Janganlah Marah...

>> Sunday, June 07, 2009


Hari ini kami pergi Serikin, satu tempat di Bau(sejam perjalanan dari Kuching) yang border Indonesia. Tempat yang border2 ni, macam besa lah, shopping galore bg shopaholics. Ala, Serikin ni lebih kurang mcm Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang (please la ckp korg dah penah pergi at least salah satu, sbb setakat Padang Besar tu, aku dah boleh pergi sendiri tanpa sesat dowh =P).

Kami pergi ber-empat belas orang, 10 perempuan dan 4 lelaki (lelaki sudah mahu pupus). Sampai di sana, aku berjalan dengan seorang rakan yang bernama Shira. Dia adalah rumate aku mase 1st yr. Orang lain pon turut bertebaran mencari benda2 yang hendak dibeli. Tempat tu panas amat, jadi smpt jugaklah aku pergi beli topi lady-like satu (tho dah ade payung, saje la nk mengada2 kan?)

Ok2, straight to the point. Semasa aku dan Shira berjalan-jalan, rakan aku ni berkenan satu helai blaus perempuan (dah nama pon perempuan). Jadi aku sebagai expert dalam tawar menawar di'arah'kan untuk bertanya harga.

Aku: Ni, berapa eh? (sambil memegang baju tersebut)

Penjual wanita bertudung hijau: RM39 dik.

Aku: x leh kurang lg ke?

Penjual wanita bertudung hijau: X dpt la...

Aku: ala, boleh la...

Penjual wanita bertudung hijau: 30 la.

Aku: (dalam hati: Hek ele, x dpt konon. Ni amende turun smpi 9ringgit trus. Nampak sgt boleh lg kurang) 20 x dpt ke kak?

Penjual wanita bertudung hijau: X dapat la dik... 25 la last.

Aku: Err, 20.50? (sambil sengih2 dan minum air)

Aku lagi: 22 ringgit ke?

Aku lagi2: Please?

Perempuan itu masam mencuka. (Ok, maybe I haven't told you that I'm soooo gooood at reading people faces and emotions...). Dia diam seketika. Eh, macam lama jugak. Alamak!

Akhirnya, dia bersuara: Yang kamu ni, akak dah cakap x dpt, x dpt la. Kenapa lah kamu mintak turun harga smpai 20.50 la, 22 la....

Dia tiba-tiba emo dengan aku. Oh, shit!

Aku terpaksa cover, buat2 aku x sedar yang dia tgh marah..

Aku: Ala, nama pon tawar kak...Jadi ni 25 la ni?

Penjual wanita bertudung hijau: Hurm... (die dah xnak ckp ngn aku babe! Setakat humming je, dan langsung xnak tgk aku)

And I was like, fine! Ape hal lu ni, nak meniaga, tapi bila orang mintak kurang harga, emo lah pulak! No Kudos for u babe!

Aku pon naik emolah jugak, dah orang buat mcm ni kt aku. Apa aku buat, mintak kurang harga je, sumpah! (x caya, korg tanya Shira, aku boleh bawak die sini untuk jawab komen korg)

Shira dah perasan ketegangan di situ. Die mula bersuara (mmg patut la, dah la bukan aku pon yang nk beli baju tu). Aku pon 'merajuk'. Aku perlahan2 lepas baju yang aku pegang tu, dan keluar kedai sambil pegang hp (teknik standard la, bajet2 msg org. Haha)

Dan aku biarkan saja mereka berurusan dalam tu. Aku x tgk dah apa jadi lepas tu. Lantak ko lah Kak tudung Hijau. Patutlah kedai ko suram saja.

Ok, aku pulak naik emo. LOL. Lepas beli tu, kami jalan2 lagi, jumpa ngn Nija. Aku cerita apa yang jadi. Sekali die ckp, die dah siap buat sorang pakcik tu nangis sebab die tawar harga gila babi punya, tapi last2, x amek pon. Haha

p/s: Kalo aku xde budi bahasa tadi, mmg aku sembur kakak tu, cuma, aku masih tahu menghormati orang lebih tua...

p/s2: Cerita ini sudah ditambah MSG (supaya lebih sedap dan enak dan buatkan nmpk mcm aku x bersalah langsung..hahahaha). Ok2, ni mmg cerita benar. Aku x tipu even a bit pon apa yang berlaku dalam cerita ni...


3 Maki Hamun!:

neo June 7, 2009 at 1:34 AM  

x rasa pun apa ko wat tu silap.

Mungkin culture penduduk setempat di situ kot macam tu. Biasa lah. tempat orang.

Aku pn jenis suka tawar menawar gak walau aku tau sesuatu barang itu tak patut di tawar.

Cth seperti sekotak air kotak.

Guess what? Aku berjaya walaupn x letak harapan. (slalu aku buat kat pudu raya).

syafiqa salim June 7, 2009 at 2:28 PM  

air kotak pn bole tawar..bes nih
hahaha
patot ko buat2 tertumaph air atas baju die ke..barula nmpak lg evil.hahah

maskedfacies June 9, 2009 at 11:27 AM  

Neo: air kotak tu, aku x sampai hati la plak nak tawar...

Dream icecream: gila. lagilah die halau aku terus dowh!

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP