Kamu Kurang Ajar Dengan Aku, Jangan Ingat Aku Tak Boleh Jugak

>> Thursday, June 25, 2009

Semalam aku pergi bawa mak aku ambil ubat di Hospital Seberang Jaya (Breast cancer survivor, currently on life long tamoxifen). Selepas ambil ubat, kami singgah la kejap di Megamall Prai, dan kemudian ke Carrefour (sebab sebelah hospital saja).



Belilah sedikit barang dapur (walhal gaji x masuk lagi, shopping x mau2). Sementara mak aku dok beli barang, sempat la jugak aku pergi main sorong-sorong trolley sorang2 dengan lajunya dan lepas tu bergayut.... (korang main x ni mase kecik2 dulu?)



Dalam setengah jam kemudian, kami pon dah abes shopping, jadi kami pon nak bayar barang-barang yang dibeli. Urgh, ade 30 kaunter, tapi sume banyak dah tutup, sebab time tu dah nak dekat maghrib. Maybe diorang pergi sembahyang kot...



Ada sorang cashier pon suruh aku pergi express lane (untuk items less than 10). Aku pon sebab dah malas nak jalan ke kaunter lain (yang jauh gila, sbb dah banyak sgt kaunter kan...), terus pergi ke express lane tu. Ada 2 orang cashierdi situ. Sorang lelaki, dan seorang perempuan.



Letak barang-barang.



Tiba-tiba, cashier perempuan tu bersuara, dengan lantangnya...(korang buat la bunyi suara Fasha Sandha nak menangis tu...hahahaha)



"Ni barang lebih dari sepuluh! Mana boleh bayar sini!", bentak si cashier itu. Ok, to tell u the truth, barang2 aku hanya ada 13 bijik je. Tu pon termasuk sushi 2 ketul yang kecik gila. No biggies.



Aku nampak muka mak aku dah lain. Muka terkejut, dan x suka kene tengking begitu (cuba cakap siapa yang suka? X pasal je)



Ewah2, dah x boleh cakap je la elok2. X payah nak marah atau jerit kat aku. Dah la ada mak aku kat situ. Kot ye pon x reti nak hormat aku yang muda remaja ni *ehem*, tolong la hormat mak aku yang obvious2 tua dari ko.



Baik, main kasar nampak. Dan seperti tajuk di atas, aku pon main kurang ajar la balik.



"Apa la susah sangat. Aku bayar la dua kali. Mak aku bayar sepuluh yang first. Lagi 3 aku yang bayar. Tak boleh macam tu?", aku cakap pelan-pelan kat cashier perempuan tu, sambil senyum kat cashier laki tu. Ceh, sempat lagi aku. Haha



Cashier laki tu pon back-up aku, dan suruh je perempuan tu kira je barang-barang tu.



"Bukan ade orang pon, apa masalahnya...", kata cashier laki tu. Wahahaha. Cashier perempuan tu pon akur. Mesti die tgh try mamat tu, sebab mula-mula buat gangster, tiba-tiba lembut la pulak, dan terus diam je bila mamat tu bercakap.



Lepas tu, mamat tu blah, dan tinggal aku, mak aku dan cashier perempuan tu saja di kaunter. Dia masih susun-susun coins dan buat tak peduli dengan kami. Ewah2. Dah nak maghrib ni, cepatla dik non oi.Ktorg nak pergi buka puasa ni.



"Ni, boleh bayar ke tak ni kat sini?", aku tanya kat cashier tu.



"Yelah, letak jelah situ. Satgi saya buat la. Bukan ada orang pon!", jawab cashier tu, dengan muka masam.



Huh, x kuasa aku nak layan. Berlagak nak mati. Mentang-mentang ko jaga kaunter express lane, abes besar la ek?



Kalo ikut hati aku, mau je pergi report sama manager. Pekerja kurang ajar, x reti senyum, dan gatal (errr, dengan cashier laki td tu), suka menjawab balik, dan kasar.



p/s: Perempuan itu adalah contoh terbaik kenapa aku x patut kerja sebagai seorang cashier. Hahaha (statement sedar diri)


6 Maki Hamun!:

syafiqa salim June 25, 2009 at 12:36 PM  

ape lagi..tulis kat suratkhabar la..
hahha. padan muke pempuan tuh. lpas nih mesti laki tu x layan die dah...

neo June 25, 2009 at 4:06 PM  

Lol..dah dtg sbrg jaya.

lalala~

Sheehan June 25, 2009 at 4:56 PM  

patutla cashier laki tu back up ko, senyum kat dia kot...haha.taktik ni.

maskedfacies June 26, 2009 at 10:53 AM  

Pika: Lupa nama dia la..

Neo: oh, ya. Hehe

Sheehan: Hehe. Mestilah. Gatal!

neo June 27, 2009 at 6:57 PM  

Xnk tumbuk cashier tu?

maskedfacies June 27, 2009 at 6:59 PM  

ade mak aku. nk tumbuk ke jugak?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP