Hotel Tinggal dan Lembaga Putih

>> Friday, June 19, 2009


AMARAN: ENTRY INI TIDAK PATUT DIBACA TENGAH MALAM KALAU ANDA SEORANG PENAKUT DAN PENGECUT!


Malam terakhir di Unimas, Bumi Kuching.


Kami bersembilan orang pergi keluar makan di Akmar Cafe.

Nija, Pika, Azira, Azreen, Emie, Yus, Azhari, Sylves, dan aku sendiri.

Kami menikmati nasi ayam penyet, nasi chicken butter milk, dan selebihnya semua hantam nasi pattaya. Kami juga minum teh C peng special. (senang gila nk buat benda ni).

Selepas makan, menyinggah di Forda 100% Superstore, dan kemudian berjalan pulang ke hostel.

Berdekatan dengan hostel yang kami tinggal, ada sebuah hotel tinggalan yang bernama Ninety-Nine.

Waktu itu keadaan agak gelap. Aku berjalan beriringan bersama Nija. Kami pun usya-usya la hotel yang gelap dan suram tu.

Tiba-tiba, mata kami berdua menangkap satu lembaga berada di salah satu tingkap yang banyak itu. Lembaga itu warnanya putih, dan macam ada streak hitam. Hantu berambut kah?

Aku dah suspek benda lain dah ni. Sudah lah Si Nija ada kebolehan tengok benda "pelik2". Ni dah pindah kat aku ke apa? Cilakak.

Lepas tu, kami diam berdua sambil bisik2 untuk memastikan apa yang kami nampak tu. Sah. Kami nampak benda yang sama. Nija pusing balik dan tengok tingkap tu. Dah hitam! Mana benda putih tadi? Ah!

Aku yang jarang sikit nampak menatang mcm tu, x sanggup pusing balik dan tengok asalnya. Tapi lepas tu Nija asyik pusing tengok balik, buatkan aku rasa nk tengok jugak tingkap tu. Aku tengok juga akhirnya. Sah! Dah xde benda tu tadi.

Kami berdua dah berpelukan dah (*ehem*). Kami diam saja selepas itu, sampailah dah masuk kawasan hostel, barulah kami ceritakan apa yang kami nampak kepada rakan-rakan lain.

Malam ini, rumah satu lagi nak tidur beramai-ramai. Apa kes? Aku dan Nija yang nampak, diorang yang lebih. Haha.

p/s: Ni kali ke 4 aku nampak benda pelik2. First time masa umur 6 tahun, second 11 tahun, third 2 minggu lepas, dan yang ni kali ke-empat. AHHHH!

8 Maki Hamun!:

pakwan June 19, 2009 at 10:24 PM  

uish...misteri sungguh..seb baek last day..hehehe

Anonymous June 19, 2009 at 11:34 PM  

hantu tu nk bye2 kt hangpa la tu..pasni tak bole jumpa dh..sian dia..nati rindu plak hantu tu kt hangpa..hehe

Aisyah June 20, 2009 at 1:10 AM  

seram tuuu. smpai mati igt

syafiqa salim June 20, 2009 at 2:57 AM  

seb baek aku jln blakang sket..
x gatal kepale nak tgok2 hotel tuh mcm korang...

seram la pulak..dh pkol 3 pg ni. nak tido ngan ko weh.....!!!

Sheehan June 20, 2009 at 3:06 AM  

nija psychic ka??

Anonymous June 21, 2009 at 9:19 PM  

pehal berpelukan pastu ehem2?
korg ehem2 ke?

maskedfacies June 22, 2009 at 10:29 AM  

Pakwan: a ah, nasib baik...

Anon: ceh

Isya: dah lupa la rupa hantu tu...haha

Pika: Baca pukul 3 pagi sapa sruh..

SHeehan: kind of la..

Anon: erk? apakah?

bujang sudin June 23, 2009 at 3:29 AM  

sebab ko pandai lukis orang lidi(ko cakap, bukan aku)
cuba ko try lukis hantu lidi tu
pakai paint, even pakai doodle pon ok kot. ceheheh

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP