Belajar Menjahit?

>> Monday, June 15, 2009

Sesi SMS dengan mak aku petang tadi:

Aku: Hai mak, tgh buat apa tu?

Mak: x buat pape.

Aku: Mak, jadi ke plan mak nak bisnes baju kurung tu? Ade kerja untuk Amy x? Tapi nak gaji.

Mak: Jadi la. Nanti Amy pi amek n hantar KaK Ina.

Aku: Gaji ade x?

Mak: P belajaq menjahit. Mak bagi elaun.

Aku: Ala, malas la. Xdak kerja lain ke selain belajar menjahit? Tapi nak duit jugak tau. hehe

Mak: Kalau nak duit, pi belajaq jahit baju kurung. Boleh mak bagi banyak. kalo x, mak bagi duit minyak untuk ambil Kak Ina saja la.

Aku: Ala...

Mak: Mak mau kedua-dua ANAK DARA mak pandai menjahit. Nanti boleh jahit baju sendiri.

Aku: (masih mengelat) Ala, Amy lembab sikit la mak bab2 menjahit ni..

Mak: Tak mau sudah. Duit tu mak pi buat benda lain..

Aku: Yelah2. Nanti Amy pi.

Mak: Senang je. Die kursus intensif. Belajar sekejap dah pandai...

Aku: Yelah.....(akur)


Penerangan:

Mak aku memang suka berniaga walaupun mempunyai kerja tetap. Die selalu pergi KL dan bawak balik beratus-ratus pasang kain pasang untuk dijual di sekolah (mak aku kerja cikgu), and alhamdulillah, rezeki mak aku murah. Apa yang dia jual semua laku.

Sekarang dia cuba nak buat bisnes jual baju siap jahit dengan mengupah jiran lama kami Kak Ina (dah di mention kt atas) jadi tukang jahit. Kerja basic aku adalah pergi ambil dan hantar Kak Ina dari rumah dia sebab mak aku dah beli 2 mesin jahit yang agak advance (yang abah aku panggil gajah putih sebab tersadai kt dalam umah xde orang guna).

Dan sekarang mak aku nk suruh aku pergi belajar menjahit pulak? Dia bayar pergi kelas intensif tu, dan aku siap kena bagi elaun pulak. Oh, mak aku mmg the best!

p/s: Tapi, Amy x minat menjahit la Mak....ni pon sebab takde duit je, terpaksa terima...T__T

6 Maki Hamun!:

neo June 15, 2009 at 9:34 PM  

Cakap lah Amy dah cekap dah menjahit. Setakat luka2, bedah2 tu, memang senang je nak menjahit.

BTW, mak ko memang sporting. Ko sms mcm ko chatting YM.

Sheehan June 15, 2009 at 10:03 PM  

hahahahahahahahahahahahahahahahah..
semoga anda berjaya..hahahahaha..

syafiqa salim June 17, 2009 at 1:16 AM  

mak ko nak tak bg upah kat aku jugak???..
hahahha

'Aqilah Suhaimi June 18, 2009 at 2:36 PM  

menjahit tk seronok lebih2 lagi bila kena jahit leher..heh
lepas SPM ak belajar menjahit..sampai baju je..bila nk smbung kain,ak malas..haha
semua mak2 suke je anak perempuan belajar menjahit..
mungkin dorg rasa seperti kita akan dilihat well brought up daughter..
well..well..perempuan mengaji tinggi..ke dapoq juga katanya..hehe

maskedfacies June 19, 2009 at 10:19 PM  

Neo: Mak aku ala-ala aku lah jugak. Cuma kurang gila dan merapu...mungkin sebab dah tua.

Sheehan: Cilakak lu bai.

Pika: ada kerja lain. nak jadi mak tiri num 3 aku?

Kilah: huh, mnyampah aku dgr cakap2 org tu. macam apa.

Madam Azra February 8, 2010 at 8:12 AM  

dah pandai menjahit ke?tak rugi belajar menjahit sebab menjahit boleh menjana income.....selagi manusia pakai baju selagi tu la tukang jahit di perlukan...ini la selogan AZRA FESYEN.Senang2 jengok la blog akak:madam azrafesyen.blogspot.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP