Kucing dan Durian

>> Monday, June 15, 2009


Cerita ini adalah kisah benar berlaku sekitar tahun 2001. Ditulis kerana aku sedang rindukan kucing aku dan durian. Aku berjanji akan makan durian sampai demam bila aku balik rumah minggu depan!


* * * * * *

Malam itu, Abah dan Amir pulang dari pasar malam. Amir menjerit-jerit panggil nama aku.


"Kak! Kak! Tengok ni!".

Aku yang ketika itu sedang menonton televisyen segera berlari ke pintu rumah.

"Ada apa?" tanya aku.

Ni! Adik lelaki aku yang seorang itu sungguh beria-ria menunjukkan seekor anak kucing yang sungguh gemuk kepada aku. Gemuk sampai tak larat nak berdiri.

"Owh! Comelnya. Mana ambil ni?" tanya aku.

"Abang ambil dekat kedai Mamak tadi. Mamak tu yang bagi."

Sejak hari itu, kucing itu menjadi peliharaan kami. Aku namakannya Baby (so cliche kan?)

Setiap hari sewaktu hendak pulang dari sekolah, aku akan mengayuh basikal laju-laju kerana aku ingin cepat-cepat balik dan bermain dengan kucing itu.

Aku sanggup mengeluarkan duit untuk membeli makanan khas untuk kucing, dan susu kotak yang aku sendiri pun jarang minum. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang aku kepada kucing itu.

Satu hari, Abah dan Mak membeli seguni durian. Ya, kami sekeluarga memang hantu durian. Aku mengopek durian-durian tersebut dan makan dengan pulut dan santan. Sedang aku makan, Baby datang menggeselkan badannya di kaki aku.

"Kenapa? Kamu nak durian ni ke?" tanya aku kepada Baby.

Baby seolah-olah faham dengan apa yang aku cakapkan kerana selepas itu ia mengiau.

Meoooww..

Ok, jap aku bagi kamu sikit.

Ulas pertama. Baby makan dengan lahapnya. Oh, kamu makan durian rupanya! Selepas licin ulas pertama, Baby mengiau lagi. Meminta durian tambah agaknya.

Aku pun layankan sahaja. Tak cukup 2 ulas, makin banyak kucing aku makan durian. Sampai cukup satu biji durian aku kopek khas untuknya.

"Sudah-sudahlah tu bagi kucing hang tu makan. Pening dia satgi," kata mak.

Aku mengangguk faham.

Tak lama lepas itu, aku nampak Baby berpusing-pusing di atas permaidani di ruang tamu. Hurm, memang pening pun rupanya kucing aku ini.Sejak hari itu, aku sudah tidak percaya dengan teori kucing ialah karnivor. Dan sekarang memang mereka sudah tukarpun kumpulan kucing kepada omnivor.

p/s: Kucing ini dibuang di pasar sewaktu aku pergi bersekolah di Kajang tahun berikutnya. Sedih gila tak tahu nak cakap.Sampai hati mak aku buang Baby.

15 Maki Hamun!:

neo June 15, 2009 at 1:47 AM  

Haha..

Baca perenggan ini.

Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang aku kepada kucing itu.


Baca lagi sekali..

Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang aku kepada kucing itu.


Ini bukan sindrom kurang kasih sayang. Ini sindrom tak de tempat nak lempiaskan kasih sayang.

Haha..

syafiqa salim June 15, 2009 at 3:26 AM  

Aku nak try bg anjing kat blog kite mkn durian..

Biar mereka pening dan tergolek2..hahah

Unknown June 15, 2009 at 11:13 AM  

lgkah bijak dari mak anda..

takut kasih syg anda cenderung kearah kucing hingga m'abaikan kluarga..

pergh ayt...

aw3rz June 15, 2009 at 7:13 PM  

aku baca:

"Kaki! Kaki! Tengok ni!" mati-mati aku ingat adik ko panggil ko kaki. sungguh kurang hajor.


atau memang patut pun?haha.

Aisyah June 15, 2009 at 7:54 PM  

Malaysia patut ada durian convention

maskedfacies June 16, 2009 at 12:53 PM  

Neo: apakah?

Pika: blog? ko ade bela anjing kt blog ko?

Sultan: Ish2, xde la sampai lupa keluarga.

Awerz: Kaki! Kaki! Lawak gila plak aku baca. mmg ade iras2 kaki la.

Isya: Nama saja raja buah, tp airport, hotel, most of buildings kene banned. ahahaha. siap masuk fear factor dowh. kamu duduk UK dulu ade durian x sana?

neo June 16, 2009 at 1:25 PM  

Kawan2 aku selalu konfius bila taip benda ni

1. Blok (eg. blok bangunan)
2. Block (eg. banned, halang, road block)

Diorang bantai eja blog.

Aku rasa Pika maksudkan blok la.

maskedfacies June 16, 2009 at 1:32 PM  

aku tau. die tgh gila dgn blog die kot..

maskedfacies June 16, 2009 at 1:33 PM  

satu lg.

blok- bahasa melayu

block- english.

apa kau juga pening?

neo June 16, 2009 at 1:40 PM  

haha..

memang pening.

tapi aku sedar.

Giler ko nk hurai bahasa melayu english lak. Kena wat satu post tu. Panjang kot. (alasan)

fakhriah al-yaya June 16, 2009 at 6:55 PM  

umah aku byk doyan xdak spa nk mkn!! mai la..aku xmkn doyan!

maskedfacies June 16, 2009 at 11:34 PM  

Yaya, nak durian! bwk mai rumah aku oi

fakhriah al-yaya June 17, 2009 at 1:14 AM  

hahahaha!!bg alamat..aku pos!!

Amermeftah June 18, 2009 at 9:31 PM  

Penah dgr tak kucing dgn instinct akan makan rumput atau akar konon sbg ubat kalo kucing tu sakit, pastu muntah hijau

maskedfacies June 19, 2009 at 10:21 PM  

Yaya: 2317, Lorong Seri Acheh 1, Taman Seri Acheh, 14300 Nibong Tebal. Jangan hantar rombongan meminang sudah. Haha

Amermeftah: oh, pernah.itu tandanya die sakit perut, sbb tu makan rumput, supaya muntah isi perut yang toksik tu.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP