Kalau Kamu Sudah Penuh Uban Di Kepala, Kenapa Masih Nak Usya Anak Dara Orang?
>> Thursday, June 25, 2009
Ini sambungan dari kisah di bawah. Baca kisah di bawah dulu ye.
Selepas membayar barang-barang yang dibeli, kami pun melangkah ke surau yang hanya 10 meter dari kaunter express lane tu tadi.
Bila masuk surau, aku cepat-cepat berwudhu, dan pakai telekung, kemudian SMS Abah aku yang ada kt rumah (malas nak ikut...)
Aku: Dah masuk waktu gtau. TQ
Abah: Ok
Dan 5-6 minit kemudian, Abah SMS, jadi aku pon menunaikan fardhu Maghrib. Mak aku pergi toilet dulu, jadi die solat lambat sikit.
Disebabkan surau tu agak sempit, dan makin ramai orang masuk, aku pon blah bila aku dah siap solat. Aku duduk di luar surau. Di situ, ada macam satu tmpt melepak. Ade la 3 kerusi panjang. Satu ada sorang adik kecik duduk, satu lagi pakcik berumur 60-an yang sudah beruban di kepala duduk. Jadi aku duduk di satu lg kerusi yang tiada penghuni (at least di mata kasar aku xde la...hahaha).
Dengan 3 beg plastik besar (beli barang tadi tu), dan satu bagpack (beg Nike aku yang berwarna kelabu/hitam), aku pun duduk situ diam-diam sambil keluarkan henset dan main game Snake II. (best la jgk, sbb dah game tu je yang ade dalam henset cabuk aku..)
Tiba-tiba aku perasan, pakcik tua tu asyik tgk aku. Mula-mula, tgk barang-barang aku. Kemudian, dia asyik tengok aku.
Eh, apahal pakcik ni. Buat la perangai baik2. Malu pakcik dah tua-tua dok usya anak dara (uwwweekk) orang tau. Aku pon tgk balik pakcik tu. Tanda tak mau kalah.
Sampaikan bini pakcik tu (yang juga sudah agak berumur, tadi dalam surau aku nampak dia sembahyang duduk saja. X larat agaknya...) keluar dari surau, dan pegang bahu dia ajak die jalan pon, dia masih tgk aku.
Eh, apahal ni? Aku sudah mula bengang.
Aku pon tengok diri sendiri, dan cari apa yang x kena.
Ohhhhhhhhh....
Patutlah pakcik tu tgk semacam saja...
Rupa-rupanya aku tak sedar aku tgh sedap duduk melunjur kaki (atas kerusi panjang tu) sambil dakap beg dan gelak sorang-sorang bila ular aku (yang aku main) langgar dinding. Cis. X sopan btol. Mana ada orang buat mcm tu kat shopping complex daaaa...
Lupa pulak, sebab selalu kt rumah atas kerusi panjang aku buat mcm tu. Jadi terbiasa...
p/s: Lain kali janji dah x buat la...
7 Maki Hamun!:
hahaha
mule2 tadi aku ingat pakcik tu nak ngorat ko..
hahahah..sabau je
oittt. laju gle updet. ni updet tiap 5 minit eh. huhuhu..
nasib baik pakcik tak bawak keluar kamera besar dia amek gambar ko
yala aku pun mati2 ingat pakcik tu minat kat ko di awal pembacaan entry ini..haha
kra ko p lawan usya balik macam ko wat kat budak dlm bas tu..
Pika: Nasib baik ah. seram gk aku!
Isya: eleh, ckp org konon. Haha. mcm die tu x laju update gk
Jamil: Ya, dan kalo dia ade blog, dah lama gambar aku masuk situ! Argh!
Sheehan: Haha. bezanya dia sudah tua. dan dia lelaki!
mengong ko!wat saspen je hahahaaa
Hehe. saspen kan? LOL
Post a Comment