Kena Tindih

>> Sunday, September 06, 2009


Pernah dengar term "kena tindih" x? Ala, kalo korang sekolah asrama, mesti ade kawan2 korang cerita, semalam diorang kena benda tu time tidur.

Aku rasa, semalam buat pertama kali dalam hidup, aku rasa aku kena benda tu la. Tapi mcm mana? Bukan ke hantu setan sume kene ikat bulan2 posa ni? Apa ni?

Ok, meh aku crita sikit mcm mn benda tu jadi, sbb die jadi dgn sgt cepat, dan aku lega gila aku dpt keluar dari situasi tu dgn cepat gk. Alhamdulillah.

2.10am- Aku decide nak tidur. Sbb aku xnak esok aku lembik n x dpt nak study (Isnin, Selasa, Rabu aku exam)

2.12- Aku naik atas katil, once aku landing je, aku trus pejamkan mata. Silap aku jugak la, sapa suruh x baca doa ke apa

2.XX- Aku rasa, dua tiga minit lepas aku pejam mata, aku terus tertidur kot, sbb penat gila semalam. Aku start mimpi.

Aku mimpi aku ade anak perempuan. Dan budak tu ada asthma. Dalam mimpi tu, anak aku amek gambar satu album, dan mesti ada bayang2 perempuan berbaju hitam dalam setiap gambar die. Dan die tgh flip gambar2 die, tunjuk dekat aku...

Aku tahu itu benda x elok, jadi dlm mimpi tu, aku baca doa apa tah, utk hilangkan bayang2 perempuan tu dalam every gambar anak perempuan aku.

Aku berjaya, tapi anak perempuan aku muncul dengan satu lagi album gambar yg menunjukkan betapa susahnya die nak berpisah 'jiwa' dengan perempuan tu. Setiap gambar die mesti tunjuk sama ada die menjerit, gambar tu tinggal separuh badan die saja, or mcm ade angin kencang yang datang dari tingkap bilik (series ni).

Aku berjaya hilangkan gambar bayang perempuan tu (dalam mimpi tu, aku sebut nama Allah kuat2 beberapa kali), tapi susah gila....

.....dan end up dengan aku tiba2 terjaga, dan aku sesak nafas, dan aku rasa dada aku berat gila, aku x dapat nak bercakap, dan x dapat gerak, even x dapat nak bernafas pon!--> This is no longer a dream! I was really awake.

Satu2 benda yang aku fikir time tu, nak sebut Allah saja. And trust me, I tried very hard. Beberapa kali aku cuba jerit sebut Allah, tapi mulut aku macam terkunci, dan x dapat bersuara. Aku try ada la beberapa kali, dan bila x dpt jugak lagi, aku memang berdoa kuat agar aku dapat keluar dari situasi tu.

Aku cuba baca ayat Kursi kuat2. Percubaan kedua, aku dapat baca dengan kuat! Alhamdulillah!

Once elok je aku dapat bangun dan bercakap, aku panggil rumate aku dan cakap, mcm aku baru lepas 'kena tindih' .

Pastu die cakap, patut lah die dengar ade bunyi orang bisik2/ hissing dengan sangat sgt kuat dan lama, tapi die takut nak cek dan die abaikan dan anggap je tu earphone die yang rosak.

Kemudian, aku amek Quran, dan letak sebelah aku semalam. Dan aku jugak baca ayat Kursi tatau la berapa kali, sampai aku tertidur.

How was that incident possible? Oh gila~

p/s: Aku harap benda tu x jadi lg dekat aku. Takut gila, dan lebih takut kalau aku x dpt keluar dari situasi tu! Tapi syukur Alhamdulillah gila....kalaulah aku x dpt bangun terus... T__T


11 Maki Hamun!:

Huda September 6, 2009 at 9:14 AM  

mase skolah dulu slalu kena tindih.. org kate sbb makhluk lain. ade jugak kate sbb penat sgt.. huhu

tp, penah dgr x pasal sleep paralyse? try search kt google..

maskedfacies September 6, 2009 at 9:21 AM  

Saya dah google...

In the Muslim culture of South Asia (Pakistani, Bangladeshi, Indian Muslims), sleep paralysis is considered an encounter with evil jinns and demons. It is also assumed that it is caused by the black magic performed by enemies and jealous persons. Spells and Curses could also result in a ghoul haunting a person. Some homes and locations are also alleged to be haunted by these satanic beings.

maksudnye, benda yang sama la.

satu lg, sleep paralysis ni, hanya jadi bila dah masuk REM sleep (based on medical knowloedge saya, REM sleep hanya jadi beberapa jam lepas kita start tidur).

Tapi saya baru tidur beberapa minit. Mmg saya tgk jam before and after tidur tu...

But thanx ok , Selamat Menyambut Ramadhan =)

neo September 6, 2009 at 10:36 AM  

Bagi aku, tu ada kaitan badan ko la. kau lemah sgt mcm org ketar lutut lepas tgk filem korek2 biji mata.

Apa pn, alhamdulillah ko selamat dan masih igt nak baca apa2 yg patut.



pernah main2 hantu ngn dak junior skolah. Dia terjaga, dia baca doa lepas azan utk halau hantu (kitorang)

ihsan incalescence September 6, 2009 at 4:17 PM  

ala mimpi tu kan mainan setan..
tp setan kena tngkap..

weh setan ko tetinggal meinan ko ke haa ??

ala mmg la setan kena tngkap.. tp jin xkena tngkap pon..
lgpon sebaik2 jin kan sejahat2 manusa..
so no wonder la kamo kena himpap..
die suke kamo kot =P

ea n dlm mimpi tu xnmpk ke muke ayah anak kamo tu ???
mane la tau tu hint future husband kamo =P

neo September 6, 2009 at 9:03 PM  

....














Apa ko merepek time bulan puasa ni criestz oiii

Amermeftah September 6, 2009 at 10:58 PM  

mendalah tindih menindih memang dtg dulu dgn mimpi yg tak best, kadang mimpi tu dlm bentuk kau nak kena bunuh, kau nak terkantoi, atau ada bunyi yg annoying gila menganggu kau,

kadang aku penah time kena tindih mata siap terbukak bleh tgk bilik, bleh tgk member2 dlm bilik tp takleh nak bangun, sekali tu penah rasa mcm ada tiga benda cuba nak masuk dlm badan aku,

aku penah terpiker, apa kata kalo aku pasrah je, nak tgk ending camana

tapi kena tindih ni kalo bagi pompuan, ada maksud lain yg tak baik dibualkan di bulan ramadan

jiwa.lalat September 7, 2009 at 10:48 PM  

cuba ko tindih jin tu lak. mesti ko lagi berat.

jack johnson September 9, 2009 at 1:00 AM  

jiwa dgn komen yg bernas2. haha.

kne gk aritu, 1st puasa. 1st time gk seumur idup.

menarik tul.

neo September 9, 2009 at 1:12 AM  

Agak2 r yasin stalk sapik!~


Tapi komen sapik mmg membangkit satu tanda tanya yang penuh misteri. Gud job.

azie September 13, 2009 at 12:16 AM  

eh, apsal mesti ada kaitan dengan baby ek? aku waktu first time kena tindih ni sebab waktu tido nak dekat2 maghrib dekat intec. mimpi ada baby yang scary gila macam setan dok mengendeng2 kat sebelah aku waktu tido tu. wuaaa. kalau teringat memang scary.

saje_menumpang September 15, 2009 at 3:50 AM  

Citer aku:

Satu maghrib tu, aku tertidor sebab letih melayan karenah saudara mara(masa tu kat kampugn n time raya 2thn lps)

Dalam 1-2minit tertido tu tetiba ada rasa benda peuk dari belakang(aku tido mengiring) n benda tu menafas kuat gila kat leher aku..

Aku pun baca ar ayat kursi nak halau benda tu,tapi xbrapa lancar.Last2 dekat2 2-3kali coba,benda tu sound aku "Oi, diam ah" siap gelak2 lagi(suara cam perempuan tapi garau).Aku try gak baca ayat kursi,last2 berjaya gak kluar dari kejadian tu

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP