The Chipmunk Voice

>> Saturday, August 15, 2009


Cerita Satu

Sejak2 tengok cerita kegilaan remaja/ wanita muda Twilight (tapi aku x rasa pape pon weh, sunyi sgt la crita tu), aku jadi minat dengan salah satu OST dia dalam tu.

Supermassive Blackhole by Muse.

Tapi aku jadi hairan lah, kenapa suara penyanyi die (Matthew Ballemy ke? Aku cek wiki je ni. Haha) mesti jadi mcm chipmunk masa nyanyi lagu tu?

Aku pon xnak la ckp apa lebih2, tp bukan satu lagu ni je suara penyanyinya jadi chipmunk.

Katy Perry, si perempuan cantik (yg hot!) tu pon, lagu dia byk yg men-chipmunk-kan suara.

Sampaikan aku nak menyanyi dalam kereta masa nak pergi kelas pon, suara aku sekali kene jadi chipmunk, sebab kalo guna suara aku yg penuh androgen ni, sah la bunyinya jadi macam si Giant dalam cerita Doraemon tu.

* * * * *

Cerita Dua

Satu hari, kami ramai2 melepak di bilik Essenen (bukan nama sebenar) beramai2. Waktu itu, di bilik die sedang pasang tv, dan entah macam mana, keluar si Misha Omar tgh menyanyi.

"Sedapnya suara Misha. Aku rasa orang Kelantan semua suara sedap la--> merujuk pada si Misha ni la. Aishah dan Nora pon asal Kelantan kan? Suara diorang pon sedap", kata Essenen.

Lupa nak bgtau, Essenen ni mmg orangnya suka buat conclusion based on apa yang dia nampak. Contohnye, kalau ade orang negeri tertentu die nampak cantik, dia akan buat kesimpulan suma orang asal negeri tu cantik2 belaka (apa daaaa).

Nak dijadikan cerita, adalah kawan kami seorang namanya Ibo juga asal dari Kelantan. Tapi masa tu, Ibo masih belum datang.

Essenen pun cakap la mcm ni: Ibo mesti suara sedap jugak kan? Kan? Kan?

Aku dan Nija dan tergelak2 smpai guling2 atas lantai sebab kami dah tau la kualiti suara si Ibo tu macam mana. Dengar mau berdarah telinga la jugak T__T

Jadi kami pon x ikut si Essenen tu buat kesimpulan bersama, sebab kami lagi syok layan Melodi time tu.

Tak lama lepas tu, si Ibo datang naik ke bilik Essenen. Terus si Essenen tu bermuka ceria dan bgtau teori dia kat Ibo. Si Ibo yang mmg seorang yg lawak (bagi kitorg la dia lawak, tp die x rasa die lawak pon) pon angguk2 tanda setuju yang suara die (selaku orang Kelantan sedap).

Cis! X boleh jadi ni. Mana ada suara Ibo sedap! Jadi aku pon paksa si Ibo menyanyi.

Aku: Kalau betul suara ko sedap, nyanyi ah satu lagu sekarang.

Maka si Ibo yang bajet suaranya sedap pon menyanyi.

(aku xde la video or rakaman die nyanyi tu, tapi korang leh bayangkan si bawang putih cerita hitam putih tu tgh menyanyi dengan suara yang teramat x sedap sambil berkemban dan hayun buai)

Muka si Essenen terus berubah, dan die terus tarik balik statement/ conclusion dia tadi. Sampai sekarang, dia dah x berani buat conclusion pandai2. Hahahaha

p/s: Trauma dengar suara sendiri masa sakit tekak. Macam pondan~

3 Maki Hamun!:

Sop August 15, 2009 at 9:00 PM  

ah, falsetto - sounds that are made when someone grips your scrotum like a vice.

but if there's no scrotum, then what or where to grip?

Amermeftah August 15, 2009 at 11:04 PM  

breast?

neo August 16, 2009 at 2:43 AM  

Please jgn insult muse.

Plus, ko baru layan twilight, mungkin nnti ko nk kutuk papercut lak pasal nnti new moon, papercut lak jadi soundtrack.

Baik ko dgr dl awal2 dan nilai dalam2.




(moody sket pasal konsert amy search x cukup rawks td)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP