Showing posts with label Emotions. Show all posts
Showing posts with label Emotions. Show all posts

Self Memo

>> Sunday, December 20, 2009

Untuk diri sendiri:

Berusahalah walaupun mmg sakit n susah skrg ni.... yg penting end result tu, dpt apa yang ko nak.

Oh God, help me through this plisss

p/s: Aku terpaksa consult diri sendiri skrg ni. Dah serabut sgt....apsal la aku ni suka sgt stress dlm apa2 pon T____T

Read more...

Post-Mabul Trip

>> Saturday, November 21, 2009

1. Just came back from Tawau/Semporna/Mabul.

2. I think, I've gotten fatter within this 1 week duration.

3. And now, I'm depressed.

T_________T

Read more...

Paintball (Ini Bukan Ulasan)

>> Thursday, October 15, 2009


The picture was taken during a Paintball Tournament around 2 weeks ago.

Hey, mana nak beli pistol tu ah?

Sbb aku tgh rasa cepat marah gila dengan manusia2 yang irritating sekarang ni, nak tumbuk orang right on face x bleh buat (kang masuk lokap plak), jadi tembak senyap2 guna pistol dan peluru cat panas tp sakit pon, jadilah kan....

p/s: Blame the mood swings please =P

Read more...

Because I Love You Both...

>> Tuesday, July 14, 2009

Semalam aku tgk finale Prison Break kt 8TV. Biasalah, time cuti xde sumber cerita bersiri sume ni, jadi terpaksa tgk di tv saja.

Kemudian, last skali kan ade yg Sara n Linc tgk video yg Scofield buat untuk dorg kan? Dia cakap, selama ni, die x pernah ckp terus terang pon perasaan die kt dorg. Asek guna kod la. origami la...kemudian dia ckp mcm ni " I love you both very very much..".

Ok, itu intro entry aku kali ini. Memang selama ni orang ckp, express ur feelings and you will feel much better. Ini mengingatkan aku pada benda yang pernah jadi kat aku.

Tahun 2004, masa tu aku kt matriks. Sepanjang 17 tahun aku hidup masa tu, aku x pernah ckp aku sayang kat mak bapak aku pun. Satu hari, entah apsal, aku pergi hantar msg gudnite kat mak aku yang berbunyi mcm ni... " Gudnite. I love u n Abah so much". (ok, geli. sila muntah. aku yg taip pon tgh geli anak tekak).

Mak aku hanya reply ok. Minggu kemudiannye, aku baik rumah (rumah dekat saja dengan matriks).

Entah time tu tgh borak pasal apa tah (dalam kereta nk pergi mana tah), mak aku dok sebut2 psl sms yg aku hantar tu dengan nada perli...

"Aih, ada org tu dok hantar sms bersayang2, tp bila balik rumah, x reti nak tunjuk perasaan kasih sayang tu pon. Asyik nak lawan cakap saja...".

Ok, aku mengaku, masa aku muda (bajet sekarang tua sangat la), aku mmg suka gila lawan cakap mak aku. Kiranya, asek nk berselisih pendapat la. Tapi, lepas mak aku ckp mcm tu, aku mmg dah kurg la lawan ckp mak aku. (Kalo dulu main hempas2 pintu lg!).

Tapi sebab aku malu dengan SMS yg aku hantar tu, smpi skrg aku x pernah ckp dah aku syg mak bapak aku. Haha.

Sebab aku xnak kena perli lagi dah. Malu ooooooooooo....(buat gaya Tarzan)

p/s: Nak pergi salam raya pon segan. Bila dengar org lain nangis2 masa salam raya, korg buat aku berfikir. Aku yang x betul ke, korang yg emo lebih?

Read more...

Kamu Kurang Ajar Dengan Aku, Jangan Ingat Aku Tak Boleh Jugak

>> Thursday, June 25, 2009

Semalam aku pergi bawa mak aku ambil ubat di Hospital Seberang Jaya (Breast cancer survivor, currently on life long tamoxifen). Selepas ambil ubat, kami singgah la kejap di Megamall Prai, dan kemudian ke Carrefour (sebab sebelah hospital saja).



Belilah sedikit barang dapur (walhal gaji x masuk lagi, shopping x mau2). Sementara mak aku dok beli barang, sempat la jugak aku pergi main sorong-sorong trolley sorang2 dengan lajunya dan lepas tu bergayut.... (korang main x ni mase kecik2 dulu?)



Dalam setengah jam kemudian, kami pon dah abes shopping, jadi kami pon nak bayar barang-barang yang dibeli. Urgh, ade 30 kaunter, tapi sume banyak dah tutup, sebab time tu dah nak dekat maghrib. Maybe diorang pergi sembahyang kot...



Ada sorang cashier pon suruh aku pergi express lane (untuk items less than 10). Aku pon sebab dah malas nak jalan ke kaunter lain (yang jauh gila, sbb dah banyak sgt kaunter kan...), terus pergi ke express lane tu. Ada 2 orang cashierdi situ. Sorang lelaki, dan seorang perempuan.



Letak barang-barang.



Tiba-tiba, cashier perempuan tu bersuara, dengan lantangnya...(korang buat la bunyi suara Fasha Sandha nak menangis tu...hahahaha)



"Ni barang lebih dari sepuluh! Mana boleh bayar sini!", bentak si cashier itu. Ok, to tell u the truth, barang2 aku hanya ada 13 bijik je. Tu pon termasuk sushi 2 ketul yang kecik gila. No biggies.



Aku nampak muka mak aku dah lain. Muka terkejut, dan x suka kene tengking begitu (cuba cakap siapa yang suka? X pasal je)



Ewah2, dah x boleh cakap je la elok2. X payah nak marah atau jerit kat aku. Dah la ada mak aku kat situ. Kot ye pon x reti nak hormat aku yang muda remaja ni *ehem*, tolong la hormat mak aku yang obvious2 tua dari ko.



Baik, main kasar nampak. Dan seperti tajuk di atas, aku pon main kurang ajar la balik.



"Apa la susah sangat. Aku bayar la dua kali. Mak aku bayar sepuluh yang first. Lagi 3 aku yang bayar. Tak boleh macam tu?", aku cakap pelan-pelan kat cashier perempuan tu, sambil senyum kat cashier laki tu. Ceh, sempat lagi aku. Haha



Cashier laki tu pon back-up aku, dan suruh je perempuan tu kira je barang-barang tu.



"Bukan ade orang pon, apa masalahnya...", kata cashier laki tu. Wahahaha. Cashier perempuan tu pon akur. Mesti die tgh try mamat tu, sebab mula-mula buat gangster, tiba-tiba lembut la pulak, dan terus diam je bila mamat tu bercakap.



Lepas tu, mamat tu blah, dan tinggal aku, mak aku dan cashier perempuan tu saja di kaunter. Dia masih susun-susun coins dan buat tak peduli dengan kami. Ewah2. Dah nak maghrib ni, cepatla dik non oi.Ktorg nak pergi buka puasa ni.



"Ni, boleh bayar ke tak ni kat sini?", aku tanya kat cashier tu.



"Yelah, letak jelah situ. Satgi saya buat la. Bukan ada orang pon!", jawab cashier tu, dengan muka masam.



Huh, x kuasa aku nak layan. Berlagak nak mati. Mentang-mentang ko jaga kaunter express lane, abes besar la ek?



Kalo ikut hati aku, mau je pergi report sama manager. Pekerja kurang ajar, x reti senyum, dan gatal (errr, dengan cashier laki td tu), suka menjawab balik, dan kasar.



p/s: Perempuan itu adalah contoh terbaik kenapa aku x patut kerja sebagai seorang cashier. Hahaha (statement sedar diri)


Read more...

Some Things....

>> Saturday, June 20, 2009


Some things are better left unsaid... aren't they?

Read more...

Kisah Telur-Telur

>> Friday, June 19, 2009

Sedekad yang lalu, Susulan (bukan nama sebenar) dan ibu-bapanya pergi ke pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Sampai di sana, mereka pon belilah apa yang patut...dan antara barang yang mereka beli adalah sepapan telur . Ada pun rakan-rakan sekalian, sepapan telur yang besar itu mengandungi 30 butir telur ayam...( ya lah, telur lain karang susah pulak =P)

Mereka pon membayar harga barang-barang yang mereka beli dan pulang ke rumah sejurus selepas itu.

Sampai di rumah, si bapa mengarahkan Susulan agar mengangkat semua barangan yang dibeli tadi masuk ke dapur. Untuk mengelakkan dilempang oleh si ayah, Susulan pon hanya mengikut perintah.

Semua barang pon diangkat dan dimasukkan ke dapur. Sampai giliran telur yang sepapan itu. Sedang Susulan mengangkat telur2 itu, tibe2 saja mereka (merujuk kepada telur2 yang sedang di angkat), terjatuh, dan jatuh berkecai di atas lantai.

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

(kamu buatlah bunyi tu sampai cukup 30 bijik).

Alamak!

Susulan terkejut dan rasa takut. Si bapa kemudian dapat tahu tentang perkara yang berlaku.

Cuba kamu teka Apa hukuman si Susulan dapat?

a) Bapak die x marah pon, dia senyum je....sambil usap2 kepala

b) Bapak dia kasik duit then suruh beli telur baru

c) Bapak dia maki hamun tahap cipan!

d) Bapak dia pukul dengan rotan. Yeay! (eh, ni bukan mak bapak ko ke Mimi?)

Ok2, sebenarnya, jawapan tu xde pon dalam list kt atas tu.

Hukuman yang dikenakan ialah, Susulan x dapat makan selama 2 hari. Kesian kan?

X tahulah apa yang dia makan. Pasir di luar rumah? Pow kawan-kawan bila pergi sekolah?

p/s: Yeah, another friend's story....

p/s: Cerita ini telah diolah dan diedit ikut sedap aku jugak la. Peristiwa ni mmg btol2 berlaku, cuma details aku tokok tambah MSG sikit...


Read more...

Lesbian Hodoh

>> Tuesday, June 16, 2009

I'm single. Duly noted.

I'm not beautiful. Duly noted too.

But just because of these 2 factors, you have no right whatsoever of calling me "Lesbian Hodoh" in front of ur boyfriend (or is it now ur ex eh?).

C'mon lah, dah besar-besar pon x reti gune kepala hotak ke kalo bercakap.

Where is your manner sister?

Tolonglah, kot ye pon ko rasa ko perfect, x pyh la nk perasan bagus sgt. Sampai bila2 pon, mesti ada orang lagi bagus dari kita, lagi cantik dr ko (aku x boleh ckp kita, sbb dah kene panggil huduh.haha), lagi pandai, lagi kaya, lagi hebat. X payahlah nk memperlekehkan orang sbb kita x tahu sampai bila kita akan berada di atas.

p/s: Look now who is alone (with no friends) and single too eh? At least I got tons of friends by my side. Boo-hoo!

Read more...

Guilty

>> Monday, June 15, 2009


I am feeling guilty, because lately, a lot of my post have been showing hatred towards kids.

Thus, this entry is kinda a make-up to them.

Happy being a kid, kiddo! Stop hating yourself.


Kakak ni amek gambar saya ke? Senyum =)



Baik aku jangan lawan mata dengan kakak ni, nnt die tulis pulak pasal aku dalam blog dia...



I am an alien...



Fly me to the moon purr-leeasee...

p/s: Entry memohon maaf kepada kanak-kanak seluruh dunia. Including younger me. For hating you (as in myself).

Read more...

Pokai

>> Thursday, June 11, 2009

Aku sudah pokai....

Sekarang sudah hampir hujung semester, jadi kocek aku sudah sangat2 koyak rabak.

Mungkin semester depan aku akan cuba (READ: CUBA) untuk mengurangkan perbelanjaan.

Mari kita tengok apa yang aku sudah beli dengan duit biasiswa semester ini:

1) Seminggu selepas duit masuk, aku dan rakan2 pergi berjalan-jalan ke Labuan, dan Brunei. Aku rasa habis dalam 1K jugak kot sume, cmpur duit tambang, coklat, hotel, blablabla....

2) Kemudian aku buat gila dengan beli 2 botol perfume; satu untuk aku (Tommy Hilfiger 100ml), satu untuk mak aku (Estee Lauder 100ml).

Perfume untuk aku tu, dibeli di SaSa. Nija dan Pika pon beli. Kami beli sekali konon2nya sebab nak masuk contest (aku beli sebab time tu mmg perfume aku dah nak abes), tapi, cume dapat krim muka 1 pc yang kena kongsi 3 org saja. Hampeh!

Perfume untuk mak sebab birthday dia. Selama ni aku x pernah beli apa2 dkt mak, jadi tahun ni, aku nk cuba pamper mak aku dengan benda mahal2. Tapi sebenarnya aku beli perfume tu sbb die dapat banyak freebies...

3) 2 bulan lepas tu, aku menjadi makin gila bila aku tgk seorang member beli DSLR. Jadi aku pon pinjam kamera dia sehari (kalo kereta, test drive la), dan oleh kerana aku berkenan, aku pon angkat sebijik. Happy memang happy, tp pedih hati aku tgk buku akaun bank aku yang makin byk berdakwat di bahagian 'withdrawal'.

4) Datang Sarawak ni,ingatkan takda lah nak guna duit yang banyak sangat, sebab konon2nya bercuti dalam negara kan? Tapi rupa2nya pengangkutan awam kt sini hampeh gila! Cuba bayangkan kalau nk pergi mana2 saja, jarak adalah dalam sejam perjalanan, kene bayar RM25 satu kepala. Bukan sikit tempat yang aku pergi. Kalau 7-8 tempat pergi, kiralah sendiri berapa kena bayar.

Itu x masuk lagi entrance fees, duit hostel (RM185!), makan, merapu, dan souvenir (x dpt beli byk, mintak maaf. Kalau tidak, x dpt makanlah aku jawabnya).

Maka semalam, aku mendapat pencahayaan agung untuk mencari duit sempena cuti ini (sebulan).

Semalam aku call habis segala restoran KFC yang dekat dengan rumah aku. Hampeh. Usaha yang sia-sia. Semua tak berminat dengan pekerja part time yang hanya nak kerja sebulan.

Jadi aku sudah terfikir jalan lain. Patutkah aku jual laksa di pasar malam? Jual kain pasang? Kerja pelayan di restoran? Pencuci tandas awam?

p/s: Mungkin juga aku akan end-up dengan melepak di rumah x tentu hala kerana aku sebenarnya pemalas...

p/s: Sesiapa tahu ada kerja kosong di area Nibong Tebal/ Parit Buntar sila kontek aku. Aku flexibel, cuma aku nak ada masa untuk sembahyang.

Read more...

Janganlah Marah...

>> Sunday, June 07, 2009


Hari ini kami pergi Serikin, satu tempat di Bau(sejam perjalanan dari Kuching) yang border Indonesia. Tempat yang border2 ni, macam besa lah, shopping galore bg shopaholics. Ala, Serikin ni lebih kurang mcm Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang (please la ckp korg dah penah pergi at least salah satu, sbb setakat Padang Besar tu, aku dah boleh pergi sendiri tanpa sesat dowh =P).

Kami pergi ber-empat belas orang, 10 perempuan dan 4 lelaki (lelaki sudah mahu pupus). Sampai di sana, aku berjalan dengan seorang rakan yang bernama Shira. Dia adalah rumate aku mase 1st yr. Orang lain pon turut bertebaran mencari benda2 yang hendak dibeli. Tempat tu panas amat, jadi smpt jugaklah aku pergi beli topi lady-like satu (tho dah ade payung, saje la nk mengada2 kan?)

Ok2, straight to the point. Semasa aku dan Shira berjalan-jalan, rakan aku ni berkenan satu helai blaus perempuan (dah nama pon perempuan). Jadi aku sebagai expert dalam tawar menawar di'arah'kan untuk bertanya harga.

Aku: Ni, berapa eh? (sambil memegang baju tersebut)

Penjual wanita bertudung hijau: RM39 dik.

Aku: x leh kurang lg ke?

Penjual wanita bertudung hijau: X dpt la...

Aku: ala, boleh la...

Penjual wanita bertudung hijau: 30 la.

Aku: (dalam hati: Hek ele, x dpt konon. Ni amende turun smpi 9ringgit trus. Nampak sgt boleh lg kurang) 20 x dpt ke kak?

Penjual wanita bertudung hijau: X dapat la dik... 25 la last.

Aku: Err, 20.50? (sambil sengih2 dan minum air)

Aku lagi: 22 ringgit ke?

Aku lagi2: Please?

Perempuan itu masam mencuka. (Ok, maybe I haven't told you that I'm soooo gooood at reading people faces and emotions...). Dia diam seketika. Eh, macam lama jugak. Alamak!

Akhirnya, dia bersuara: Yang kamu ni, akak dah cakap x dpt, x dpt la. Kenapa lah kamu mintak turun harga smpai 20.50 la, 22 la....

Dia tiba-tiba emo dengan aku. Oh, shit!

Aku terpaksa cover, buat2 aku x sedar yang dia tgh marah..

Aku: Ala, nama pon tawar kak...Jadi ni 25 la ni?

Penjual wanita bertudung hijau: Hurm... (die dah xnak ckp ngn aku babe! Setakat humming je, dan langsung xnak tgk aku)

And I was like, fine! Ape hal lu ni, nak meniaga, tapi bila orang mintak kurang harga, emo lah pulak! No Kudos for u babe!

Aku pon naik emolah jugak, dah orang buat mcm ni kt aku. Apa aku buat, mintak kurang harga je, sumpah! (x caya, korg tanya Shira, aku boleh bawak die sini untuk jawab komen korg)

Shira dah perasan ketegangan di situ. Die mula bersuara (mmg patut la, dah la bukan aku pon yang nk beli baju tu). Aku pon 'merajuk'. Aku perlahan2 lepas baju yang aku pegang tu, dan keluar kedai sambil pegang hp (teknik standard la, bajet2 msg org. Haha)

Dan aku biarkan saja mereka berurusan dalam tu. Aku x tgk dah apa jadi lepas tu. Lantak ko lah Kak tudung Hijau. Patutlah kedai ko suram saja.

Ok, aku pulak naik emo. LOL. Lepas beli tu, kami jalan2 lagi, jumpa ngn Nija. Aku cerita apa yang jadi. Sekali die ckp, die dah siap buat sorang pakcik tu nangis sebab die tawar harga gila babi punya, tapi last2, x amek pon. Haha

p/s: Kalo aku xde budi bahasa tadi, mmg aku sembur kakak tu, cuma, aku masih tahu menghormati orang lebih tua...

p/s2: Cerita ini sudah ditambah MSG (supaya lebih sedap dan enak dan buatkan nmpk mcm aku x bersalah langsung..hahahaha). Ok2, ni mmg cerita benar. Aku x tipu even a bit pon apa yang berlaku dalam cerita ni...


Read more...

Sedih Melampau

>> Tuesday, June 02, 2009

Rasa yang sedih melampau, tp x dpt dihuraikan dengan kata-kata.

Rasa macam mahu pergi terjun dari bangunan 20 tingkat pon ada jugak...

Jadi esok mahu pergi makan sampai bulat.

Hooray~

p/s: Abaikan entry picisan ini...

Read more...

Kecewa

>> Monday, June 01, 2009

Apa kamu buat kalau kamu kecewa?

Aku?

-Pergi tidur.

-Makan limau

-Makan julap 2 botol (ini hobi zaman lampau)

p/s: Kecewanya....

Read more...

Kepala Besar

Kawan aku ckp, kepala aku besar.

Disproportionate dengan badan aku (yg juga gemuk)

Dia cakap, pergi cuba saiz songkok.

Mesti aku kene pakai saiz paling besar , xpon, xde saiz langsung.

Kesian kan aku kene kutuk sebab kepala besar?

p/s: Kepala yg penuh angin saja. Kalo tebuk sikit, kamu agak2 jadi kecut sikit x?

Read more...

Mahu Berjalan2: Aku Meluah Perasaan

>> Sunday, May 31, 2009

Kalau mahu berjalan2 tempat orang, dan berada di sana untuk jangka masa yang agak lama, aku hendak mengesyorkan beberapa perkara demikian:

1) Belajar dialek tempat itu- Obviously, supaya kita jadi lebih mesra dengan penduduk tempatan, memudahkan urusan muamalat, dan yang penting, x kena tipu macam aku dan kawan2 semalam. (orang naik perahu pergi balik seringgit, kami kena 7 ringgit, cilakak x? Tapi sebab dah orang tua, kami malas ah nk bertekak.)

2) Belilah kamera yang bagus- Eh, aku x kata beli kamera mahal2 canggih2 sampai ribu2. Ikutlah kemampuan. Cuma, sayanglah kau berjalan tempat orang, tp ko x ambil gambar untuk buat kenangan. Kalau pergi beramai2, make sure at least beberapa orang ada kamera, sebabnye, kalo berpisah dengan org yang ade kamera tu (split grup la...), ko sure xde gambar langsung dowh!. Kalau guna camera phone ok saja, tapi, phone kan digunakan untuk berkomunikasi. kalau habes battery sebab amek gambar, apa2 jadi, susah beb!


3) Investlah untuk sepasang kasut yang selesa- Dah tau mahu berjalan banyak, xkan x boleh fikir. Sapa suruh kau pakai hi-heel setinggi 5 inci. Mati berurut la tiap2 malam beb! X bagus untuk posture badan juga sebenarnya, dan ok, mungkin nmpkkan ko lebih tggi, tp sebenarnya, bukan lah selesa mana pon. Haha! jangan tipu, sbb macam la aku xde hi-heels (beli jelah, pakai ade la sepuluh minit dalam setahun. X selesa!).

4) Bawaklah baju yang banyak dan variety- Ala, common sense lah, benda ni. Nak tunjuk gambar kt orang kampung pon malu nanti, kalau asik2 ulang baju yang sama je. Dah xde baju lain budak ni gamaknya, kata orang kampung. Dan juga untuk mengelakkan kena kutuk dengan kawan lain, especially kalo ko ade Facebook, Frenster, blog etc etc, sbb asek ulang baju yang sama. (ok, ni punya part, kesian aku dowh. aku baju sikit, miskin la katakan... T__T).

5) Bawaklah duit secukupnya- Actually, kalau boleh, lebih lagi bagus. Kau xtau apa yang menanti kt sana. Mungkin ada adat istiadat di tmpat ko pergi, yang kalau ko x pergi time tu, ko akan terlepas seumur hidup, tapi bayaran sedikit mahal. Inilah alasan kenapa perlu bawak duit lebih skit. Sayang ah kalo dah pergi tp ade benda x buat. Alang2 seluk pekasan, biar sampai ketiak masam.

6) Bawak sunblock yang secukupnya- Supaya bila kau balik rumah nnt, mak bapak ko masih kenal ko lagi. (owh, aku dah hitam wei, despite pakai sunblock pon. Siot!)

7) Bagpack- Senang ko nak sumbat semua benda dalam ni. Pakai beg 5x2 inci, apa kau boleh isi? Pad muat lah kot. LOL

8) Bawak sedikit makanan dan minuman dalam beg- Ala, x paham2 ke? Kalau lapar sgt smpai nak hypoglcaemia, ko makan la sikit. kot la pergi tmpt susah nak cr makan kan... senang la sikit. Air tu, penting! Kalau terik, dan ko pulak x cukup air, lunyai ah. Tapi jangan minum banyak gila pulak, satgi asek kena cari toilet. Dah la tmpt org, susahkan diri je nnt.

9) Invest in shades- Kalau ada duit lebih, belilah shades yang bagus, sbb reasonnya, shades cool kalau dipakai (wakakaka), tolong ko x jadi apek sepet mase berjalan2, x keringkan mata ko (esp sapa2 yg pakai contact lenses), dan mengelakkan mata2 orang gatal semasa berjalan! Ok x reasoning aku ni?

10) Bawaklah payung- Bukan bertujuan nak jadi Puspa Wangi, tapi kalau hujan, eh2, ni pon aku kena bgtau ke?

Dah la, banyak gila pulak aku bebel. Bak pergi sidai baju2 aku yg dah 3 jam x sidai. LOL

xoxo,

Gadis x puas hati!

p/s: Kan tajuk pon dah cakap, meluah perasaan, jadi entry ini sedikit emo. Sekian. Tammat.

Read more...

Cara Menangani Kutukan

Kalau kamu ada masalah dengan kehodohan fizikal, ataupon, kamu kurang cantik ke, kurang hensem ke, dan kemudian, satu hari, kamu kene kutuk sebab kekurangan kamu tu, aku nak bagi satu petua mcm mana nak balas balik kutukan orang tu.

Contoh:

A: Wei pompuan, ko ni muka kembang la.

Ok, jangan sedih sangat kalo org ckp ko mcm tu.

Tips num 1: Jangan tunjuk sangat ko tu meroyan habes dengan apa die cakap

Tips num 2: Jangan menangis

Tips num 3: Jangan pulak ko maki die balik

Sebaliknya, ko cakap mcm ni:

" Oh, ya la. Baru aku perasan, ko manusia paling perfect dalam dunia ni. (pastu senaraikan la bibir ulas limau, kaki panjang sejinjang, dada bidang macam badang, dan apa yg korg boleh fikirkan, dan cakap la yang konon2nya si pengutuk ni ada semua ni..), kemudian puji dia gila2 babi tentang kesempurnaan dia, yang mana, aku konfem gila, mana ada manusia perfect macam tu. Jangan percaya buku cerita!

Aku berani jamin ah, si pengutuk akan terdiam sendiri sebab lepas tu, dia pon sedar, macam la dia perfect sangat. Dijamin berkesan, sebab aku selalu guna.

Sekian.

p/s: Muka kembang? LOL

Read more...

Cinta Gadis Dependent dan Jejaka Bisu

>> Monday, May 25, 2009

Ini adalah kisah benar seorang rakan (gadis itu kita namakan Omo). Berlaku kira-kira 8 tahun di sebuah pekan kecil di negeri X.

Satu hari, gadis yg sedang rebel lari dari rumah dan duduk di rumah kedua (kira rumah percutian la ni)..

Dia berehat2 di tepi pantai di atas sebuah batu besar. Tiba-tiba, datang sebiji bola yang buruk dan busuk bergolek di hadapannya. Bau busuk bola itu sangat "baeng " sampai menyengat hidungnya. 5 saat selepas itu, datanglah seorang lelaki untuk claim balik bola busuk itu. Bila S cuba bercakap dengan lelaki itu, barulah dia tahu, lelaki itu rupanya bisu...Kita namakan lelaki itu B.

Sejak hari itu, mereka menjadi kawan. Setiap petang mereka akan dating di tempat yg sama dan oleh kerana lelaki itu bisu, mestilah mereka susah untuk berkomunikasi, jadi mode of communication mereka time tu ialah melukis di atas pasir (romantik x?). Hint: Omo seorang yg terer gila melukis.

Mereka meneruskan kisah percintaan mereka sampai ke Tahun Pertama pengajian Omo di Medical School (hint kedua). Kami akan tahu Omo pergi dating kalo dia tiba2 takde kat bilik, pastu petang balik dengan buku latihan kotak2 maths untuk buat tulisan Cina (hint ketiga: dia ambil kelas Mandarin). Dia bercerita kt kami yg buku kotak2 tu, B yang bagi (ni aku xtau romantik ke x..hahaha)

Namun kisah percintaan mereka terpaksa dihentikan kerana tentangan GB M dan GB N (mak bapak Omo), sebab lelaki itu bisu, kemudian berbangsa yg lain dr keluarga Omo, dan agama pn x sama.

Sejak hari itu, Omo menjadi seorang perempuan yg minat perempuan.. (korang igt post aku yg kwn aku asek2 minat perempuan tu? Itulah orangnya...)

Sekian =)


Read more...

I Am Grateful With My Life

1) Aku tak pandai tp Allah bg jugak chance jadi doctor (insyaAllah graduating within 1 year time). I just love the idea of making my parents proud of who I am now. This is the least I could do. TQ for those long hard years of bringing me up...

2) Emak adalah seorang pesakit barah payudara (was diagnosed in 2003), but Alhamdulillah skrg dah baik, dan harap2 sgt mak sihat dan xde ape2 complications. Aku dah x sanggup nak lalui fasa mak sakit ni.

3) Physically rasanya tidak lah terlalu hodoh sampai menjadi bahan ejekan masyarakat. LOL. (ini kisah SPP la ni... tp ini private joke yg sudah lapuk, kalo aku cerita pon takde sapa paham kecuali Pika and Nija)

4) Walopon miskin hina, tetapi masih mampu beli DSLR (ahahahahaha).

5) Mempunyai ibu bapa yg tidak memanjakan aku melampau2 masa kecil, jadi bila besar aku boleh survive di mana2 saja, under apa2 conditions pon...

6) Sudah lama ade lesen kereta yg membolehkan aku pergi mana2 saja aku nak tanpa halangan (dan parents aku pon x pernah kisah)

7) Continuation dr num 6, mempunyai ibu bapa yg percayakan aku almost 100% (even aku lwn ckp kadang2, aku x tipu parents aku)...

8) Mempunyai kawan2 yg baik dan kadang2 terlampau baik smpi aku naik segan. Minta maaf. Aku x pandai mengekspresikan perasaan..LOL

9) Lulus PTS (lompat kelas, darjah 3 naik darjah 5 tu..) pada tahun 1996, satu2nya budak yg lulus kt skolah aku time tu, jadi skrg, aku muda setahun dr rakan2 batch yg lain. Jgn jeles korg =P

10) I came from a mixed descendant of Malay (abah) and Chinese (mak).

11) Mempunyai blog yg berwarna warni, dan sgt syg pada blog ini. Terima kasih pada yg sudi membaca =)

Sekian =)

p/s: Aku x dpt attend ward harini, sakit perut, but I'm grateful because at least I'm still alive! Alhamdulillah ~

Read more...

Cerita- cerita dari Korea: Buat Aku Jatuh Cinta?

>> Saturday, May 16, 2009

Aku minta maaf. Ini hanya sebuah entry repekan.Aku sudah kering idea. Ini terjadi bila bulan Mei baru saja sampai setengah bulan ,tapi jumlah entry aku sudah mencecah 41 bilangannya. LOL

Sementara aku bercuti ni, aku ada la layan sikit2 cerita Korea, yang aku dapat dari Hafiz, budak yang aku jumpa dalam flight pulang ke rumah Sabtu lepas. (klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang Hafiz)

Tajuk cerita bersiri ni Hello Miss. Pelakonnya, aku hanya kenal 2 orang. Heroin yang berlakon My Girl, dan Hero yang pernah menjadi second hero dalam cerita ada budak sakit leukemia (Shinbi?)

Aku bukan nak buat ulasan tentang cerita bersiri ni, cuma aku nk cakap betapa tipikalnya cerita Korea yang mesti ada cinta berpuluh segi. A suka si B, tapi B cinta C, C suka D, tapi D sayang gila kt A. Cliche sungguh!

Tapi, aku x nafikan, setiap kali hero dan heroin sebenar jatuh cinta, aku dapat rasa jugak apa yang mereka rasakan. Hurm, nak tahu rasa mcm mana? Kalo x silap aku, rasa sakit di dada. Aku x tahu nak terang mcm mana. Yang pernah bercinta, baru nak jatuh cinta, sedang bercinta, atau pernah putus cinta, mesti akan rasa sakit yang sama. Sakit di dada. mintak maaf x dapat terangkan lebih lanjut. Aku x tahu physiological nya macam mana.

Jadi, lepas ni, kalau nk rasa sakit tu macam mana, korang tengok la My Girl. Cerita tu berjaya buat aku nangis macam sial. Hahahaha.

p/s: Aku jiwang harini. Terlalu banyak tgk Korea, ini la jadinya!

Read more...

Syndrome Kurang Kasih Sayang (KKS)

>> Monday, May 04, 2009

Kalo korg dah lama kenal aku, korg akan perasan satu benda psl aku: aku selalu ckp aku kurang kasih sayang.


Ada kawan aku tanye, apa parameter yg aku guna smpi aku ckp aku kurang kasih sayang tu.


Jawapan aku: Aku pon xtau. Tapi aku rasa mcm tu, nak buat mcm mana.


Selalunya berdasarkan observations aku terhadap kawan2 kot. Entah la. Aku pon x pasti.


Tapi selalunye, kalo korg kenal aku dgn lebih rapat lg, mmg korg akan nmpk la yg aku mmg kurg kasih sayang. Kawan aku suka ckp aku kejam dan takde perasaan. Bukan takde perasaan la wei. Ade, tp aku suppress la mane yang patut. Ape hal nak tunjuk sume kt org? Igt anak anjing yg cari tumpuan?


Tapi entry ni dibuat bukan untuk meraih simpati siapa2 pon, sumpah! Aku peduli apa kalo aku kurang kasih sayang pon.


Aku cuma nk clarify je... yang aku mmg kurang kasih sayang, dan aku ok dgn benda ni.



p/s:Mengantuk sial. ni sume gara2 minum Kopo (kopi bahasa kawan aku yg cacat) tadi la ni!

p/s: lepas ni, kalo aku nk ckp psl Kurang Kasih Sayang lagi, aku guna KKS saja ok? Penat sial la nak taip panjang2 ni, even entry aku pendek2 saja. Hehe

p/s: Mungkin aku akan buat entry susulan psl KKS ni. Mungkin...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP