Dibelasah Dukun!
>> Monday, June 01, 2009
Aku ada seorang rakan (mcm biasa, kisah rakan lg kan?). Ini adalah kisah dia dan ibunya. Kita namakan saja dia Zoro. Dalam tempoh setahun ni, dah 3 kali mak Zoro kena sawan.
Pertama kali ketika mereka sekeluarga pergi bercuti ke sebuah pulau peranginan. Kali kedua, sewaktu Zoro tiada di rumah. Selepas berjumpa doktor, diagnosis hanyalah, idiopathic (unknown causes, doktor2 mengaku mereka x tahu, jadilah namanya idiopathic).
2 hari lepas, ibunya kena sawan lagi. Kali ini, cuma hunches, tapi mungkin betul. Waktu itu, ibunya seorang di dapur, baru lepas membasuh baju. Tiba-tiba bila die masuk ke bilik, ayah Zoro sedar yang muka ibunya lebam-lebam, bibirnya biru, dan baju penuh dengan muntah.
Bila ayahnya tanya si ibu, memori terakhir yang diingati adalah beliau sedang duduk di meja makan. Bila mereka ke dapur, mereka perasan, ada banyak muntah di atas lantai. Bapa Zoro telefon Zoro, dan meminta pandangan dia (konon2 bakal doktor,hahaha). Zoro pon paksa bapanya membawa ibu ke hospital, dan buat brain scan. Mesti! Ini x boleh jadi, katanya.
Siang tadi, sewaktu ibu bapa Zoro bersiap2 hendak ke hospital, ipar si Ayah ckp, ada seorang dukun bagus, pergilah cuba. Disebabkan nak jaga hati org, pergilah pasangan suami isteri itu ke rumah dukun tersebut.
Ok, ini sedikit mengejutkan. Nak tahu mcm mana dukun tu merawat ibu Zoro? Dalam keadaan sedar, muka ibu Zoro dipukul2 dengan rotan sambil dukun tu naik syekh dan tanya kepada ibunya, jin apa yg berada dalam kepalanya.Sampai lebam2 muka sebab dipukul. Leher juga dipukul sampai lebam. Ibu jari kaki dipicit2 smbil dukun masih gigih bertanya jin apa yang bersarang di dalam kepala ibunya...
Sudahlah baru 2 hari lepas kena sawan teruk sampai lebam2 muka, berbenjol dahi, dan luka2 lidah (sebab tergigit), sekarang, muka ibu Zoro makin lebam, dan kebiru-biruan. Adik Zoro yang berusia 10tahun ckp, sebelah muka ibunya dah macam telur. Cancel pergi hospital, nanti orang ingat baru kena pukul laki!
Kes ini mengingatkan aku pada kisah org yang mati kena pukul dengan dukun di kepala menggunakan helmet. Gila!
p/s: Sila komen dengan sopan dan bertimbang rasa (kalo ada org nak komenlah), Zoro baca blog aku. Pandangan bernas dialu-alukan. Sekian.

3 Maki Hamun!:
apakah dukun itu?
ridiculous..
patutnya,kita ni kena bg pendidikan dkt org awam supaya jgn tlalu pcaya dukun..haihh
dr kata idiopathic erk?
minta kwn ko amik hx sket.
apa investigation dh buat?
rule out rule in mana perlu?
and..kalo boleh,biar selalu ada org dgn dia supaya kalo ada lagi episode,kita leh elak injury..
kalo kwn ko dak medic juga..try la amik hx dri mak dia..
moga2 ok je..insya Allah
p/s:entri masak kek,org komen mcm tk cukup tanah..33 tu..haha
drs.voice out ur opinion dgn berhemah..
tp,ak rasa dh tk perlu dh kot..selain dri amik full hx dlu..heh
ada certain case yang mmg perlukan dukun/tok bomoh. tak nafikan. sebab tu menatang tu dipanggil complimentary medicine.
tapi kalu ko dah kene terajang, ketuk sampai lebam dan ade case kene rogol, itu dah bukan complimentary dah. tu menatang haram masuk neraka namanya.
basically, hak sendiri untuk pilih mana satu kita nak. dan untuk buat pilihan tu, kene la ada ilmu. untuk ada itu, ringan-ringan tulang untuk tanye pendapat orang, tanye orang tentang track record bomoh/doktor tu seme. kalu modern, search la kat internet.
kes zoro tu, wat je la report polis. tak wat sebab takut kene bitas?
Lama jugak org nak penuhkan komen ni. Baru dua org berani. Isu sensitip kot?
Famili aku dua tiga kali jugak jumpa tok-tok bomoh tapi diorang masih kata ada lagi famili lain yg lebih kuat berpegang kepada tok bomoh. Lagipon famili aku kuat aje makan ubat sepital.
Aku mungkin akan cakap benda yg terkeluat tajuk. Tapi antara benda yang menakutkan aku ialah esok-esok aku akan menjadi doktor yg tak percaya lagi benda ghaib. Byk dah aku tgk doktor yg mcm ni. Sedara aku pun ada sorang. Dia doktor dan bini dia sakit tak tau sebab tapi laki tak kasi jumpa tok bomoh. Last-last pak mentua terpaksa bawak gi jumpa bomoh diam-diam. Kalo tak dia marah.
Tapi nak jumpa tok bomoh pon mcm awerz katalah, tengoklah kiri kanan dulu dan yg penting bawak gi sepital dulu. Bila doktor dah surrender baru bawak pegi bomoh. Bomoh pon kadang yg aku penah dgr cerita kalo org bawak kes kat dia pon dia suruh gi sepital dulu.
Benda ghaib ni kena percaya. Sihir ada. Jin ada. Quran sendiri kata. Cuma jgn percaya menatang alah tu boleh buat mudarat kat kita. Apa-apa Tuhan juak punya kuasa.
Traditional atau alternative medicine ni aku rasa ok je kot. Kalo tak ok camana menatang alah ni bole ujud (tapi memang ubat2 singseh kadang tu byk bubuh menda2 tak patut). Jom kaji Tibb Nabawi.
Post a Comment