The Biggest Loser (versi mari sihatkan badan?)

>> Friday, June 26, 2009


Ada apa dengan playlists ni?





Betis aku sekarang mengeras (baca sampai sudah untuk tahu kenapa).



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



Sudah lama tak jogging/ work out. Aku nak gunakan alasan cuaca yang x bagus skrg. Hebat.



Kemudian, semalam, entah macam mana, aku terbukak channel Hallmark di Astro. Masa itu, ada satu rancangan bertajuk The Biggest Loser disiarkan.



Kamu mahu tahu ini rancangan apa? Sebuah rancangan di US yang mengumpul 50 orang gemuk seluruh negara (sorang peserta bagi setiap states. Harap2 kamu tahu la US ada 50 states. Malaysia ada berapa?).



Seronok gila tgk rancangan ni. Buatkan aku rasa normal. Yelah, sebab sekarang banyak sangat rancangan yang bila tgk, buat aku rasa rendah diri; America's Next Top Model, Janice Dickinson's Modelling Agency, Malaysia Dream Girl and so on...



Jadi, bila kamu tengok orang-orang yang mmg sudah sah2 flawed berusaha untuk hilangkan berat badan mereka, kamu rasa mcm terdorong untuk buat benda yang sama (maksud aku, x semestinya nak kuruskan badan saja, tapi, usaha mereka untuk mendapatkan sesuatu tu...).



Jadi semalam, aku pon tiba-tiba pergi jogging. Jogging dalam istilah aku sajalah.



Pasang playlist di atas, dan pergi jogging/menari dalam bilik sendiri. Hahaha.



p/s: Aku jumpa cara untuk kuruskan badan dengan cara menari ni dalam Youtube. Dia dah hilang 100 pounds dengan cara ni saja.



p/s: Masih menanti Eye-toy aku *ehem* untuk sampai. Lepas ni boleh kick some butts. Yeah


3 Maki Hamun!:

neo June 26, 2009 at 11:59 PM  

If that is the case, we should named it Butt-toy.

Haha..

maskedfacies June 27, 2009 at 5:57 PM  

Haha. still waiting!

Sop June 29, 2009 at 6:56 AM  

betis keras? diagnosis is exercise-induced orgasm

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP