Lagi Lagi Raya

>> Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya =)

Afifah Najwa "Mali" di Hari Raya yang seronok sakan bila dimekap

Oh, kejap2, die pakai tudung. X match langsung dengan kaler baju ok!

Aku yang cuba melawan adat.
Orang raya pakai baju kurung, aku plak pakai baju Krismas.
Hehehe
Oh, yang berbaju kurung tu sepupu2 aku.
Abah bersama kereta baru dan Afifah Najwa.

Meh2, Kak Amy dukung pastu ltk lagi gmbr pelik2 kt internet.
Hahahaha

p/s: Apsal raya bila dah besar2 boring ah?

Read more...

"Besar Kemaluan": Ini Bukan Entry Lucah =P

Tingkatan 3, Tahun 2001.

Bulan berapa x igt ah. Yang pasti sebelum periksa PMR la

Aku pergi kelas tambahan/tuisyen Maths (yes, sbb aku mmg lembab? Hahaha) dengan seorang technician JKR.

Nama die Atong. Though die bukanlah seorang cikgu, or pegang ijazah Matematik (rasanye xde ijazah pon kot), tp series, die mmg terer gila babi ajar Maths.

N tuisyen die mmg murah, 10ringgit sebulan, kelas die buat paling kurang 4x seminggu, kalo rasa nk buat lebih, die buat. Mmg nampak sgt seorang yang ikhlas.

Maka x hairanlah beratus2 orang pergi kelas die, and seriously, sapa yg x skor Maths kalo pergi kelas die, balik gantung diri la. Haha. Macam tulah nak ckp die punya bagusnye mengajar.

Ok, ceritanya begini, satu hari di dalam kelas tu, die bagi satu soalan Maths. Pastu aku xtau apsal haritu, mcm ramai gila x dpt jwb soalan die yang tu. Padahal senang je kot.

By the way, aku rasa aku btol kot soalan tu (hahahaha, sempat lagi masuk bakul angkat seniri =P).

So sebab ramai sgt yang x dpt jawab soalan yang senang mcm tu, Atong pon ckp mcm ni:

Soalan gini punya senang pon U all x bleh jawab. Buat besar kemaluan je wei!

Hahahahaha.

Sampai sekarang aku igt gila babi term tu. Jadi lepas ni, kalo korang nk menunjukkan yang korang/ or orang lain malu sgt2, mungkin term "besar kemaluan" tu boleh digunakan.

Tapi awas, depan makcik2 or bakal mak mertua jgn buat. Sah2 kene rejek. Haha

p/s: Aih, nak pegi jogging hujan la plak. =(

Read more...

Kisah Anak Patah Di Hari Raya

>> Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Ke-Dua

Aku sedang sapu sampah dalam bilik mak aku. Mak sedang baring2 atas katil sambil tgk tv.

Tiba- tiba mak aku bergolek2 ke kiri dan kanan dengan peliknya.

Aku pon tanya la : Nape mak?

Mak pon jawab: Rasa nak beranak la...

Aku: (dlm hati) Eh, bila plak mak aku mengandung ni?

Mak mungkin perasan muka aku jadi pelik bila die cakap die nak beranak. Jadi mak pon menerangkan situasi sebenar.

Mak: Ni, mak nak beranak anak patah, byk sgt makan raya semalam.

Cet, nak berak rupanya.

Korang tau x apsal nama die anak patah?

Sebabnye, kalo byk sgt makan, dan lama gila x membuang, nnt taik yang diberakkan tu panjang gila babi, sampai patah siap. Hahahaha.

Tapi kalo nak anak yg dilahirkan comel2 sume, makanlah julap 4 bijik, mcm yang aku buat 4 hari lepas. Sume mende kene bersihkan dah. LOL

P/s: rindu sial kt kt rendang ayam. T_______T

Read more...

Pregnancy: Physiology vs Pathology?

>> Wednesday, September 23, 2009

Posting pertama Final Year sudah tamat.

Begitu juga dengan Ramadhan.

Dan Raya, walaupon aku hanya sempat sambut 2 hari pertama je kt rumah sbb raya ke-3 dah kene balik KK.

Sekarang sudah masuk posting OnG. Bagi mereka yang xtau tu apa, tu posting perbidanan dan sakit puan.

Aku nak mengaku ah, walopon aku ni nama je kt dlm ic perempuan, and appearance ada la skit2 mcm perempuan, tho ade misai skit2, and kadang2 org konfius aku ni laki ke ppn, tp aku tetap x suka OnG.

Rimas siot mengadap benda pelik2, x masuk lagi darah, taik dan amniotic fluid yang rasanya mcm telur rebus? Haha

Dan x thn jugak tgk perempuan2 yang sakit nak beranak. Rasa ngilu seniri. Hahahahahahaha

Jadi kepada mereka yang masih mempunyai ibu/mak, bini adik beradik perempuan, hargailah mereka, sebab susah sial aku tgk org beranak.

Tu x masuk lg kena marah dengan staff nurse lagi kalo x reti teran/push.

Mesti ayat ni kuar kan slalu:

" Masa buat anak x reti sakit, time nk beranak dok meraung2 sakit".

Tolonglah wei! Apa kes ckp cmtu. Xde ethic sial.

Ok, aku dah kene masuk lecture. Disease in pregnancy. Damn!

p/s: And i thought the pregnancy itself is a disease? LOL

Read more...

Kena Tindih

>> Sunday, September 06, 2009


Pernah dengar term "kena tindih" x? Ala, kalo korang sekolah asrama, mesti ade kawan2 korang cerita, semalam diorang kena benda tu time tidur.

Aku rasa, semalam buat pertama kali dalam hidup, aku rasa aku kena benda tu la. Tapi mcm mana? Bukan ke hantu setan sume kene ikat bulan2 posa ni? Apa ni?

Ok, meh aku crita sikit mcm mn benda tu jadi, sbb die jadi dgn sgt cepat, dan aku lega gila aku dpt keluar dari situasi tu dgn cepat gk. Alhamdulillah.

2.10am- Aku decide nak tidur. Sbb aku xnak esok aku lembik n x dpt nak study (Isnin, Selasa, Rabu aku exam)

2.12- Aku naik atas katil, once aku landing je, aku trus pejamkan mata. Silap aku jugak la, sapa suruh x baca doa ke apa

2.XX- Aku rasa, dua tiga minit lepas aku pejam mata, aku terus tertidur kot, sbb penat gila semalam. Aku start mimpi.

Aku mimpi aku ade anak perempuan. Dan budak tu ada asthma. Dalam mimpi tu, anak aku amek gambar satu album, dan mesti ada bayang2 perempuan berbaju hitam dalam setiap gambar die. Dan die tgh flip gambar2 die, tunjuk dekat aku...

Aku tahu itu benda x elok, jadi dlm mimpi tu, aku baca doa apa tah, utk hilangkan bayang2 perempuan tu dalam every gambar anak perempuan aku.

Aku berjaya, tapi anak perempuan aku muncul dengan satu lagi album gambar yg menunjukkan betapa susahnya die nak berpisah 'jiwa' dengan perempuan tu. Setiap gambar die mesti tunjuk sama ada die menjerit, gambar tu tinggal separuh badan die saja, or mcm ade angin kencang yang datang dari tingkap bilik (series ni).

Aku berjaya hilangkan gambar bayang perempuan tu (dalam mimpi tu, aku sebut nama Allah kuat2 beberapa kali), tapi susah gila....

.....dan end up dengan aku tiba2 terjaga, dan aku sesak nafas, dan aku rasa dada aku berat gila, aku x dapat nak bercakap, dan x dapat gerak, even x dapat nak bernafas pon!--> This is no longer a dream! I was really awake.

Satu2 benda yang aku fikir time tu, nak sebut Allah saja. And trust me, I tried very hard. Beberapa kali aku cuba jerit sebut Allah, tapi mulut aku macam terkunci, dan x dapat bersuara. Aku try ada la beberapa kali, dan bila x dpt jugak lagi, aku memang berdoa kuat agar aku dapat keluar dari situasi tu.

Aku cuba baca ayat Kursi kuat2. Percubaan kedua, aku dapat baca dengan kuat! Alhamdulillah!

Once elok je aku dapat bangun dan bercakap, aku panggil rumate aku dan cakap, mcm aku baru lepas 'kena tindih' .

Pastu die cakap, patut lah die dengar ade bunyi orang bisik2/ hissing dengan sangat sgt kuat dan lama, tapi die takut nak cek dan die abaikan dan anggap je tu earphone die yang rosak.

Kemudian, aku amek Quran, dan letak sebelah aku semalam. Dan aku jugak baca ayat Kursi tatau la berapa kali, sampai aku tertidur.

How was that incident possible? Oh gila~

p/s: Aku harap benda tu x jadi lg dekat aku. Takut gila, dan lebih takut kalau aku x dpt keluar dari situasi tu! Tapi syukur Alhamdulillah gila....kalaulah aku x dpt bangun terus... T__T


Read more...

Aging

This is my latest picture, taken last week (relatively to the posting date).

We were having Majlis buka puasa at One Borneo's Old Town (yang aku x tau ah apsal aritu servis die x bagus gila. Boo!)

I was accessorizing a friend's ciplak Ray Ban (harga 15 ringgit kan Jak? Haha)


Then, while I was revising lecture notes on Liver disease, I suddenly came across at an old picture of mine, taken around 2 years ago, when I was doing my Surgical Junior Posting.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Tada!


Macam kanak2 kan?

Kan?

p/s: And now I miss that childish face of mine, and quickly running to apply some eye and anti-aging cream. Darn u aging!

Read more...

Tak Pandai Tapi Nak Jugak Buat

>> Saturday, September 05, 2009


Gaya yang bukan main lagi.
Terangkat kaki lagi tu.
Haha


Dua benda yang aku tau aku x pandai, tapi aku tetap buat:

1. Pergi exam: sbb dah namanya exam, kalo x pergi fail lah pulak. Kalo fail, apa nak buat? Jadi x kisah la ilmu cukup di dada atau x, aku akan tetap pergi exam (iaitu Medicine, 7,8,9 September ni T__T).

2. Main boling. Paling memalukan pon, masuk longkang je kan? Aku xde la plak ade history jatuh kt lane ke apa. Untung2 hayun, dpt strike. Xpon, spare kan?

p/s: Susah siot main tgn kiri, aphal bola sume melencong ah?

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP