Showing posts with label Random Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Random Thoughts. Show all posts

Kedut-kedut Di Mata Kamu

>> Thursday, March 04, 2010


Yelah, ini mata makcik yang dah lebam2 -_-"


Aku x nak nmpak mcm freak kalo ckp psl benda ni.

Tapi....

Baru2 ni aku nmpk beberapa kwn aku punya mata dah berkedut.

Oh no! Bukan ke dorang baru saja mid-20's?

*berlari ke loker dan sapu eye cream Clinique percuma dgn segera*

Ahhh, feeling much better *big grin*

p/s: Entry ini berbaur sungguh keperempuanan. Euwwww~ LOL

Read more...

Catching Up

>> Sunday, January 10, 2010

1. Selamat Tahun Baru. I am 1 year older, and hopefully wiser, and slimmer (hehehe)

2. Too busy with final sem. Cant write much nowadays. (xpe, org bukan baca sgt pon blog aku ni. Perasan =P)

3. Esok exam. Surgery. Sedang gelabah, n yet sempat lagi aku update blog yg berhabuk gila ni kan? (stress weh, stress!)

4. JPA dah masuk. Hopefully my final one la. =) Alhamdulillah.

5. So I guess, lepas ni ramai kwn2 akan ajak pg mkn merata2. Dammit, stop spoiling my diet and my body fat percentage. Special attention to Bedah! =P

6. OK, sila baca next post. Sebenarnye nak update sbb nak cerita psl Abah =)


p/s: Haha, bosan gila entry ni.



Read more...

Broadband II

>> Saturday, December 19, 2009

For those yang dok tanya broadband apa yang aku guna:

1. Aku amek Digi, Pakej student, sbb obviously, I'm still a student, n itu yg paling murah... (cheapskate, yes =P)

2. 1st timer , kena bayar rm100 as "deposit", tp, duit tu, die akan kira mcm ko bayar utk bil 2 bulan pertama, so basically, ko xde bayar yuran pendaftaran ke apa pon la...cume kene advance duit lebih sikit je..

3. Sebulan x silap aku bayar rm 58 kot. X sure, tp rasanya byk tu, sbb kwn aku yg dah awal2 lg guna pakej ni, kene byk tu. Aku hanya akan dpt bil 2 lepas register, sbb konon2 dah byr rm100 in advance kan...

4. Modem is free, tp lepas kontrak 1 taun abes, br hak ko sepenuhnya. Kalo terminate before dat, ade la charge2, die. Nak tau lebih lanjut, tanyalah org2 di booth Digi.Modem jenama Huawei (made in China), kaler hitam, dan ade sticker Digi kaler kuning atas die.

5. So far, dgn pakej student yg kuota donlod die 3G je, tp aku ttp giat mendownload macam2. Dah siap donlod Big Bang satu season, Desperate Housewives 1 season, dan movies, x payah ckp la brp byk. Kira takat ni, puas hati la.

Tips: donlod time pukul 1 pagi ke atas, mmg laju la time tu. 2 jam pon dah abes satu movie. Tp tu slagi x exceed kuota die. Kalo dah exceed, slow sikit la. But still, stkt nk Facebook, chatting pon, xde mslh je.

p/s: Weh, Digi patut byr aku dowh utk iklan pendek ni. Tolak dr bil pon xpe. Hahahaha

Read more...

The Wedding Pictures Blogssss

>> Friday, December 04, 2009

Aku xtau la ini berkaitan dengan musim cuti sekolah ke, umur makin tua ke apa, tp apsal kawan2 aku (aku x termasuk ok =P) sume gila dgn blog2 photographer kenduri kahwin lately(setahun kebelakangan ni kot).

Adakah masing2 sudah x sabar untuk berkahwin?

Sebab sudah nak grad x lama lg? (InsyaAllah...)

Or sebab masing2 dah tua kerepot, dok tgk je org kawen dan dapat anak?

Ataupon cari pose2 menarik utk majlis sendiri nanti?

Or sekadar hobi mengisi masa lapang?

Tanyalah mereka dan mungkin aku akan dapat jawapannya....

p/s: Disebabkan wireless uni aku off sbb budak2 lain cuti, jadi laptop n broadband aku selalu la jadi mangsa utk tgk blog2 terbabit. Oh malangnya aku pon dah terlibat sekali nampknya! Mungkin lecturer2 akan kecewa bila dapat tau student2 depa lg berminat tgk gmbr org kawen dr baca buku or praktis clinical skills. Hahahahaha

p/s 2: Yang lagi teruk kalo pg tgk gmbr2 tu, pastu kutuk org gila babi kot. Ah best gila. LOL

Read more...

Mari Langgan Video Panasku

>> Thursday, December 03, 2009


SMS 1: Jikalau anda boleh tahan, nikmati koleksi, Video Peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 ke atas!

Sender: 01X-XXXXXXX

SMS 2: Langgan video-video terhebat milik Sasha PERCUMA! Langgan setiap bulan sekarang!

Sender: 01X-XXXXXXX

Pernah dapat sms-sms yang mcm ni?

Aku rasa dlm sebulan, ada la 3-4 kali kot aku dapat sms yang mcm ni.

Annoying gila babi ok!

Memang la diorang cari pelanggan dengan tekan number phone orang randomly, tapi bila dah tiap2 bulan pon dok dapat sms yg mcm tu, aku rasa mcm dorg dah save number kita2 ni, n bila ade video baru je, dorg guna "Send to many" punya applications je. Senang crita. Bijak gila kan? Kan? Hahahahaha.

Kadang2, aku seriously rasa mcm nak reply je sms tu mcm ni.....

"Bodoh! Ko dah xde kerja ke dok sms aku msg2 mcm ni?".

Tapi, x pernah la plak aku reply, mungkin sbb time aku dpt sms tu, tgh buat kerja yg lagi penting kot...


Tadi rumate aku si Pika ckp die dpt 2 msg yg mcm tu hari ni.

And yang aku x sangka gila ialah die reply msg tu dengan "Bodoh!" sebab time tu die tgh tensen2 clerk kes. Malangnye, x reply la plak org video panas tu. Cuak la tu.Hahahaha

p/s: Eh korg rasa kan, ramai ke ah yang langgan video2 dorg tu? LOL

Read more...

Jiwang ke Rock Kapak?

>> Wednesday, December 02, 2009

Aku rasa pelik dengan fenomena 80-an hingga awal 90-an.

Kenapa kumpulan2 rock kapak, dressing mereka sangat la "kapak" (aku xtau nk describe cmne dlm perkataan, ala, sluar koyak2, baju gmbar bajet2 scary and maut abes, rambut kerinting panjang mengerbang nmpak cam busuk dan penuh dengan kutu dan kelemumur, pakai spek ray ban), tp lagu dorang sume meleleh2 ah?

Bukan sekatakat meleleh di lirik saja, boleh meleleh air mata, air hidung, dan apa2 saja jenis air yg boleh dilelehkan la.

Dan hampir semuanya mesti lagu cinta dan tajuk mesti nama perempuan? Haha


Ok, sebenarnye aku nk buat pengakuan yang aku pon minat jgk lagu2 zaman tu. Hahahahaha =P

Especially lagu Keunggulan Cinta (BPR). Ni sume sbb Nija la yang paksa aku dgr 2taun lepas. Hahaha

p/s: Xde plak grup perempuan yang buat lagu tajuk die guna nama laki ek? Bayangkan kumpulan Feminin buat lagu tajuk "Ahmad Albab". Oh sungguh tidak sesuai sekali rasanya~~ LOL

Read more...

The Butterfly Effect: A Regret

>> Tuesday, November 10, 2009

Pernah tgk cerita The Butterfly Effect?

Yang aku pernah tgk ada 2 movies, satu yg tahun 2004 (Ashton Kutcher n Amy Smart), satu lg,2007 punya edition, x kenal la laki tu sapa, tp smart jgk la body die (eh apa aku ni? hahahaha).

Somehow, I wish that I have their ability to go back to their past and change anything that they wish/want to.

Macam nak pergi zaman muda2 and jumpa diri sendiri and cakap apa benda yang aku x patut buat time tu, so that I can be a better person I guess?

Korang rasa memang btol2 ade ability tu ah? boleh buat genetic modification kt mana2 lab ke? LOL

p/s: Nak pergi tahun 2002 dan tukar satu keputusan yg paling bodoh aku rasa aku pernah buat. =(

Read more...

11.33am Di Hari Ahad, Tapi Aku Sedang Sibuk Study T____T

>> Sunday, November 08, 2009

OK, aku saja je buat tajuk bangang mcm tu, nak bg korg baca post aku ni.Hahaha

11.33am, 8th November 2009, dan aku sedang study pasal Induction of labour (buat mereka yg bkn dr medical field, benda ni adalah condition di mana ko nak paksa mak2 bersalin, eh bukan paksa sgt la, cume kita induce die untuk bersalin for medical reasons, yg kalo nak, aku boleh buat satu entry baru, kalo ade requestlah...hahahaha =P)

Eh, aku exam teori lah esok! Patutlah aku baca buku. Kalo x, haram ah T___T

Tiba2, aku rasa rindu lah nak bebel kt blog aku yg dah berhabuk.

Busylah. Aku x sangka final year akan buatkan hidup aku serabut dan makin lama, makin skema medik. Sikit2 cakap mesti nk kuar psl medik. Jadi aku xnak boringkan korg dgn benda2 yg pelik2, jadi baik aku jgn bebel kan?

Kawan aku si Jamil pon ckp, aku mcm dah lain, dah x fun mcm Mimi yang die kenal dlu? Kat Facebook, sikit2 komen aku mesti berbaur medik. Haha.

Well, this is wut u got after 4.5years of medical school, but hey, I'm still a fun person ok! (perasan gila babi aku ni), cuma aku dah teroccupied dgn benda yang insyaAllah mungkin akan jadi benda yg aku kena buat hari2 (pegi wad, cek2 org, prescribe ubat, bg nasihat, well, yes u noe the drills).

Anyway people, I'm proudly announcing that I lost 6-7kg within this 3.5months. Wooohoooo! (nnt nak buat entry psl benda ni lah)

And now, I need more money to change my clothes. =P

p/s: I'm in love with Megan Fox. Oh, she is tooooo HOT to be true! =)



Read more...

Paintball (Ini Bukan Ulasan)

>> Thursday, October 15, 2009


The picture was taken during a Paintball Tournament around 2 weeks ago.

Hey, mana nak beli pistol tu ah?

Sbb aku tgh rasa cepat marah gila dengan manusia2 yang irritating sekarang ni, nak tumbuk orang right on face x bleh buat (kang masuk lokap plak), jadi tembak senyap2 guna pistol dan peluru cat panas tp sakit pon, jadilah kan....

p/s: Blame the mood swings please =P

Read more...

Cerita Dalam Cerita (The Story of An Heiress)

Cerita 1

Heiress.

By definition, maksudnye adalah pewaris perempuan.

Sila jangan tanya aku plak, apa maksud pewaris. Mungkin boleh tanya orang yang lebih sesuai, seperti, cikgu-cikgu Bahasa Malaysia (ke Melayu? Aku dah konfius, sbb byk kali sgt tukar. Like I care =P)

Cerita satu berhenti di sini. Sila baca cerita 2 plak. =P


Cerita 2

Honestly, aku x pernah jeles dengan mana2 manusia yang dilahirkan kaya atau berada, atau even dilahirkan dalam keluarga diraja. Errr, itu mmg rezeki die kot, jadi apa aku nak susah2 jeles kan.

Macam la kalau aku jeles, akan kurang kekayaan family die, jadi baik aku pikir cara untuk mengkayakan (ada ke perkataan ni ah?) diri sendiri. Lagi bermanfaat kot? Yes, saya adalah seorang yang rasional. X main la jeles2 ni. =P

Cerita 2 tamat di sini. Sila baca cerita 3 plak.


Cerita 3

Korang tau Amazing Race Asia (ARA) yang Ida Nerina masuk tu? Korang tau partner die? Aku x igt sangat nama minah tu, Tanya? Tasya?

Perasan x, kan bila nama peserta dalam ARA tu appear kat screen, dia akan tulis skali, apa relationship dorang ngn partner dorang, and pekerjaan dorang skali kan.

Yang aku igt, Ida Nerina dorang tulis actress, tp korang perasan x kat partner die dorang tulis apa?

Yup. Sila gabung cerita 1 dalam cerita 3 ni.

Dorang tulis pekerjaan dia sebagai Heiress.

And I was like, Hello????????????? Adakah itu korang kira sebagai satu profession?

Please la akak. Kalau mcm tu, aku pon boleh guna pekerjaan sebagai daughter? Hahaha. Tho bunyi sungguh miskin (aku nk buat mcm mana, mak bapak aku bukan ada harta juta2 T__T).

Seriously, adakah akak sebenarnye unemployed, tp sbb akak adalah pewaris mana2 empayar yang gah, jadi akak modify pekerjaan akan dari unemployed (kerja duduk rumah mengabiskan beras/ habiskan duit mak bapak dgn apply Platinum Credit Card, sbb bukan dia yang bayar pon) kepada heiress?

Ok, now I do sound jealous kan? (Kalau mengikut cerita 2, aku x jeles la sebenarnya. X TIPU!!!!)

Aku cuma rasa pelik napa orang nk guna "heiress" sebagai pekerjaa. Bajet Paris "I'm Hot" Hilton eh?

p/s: Tertekan sbb punyalah susah blajar, tp hidup ttp hampeh bila dah kerja nnt T___T.


Read more...

Minta Maaf


Minta maaf kepada blog sendiri kerana sudah lama x update.

Bukan aku lupakan kau la cik , tp aku x sangka pulak masuk 5th year ni, aku akan jadi sesibuk semut2 mencari gula di dapur rumah aku, ataupun ayam yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Sila salahkan juga internet UMS yang dah down beberapa hari yang menyebabkan aku stress gila.

Dah la kelas sampai malam, nak online pulak x boleh. Macam mana aku nak baca medical journal ni? (Eh, alasan plak. X pernah2 pon baca journal rasanya. Haha. Mcm lg rindu kt Facebook kot? hehe).

Kemudian orang akan tanya, apsal x beli broadband je? Kan senang, boleh online spnjg masa. Bukan xnak, aku xde duit la. Plus kalo ade duit pon, aku kedekut? Hahahaha. Cis. Abah, plissss~ belikan la Amy benda tu seketul. Kita bayar half-half pon ok. T__T (kirim salam jela jawabnya. Dah la xkan balik sampai tahun depan dah. Konon2nya nak study dengan hebatnya, sampai xnak balik rumah eh?)

Ok, aku nk berhenti membebel. Sambung kt post baru.

p/s: i miss u =)


Read more...

Thriller/ Horror vs Romance

>> Tuesday, August 18, 2009


Situasi Satu

Seorang rakan datang ke bilik dan tanya aku, ade movies x. So I was gladly offering her my external hard drive yang mmg mcm penuh dgn movies saja (hahaha. wtf).

Later, she started browsing my collections, and then she said something like this to me:

Wei, ko ni saiko ke apa? Sume movie yang ko ada, kalo x kerat orang, mesti bakar orang la, makan usus baby la, potong orang jadi dua hidup2 la.

Aku: Hanya mampu gelak. Seriesly, aku mmg suka tgk movies genre seram dan ganas. Rasa seronok? WtF.

Aku sebenarnye mmg dah lama orang kenal dgn minah yg suka promote kt orang movie yg saiko dan thriller gila, yang bila org tgk sume tutup mata, tiba2 aku jd high tgh bila nmpk orang ptong2 orang. =P

Jadi sejak aritu tu, orang ckp aku saiko. LOL

Situasi Dua

Aku sedang duduk di dalam pantry perempuan dan sedang menyiapkan slide presentations sorang2 dengan senyapnya (cehehehehe).

Tiba2, ade dua orang kawan tgh bersembang tentang cerita The Proposal.

A: Wei J, ko dah tgk ke cerita tu? Orang ckp best, tp aku rasa biasa saja.

J: Belum la. Xde masa.

Tiba-tiba x pasal2 aku menyampuk:

Eh, cerita tu. Sweet gila... (sila bygkan muka perempuan bermisai ckp mcm ni. LOL)

Dan dengan tidak semena2, kecoh la plak kawan2 yang lain, cakap aku jiwang sbb suka tgk cerita romance.

Eh2. Tak WTF ke korang rasa?

Aku tgk cerita thriller/horror korang ckp aku saiko, aku ckp cerita romantik sweet, korang ckp aku jiwang. Jadi apa yang aku boleh tgk dan korang xkan cakap apa2?

National Geographic?

Animal Planet?

Akademi Fantasia? (hahahaha, seriously, tlg la hentikan program ni)

Woho!

Bila aku tanya mcm tu balik, xde sapa pon dpt jawab. Diorang cuma mampu ckp, aku ni extreme.

WTF. Haha. Sekian.

p/s: Masih belum mencuba sukan extreme. Korang bajet aku buat x?


Read more...

The Chipmunk Voice

>> Saturday, August 15, 2009


Cerita Satu

Sejak2 tengok cerita kegilaan remaja/ wanita muda Twilight (tapi aku x rasa pape pon weh, sunyi sgt la crita tu), aku jadi minat dengan salah satu OST dia dalam tu.

Supermassive Blackhole by Muse.

Tapi aku jadi hairan lah, kenapa suara penyanyi die (Matthew Ballemy ke? Aku cek wiki je ni. Haha) mesti jadi mcm chipmunk masa nyanyi lagu tu?

Aku pon xnak la ckp apa lebih2, tp bukan satu lagu ni je suara penyanyinya jadi chipmunk.

Katy Perry, si perempuan cantik (yg hot!) tu pon, lagu dia byk yg men-chipmunk-kan suara.

Sampaikan aku nak menyanyi dalam kereta masa nak pergi kelas pon, suara aku sekali kene jadi chipmunk, sebab kalo guna suara aku yg penuh androgen ni, sah la bunyinya jadi macam si Giant dalam cerita Doraemon tu.

* * * * *

Cerita Dua

Satu hari, kami ramai2 melepak di bilik Essenen (bukan nama sebenar) beramai2. Waktu itu, di bilik die sedang pasang tv, dan entah macam mana, keluar si Misha Omar tgh menyanyi.

"Sedapnya suara Misha. Aku rasa orang Kelantan semua suara sedap la--> merujuk pada si Misha ni la. Aishah dan Nora pon asal Kelantan kan? Suara diorang pon sedap", kata Essenen.

Lupa nak bgtau, Essenen ni mmg orangnya suka buat conclusion based on apa yang dia nampak. Contohnye, kalau ade orang negeri tertentu die nampak cantik, dia akan buat kesimpulan suma orang asal negeri tu cantik2 belaka (apa daaaa).

Nak dijadikan cerita, adalah kawan kami seorang namanya Ibo juga asal dari Kelantan. Tapi masa tu, Ibo masih belum datang.

Essenen pun cakap la mcm ni: Ibo mesti suara sedap jugak kan? Kan? Kan?

Aku dan Nija dan tergelak2 smpai guling2 atas lantai sebab kami dah tau la kualiti suara si Ibo tu macam mana. Dengar mau berdarah telinga la jugak T__T

Jadi kami pon x ikut si Essenen tu buat kesimpulan bersama, sebab kami lagi syok layan Melodi time tu.

Tak lama lepas tu, si Ibo datang naik ke bilik Essenen. Terus si Essenen tu bermuka ceria dan bgtau teori dia kat Ibo. Si Ibo yang mmg seorang yg lawak (bagi kitorg la dia lawak, tp die x rasa die lawak pon) pon angguk2 tanda setuju yang suara die (selaku orang Kelantan sedap).

Cis! X boleh jadi ni. Mana ada suara Ibo sedap! Jadi aku pon paksa si Ibo menyanyi.

Aku: Kalau betul suara ko sedap, nyanyi ah satu lagu sekarang.

Maka si Ibo yang bajet suaranya sedap pon menyanyi.

(aku xde la video or rakaman die nyanyi tu, tapi korang leh bayangkan si bawang putih cerita hitam putih tu tgh menyanyi dengan suara yang teramat x sedap sambil berkemban dan hayun buai)

Muka si Essenen terus berubah, dan die terus tarik balik statement/ conclusion dia tadi. Sampai sekarang, dia dah x berani buat conclusion pandai2. Hahahaha

p/s: Trauma dengar suara sendiri masa sakit tekak. Macam pondan~

Read more...

The Ugly Duckling

>> Thursday, August 13, 2009


Aku x tahu la kenapa, tapi lately, aku cpt gila high tgh orang2 huduh....

Adakah ini petanda aku patut makan anti-psychotic?

Atau aku delusional? (masa baru2 high ni aku x tau lg aku delusional...)

Sampailah 2 hari lepas, aku tgh duduk dalam pantry selepas kepenatan mengejar signatures utk logbook, dan aku ternampak kad pas hospital yang selama ni aku pakai.

Mak aih, mcm bulldog!

Adakah ini aku 2 tahun lepas?

Kenapa begitu?

Patutkah aku high dengan diri sendiri sekarang?


Sengaja tidak rotate gambar yg huduh ini.
Kasi trivia sikit.
Haha



Dan ini adalah wajah stress seekor alien selepas kepenatan balik dari kelas
dan menanti rakan2nya keluar dari kedai bubble tea...

p/s: I am an ugly duckling...

Read more...

Because I Love You Both...

>> Tuesday, July 14, 2009

Semalam aku tgk finale Prison Break kt 8TV. Biasalah, time cuti xde sumber cerita bersiri sume ni, jadi terpaksa tgk di tv saja.

Kemudian, last skali kan ade yg Sara n Linc tgk video yg Scofield buat untuk dorg kan? Dia cakap, selama ni, die x pernah ckp terus terang pon perasaan die kt dorg. Asek guna kod la. origami la...kemudian dia ckp mcm ni " I love you both very very much..".

Ok, itu intro entry aku kali ini. Memang selama ni orang ckp, express ur feelings and you will feel much better. Ini mengingatkan aku pada benda yang pernah jadi kat aku.

Tahun 2004, masa tu aku kt matriks. Sepanjang 17 tahun aku hidup masa tu, aku x pernah ckp aku sayang kat mak bapak aku pun. Satu hari, entah apsal, aku pergi hantar msg gudnite kat mak aku yang berbunyi mcm ni... " Gudnite. I love u n Abah so much". (ok, geli. sila muntah. aku yg taip pon tgh geli anak tekak).

Mak aku hanya reply ok. Minggu kemudiannye, aku baik rumah (rumah dekat saja dengan matriks).

Entah time tu tgh borak pasal apa tah (dalam kereta nk pergi mana tah), mak aku dok sebut2 psl sms yg aku hantar tu dengan nada perli...

"Aih, ada org tu dok hantar sms bersayang2, tp bila balik rumah, x reti nak tunjuk perasaan kasih sayang tu pon. Asyik nak lawan cakap saja...".

Ok, aku mengaku, masa aku muda (bajet sekarang tua sangat la), aku mmg suka gila lawan cakap mak aku. Kiranya, asek nk berselisih pendapat la. Tapi, lepas mak aku ckp mcm tu, aku mmg dah kurg la lawan ckp mak aku. (Kalo dulu main hempas2 pintu lg!).

Tapi sebab aku malu dengan SMS yg aku hantar tu, smpi skrg aku x pernah ckp dah aku syg mak bapak aku. Haha.

Sebab aku xnak kena perli lagi dah. Malu ooooooooooo....(buat gaya Tarzan)

p/s: Nak pergi salam raya pon segan. Bila dengar org lain nangis2 masa salam raya, korg buat aku berfikir. Aku yang x betul ke, korang yg emo lebih?

Read more...

Definition Of?

>> Friday, July 03, 2009

I am currently watching The Duke.

They are discussing about the definition of a real man.

What makes a man, a man?

Whats yours?

Read more...

Penat

>> Wednesday, July 01, 2009


Sudah 2 hari aku pergi kelas menjahit. Mula pagi, balik dah dekat2 tengah hari.

Kemudian bila balik, nak kemas2 rumah la, sampu sampah la, sidai baju la...

Rasa penat gila.

Tu x masuk lagi dengan nak main PS2, merapu, tengok tv, surf internet....

I wonder how working women manage their life. Tambah2 kalo dapat laki hampeh balik rumah tau nak tidur saja. X pon, asyik2 nak keluar ngn kwn2 tgk bola. (Oh ya, laki mcm ni mmg x guna. Kirim salam. Pergi mampus). Sikit pon x nak tolong.

Eh, aku emo macam dah kawen plak. Wahahahaha

p/s: Yeah, lepas kerja mari ambil Indon jadi orang gaji!

Read more...

Hari Ini Saya Happy!

>> Tuesday, June 30, 2009

Dalam hidup ini kita perlukan reason untuk happy sebab hanya orang gila saja yang boleh senyum tanpa ada sebab sepanjang hari. Oleh itu, kenapa saya happy hari ini??

1) Pergi blaja menjahit dan x la bodoh sgt rasanya....

2) Eye Toy yang ditunggu sampai

3) Main PS2 sampai 3 jam sampai cramp

Sekian. hahaha(gelak unnecessary)

p/s: Terima kasih kepada "peminjam" Eye Toy.

Read more...

Soalan Lazim Kalau Kamu Seorang Budak Medik...

>> Monday, June 29, 2009

Kalau aku pergi mana-mana, kemudian orang tahu aku amek Medic, apasal orang suka tanya aku soalan ni?

1) Betul ke kena tidur dengan mayat?

2) Betul ke korang bawak balik tengkorak ke bilik?

3) Ha, ni yang buat aku bengang sekali: Ko amek medic, bidang apa? (Tulang? Perbidanan? Kanak-kanak?)

4) Kemudian cakap mcm ni: Oh, patutlah tulisan doktor. Ceh, tulisan aku xde kene mengena dengan bidang yang aku amek. Kalau dah huduh tu, huduh jugak la..

5) Kemudian, nampak aku pakai spek. Pastu cakap, patut la rabun, amek medic. As in rajin belajar? LOL. Banyak lagi reason untuk jadi rabun. Seperti aku, rabun dengan terlalu banyak mengadap laptop? Kurang tidur? X suka makan carrot?

p/s: Malas sungguh aku nak jawab T__T. Kadang-kadang rasa mcm nak rakam/tulis, kemudian bila orang tanya, play/tunjuk je balik fakta2 berikut. Haha (gelak unnecessary)

p/s: Ini post aku yang ke-lima untuk hari ini. Macam ada mania pulak menulis banyak2 hari ni. Haha. Salahkan posmen!! Barang aku tunggu x sampai2 lagi.

Read more...

Jealous

Sedar tak sedar (atau aku saja buat2 x sedar?), ramai gila dah kawan aku start kerja.

Apa nak diexpect, kalau sume orang pon dah grad, tinggallah aku dan rakan-rakan seangkatan yang kerepot menghabiskan zaman muda remaja kami dengan belajar.

Ah, jeles.

Sebab2 utama aku jeles:

  1. Diorang dah xde tanggungjawab nak belajar. Malas gila!
  2. Diorang dah ade gaji! (Ni patut naik number satu sebenarnye)
  3. Lagi glemer keja dari blaja. Especially umur2 mcm ni. Ni apa kes tua2 masih di bangku persekolahan?
Tapi, mak aku cakap, tak baik dengki dengan rezeki orang. Baik Mak!

Tapi tahun depan Amy start kerja, jgn pow Amy byk sgt ye. Kahkahkah (gelak apakah ini?)

p/s: Ade ke patut ade orang tanya aku mcm ni: "Kamu amek medic tu, degree ke diploma?". Ah. Ko datang dari planet mana?

p/s: Aku ingat orang yang dah kerja, jumpa kawan yang masih belajar, ringan wallet nk belanja. Tapi, aphal kawan aku sume kedekut je? Mintak duit raya pon x bagi! CIS!


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP