku layan je dowh).

Jadi disebabkan rakan2 grup yang lain juga bangang, dorang ckp, dorang xnak la kene ILS mcm si amoi cun ni.

Jadi mereka pon cuba memutuskan sebarang contact dengan amoi cun.

Mari kita tgk apa yg mereka buat utk prevent contact dgn amoi cun:

1) Paksa si amoi cun pakai mask sentiasa

2) Mereka turut memakai mask muka

3) Duduk dalam jarak yang agak selamat dengan amoi cun

4) Ini mungkin langkah yang paling extreme. Delete number amoi cun dr phonebook. Jadi mmg xde contact lagsung. Bijak kan? Kan?

P/s: kenapa aku dpt kwn2 yang bangang? Kenapa? Kenapa?

Read more...

Gadis Jambu Batu Pink

>> Sunday, August 09, 2009

Korang tau x jambu batu yg isi die warna merah tu? Yang bau die wangi, isi die lembut, dan kalau makan, mcm addicted sbb bijik die lembut gila. (x lama lagi aku mmg nk kene appendicitis dah ni).

Tadi aku pesan kt kawan aku mintak belikan 2 kilo jambu tu sebab die pergi tamu pagi tadi. Aku x sangka la 2kg tu sampai berbelas2 biji.

Jadi aku pon start msg kawan2 aras aku suruh datang amek sbb aku takut jambu2 tu buruk (aku bajet aku mkn sikit ah. Pergi mampus! Haha)

Nija adalah salah seorang yang makan jambu tu. Tadi die datang bilik dan start cerita tentang die dan jambu batu tu.

Ceritanya begini, lepas dapat jambu tu, die pon makan la benda tu. Kemudian, bila die gigit, die usya jambu tu, warna pink. Sebelum tu lupa nak bgtau, die tatau yang jambu tu warna pink isi die. Sebab rumate die yg dtg amek jambu tu kt bilik aku.

Jadi die pon mati-mati ingat gusi dia yang berdarah. Terus pergi cek gusi dekat cermin. Cek punya cek, x jugak jumpa, kt mana yang berdarah.

X jumpa kt gusi, die pon cek anak tekak, dan segala benda yang ada dalam mulut. Xde pon berdarah!

Kemudian rumate die, si Marne Itik pon pelik aphal si Nija dok tengok kt cermin lama2.

" Awak buat apa tu Nija?".

Nija pon menjawab:

"Kenapa jambu ni jadi merah. ?"... dengan muka kesian sebab x jumpa pon punca pendarahan di mulut yang menyebabkan warna jambu berubah.

Marne pon menjawab dengan baiknya (kalau aku dah baling bantal kot):

"Nija, jambu tu mmg kaler mcm tu....".

Nija pon termalu sebab mati2 die igt gusi die yg berdarah. Puas la jilat "darah" kt jambu tu bajet nak ilangkan darah tu.

Oh gila!


Read more...

Out For Lunch

Oldtown White Coffee.



Lunch.



Hungry.



Aku: Wah2, sume nmpak cm sedap ni.



X dpt nak decide la (tgk muka kagum aku masa usya menu)


Sibah: Aku kena cek wallet dlu ni. Cukup duit x nk melantak sume benda yg ada dlm menu.



p/s: Ice blended coffee and hazelnut die sedap, tp mcm kuat sgt. Palpitations aku dibuatnya.



p/s 2:O yeah, pergi la try makan sana. Sedap!



Read more...

Bak Kut Teh: Jom!

>> Saturday, August 08, 2009


Aku baru balik dari ward dengan Pika.

Kemudian
kami terserempak dengan Ah Pek, LMC , dan QSM ( nak pergi makan.

Aku pon tegur la diorang.


" Pergi makan ke? Bak Kut Teh?".

Diorang pon jawab.. " A ah. Nak ikut?".


Aku pon reply balik.. " Xpelah, aku puasa babi sekarang".


T__T


Situasi begini akan terjadi bila ko selalu sgt melawak pasal makan babi.

Siap boleh tau lg, babi paling sedap masak apa.


Klu: Bak Kut Teh ialah babi masak rempah ok.

Juga sesuai dimasak sup atau masak kicap. Haha


T__T


Seorang rakan bernama J siap pernah ckp mcm ni kt aku lagi:
"Aku akan make sure aku bg ko makan babi jugak suatu hari nnt. Mungkin masukkan cebisan dagingnye secara rahsia".

Oohhhhh...

T__T

p/s: Jom senam!

Read more...

Bila Rasa Lapar

>> Friday, July 31, 2009

Satu pagi yg agak panas di dalam lecture hall:

Nija: Rasa nak makan KFC la...

Aku: Baru lepas berak dua kali td. Rasa kenyang (bercakap sesuka hati tanpa sedar).

Nija: Ko makan taik ko seniri ke?

Aku: (terdiam sbb baru sedar apa benda la yang aku cakap tu...)

p/s: Penulis sedang mengalami high grade fever, coughing with no sputum production, and body ache. Oh no! Sedang berusaha batuk di public places untuk menyebarkan virus kepada rakan2 yang lain.

Read more...

Review Punggung

>> Tuesday, July 28, 2009


Amaran: Entry ini mungkin mempunyai term-term yang sedikit offensive.

Kalau nak baca jugak, jgn cakap aku x warning ok.

Aku sekarang berada di Final Year (hopefully) dan sedang buat Medical Senior Posting (MSP). Entah kenapa, aku pon x tahu sebabnye, masa timetables dan namelist keluar masa cuti, nama aku kena pilih jadi ketua kumpulan masa posting skarang ni.

Yes, ketua! Siot! Aku pon x tahu la lecturer mana yang pilih, apa kriteria dorang guna, tapi yang pasti, nama aku naik la. Ok, cerita pasal pemilihan ketua berhenti di sini.

Disebabkan aku sudah masuk posting ni selama 1 minggu, aku pon terpaksa la menjalankan kerja kuli seperti telefon lecturer, susun jadual, tetapkan list bedside, sapa yang present ini, present itu, dan sebagainya.

Semalam(Ahad), aku pon sms la ahli grup aku pasal jadual hari Isnin, cakap ade bedside teaching pukul 11 pagi.

Kemudian, salah seorang ahli grup(seorang lelaki berasal dari negeri tuuutttt) aku reply macam ni: "Aku x dapat pergi la..."

Aku pon reply: "Apsal?".

Teka apa die jawab?

1. Malas? Bukan...

2. Saja-saja x nak pergi? Bukan jugak...

3. Dia x study banyak lagi, jadi xnak pergi bedside? Bukan jugak...

Ini adalah sms yang aku terima:

" Aku ada review punggung kat klinik surgery. Nak ikut tgk? Haha".

Aku: (gelak selama 10 minit dengan kuatnya). WTF?

p/s: Oh, kawan aku tu ada buasir. Sebab tu kene pergi klinik. Cuma aku x tahan die sms aku frank sgt psl review punggung tu. Siap ajak nk tgk lg tu.Cis.



Read more...

Buah Pua Tu Apa?

>> Tuesday, July 21, 2009

Korang tau x buah pua tu apa? Kalau nak tahu, baca cerita di bawah...

Pika dan Nija sedang makan jeruk campur yang aku bawak dari rumah.

Jeruk yg ada termasuklah kedondong, mangga, sengkuang, betik, zaitun, dan tah macam2 lagi la.

Kemudian Nija tanya Pika jeruk apa yang sedap.

Pika pon menjawab satu jenis buah yang aku x pernah dgr.

"Buah pua sedap!", sambil tgk aku.

Eh, apahal minah ni tgk aku. Dan buah pua tu apa?? X pernah dgr pon, dan x tahu pon mak aku bg jeruk buah pua tu.

Aku pon tanya, buah pua tu apa?

Pika: Ala, kan orang kelantan panggil mangga buah pua...

Aku: Itu Pauh la makcik!!!!!

p/s: Akibat baru balik dari Sarawak...

Read more...

Soalan Aneh

>> Monday, July 20, 2009

Aku baru ditanya seorang manusia.


'ko pernah tak berak tutup hidung
sebab tak tahan dengan bau taik sendiri?'


Ok, aku x tau nak ckp apa. Sampai tergelak sorang sampai senak perut.

Macam mana aku nk jawab soalan ni?

Kalo korang kena tanya, apa korg nak jawab?

Read more...

Ludah Jangan Tak Ludah!

>> Wednesday, July 08, 2009

Kisah Kesaiko-an Zaman muda2

Korang tau x kewujudan sejenis instrument bernama Melodica?

Dia ni mcm keyboard yang portable, kemudian untuk mainkan die, die ade satu tiub yang kita kena tiup untuk bagi benda tu berbunyi.

Kalo x tau sgt, google saja lah.

Ok, ceritanya begini. Masa aku darjah 6, aku duduk bersebelahan dengan Azharuddin di dalam kelas. Ada seorang kawan yang bernama Azliza yg masuk pancaragam sekolah (btol ke skolah aku tu ade pasukan pancaragam?) yang juga duduk berdekatan ada benda alah Melodica tu.

Jadi sebagai budak yang tidak pandai bermain instrument T__T, aku slalu jugak pinjam benda alah tu dr die.

Satu fakta yg korg kena tau pasal Melodica ialah, kalo nak bersihkan die, kene cabut tiub tu, dan ketuk2 untuk buang air liur yg terkumpul dlm tu.

Satu hari, nak dijadikan cerita, seorang rakan bernama H (lelaki agak2 lembut gitu) telah main benda tu dekat2 dengan meja aku. Entah mcm mn, die nk bersihkan benda tu, die cabut tiub tu, kemudian ketuk2 tiub tu atas meja aku dan Azharuddin. Penuh meja aku dengan air liur!

Bengang gila ah. Tah air liur sapa tah berkumpul. Busuk gila!

Aku dan Azharuddin pon mengambil kata sepakat untuk balas balik apa yg budak tu buat dekat kami.

Teka apa kami buat kt die?


(^_^)


(`_^)


(^o^)


(,_,)


(l'o'l)


(X_X)


(-.-)zzZ (-.-)zzZ (-.-)zzZ--> eh, tido plak!

Jawapannya: Kami dorg pergi ludah direct dari mulut atas meja si H. Menangis budak tu sebab kena ludah sedahsyat-dahsyatnya oleh kawan2 sekelas yang saiko. Haha.

p/s: Sekarang Azharuddin sudah nak jadi Leftenan dlm Navy. Pergh. Cool kan?


Read more...

Jealous

>> Monday, June 29, 2009

Sedar tak sedar (atau aku saja buat2 x sedar?), ramai gila dah kawan aku start kerja.

Apa nak diexpect, kalau sume orang pon dah grad, tinggallah aku dan rakan-rakan seangkatan yang kerepot menghabiskan zaman muda remaja kami dengan belajar.

Ah, jeles.

Sebab2 utama aku jeles:

  1. Diorang dah xde tanggungjawab nak belajar. Malas gila!
  2. Diorang dah ade gaji! (Ni patut naik number satu sebenarnye)
  3. Lagi glemer keja dari blaja. Especially umur2 mcm ni. Ni apa kes tua2 masih di bangku persekolahan?
Tapi, mak aku cakap, tak baik dengki dengan rezeki orang. Baik Mak!

Tapi tahun depan Amy start kerja, jgn pow Amy byk sgt ye. Kahkahkah (gelak apakah ini?)

p/s: Ade ke patut ade orang tanya aku mcm ni: "Kamu amek medic tu, degree ke diploma?". Ah. Ko datang dari planet mana?

p/s: Aku ingat orang yang dah kerja, jumpa kawan yang masih belajar, ringan wallet nk belanja. Tapi, aphal kawan aku sume kedekut je? Mintak duit raya pon x bagi! CIS!


Read more...

Awek Suka Bersinglet dan Mengepau Rokok

>> Wednesday, June 24, 2009


Semalam, aku menerima panggilan dari seorang rakan. Kami berborak adalah sampai satu jam setengah , sampai bateri handphone aku kong (dah lama x cas). Kita namakan dia B.

Dia cerita, yang dahulu, dia pernah kapel dengan seorang awek. Awek ni adapun, aku lupa la nak tanya cun ke tidak...

Diorang dah clash lepas 3-4 bulan memadu asmara (cewah ayat aku). Aku tanya la kenapa. Dia cakap, awek ni baik tu, memang baik, cuma pakaian utama dia adalah singlet dan seluar pendek pangkal paha.

Aku pun tanya balik, dah tu, awal2 tu ko nak jugak dengan dia? Dia jawab, laki normal mana xnak perempuan seksi macam tu. Owh, ok. Jawapan acceptable.

Lepas tu, dia cakap lagi, awek die ni smoking. Aku pon cakap la balik, yang ko tu smoking xpe pulak. Baguslah dapat awek yang smoking jugak. Sama-samalah korang pergi smoking dan mampus cepat sama-sama. Hahaha.

Bila aku cakap macam tu, kawan aku bagitahu, bab awek smoking tu, xpe lagi. Ini hobinye asyik pow rokok kawan aku bile pergi dating. Itu sebab utama dorang clash. Dah la hisap Marlboro (dia kata ni yang paling mahal, aku pon x tahu la....), kopak ler...

Ish ish ish. Aku pon x tahu nak cakap apa. Hahahahaha. Generasi zaman sekarang yang pelik-pelik.. (aku bercakap mcm aku orang tua pulak)

p/s: Nah cerita ko B . Aku tokok tambah sikit la. Kasik sedap. Hehe (B bukanlah singkatan kepada Hubby mahupon Baby ye. Babi, mungkin kot...)

Read more...

Hotel Tinggal dan Lembaga Putih

>> Friday, June 19, 2009


AMARAN: ENTRY INI TIDAK PATUT DIBACA TENGAH MALAM KALAU ANDA SEORANG PENAKUT DAN PENGECUT!


Malam terakhir di Unimas, Bumi Kuching.


Kami bersembilan orang pergi keluar makan di Akmar Cafe.

Nija, Pika, Azira, Azreen, Emie, Yus, Azhari, Sylves, dan aku sendiri.

Kami menikmati nasi ayam penyet, nasi chicken butter milk, dan selebihnya semua hantam nasi pattaya. Kami juga minum teh C peng special. (senang gila nk buat benda ni).

Selepas makan, menyinggah di Forda 100% Superstore, dan kemudian berjalan pulang ke hostel.

Berdekatan dengan hostel yang kami tinggal, ada sebuah hotel tinggalan yang bernama Ninety-Nine.

Waktu itu keadaan agak gelap. Aku berjalan beriringan bersama Nija. Kami pun usya-usya la hotel yang gelap dan suram tu.

Tiba-tiba, mata kami berdua menangkap satu lembaga berada di salah satu tingkap yang banyak itu. Lembaga itu warnanya putih, dan macam ada streak hitam. Hantu berambut kah?

Aku dah suspek benda lain dah ni. Sudah lah Si Nija ada kebolehan tengok benda "pelik2". Ni dah pindah kat aku ke apa? Cilakak.

Lepas tu, kami diam berdua sambil bisik2 untuk memastikan apa yang kami nampak tu. Sah. Kami nampak benda yang sama. Nija pusing balik dan tengok tingkap tu. Dah hitam! Mana benda putih tadi? Ah!

Aku yang jarang sikit nampak menatang mcm tu, x sanggup pusing balik dan tengok asalnya. Tapi lepas tu Nija asyik pusing tengok balik, buatkan aku rasa nk tengok jugak tingkap tu. Aku tengok juga akhirnya. Sah! Dah xde benda tu tadi.

Kami berdua dah berpelukan dah (*ehem*). Kami diam saja selepas itu, sampailah dah masuk kawasan hostel, barulah kami ceritakan apa yang kami nampak kepada rakan-rakan lain.

Malam ini, rumah satu lagi nak tidur beramai-ramai. Apa kes? Aku dan Nija yang nampak, diorang yang lebih. Haha.

p/s: Ni kali ke 4 aku nampak benda pelik2. First time masa umur 6 tahun, second 11 tahun, third 2 minggu lepas, dan yang ni kali ke-empat. AHHHH!

Read more...

Kisah Telur-Telur

Sedekad yang lalu, Susulan (bukan nama sebenar) dan ibu-bapanya pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Sampai di sana, mereka pon belilah apa yang patut...dan antara barang yang mereka beli adalah sepapan telur . Ada pun rakan-rakan sekalian, sepapan telur yang besar itu mengandungi 30 butir telur ayam...( ya lah, telur lain karang susah pulak =P)

Mereka pon membayar harga barang-barang yang mereka beli dan pulang ke rumah sejurus selepas itu.

Sampai di rumah, si bapa mengarahkan Susulan agar mengangkat semua barangan yang dibeli tadi masuk ke dapur. Untuk mengelakkan dilempang oleh si ayah, Susulan pon hanya mengikut perintah.

Semua barang pon diangkat dan dimasukkan ke dapur. Sampai giliran telur yang sepapan itu. Sedang Susulan mengangkat telur2 itu, tibe2 saja mereka (merujuk kepada telur2 yang sedang di angkat), terjatuh, dan jatuh berkecai di atas lantai.

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

(kamu buatlah bunyi tu sampai cukup 30 bijik).

Alamak!

Susulan terkejut dan rasa takut. Si bapa kemudian dapat tahu tentang perkara yang berlaku.

Cuba kamu teka Apa hukuman si Susulan dapat?

a) Bapak die x marah pon, dia senyum je....sambil usap2 kepala

b) Bapak dia kasik duit then suruh beli telur baru

c) Bapak dia maki hamun tahap cipan!

d) Bapak dia pukul dengan rotan. Yeay! (eh, ni bukan mak bapak ko ke Mimi?)

Ok2, sebenarnya, jawapan tu xde pon dalam list kt atas tu.

Hukuman yang dikenakan ialah, Susulan x dapat makan selama 2 hari. Kesian kan?

X tahulah apa yang dia makan. Pasir di luar rumah? Pow kawan-kawan bila pergi sekolah?

p/s: Yeah, another friend's story....

p/s: Cerita ini telah diolah dan diedit ikut sedap aku jugak la. Peristiwa ni mmg btol2 berlaku, cuma details aku tokok tambah MSG sikit...


Read more...

Kapan Lagi Mahu Bercuti Ya?

>> Wednesday, June 17, 2009

Aku rindu trip ke Labuan dan Brunei.

Mana lagi mahu pergi lepas ini ya?



Di hadapan Hotel yang dahulunya Istana Sultan Hasanal Bolkiah

The Royal Suite

View di Hotel tinggalan Sultan


Semuanya di eja dengan jawi di sini...

Ini kedai guna ejaan jawi lagi!


Masjid Omar Ali Saifuddin

Ini pulak Masjid Jamek Al-Asr Hasanal Bolkiah


Makanan sini sume seringgit. X puas hati betul aku!


Ini adalah udang, ubi keledek dan kulit popiah. 3 seringgit jugak!


Naik boat sekeliling The Famous Kampung Ayer (ade buaya sini!)

Tapi muzium dia huduh...

Kamu rasa makcik ni macam pelik x?


Aku yang penat berjalan-jalan


p/s: Apa aku merepek? Bukan tengah bercuti di Sarawak ke ni?

Read more...

Lesbian Hodoh

>> Tuesday, June 16, 2009

I'm single. Duly noted.

I'm not beautiful. Duly noted too.

But just because of these 2 factors, you have no right whatsoever of calling me "Lesbian Hodoh" in front of ur boyfriend (or is it now ur ex eh?).

C'mon lah, dah besar-besar pon x reti gune kepala hotak ke kalo bercakap.

Where is your manner sister?

Tolonglah, kot ye pon ko rasa ko perfect, x pyh la nk perasan bagus sgt. Sampai bila2 pon, mesti ada orang lagi bagus dari kita, lagi cantik dr ko (aku x boleh ckp kita, sbb dah kene panggil huduh.haha), lagi pandai, lagi kaya, lagi hebat. X payahlah nk memperlekehkan orang sbb kita x tahu sampai bila kita akan berada di atas.

p/s: Look now who is alone (with no friends) and single too eh? At least I got tons of friends by my side. Boo-hoo!

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP