Showing posts with label Childhood Memories. Show all posts
Showing posts with label Childhood Memories. Show all posts

"Besar Kemaluan": Ini Bukan Entry Lucah =P

>> Saturday, September 26, 2009

Tingkatan 3, Tahun 2001.

Bulan berapa x igt ah. Yang pasti sebelum periksa PMR la

Aku pergi kelas tambahan/tuisyen Maths (yes, sbb aku mmg lembab? Hahaha) dengan seorang technician JKR.

Nama die Atong. Though die bukanlah seorang cikgu, or pegang ijazah Matematik (rasanye xde ijazah pon kot), tp series, die mmg terer gila babi ajar Maths.

N tuisyen die mmg murah, 10ringgit sebulan, kelas die buat paling kurang 4x seminggu, kalo rasa nk buat lebih, die buat. Mmg nampak sgt seorang yang ikhlas.

Maka x hairanlah beratus2 orang pergi kelas die, and seriously, sapa yg x skor Maths kalo pergi kelas die, balik gantung diri la. Haha. Macam tulah nak ckp die punya bagusnye mengajar.

Ok, ceritanya begini, satu hari di dalam kelas tu, die bagi satu soalan Maths. Pastu aku xtau apsal haritu, mcm ramai gila x dpt jwb soalan die yang tu. Padahal senang je kot.

By the way, aku rasa aku btol kot soalan tu (hahahaha, sempat lagi masuk bakul angkat seniri =P).

So sebab ramai sgt yang x dpt jawab soalan yang senang mcm tu, Atong pon ckp mcm ni:

Soalan gini punya senang pon U all x bleh jawab. Buat besar kemaluan je wei!

Hahahahaha.

Sampai sekarang aku igt gila babi term tu. Jadi lepas ni, kalo korang nk menunjukkan yang korang/ or orang lain malu sgt2, mungkin term "besar kemaluan" tu boleh digunakan.

Tapi awas, depan makcik2 or bakal mak mertua jgn buat. Sah2 kene rejek. Haha

p/s: Aih, nak pegi jogging hujan la plak. =(

Read more...

Aging

>> Sunday, September 06, 2009

This is my latest picture, taken last week (relatively to the posting date).

We were having Majlis buka puasa at One Borneo's Old Town (yang aku x tau ah apsal aritu servis die x bagus gila. Boo!)

I was accessorizing a friend's ciplak Ray Ban (harga 15 ringgit kan Jak? Haha)


Then, while I was revising lecture notes on Liver disease, I suddenly came across at an old picture of mine, taken around 2 years ago, when I was doing my Surgical Junior Posting.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tada!


Macam kanak2 kan?

Kan?

p/s: And now I miss that childish face of mine, and quickly running to apply some eye and anti-aging cream. Darn u aging!

Read more...

All Hail To Fantaghiro

>> Friday, July 24, 2009

Korang pernah tgk x cerita The Cave of The Golden Roses? Masa pertama kali disiarkan ialah tahun 1997, TV2, pukul 10 malam.

Lepas aku tgk tu, aku rasa elated gila, yelah, mostly cerita tu kan ialah fairytale, dan mcm biasa, kanak2 kan senang terpengaruh dengan benda2 merapu yang x wujud pon.

Cerita tentang batu bercakap, kuda bercakap, rumah chocolate (yeay!), dan penggunaan magic adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Bila aku pergi sekolah keesokan harinya, semua budak asyik bercerita pasal movie tu. Bukan pada tahun tu saja, sbb cerita tu x silap aku keluar byk lg siri lepas tu, tapi ade yang aku missed sbb dah masuk asrama (sekolah menengah), but somehow, I got the idea how nice that movie was.

Bila aku masuk Uni ni, aku pon bawak keluar balik cerita psl Fantaghiro ni (cantik kan die, dan tomboy-ish, I like!), dan boleh kata hampir semua org pernah tgk.

Tiba-tiba, baru aku dapat tahu yang rumate aku selama 4 tahun ni, Pika x pernah tgk pon cerita tu. Kami pelik gila la kenapa die x pernah lgsung tahu kewujudan cerita tu. Bayangkan, 12 tahun (skrg 2009 kan?) , die x pernah tgk langsung cerita tu. Pelik x?

Jadi selepas menjalankan soal siasat, baru kami dapat tahu yang dia ialah kanak2 yang tidur awal masa zaman sekolah supaya cepat membesar (patutlah tinggi sikit dari aku. Cis!)

Semalam, entah mcm mana, kami dapat cerita tu dari seorang sumber yang dah makin cantik sekarang. Hehe.

Pika pon tgk la cerita tu, and then die ckp kat aku dan Nija mcm ni:

" Kenapa aku rasa biasa je cerita yg korg gila2 kan ni?".

Nija pon jawab mcm ni:

" Ko dah terlambat 12 tahun dari kami. Memanglah x dpt impressedkan ko, sbb gambar die x cantik mana, dan penuh dgn fairytale (bukan ko suka fairytale ke Pika?). Cerita ni ko tgk zaman ko sepatutnya dah ade anak, dan anak ko yang patut tgk cerita ni.

Haha!

p/s: Moral of the story: Pergilah tgk movies yang best masa dia tgh panas dan hot. Jangan tgk sedekad lepas tu. =P

Read more...

Siapa Ambil Dia Berdosa

>> Tuesday, July 21, 2009

Zaman kecik2 dulu, korang ade pengalaman ataupun jumpa manusia yang buat mcm ni...

Beli barang (selalunya alat tulis la), kemudian tulis di barang2 dorg tu :

Alif Lam Lam Ha

Siapa ambil berdosa.

Owh, comelnya zaman kanak2. Rasa nk tampar je sorang2.

Read more...

Ludah Jangan Tak Ludah!

>> Wednesday, July 08, 2009

Kisah Kesaiko-an Zaman muda2

Korang tau x kewujudan sejenis instrument bernama Melodica?

Dia ni mcm keyboard yang portable, kemudian untuk mainkan die, die ade satu tiub yang kita kena tiup untuk bagi benda tu berbunyi.

Kalo x tau sgt, google saja lah.

Ok, ceritanya begini. Masa aku darjah 6, aku duduk bersebelahan dengan Azharuddin di dalam kelas. Ada seorang kawan yang bernama Azliza yg masuk pancaragam sekolah (btol ke skolah aku tu ade pasukan pancaragam?) yang juga duduk berdekatan ada benda alah Melodica tu.

Jadi sebagai budak yang tidak pandai bermain instrument T__T, aku slalu jugak pinjam benda alah tu dr die.

Satu fakta yg korg kena tau pasal Melodica ialah, kalo nak bersihkan die, kene cabut tiub tu, dan ketuk2 untuk buang air liur yg terkumpul dlm tu.

Satu hari, nak dijadikan cerita, seorang rakan bernama H (lelaki agak2 lembut gitu) telah main benda tu dekat2 dengan meja aku. Entah mcm mn, die nk bersihkan benda tu, die cabut tiub tu, kemudian ketuk2 tiub tu atas meja aku dan Azharuddin. Penuh meja aku dengan air liur!

Bengang gila ah. Tah air liur sapa tah berkumpul. Busuk gila!

Aku dan Azharuddin pon mengambil kata sepakat untuk balas balik apa yg budak tu buat dekat kami.

Teka apa kami buat kt die?


(^_^)


(`_^)


(^o^)


(,_,)


(l'o'l)


(X_X)


(-.-)zzZ (-.-)zzZ (-.-)zzZ--> eh, tido plak!

Jawapannya: Kami dorg pergi ludah direct dari mulut atas meja si H. Menangis budak tu sebab kena ludah sedahsyat-dahsyatnya oleh kawan2 sekelas yang saiko. Haha.

p/s: Sekarang Azharuddin sudah nak jadi Leftenan dlm Navy. Pergh. Cool kan?


Read more...

Kisah Telur-Telur

>> Friday, June 19, 2009

Sedekad yang lalu, Susulan (bukan nama sebenar) dan ibu-bapanya pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Sampai di sana, mereka pon belilah apa yang patut...dan antara barang yang mereka beli adalah sepapan telur . Ada pun rakan-rakan sekalian, sepapan telur yang besar itu mengandungi 30 butir telur ayam...( ya lah, telur lain karang susah pulak =P)

Mereka pon membayar harga barang-barang yang mereka beli dan pulang ke rumah sejurus selepas itu.

Sampai di rumah, si bapa mengarahkan Susulan agar mengangkat semua barangan yang dibeli tadi masuk ke dapur. Untuk mengelakkan dilempang oleh si ayah, Susulan pon hanya mengikut perintah.

Semua barang pon diangkat dan dimasukkan ke dapur. Sampai giliran telur yang sepapan itu. Sedang Susulan mengangkat telur2 itu, tibe2 saja mereka (merujuk kepada telur2 yang sedang di angkat), terjatuh, dan jatuh berkecai di atas lantai.

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

(kamu buatlah bunyi tu sampai cukup 30 bijik).

Alamak!

Susulan terkejut dan rasa takut. Si bapa kemudian dapat tahu tentang perkara yang berlaku.

Cuba kamu teka Apa hukuman si Susulan dapat?

a) Bapak die x marah pon, dia senyum je....sambil usap2 kepala

b) Bapak dia kasik duit then suruh beli telur baru

c) Bapak dia maki hamun tahap cipan!

d) Bapak dia pukul dengan rotan. Yeay! (eh, ni bukan mak bapak ko ke Mimi?)

Ok2, sebenarnya, jawapan tu xde pon dalam list kt atas tu.

Hukuman yang dikenakan ialah, Susulan x dapat makan selama 2 hari. Kesian kan?

X tahulah apa yang dia makan. Pasir di luar rumah? Pow kawan-kawan bila pergi sekolah?

p/s: Yeah, another friend's story....

p/s: Cerita ini telah diolah dan diedit ikut sedap aku jugak la. Peristiwa ni mmg btol2 berlaku, cuma details aku tokok tambah MSG sikit...


Read more...

Kucing dan Durian

>> Monday, June 15, 2009


Cerita ini adalah kisah benar berlaku sekitar tahun 2001. Ditulis kerana aku sedang rindukan kucing aku dan durian. Aku berjanji akan makan durian sampai demam bila aku balik rumah minggu depan!


* * * * * *

Malam itu, Abah dan Amir pulang dari pasar malam. Amir menjerit-jerit panggil nama aku.


"Kak! Kak! Tengok ni!".

Aku yang ketika itu sedang menonton televisyen segera berlari ke pintu rumah.

"Ada apa?" tanya aku.

Ni! Adik lelaki aku yang seorang itu sungguh beria-ria menunjukkan seekor anak kucing yang sungguh gemuk kepada aku. Gemuk sampai tak larat nak berdiri.

"Owh! Comelnya. Mana ambil ni?" tanya aku.

"Abang ambil dekat kedai Mamak tadi. Mamak tu yang bagi."

Sejak hari itu, kucing itu menjadi peliharaan kami. Aku namakannya Baby (so cliche kan?)

Setiap hari sewaktu hendak pulang dari sekolah, aku akan mengayuh basikal laju-laju kerana aku ingin cepat-cepat balik dan bermain dengan kucing itu.

Aku sanggup mengeluarkan duit untuk membeli makanan khas untuk kucing, dan susu kotak yang aku sendiri pun jarang minum. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang aku kepada kucing itu.

Satu hari, Abah dan Mak membeli seguni durian. Ya, kami sekeluarga memang hantu durian. Aku mengopek durian-durian tersebut dan makan dengan pulut dan santan. Sedang aku makan, Baby datang menggeselkan badannya di kaki aku.

"Kenapa? Kamu nak durian ni ke?" tanya aku kepada Baby.

Baby seolah-olah faham dengan apa yang aku cakapkan kerana selepas itu ia mengiau.

Meoooww..

Ok, jap aku bagi kamu sikit.

Ulas pertama. Baby makan dengan lahapnya. Oh, kamu makan durian rupanya! Selepas licin ulas pertama, Baby mengiau lagi. Meminta durian tambah agaknya.

Aku pun layankan sahaja. Tak cukup 2 ulas, makin banyak kucing aku makan durian. Sampai cukup satu biji durian aku kopek khas untuknya.

"Sudah-sudahlah tu bagi kucing hang tu makan. Pening dia satgi," kata mak.

Aku mengangguk faham.

Tak lama lepas itu, aku nampak Baby berpusing-pusing di atas permaidani di ruang tamu. Hurm, memang pening pun rupanya kucing aku ini.Sejak hari itu, aku sudah tidak percaya dengan teori kucing ialah karnivor. Dan sekarang memang mereka sudah tukarpun kumpulan kucing kepada omnivor.

p/s: Kucing ini dibuang di pasar sewaktu aku pergi bersekolah di Kajang tahun berikutnya. Sedih gila tak tahu nak cakap.Sampai hati mak aku buang Baby.

Read more...

Guilty


I am feeling guilty, because lately, a lot of my post have been showing hatred towards kids.

Thus, this entry is kinda a make-up to them.

Happy being a kid, kiddo! Stop hating yourself.


Kakak ni amek gambar saya ke? Senyum =)



Baik aku jangan lawan mata dengan kakak ni, nnt die tulis pulak pasal aku dalam blog dia...



I am an alien...



Fly me to the moon purr-leeasee...

p/s: Entry memohon maaf kepada kanak-kanak seluruh dunia. Including younger me. For hating you (as in myself).

Read more...

Ada Apa Dengan Kanak-Kanak

>> Friday, June 12, 2009



Waktu aku masih kecil dan masih muat pakai skirt...

Ada apa dengan kanak-kanak?

Hari ini aku mahu menulis tentang kanak-kanak dan tabiat mereka.

Aku tak faham, kenapa kanak-kanak berusia 4-5 tahun mempunyai mulut yang sangat celupar. Kenapa mereka tak boleh diam saja? Kenapa mereka mesti nak tanya semua benda? Kenapa?

Kamu perasan tak, kanak-kanak adalah attention seeker? Kalau mereka berselisih dengan kita, kemudian kita tengok dia sikit, mulalah tergeliat budak tu hendak beraksi? Lari sana, lari sini, tarik-tarik baju kita... Cuba buat-buat comel. Comelkah mereka?

Kenapa mereka memilih untuk tidak makan sayur? Kenapa? Bukankah mak cakap, sayur bagus untuk kesihatan? Aku kecil dahulu, memang anti habis dengan sayur. Macam musuh. Kalau aku nampak saja, aku lari. Sebab itulah dahulu, badan aku kecil. Kulit kering macam cicak. Ni semua gara-gara tak mahu makan sayur.

Kenapa mereka lebih suka makan makanan ringan? Bukankah ibu sudah melarang? Ini dari dahulu aku buat. Terbawa-bawa sampai besar. Sekarang pon masih addict dengan junk food.

Kenapa kanak-kanak suka sepahkan rumah? Tidak kasihankah mereka pada orang yang perlu mengemas sepahan mereka itu?

Kenapa kanak-kanak tak mahu bantu ibu bapa di rumah? Tidak kasihankah mereka dengan orang tua.

p/s: Kalau Aiman cakap dia tak kisah, Aimi di sini ambil kisah!

p/s: Mungkin aku sahaja yang mahu kanak-kanak cepat matang dan membesar dari umur mereka.

Mahu tahu bagaimana annoyingnya kanak-kanak?

Sila tengok klip ini.



Barisan pelakon

Mimi as Kak Amy

Izzati as Kak Izati

Afifah Najwa as Afifah Mali

Read more...

Impian Seorang Kanak-Kanak

>> Tuesday, June 09, 2009


Ini adalah kisah benar seorang rakan yang sudah 4 tahun aku dengar...kita namakan saja dia Zoro (ya, Zoro yg sama dalam kisah
Dibelasah Dukun).


Sewaktu kecil, Zoro hidup dalam fairyland (aku saspek budak ni banyak sangat baca buku cerita). Dia ada beberapa impian(keinginan/mimpi) yang mana satu pon x tertunai.

Mari kita tengok impian dia:

1) Die pernah berharap bahawa dia sebenarnya adalah seorang anak raja yang diserahkan kepada ibu bapanya untuk dijaga sementara waktu. Dan bila waktunya sudah sampai, berbondong-bondong kereta mewah akan menjalar di hadapan rumahnya, untuk mengambil dia kembali pulang ke istana. (Hahaha, impian kanak-kanak).

2) Oleh kerana terlalu banyak menonton cerita Melayu (ala, waktu tahun 95-97) die pernah kepingin hendak sakit barah otak (ala, cerita Melayu time tu tipikal gila babi, sume mende lah ko nak sakit barah otak, dah xleh pergi research sikit pasal sakit lain dan masukkan dalam drama ke???), dimasukkan ke hospital, di-chemotherapy (sampai botak), dan di-transfusekan darah ke dalam badan dengan kadar yang banyak (chemotherapy kan akan sbbkan pancytopenia, jadi kene la tmbah darah...). Huh, kawan aku ini mmg seram sikit. Ade ke mintak nak sakit barah otak. Pelik2. (ke nak perhatian ibu bapa yang lebih ni??)

3) Mempunyai impian (ya, dari kecil ni ye kawan2) untuk membuat majlis kenduri kahwin di rumah sendiri, dan menyewa skuad pasukan silat untuk bersilat di hadapannya semasa sedang bersanding (and Zoro was what, 9 years old??)

4) Pernah teringin membela Thumbelina (ala, makhluk kecik besar ibu jari tu). Teringin nak ade anak waktu usia 9 tahun? Hurm...

Ok, 1, 2 dan 4, satu pon rupanya tidak menjadi realiti. 3 tu, mungkin dapat lah kot, sebab dalam banyak2, tu je yang masuk akal. Sedih la pulak kalo ko sakit barah otak dowh. mengarut gila! Haha

Haih kanak2, x sangka complex sungguh pemikiran dorang (or rather, this friend of mine je kot eh?)

p/s: Let me know if korang ade jugak impian pelik2 macam ni ek... =P

Read more...

Mengira Jodoh?

>> Monday, June 08, 2009


Back in 2006 (or so), a friend of mine started a method(which she heard from someone, I think) of analyzing what is the age of us gonna get married.

It was so simple, all you need is a palm (well, definitely yours lah kan!) and a ruler.

Ready for instructions?
All you have to do is measure the distant between your ring and little finger. Like the picture below (my palm, hehe). To be precise, use millimeters as parameter.


Tak payah la kamu cuba ukur jari aku.. =P

Waktu itu, kami beramai-ramai berkumpul di belakang kelas dengan masing-masing memegang satu pembaris di tangan, dan mintak kawan tolong ukurkan. Yang lawaknya, kami menjadi sangat sensitif dengan ukuran! Tak boleh salah ukur sikit pon, sebab masing-masing taknak jadi anak dara tua (isu sensitif ni).

Kalau ukuran kamu ialah 23mm, maknanya kamu bakal berkahwin pada usia 23 tahun (and so on....)

Basically, ramai yang dapat ukuran dalam range 22mm-25mm. Adalah jugak yang dapat 28 ke atas, tapi nama dirahsiakan di sini.

Bukan budak perempuan saja main, tapi dengan lelaki sekali join bnda ni. Termasuk la Chinese and Indian.

Ada seorang rakan lelaki (kita namakan dia A) menjadi bahan ketawa bila bacaan ukuran jarinya adalah 40cm! Haha. Tafsiran kami, mungkin die bekerja sampai jadi consultant specialist dulu, dapat pangkat Datuk, barulah ade perempuan yang berkehendakkan dia. Haha. Jangan marah A! Lawak saja bah....

Hah, aku nampak kamu tgh ambil pembaris dan ukur jari kamu tu!

p/s: Let me know ur measurements kalo x segan nak bgtau la... and guess what's mine?

Read more...

Anak Sulung

>> Wednesday, June 03, 2009

Aku dilahirkan sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kakak kepada 2 orang adik. Satu lelaki, satu perempuan (19 tahun, dan 16 tahun).

Aku rasa, aku suka jadi anak sulung. Mari kita tgk kenapa (sekali lagi, ini ikut kepala otak aku saja...):

1) Obviously, ko adalah anak yang dinanti2kan oleh parents (unless out of wedlock child, tp itu lain cerita...). Macam anak2 yang lain, mak bapak dah biasa dpt anak...hehehe

2) Ko kiranya adalah role model kepada adik2 ko. Untunglah kalo yang anak sulung tu elok/menjadi. Tapi kalo rosak, adik2 akan ckp mcm ni kt mak, "Alah, mak nak bebel amende, tgk Along tu seniri pon hampeh je".

3) Selalunya apa yang dihajati akan dituruti. Err, ini selalunya la, tp bergantung la kepada keadaan ekonomi keluarga time tu kan. Aku pon x paham kenapa benda ni jadi, sbb mmg ramai kwn2 aku yang anak sulung pon ckp mcm ni. Mcam ada special sikit la layanan dr parents.Haha.Macam adik2 aku slalu ckp kt aku, "Ala, kak nak apa, ckp je ah kt mak. Sure dpt punya, kalau adik (ini Izati yang ckp, yg umur 16 tu), sume x bagi".
Kesian. BOOO~

4) Parents lebih menghormati cakap/ keputusan ko dalam satu-satu hal. Err, mungkin sbb konon2nya, ko yang paling hampir dengan dorg dari segi umur. (Aku bajet veto ah kt rumah.Haha)

5) Boleh buli adik2. Kalo ko malas pergi kedai, mntk je adik ko belikan. Malas cuci pinggan, sidai baju, lipat kain, semua suruh adik buat je. Tapi kena ade strategi la nk buat mcm mana..(kantoi aku pemalas!)

6) Tapi, jgn lupa, tanggungjawab yang dipegang pon besar la jugak. Dah kerja nnt, mak bapak akan harap ko dpt ringankan beban dorg balik, sbb adik2 masih kecil (bergantung ah, sbb adik2 aku dah bsr mcm badak sume. Haha). Jadi, jgn la nnt buat2 lupa pulak!

7) Err, yang aku perasan satu lg, parents mungkin lebih percaya kepada anak sulung. Ini bukan aku buat fakta sendiri, tp aku dah tanya kawan2 aku yang lain jgk. Adakah ini dilihat dari segi kematangan?

8) Disayangi adik2 (??????). Dulu aku dan adik2 aku selalu bergaduh. Dorg suka buat satu team, dan aku team yang lain. Lepas tu, kami main lawan tendang2. Kenapa dulu adik2 aku benci aku ah? Oh, tapi sekarang dah ok, sbb skrg aku konon2 selalu belanja dorg, installkan game kt dorg, kasik muvies, bwk dorg pergi tuition, bwk pergi makan, dan sebagainya...

Eh, kenapa aku buat entry bertemakan kekeluargaan ni? Hish!! Korang x pelik ke?

p/s: Mungkin sebab aku dah xde idea nak tulis benda2 merapu...

Read more...

Segera atau Tapau?

>> Saturday, May 30, 2009

Aku sudah lama tau aku pelik, tapi aku makin pelik bila readers blog ni, suka benar dengan entry2 aku yg pelik. Lagi pelik, lagi korg suka ek? Ok, semalam crita pasal korek hidung. Aku nak cerita tentang kentut pulak lah...

Semua manusia kentut, jadi aku rasa normal saja benda ni. Mungkin ko rasa aku perempuan kurg sopan sebab selamba badak je cerita psl korek hidung la, kentut la, tp aku peduli apa.

Aku mengkategorikan kentut kepada 2 jenis;


a) Segera


b) Tapau (bungkus)


Eh? Tak faham? Mari aku terangkan dengan lebih lanjut. Ini adalah permainan aku dengan adik2 aku mase kecik2 (eh, sebenarnya sampai sekarang pon!). Hew hew hew (gelak aku yang baru).

Bila aku rasa nak kentut, aku akan tanya adik aku (Amir atau Izzatilah siapa lg, mana yg lebih dekat selalunya jadi mangsa..). Aku tanya mcm ni tiba-tiba.


"Hang nak segera ke bungkus?".

Disebabkan adik2 aku jauh lebih muda dari aku dan otak mereka masih kurg berkembang (mcm smpi skrg saja pon aku rasa..hew hew hew), mereka akan tgk aku balik smbil terpinga2.


Argh! Siot. Lambat gila nak jawab. Buat2 muka comel pulak. Aku dah x tahan dah ni! Jadi selalunya, mereka akan dapat kentut segera; kena kentut betul2 depan muka. Hew hew hew.


Kalau tapau, guna tapak tangan dan 'bungkus', lepas tu, tutup hidung dorg! Yeay! Patutlah dua2 x berkembang sangat. Kecik2 dulu makan kentut kakak. Hew hew hew.


Adik-adik aku yang selalu makan kentut.


Sekian.
TAMMAT (mcm cerita P Ramlee dolu2 kan?)


Read more...

Masak-Masak

>> Sunday, May 24, 2009

Aku tiba2 nak buat satu confession kt korg, tp ni agak memalukan.





(clearing throat)

Aku main masak2 (guna tanah dan bunga) sampai aku tingkatan dua.

LoL.


Perkara ini hanya akan berlaku kalo aku balik kampung kt Kepala Batas (ya, aku tau rumah Pak lah kt mana. X jauh dr rumah tok aku). Boleh lg bangun pagi2 buta, x mandi, x makan, terus pergi main masak2 dengan adik2 dan sepupu2 yang jauh lebih muda dari aku.Mungkin tu sebabnya kot, xde sepupu yang besar. Yang ade pon seorang sepupu lelaki yang aku x berapa suka (yang sekarang dah nak kawen dengan phD student aku dgr. Boleh tahan ko ek Abg Shon?), dan seorg sepupu perempuan (tua 2 tahun dr aku) yang sedikit pemalu dan asyik nak ikut bontot mak pergi mana2.

Guna tanah merah untuk buat kek, keraskan bawah matahari, kemudian hias guna bunga jejarum (yang kaler merah tu). Kadang2 siap potong dan hidang lagi. Owh~

Kami (merujuk kepada aku dan kanak2 kecil lain) juga selalu mengepow nenek (yang dah meninggal pada tahun 1999, Al-Fatihah) aku punya peralatan2 dapur, dan guna untuk masak tanah2 tu, jadi membuatkan kami selalu kena marah teruk, sbb lepas tu, sure lah benda2 tu sume dah xleh guna kan. Terutamanya, mestilah aku, sbb aku paling tua, jadi aku dikira "kepala" kepada budak2 lain. Jadi aku yg slalu plg teruk kena. Parents aku pon kalo aku kena marah, sure x back up punya, siap tmbah marah lg ade la. Haha

Ok, aku rindu zaman kanak2 aku.

p/s: At least aku x main kahwin2. Ok apa kan?

p/s2: Aku tau, korg pon mesti main jugak benda2 macam ni kan ...

p/s3: Masa aku kecik, bila tgk tv, especially bila part ada anak mintak kahwin kt parents dia, dan parents dia ade cakap dah fikir masak-masak ke psl perkara tu, aku slalu igt parents dia maksudkan yang die tu dah pandai masak ke x. Comel kan? Hahahaa


Read more...

Baling Batu Sembunyi Tangan

>> Friday, May 15, 2009

Aku mahu ceritakan kisah tentang seorang budak perempuan yang hobinya mengenakan adik lelakinya.

Kira-kira 14-15 tahun dahulu, seorang budak perempuan yang berusia lingkungan 7-8 tahun tidur sekatil dengan adik
lelakinya yang berusia lingkungan 4-5 tahun.

Satu malam, kanak- kanak perempuan itu telah memakan tembikai dengan banyaknya kerana itu adalah buah kegemarannya.Adalah dalam
3-4 potong yang besar, mungkin.

Selepas siap membuat kerja rumah dan menonton televisyen, die bersiap sedia untuk tidur.

Pergi tandas, berus gigi, buang air kecil, basuh kaki (rutin harian).

Dia pun naik ke katil dan terus tidur. Adik lelakinya sudah pun nyenyak tidur kerana penat bermain dengan
rakan-rakan ciliknya petang tadi.

Tidur.....

Kanak- kanak perempuan itu bermimpi yang dia sedang kencing di dalam tandas. Dia tiba- tiba terjaga. Rupa-rupanya,
bukan dalam mimpi saja dia kencing, realitinya, semasa dia terjaga, dia memang sedang kencing atas tilam.

Patutlah tilam itu dirasakan panas dan basah sahaja. Dia tidak berasa panik sedikit pun. Disudahkan apa yang sedang dilakukan itu, dan perlahan-lahan dia bangun ke tandas.

Mandi...

Tukar baju...

Bila dia hendak sambung tidur semula, dia mendapat satu idea yang sungguh bernas tapi kejam.Sudah pasti dia tidak mahu tidur kembali di tempat yang sudah dikencingnya tadi bukan? Lagipun dia sudah menukar baju baru.

Dia pun perlahan-lahan menggolekkan adik lelakinya yang sedang nyenyak tidur ke tempat tidur asalnya yang penuh air kencing tadi.

Dan dia pun sambung tidur di tempat asal adik lelakinya yang kering dan selesa....

2 jam kemudian, ayah mereka datang mengejutkan mereka untuk ke sekolah. Didapatinya bahawa katil itu basah dengan air kencing.
Dikejut kedua-dua anaknya itu. Bermulalah sesi soal jawab:

Si Ayah: Ni sapa kencing tilam ni?

Anak Perempuan: Adik la. Siapa lagi?

Adik lelaki: Bukan adik! Bukan adik!

Anak Perempuan: Habis tu, tempat kamu basah dengan air kecing. Apa mahu dinafikan lagi?

Adik lelaki terdiam. Si Ayah membebel seketika sebelum menyuruh anak lelakinya mandi bersih supaya hilang sisa-sisa "air kencingnya" itu...

Anak perempuan tersenyum kemenangan.

Cerita ini sudah menjadi rahsia selama 15 tahun.

Sampai sekarang, si adik mahupun si ayah belum tahu rahsia sebenar.

Dan sampai sekarang, anak perempuan itu masih tersenyum jika teringat peristiwa ini...

Dan dia mahu kamu semua juga senyum tika membaca kisah ini.

Jangan tipu. Kamu semua mesti pernah kencing tilam juga kan?

Cuma kamu semua tidak sejahat anak perempuan itu sahaja. Hahahaha.

p/s: Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku satu ketika dahulu.Kamu juga mesti ada cerita kamu tersendiri kan?

Read more...

Kisah Kanak-Kanak Gatal

>> Tuesday, May 05, 2009

Beberapa tahun dahulu, sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga; Abah, Emak, Anak Sulung Perempuan dan Anak Kedua Lelaki dalam perjalanan ke pekan.

Mereka menaiki kereta Toyota Corolla berwarna putih.

Mereka berhajat untuk membeli barang2 keperluan di sana.

Dan juga untuk makan satay.

Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

Oh ya, aku lupa bagitahu kamu semua. Anak perempuan itu berusia 5 tahun dan lelaki itu, 2 tahun.

Sepanjang perjalanan, Si Kakak sibuk bercakap dengan ibu bapanya. Ya lah, umur2 mcm n, mmg suka nk bercakap.

Tiba-tiba, sampai di sebuah lampu isyarat yang mana kereta keluarga ini berhenti (lampu merah), si anak perempuan sudah x kedengaran suaranya.

Si ibu merasa pelik. Lalu dia pon menjengahkan kepala melihat anaknya yang berada di belakang.

Teka apa jadi??

Anak perempuannya itu sedang sibuk mengenyit mata pada pembonceng motor yang berada di sebelah kereta itu sambil tersengih2. Sedang mengorat rupanya.. patut la diam saja!

Dan kanak-kanak tersebut adalah aku yang menulis cerita ini. Dipetik dari Kitab Kisah-kisah Benar Anak-anakku, nukilan Pn. Insah, emak aku.

p/s: Aku tak tipu. Ini memang kisah benar.

Read more...

Pistol Baru Aku

>> Sunday, May 03, 2009





Pernah jumpa pistol macam ni masa kecik2?

Kalo tak, nmpk sgt idup korg dull, xpon nerd. haha =P



Setelah sekian lama aku x main pistol ni (ada la dlm 12-13 taun kot), satu hari di Kudat (dlm 2-3 bulan yang lepas), sewaktu aku sedang sibuk cari bahan untuk buat pameran Health Promotion, aku ternampak pistol ni.

Aku rasa happy gila la, sbb igtkan benda ni dah x kluar. Hanya ada zaman dlu2 saja. Trus aku beli la sepucuk (haha, wtf!). Alah, Rm2.50 je. Harga nasik setapau pon lagi mahal. Lagipon kebetulan kt Kudat duit scholar baru masuk, jd x kesah sgt la.

Jadi lepas beli benda ni, aku pon sibuk la tayang2 kt grupmate aku, yang semua pon mcm happy gila jumpa benda ni. Yelah, dah sedekad x main kan... mane x happy kan?

Dengan Seby Crabby yang taun ni 25y/o pon sibuk nak beli jgk menda alah ni. hahaha. gila!

Dan sejak aritu, sapa2 yg kami x puas ati, sume kene tembak dgn pistol aku. Nak buat sukaneka pon guna pistol aku ni.

Oh ya, korg tau kan yg peluru pistol ni diperbuat dr belerang (aku rasa la), jadi bila ko tarik trigger die, dia akan meletup. Kalo xtau, mmg kesian la!






Aku tau korg dah lame asyik usya aku mase aku study kt meja. Korang buat lg arini, aku tembak smpi mampus!




p/s: Macam mana aku membesar tanpa aku sedar ah?? Tiba2 saja dah nak masuk 22 tahun!!!

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP