Hye Cik Abang~

>> Tuesday, August 11, 2009

Kelas tamat pada pukul 6 ptg semalam. Penat gila!

Jadi kami pon decided untuk pergi makan di Sadong sebab Nija berpuasa dan masih belum makan, dan perut masing2 sudah berbunyi (sila insert bunyi perut berbunyi bila lapar di sini).

Bila sampai di sana, aku dan Nija pesan nasi lemak + telur mata dan kami kongsi air avocado susu gelas besar yang mmg sgt besar. Pika pulak tekad berdiet dan hanya makan burger (wtf diet makan burger? LOL).

Kemudian bila dah siap makan semua, air tu masih ade 1/3 gelas (series banyak gila), dan since air tu sedap + xnak membazir, kami pun decide nak tapau jelah air tu. Kot2 tercekik dalam kereta japgi. LOL

Jadi aku pon panggil pekerja kedai tu, nk suruh die bungkuskan air.

Pakcik!

Panggilan aku dilayan sepi.

Adik!

(insert bunyi cengkerik di sini)

Encik!

(masih tiada reply)

Abang!

Dan serta merta, bro tu pusing dan tgk aku, dan tanya nak apa dengan comelnya (ok, ni aku tambah2 je), dan mntk maaf before this die x pusing sbb x dgr. Aik, kalo x dgr cmne boleh tau orang pangil2 die? Woho!

Gatal punya mamat.

p/s: Please la jgn ajak aku makan sana tiap2 malam. Bila nak hilang 75kg mcm ni?

6 Maki Hamun!:

Jamil August 11, 2009 at 11:07 AM  

woh, aku nak gak air avocado susu gelas besar!!!

Muhammad Warouq bin Qamar August 11, 2009 at 12:21 PM  

ahahaha..ko kene try panggil dia lembut2 dgn sedikit gaya menggoda baru dia cepat2 pandang. mcmni:

"abaaaang~~~uweeeeeiii~~~~"

haha..bakemal,pinjam uwei..

Amermeftah August 11, 2009 at 4:20 PM  

1. busuklah waruk, kalo mamat tu aku, dah maki dah, apa korang ingat aku babi?!

2. ada dua bunyi yg korang boleh insert selain bunyi cengkerik, bunyi angin bertiup ngan bunyi burung berkicau

3. mamat tu sedar diri, dia tau dia taklah tua sangat atau muda sangat, mcm kes aku yg anggap aku adalah abang untuk semua jr, maka bila jr panggil aku senior! senior! manalah aku nak berpaling, aku dgr sss...! sss...! ingat korang dok cakap apa?

Aisyah August 11, 2009 at 9:12 PM  

hahahah. patutnya kena teruskan lagi aa. jangan panggil abang lg. Try panggil..

"Kuda!!"
"Ikan!!"
"Ayam!!"
"Kambeng!!"

bujang sudin August 12, 2009 at 6:15 AM  

mungkin abang tu mahu jaga maruah sendiri.
dulu2 zaman sekolah junior pompuan panggil atuk, pakcik, uncle mahupun orang tua, suma dia pandang T____T jadi dia insaf apa salahnya?

maskedfacies August 13, 2009 at 8:25 PM  

Jamil: nothing beats avocado! yeay

Waruk: Cukur bulu2 dulu baru boleh geli ok!

Akmal: SSSS...SSSS...SSSSS

ala, die mcm tau ah uweiii tu apa dowh.

Isya: xleh ah isya, satgi die dtg bwk bertalam2 lauk yg kamu ckp tu, sapa nk makan. Aku tgh diet ni. lol

Bujang Sudin: satay perut satu! (xtahu la nk reply apa)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP