Showing posts with label Hormone. Show all posts
Showing posts with label Hormone. Show all posts

Janganlah Marah...

>> Sunday, June 07, 2009


Hari ini kami pergi Serikin, satu tempat di Bau(sejam perjalanan dari Kuching) yang border Indonesia. Tempat yang border2 ni, macam besa lah, shopping galore bg shopaholics. Ala, Serikin ni lebih kurang mcm Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang (please la ckp korg dah penah pergi at least salah satu, sbb setakat Padang Besar tu, aku dah boleh pergi sendiri tanpa sesat dowh =P).

Kami pergi ber-empat belas orang, 10 perempuan dan 4 lelaki (lelaki sudah mahu pupus). Sampai di sana, aku berjalan dengan seorang rakan yang bernama Shira. Dia adalah rumate aku mase 1st yr. Orang lain pon turut bertebaran mencari benda2 yang hendak dibeli. Tempat tu panas amat, jadi smpt jugaklah aku pergi beli topi lady-like satu (tho dah ade payung, saje la nk mengada2 kan?)

Ok2, straight to the point. Semasa aku dan Shira berjalan-jalan, rakan aku ni berkenan satu helai blaus perempuan (dah nama pon perempuan). Jadi aku sebagai expert dalam tawar menawar di'arah'kan untuk bertanya harga.

Aku: Ni, berapa eh? (sambil memegang baju tersebut)

Penjual wanita bertudung hijau: RM39 dik.

Aku: x leh kurang lg ke?

Penjual wanita bertudung hijau: X dpt la...

Aku: ala, boleh la...

Penjual wanita bertudung hijau: 30 la.

Aku: (dalam hati: Hek ele, x dpt konon. Ni amende turun smpi 9ringgit trus. Nampak sgt boleh lg kurang) 20 x dpt ke kak?

Penjual wanita bertudung hijau: X dapat la dik... 25 la last.

Aku: Err, 20.50? (sambil sengih2 dan minum air)

Aku lagi: 22 ringgit ke?

Aku lagi2: Please?

Perempuan itu masam mencuka. (Ok, maybe I haven't told you that I'm soooo gooood at reading people faces and emotions...). Dia diam seketika. Eh, macam lama jugak. Alamak!

Akhirnya, dia bersuara: Yang kamu ni, akak dah cakap x dpt, x dpt la. Kenapa lah kamu mintak turun harga smpai 20.50 la, 22 la....

Dia tiba-tiba emo dengan aku. Oh, shit!

Aku terpaksa cover, buat2 aku x sedar yang dia tgh marah..

Aku: Ala, nama pon tawar kak...Jadi ni 25 la ni?

Penjual wanita bertudung hijau: Hurm... (die dah xnak ckp ngn aku babe! Setakat humming je, dan langsung xnak tgk aku)

And I was like, fine! Ape hal lu ni, nak meniaga, tapi bila orang mintak kurang harga, emo lah pulak! No Kudos for u babe!

Aku pon naik emolah jugak, dah orang buat mcm ni kt aku. Apa aku buat, mintak kurang harga je, sumpah! (x caya, korg tanya Shira, aku boleh bawak die sini untuk jawab komen korg)

Shira dah perasan ketegangan di situ. Die mula bersuara (mmg patut la, dah la bukan aku pon yang nk beli baju tu). Aku pon 'merajuk'. Aku perlahan2 lepas baju yang aku pegang tu, dan keluar kedai sambil pegang hp (teknik standard la, bajet2 msg org. Haha)

Dan aku biarkan saja mereka berurusan dalam tu. Aku x tgk dah apa jadi lepas tu. Lantak ko lah Kak tudung Hijau. Patutlah kedai ko suram saja.

Ok, aku pulak naik emo. LOL. Lepas beli tu, kami jalan2 lagi, jumpa ngn Nija. Aku cerita apa yang jadi. Sekali die ckp, die dah siap buat sorang pakcik tu nangis sebab die tawar harga gila babi punya, tapi last2, x amek pon. Haha

p/s: Kalo aku xde budi bahasa tadi, mmg aku sembur kakak tu, cuma, aku masih tahu menghormati orang lebih tua...

p/s2: Cerita ini sudah ditambah MSG (supaya lebih sedap dan enak dan buatkan nmpk mcm aku x bersalah langsung..hahahaha). Ok2, ni mmg cerita benar. Aku x tipu even a bit pon apa yang berlaku dalam cerita ni...


Read more...

Hanya Kerana Lagu

>> Wednesday, June 03, 2009

5.45 petang, Rabu, 3 Jun 2009.

Aku masuk ke bilik Nija, baring di atas katil sambil menyumbat ear phone ke telinga.

Aku mintak Nija pasang lagu2 yang best.

-Dead and Gone (TI and Justin)

-Sober (Pink)

-Thinking of You (Katy Perry)

-Fly On The Wall (Miley Cyrus)

Tiba-tiba, telinga aku menangkap alunan muzik yang mendayu-dayu.

"Kerana, engkau isteri, ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini...."

Oh shit! Sekarang aku rasa mcm nak kahwin! Siot kau Nija!

p/s: Aku hanya mendengar lagu itu beberapa rangkap, sebab lepas tu, aku pergi sembahyang Maghrib. Nasib baik... kalau x, malam ni jugak aku call abah and gtau nk kawen...LOL

Read more...

Sedih Melampau

>> Tuesday, June 02, 2009

Rasa yang sedih melampau, tp x dpt dihuraikan dengan kata-kata.

Rasa macam mahu pergi terjun dari bangunan 20 tingkat pon ada jugak...

Jadi esok mahu pergi makan sampai bulat.

Hooray~

p/s: Abaikan entry picisan ini...

Read more...

Kecewa

>> Monday, June 01, 2009

Apa kamu buat kalau kamu kecewa?

Aku?

-Pergi tidur.

-Makan limau

-Makan julap 2 botol (ini hobi zaman lampau)

p/s: Kecewanya....

Read more...

Mahu Berjalan2: Aku Meluah Perasaan

>> Sunday, May 31, 2009

Kalau mahu berjalan2 tempat orang, dan berada di sana untuk jangka masa yang agak lama, aku hendak mengesyorkan beberapa perkara demikian:

1) Belajar dialek tempat itu- Obviously, supaya kita jadi lebih mesra dengan penduduk tempatan, memudahkan urusan muamalat, dan yang penting, x kena tipu macam aku dan kawan2 semalam. (orang naik perahu pergi balik seringgit, kami kena 7 ringgit, cilakak x? Tapi sebab dah orang tua, kami malas ah nk bertekak.)

2) Belilah kamera yang bagus- Eh, aku x kata beli kamera mahal2 canggih2 sampai ribu2. Ikutlah kemampuan. Cuma, sayanglah kau berjalan tempat orang, tp ko x ambil gambar untuk buat kenangan. Kalau pergi beramai2, make sure at least beberapa orang ada kamera, sebabnye, kalo berpisah dengan org yang ade kamera tu (split grup la...), ko sure xde gambar langsung dowh!. Kalau guna camera phone ok saja, tapi, phone kan digunakan untuk berkomunikasi. kalau habes battery sebab amek gambar, apa2 jadi, susah beb!


3) Investlah untuk sepasang kasut yang selesa- Dah tau mahu berjalan banyak, xkan x boleh fikir. Sapa suruh kau pakai hi-heel setinggi 5 inci. Mati berurut la tiap2 malam beb! X bagus untuk posture badan juga sebenarnya, dan ok, mungkin nmpkkan ko lebih tggi, tp sebenarnya, bukan lah selesa mana pon. Haha! jangan tipu, sbb macam la aku xde hi-heels (beli jelah, pakai ade la sepuluh minit dalam setahun. X selesa!).

4) Bawaklah baju yang banyak dan variety- Ala, common sense lah, benda ni. Nak tunjuk gambar kt orang kampung pon malu nanti, kalau asik2 ulang baju yang sama je. Dah xde baju lain budak ni gamaknya, kata orang kampung. Dan juga untuk mengelakkan kena kutuk dengan kawan lain, especially kalo ko ade Facebook, Frenster, blog etc etc, sbb asek ulang baju yang sama. (ok, ni punya part, kesian aku dowh. aku baju sikit, miskin la katakan... T__T).

5) Bawaklah duit secukupnya- Actually, kalau boleh, lebih lagi bagus. Kau xtau apa yang menanti kt sana. Mungkin ada adat istiadat di tmpat ko pergi, yang kalau ko x pergi time tu, ko akan terlepas seumur hidup, tapi bayaran sedikit mahal. Inilah alasan kenapa perlu bawak duit lebih skit. Sayang ah kalo dah pergi tp ade benda x buat. Alang2 seluk pekasan, biar sampai ketiak masam.

6) Bawak sunblock yang secukupnya- Supaya bila kau balik rumah nnt, mak bapak ko masih kenal ko lagi. (owh, aku dah hitam wei, despite pakai sunblock pon. Siot!)

7) Bagpack- Senang ko nak sumbat semua benda dalam ni. Pakai beg 5x2 inci, apa kau boleh isi? Pad muat lah kot. LOL

8) Bawak sedikit makanan dan minuman dalam beg- Ala, x paham2 ke? Kalau lapar sgt smpai nak hypoglcaemia, ko makan la sikit. kot la pergi tmpt susah nak cr makan kan... senang la sikit. Air tu, penting! Kalau terik, dan ko pulak x cukup air, lunyai ah. Tapi jangan minum banyak gila pulak, satgi asek kena cari toilet. Dah la tmpt org, susahkan diri je nnt.

9) Invest in shades- Kalau ada duit lebih, belilah shades yang bagus, sbb reasonnya, shades cool kalau dipakai (wakakaka), tolong ko x jadi apek sepet mase berjalan2, x keringkan mata ko (esp sapa2 yg pakai contact lenses), dan mengelakkan mata2 orang gatal semasa berjalan! Ok x reasoning aku ni?

10) Bawaklah payung- Bukan bertujuan nak jadi Puspa Wangi, tapi kalau hujan, eh2, ni pon aku kena bgtau ke?

Dah la, banyak gila pulak aku bebel. Bak pergi sidai baju2 aku yg dah 3 jam x sidai. LOL

xoxo,

Gadis x puas hati!

p/s: Kan tajuk pon dah cakap, meluah perasaan, jadi entry ini sedikit emo. Sekian. Tammat.

Read more...

Jangan Salahkan Kami

>> Tuesday, May 26, 2009

Harini aku nak buat satu entry yang memback-up diri sendiri dan rakan2 sekelas aku ( skrg ni) .Korang suka ke tak dengan entry ni ke, nak ckp aku poyo ke, aku x peduli. Hehehe.

* * * * *

Tadi aku dan Pika browse pasal kek lapis S'wak yg cntik2 dan best. Lepas satu, satu page kami bukak sbb kami terpegun mcm mana org boleh buat kek lapis yg begitu neat dan cun gila smpi rasa, mcm "Eh, tah2 dorg photoshop ke gambar ni, mane kita tau kan?".

Lepas tu, entah macam mana kami terbukak satu page yg tunjuk die buat fondant cake yg cantik gila! Series cantik. Aku nk mntk kebenaran kt tuan punya page dulu lah utk tunjuk kt korg, sbb takut kena saman plak amek gambar org suka hati kan?

Lepas tu entah mcm mane, Pika ckp, kwn die yg duduk oversea pon pandai buat kek2 mcm ni (aku rasa, cupcakes kot, sbb mende tu trend kan? Xtahulah kalo korg gila buat fondant cake jgk. Grandious gila!). Dia pon start la melancholic knapa die x pandai buat kek blablablabla. (eh, die pernah nangis tau sbb kek coklat die x naik mase bakar. aku bajet kurg tepung la... LOL).

Jadi aku sebagai rumate yg kadang2 angelic, tp most of the tym perangai mcm pelesit pon console la die. Aku cakap la, jgn la risau. Dorg kn duduk rumah, ada kemudahan oven, dapur, mixer yadayada... apa yg nak di expect? Kalo dorg bosan, sng saje dorg nak memasak ke, membakar ke, panggang ke, rebus, stim, dan segala jenis masakan yg dorg nak. Ini kita, umur 22 *uhuk* (ni aku saja, korg tmbah setahun ok =P), dok pergi lagi kedai/kafe, makan nasik dlm polistrin (btol ke eja dia mcm ni?). Asek2 tempe, sambal terung, ayam goreng. Sampai muka pon dah mcm tempe. LOL. Mana nk dtgnye skill masak tu.

Jadi point memback-up diri ialah: jangan salahkan aku kalo aku x pandai baking yadayada, sbb aku spend 9/10 dari kehidupan remaja aku di asrama. (Sekali lg, kalo korg x suka entry ni, aku x peduli.Hahaha).

Jadi bila org nak fire aku balik, "Habis cuti ko buat apa kt rumah?". Aku akan hanya bagi rspons manja dan meluat mcm ni kt korg, "Erm, bermanja dengan ibu bapa," . Wahahahaha.

Ok, sudah lah merapu, aku dah xde idea apa nak tulis, jadi terpaksa buat entry yang makin merepek. Manusia mmg suka dtg dengan seribu alasan kan? Salah seorangnya adalah aku la. Ngehehe.

p/s: Tapi kepada bakal mak2-mertua(sbb xtahu lg sapa kan, jd plural la instead of singular) saya pandai masak Laksa Penang. Tak tipu! =P

Read more...

Cerita- cerita dari Korea: Buat Aku Jatuh Cinta?

>> Saturday, May 16, 2009

Aku minta maaf. Ini hanya sebuah entry repekan.Aku sudah kering idea. Ini terjadi bila bulan Mei baru saja sampai setengah bulan ,tapi jumlah entry aku sudah mencecah 41 bilangannya. LOL

Sementara aku bercuti ni, aku ada la layan sikit2 cerita Korea, yang aku dapat dari Hafiz, budak yang aku jumpa dalam flight pulang ke rumah Sabtu lepas. (klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang Hafiz)

Tajuk cerita bersiri ni Hello Miss. Pelakonnya, aku hanya kenal 2 orang. Heroin yang berlakon My Girl, dan Hero yang pernah menjadi second hero dalam cerita ada budak sakit leukemia (Shinbi?)

Aku bukan nak buat ulasan tentang cerita bersiri ni, cuma aku nk cakap betapa tipikalnya cerita Korea yang mesti ada cinta berpuluh segi. A suka si B, tapi B cinta C, C suka D, tapi D sayang gila kt A. Cliche sungguh!

Tapi, aku x nafikan, setiap kali hero dan heroin sebenar jatuh cinta, aku dapat rasa jugak apa yang mereka rasakan. Hurm, nak tahu rasa mcm mana? Kalo x silap aku, rasa sakit di dada. Aku x tahu nak terang mcm mana. Yang pernah bercinta, baru nak jatuh cinta, sedang bercinta, atau pernah putus cinta, mesti akan rasa sakit yang sama. Sakit di dada. mintak maaf x dapat terangkan lebih lanjut. Aku x tahu physiological nya macam mana.

Jadi, lepas ni, kalau nk rasa sakit tu macam mana, korang tengok la My Girl. Cerita tu berjaya buat aku nangis macam sial. Hahahaha.

p/s: Aku jiwang harini. Terlalu banyak tgk Korea, ini la jadinya!

Read more...

Kisah Kanak-Kanak Gatal

>> Tuesday, May 05, 2009

Beberapa tahun dahulu, sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga; Abah, Emak, Anak Sulung Perempuan dan Anak Kedua Lelaki dalam perjalanan ke pekan.

Mereka menaiki kereta Toyota Corolla berwarna putih.

Mereka berhajat untuk membeli barang2 keperluan di sana.

Dan juga untuk makan satay.

Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

Oh ya, aku lupa bagitahu kamu semua. Anak perempuan itu berusia 5 tahun dan lelaki itu, 2 tahun.

Sepanjang perjalanan, Si Kakak sibuk bercakap dengan ibu bapanya. Ya lah, umur2 mcm n, mmg suka nk bercakap.

Tiba-tiba, sampai di sebuah lampu isyarat yang mana kereta keluarga ini berhenti (lampu merah), si anak perempuan sudah x kedengaran suaranya.

Si ibu merasa pelik. Lalu dia pon menjengahkan kepala melihat anaknya yang berada di belakang.

Teka apa jadi??

Anak perempuannya itu sedang sibuk mengenyit mata pada pembonceng motor yang berada di sebelah kereta itu sambil tersengih2. Sedang mengorat rupanya.. patut la diam saja!

Dan kanak-kanak tersebut adalah aku yang menulis cerita ini. Dipetik dari Kitab Kisah-kisah Benar Anak-anakku, nukilan Pn. Insah, emak aku.

p/s: Aku tak tipu. Ini memang kisah benar.

Read more...

Happy 23rd Birthday Chantha!

>> Sunday, May 03, 2009





Chantha Si Gadis Siam yg makin tua (tp masih single! hehe)






Kek ini dibeli di kedai bernama Strawberry.
Nak buat mcm mane, sekor pon x reti buat kek. =P







The cake was on fire!!!
Ingat ni tgh masak char koey teow Penang ka??






ChanTha dan baju baru yg seksi.
Lepas ni pergi mengorat EK ok??


p/s: Jadi ke buat EKFC tu?

Read more...

H.A.P.P.Y

>> Wednesday, April 29, 2009




Aku yg macam budak-budak.

Honestly, seeing me happy is a very rare occasion indeed.

Today, my favourite lecturer told me that he wanted to see me becoming an orthopedic surgeon someday.

Yes, me, specifically! The back benchers, the dork, the not-so-bright student, well, you get the idea.

Medical school is something quite difficult (most of the time) if you are not bright, lazy and ignorant. And in my case, I fulfilled these 3 criterias , making me the biggest loser in the world.

But today is something different. What my favourite lecturer told me today is going to make me smiling the whole 2 days (I told you, happy rarely exists in my world, thus I might be going back to my grumpy mood later. 2 days are actually quite good.)

Actually, what made me happy were the 3 words he said after he told me that he wanted to see me becoming an orthopedic surgeon.

But sorry yah, I can’t tell you those words.

Definitely not I Love U lah! lol.

p/s: yeay!

p/s2: aku dah buat blog ni jadi makin peribadi. tp mmg tulis kt atas tu, blog peribadi pon kan. lantaklah, xde org nk bace pon.

Read more...

Cikgu Itu Biasa?

>> Wednesday, March 11, 2009

Satu hari, ketika Dr. X sedang memberi briefing kepada group kami:


Perempuan Y: Wei, ko nak tau x?


Aku: Ape? Xtau pon


Perempuan Y: Aku rase Dr. X ni (sambil memuncungkan mulut ke arah Dr. X) mesti datang dari keluarga biasa2 je kan? Cuba ko usya die.


Aku: Owh, biasa2 tu mcm mane maksud ko? (sambil scan Dr. X atas bwh, mencari maksud yang Perempuan Y cuba sampaikan)


Perempuan Y: Ala, mesti mak bapak die keja biasa2 je la. Mcm cikgu je ke…


Aku : (mcm nk tersedak, tho time tu aku x makan pape pon) Owh, macam tu rupenye… (sambil mencarut dlm hati. Ha-ha!)


p/s: Ape maksud ko cikgu tu biasa2? Sila define biasa2 ngn x biasa please.


p/s 2: Mak bapak aku cikgu la bangang!!!!!!!!!!


p/s 3: Maka aku pon tau apa pandangan ko terhadap org sekarang. Berkasta rupenye. Mesti aku pn dr kasta bawah jgk ni…

Read more...

Saat terasa malas dan bodoh...

>> Monday, March 09, 2009

aku risau la. nk tau nape?

aku ada exam minggu depan. lebih tepat, hari selasa, rabu dan khamis.

tp haram ape x bace lg.

mesti teruk lg result aku. aih. mmg beku sungguh la otak aku skrg ni.

knape? adekah sbb aku dah xda minat nk blajar?

tersiksa sungguh nk abeskan satu degree ni pon.

jadi lupakanlah dulu cita2 nak jd skin specialist tu. (ha-ha)!

and lately, asek moody. xtau knape. asek nk marah dgn bdk tu je.

kalo boleh, mmg dah lame aku bunuh. hah!

p/s: ade sape2 nk tlg jwbkan aku exam? ade viva ni! arghhhhh!!!

p/s lg: seronoknye dah balik kk, jumpe konco2 aku.humph

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP