Anak Angkat?

>> Saturday, June 06, 2009

Kalau kamu seorang yang agak peka dengan dunia *ehem* atau lebih tepat dengan dunia hiburan (ini kisah orang lain, bukan aku lah! =P), kamu mesti perasan, yang sekarang ni, macam ada trend pulak.

Bukan-bukan. Bukan isu kahwin cerai, kahwin dengan VIP, atau kisah yg terlampau.

Ini kisah artis-artis perempuan yang belum berkahwin, tp ambil anak angkat.

Ok, aku akui, mulia tu. Memang mulia ambil anak org dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

Cumanya, yang aku perasan lagi satu, kenapa artis-artis perempuan tu ambil anak laki sebagai anak angkat. Kalau mereka sudah berkahwin, mungkin la boleh jadi anak susuan. Tapi ini mcm mana?

Macam mana kalau mereka sampai tua tidak berkahwin, dan anak mereka terus membesar, sampai satu masa, anak mereka sudah cukup tua sampai sudah berjanggut2 dan sudah layak untuk berkahwin juga? Masih bolehkah begitu?

Aku suarakan apa yang aku rasakan kepada seorang rakan.

Jawapan yang diberikan mudah:

X: Hurm, dorg tau dorg xkan kahwin (as in x laku ke weih?), jadi ini adalah satu plan masa hadapan. Bila anak angkat sudah besar, mereka paksa anak mereka kahwin dengan mereka, dengan alasan, penat2 dorg besarkan anak tu, jadi skrg, anak tu kenalah balas budi mereka dengan berkahwin dengan mereka.

Aku: EH?

p/s: Tahun depan aku kerja, mungkin mahu pergi daftarkan diri untuk ambil anak angkat juga. Cari yang cute2. =P


15 Maki Hamun!:

Jamil June 6, 2009 at 1:14 AM  

tanda awal ko tidak akan berkahwin sehingga tua?

neo June 6, 2009 at 1:16 AM  

Org pompuan senang nak apply borang berbanding laki.

So tlg amik anak perempuan sekali weh.

Dah lulus gtau aku.

Amermeftah June 6, 2009 at 6:00 AM  

Busuk gila jawapan member kau.

Beranaklah sendiri, tak sama org punya dgn hasil usaha sendiri punya.

Memang mulia, tapi senior aku yg hidupnya berlandaskan hukum kata, kecik-kecik takpe la tapi bila tua jenuh, dgn hukum aurat lagi, dia bukan mahram lagi, bla bla

aw3rz June 6, 2009 at 7:52 AM  

ko tau kan budak kecik bawah 5 tahun je cute. bile dah pandai cakap, ko akan rase nak terajang saje

'Aqilah Suhaimi June 6, 2009 at 7:57 AM  

lorrr..aku pn pernah pk mcm ni lah..hahaha
ada yg amik hormone la mimi..
amik prolactin..so,jadi ibu susuan..so,kes aurat tu dh habis leh tutup..
risk of cancer amik prolactin,ak tak tahu lah..
tkt yg kita blaja ni..tkde la pulak dgr prolactin increase risk of cancer..ke..ko pnah dgr..
estrogen ye..
ak rasa,yg amik anak angkat ni,dia cm nk ready kot apa2 jadi ngan dia..
p/s:bkn ak ja yg pk mcm tu..ramai lagi seangkatan dgn ak..hahaha

'Aqilah Suhaimi June 6, 2009 at 7:59 AM  

ouh,ak tau psl anak laki..sbbnya boleh take care of that artis la..
anak perempuan..dah kawen..payah..karang dapat laki bekeng..mak angkat harus diketepikan..haha

p/s:kawan ko nye jwpn psycho..haha

Adney June 6, 2009 at 3:53 PM  

Hah? ade jugak ke cite ni? hoho... sape org tu? :p

Muhammad Warouq bin Qamar June 6, 2009 at 7:09 PM  

tp kalau artis laki amek anak angkat ppuan lagi best la aku rs. ble dah tua,anak perempuan tu mesti dah besar muda remaja segar bugar bergetah2. miahahaha. yg artis tu lak steady lg. life starts at 40. Tp kalo artis ppuan,umur 40 dh nak menopause. maka x practical sgt. hoho.

Amermeftah June 6, 2009 at 7:20 PM  

Aku cakap korang, kalau takde sebab ke pasal, jangan amik anak angkat dulu, tak natural

Sheehan June 6, 2009 at 8:14 PM  

MILF KA APA???huh

p/s:nmpaknya ko pn plan x kahwen la..hohoho

neo June 6, 2009 at 10:55 PM  

Boleh tak amik 4 orang anak angkat perempuan sekaligus?

maskedfacies June 7, 2009 at 12:42 AM  

Pertama2nya aku nk mengaku yang sebenarnya X tu bukan member aku. Aku jugak sebenarnya tu, cume saja nk tmbh penggunaan rakan2. nampak la mcm bersosial sikit. LOL

Jamil: haha. belum cuba belum tahu (wtf?) LOL

Neo: Kalo US, rasanya single susah nk apply. kalo Mlaysia, aku rasa mcm x kena layan lah. Cuma maybe sbb artis, mereka dpt unnecessary privileges kot.. (kot je lah)

Amermeftah: Aku pon pikir benda yg sama (aurat blablabla)

Aw3rz: Budak plg mulut murai umur 4 tahun, percaya atau tidak. Cuba cari budak umur ni. MMG SIOT!

Kilah: Kau sungguH MEDIK! (uhuh, talking about some top students here =P)

Kilah lagi: Tu bukan kawan aku, tu aku punya cerita sebenarnya...

Adney: Err, ni siapa ek? Baru di sini? Ade 2 org artis yg aku knal buat mcm ni, femes jgk dorg ni...

Waruk: Nanti ade perempuan Jawa marah ko dowh ko buat cmtu. Hahaha

Amermeftah: Yela2. (lawak sikit pon nk kene bebel T__T)

Sheehan: WEi, ni aphal MILF pulak. Ini bukan cerita WEEDS ok!

Neo: Aku berani jamin, 1 pon ko x tentu dapat. LOL

Amermeftah June 7, 2009 at 12:52 AM  

bebel bebel bebel

waruk: wanita sijangkang

neo June 7, 2009 at 1:25 AM  

Adney tu pelawat blog aku.

Berjangkit lak dia komen kat blog ko.

Haha..

'Aqilah Suhaimi June 7, 2009 at 1:42 AM  

bencilah ak..ko pn tau..sibuk nk ngata ak student medic ke hape..=P

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP