Showing posts with label Boredom. Show all posts
Showing posts with label Boredom. Show all posts

Mari Langgan Video Panasku

>> Thursday, December 03, 2009


SMS 1: Jikalau anda boleh tahan, nikmati koleksi, Video Peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 ke atas!

Sender: 01X-XXXXXXX

SMS 2: Langgan video-video terhebat milik Sasha PERCUMA! Langgan setiap bulan sekarang!

Sender: 01X-XXXXXXX

Pernah dapat sms-sms yang mcm ni?

Aku rasa dlm sebulan, ada la 3-4 kali kot aku dapat sms yang mcm ni.

Annoying gila babi ok!

Memang la diorang cari pelanggan dengan tekan number phone orang randomly, tapi bila dah tiap2 bulan pon dok dapat sms yg mcm tu, aku rasa mcm dorg dah save number kita2 ni, n bila ade video baru je, dorg guna "Send to many" punya applications je. Senang crita. Bijak gila kan? Kan? Hahahahaha.

Kadang2, aku seriously rasa mcm nak reply je sms tu mcm ni.....

"Bodoh! Ko dah xde kerja ke dok sms aku msg2 mcm ni?".

Tapi, x pernah la plak aku reply, mungkin sbb time aku dpt sms tu, tgh buat kerja yg lagi penting kot...


Tadi rumate aku si Pika ckp die dpt 2 msg yg mcm tu hari ni.

And yang aku x sangka gila ialah die reply msg tu dengan "Bodoh!" sebab time tu die tgh tensen2 clerk kes. Malangnye, x reply la plak org video panas tu. Cuak la tu.Hahahaha

p/s: Eh korg rasa kan, ramai ke ah yang langgan video2 dorg tu? LOL

Read more...

Gadis Jambu Batu Pink

>> Sunday, August 09, 2009

Korang tau x jambu batu yg isi die warna merah tu? Yang bau die wangi, isi die lembut, dan kalau makan, mcm addicted sbb bijik die lembut gila. (x lama lagi aku mmg nk kene appendicitis dah ni).

Tadi aku pesan kt kawan aku mintak belikan 2 kilo jambu tu sebab die pergi tamu pagi tadi. Aku x sangka la 2kg tu sampai berbelas2 biji.

Jadi aku pon start msg kawan2 aras aku suruh datang amek sbb aku takut jambu2 tu buruk (aku bajet aku mkn sikit ah. Pergi mampus! Haha)

Nija adalah salah seorang yang makan jambu tu. Tadi die datang bilik dan start cerita tentang die dan jambu batu tu.

Ceritanya begini, lepas dapat jambu tu, die pon makan la benda tu. Kemudian, bila die gigit, die usya jambu tu, warna pink. Sebelum tu lupa nak bgtau, die tatau yang jambu tu warna pink isi die. Sebab rumate die yg dtg amek jambu tu kt bilik aku.

Jadi die pon mati-mati ingat gusi dia yang berdarah. Terus pergi cek gusi dekat cermin. Cek punya cek, x jugak jumpa, kt mana yang berdarah.

X jumpa kt gusi, die pon cek anak tekak, dan segala benda yang ada dalam mulut. Xde pon berdarah!

Kemudian rumate die, si Marne Itik pon pelik aphal si Nija dok tengok kt cermin lama2.

" Awak buat apa tu Nija?".

Nija pon menjawab:

"Kenapa jambu ni jadi merah. ?"... dengan muka kesian sebab x jumpa pon punca pendarahan di mulut yang menyebabkan warna jambu berubah.

Marne pon menjawab dengan baiknya (kalau aku dah baling bantal kot):

"Nija, jambu tu mmg kaler mcm tu....".

Nija pon termalu sebab mati2 die igt gusi die yg berdarah. Puas la jilat "darah" kt jambu tu bajet nak ilangkan darah tu.

Oh gila!


Read more...

Meet Me: Mrs Scofield

>> Saturday, August 08, 2009


*Aku sedang high ketika entry ini di tulis*

Aku belum bgtau korang kan yang skrg aku tgh syok membina keluarga di The Sims 3.

Terima kasih kepada kelajuan laptop seniri yang boleh dibanggakan =P (add on some RAM people), dan DVD cetak rompak berharga RM10, aku sudah ade 4 orang anak.

Hehe.

Ok, listen to her story.

* * * * * * * *

Hello people. My name is Mrs Scofield =P

And that is my husband, Cyclon3. He is cooking dinner (?)

And that was us, in lovey dovey mode.

And us again, at night.

That is what we call the babymaking session.
Only happens when we have lots of hormones
Hahahahaha

Then I started vomiting. (for unknown causes)

Then I found out that I was pregnant.

That was me, in labor pain. Help people!

And I gave birth to 4 children already
=P
Oh yah, that is my son, AJ.

And my daughter, Sara.
Cute kan?

Sara, when she was a toddler, blowing up the candles.

Sara, when she was sleeping.

Me, post-partum stage.
Kene la exercise, kalo x sure gemuk.

p/s: Oh, the list of pictures could go on. But I think these are enough. =)

Read more...

Clinique Workshop

>> Tuesday, July 28, 2009

I won myself this voucher.
It says here: Clinique Personal Makeup Workshop worth RM100.
So, apa kata kita pergi?
Nama pon free kan?
Maka aku dan rumate aku yg turut menang benda yang sama pon pergi buat appointment.
(Sebenarnya aku menang dua vouchers, satu lg pergi buat facial.
Tapi dah buat kt rumah bulan lepas)


Maka kami pon pergi la dengan muka x malu ke kaunter Clinique di One Borneo.
Google la kalo x tahu tu benda apa.
Dah la kaunter tu tgh2 main atrium.
Gila betul.
Oh ya, di atas adalah Clinique Consultant yang menconteng muka aku pada hari tersebut.


Dan itu adalah Consultant yang bernama Mimi jugak.
Die bertanggungjawab menconteng muka rumate aku.
Tapi rumate aku x suka hasilnya.

Aku?

Aku suka la jugak kot.

Nak tgk?

Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*

*

Err, on second thought, x pyh la kot. LOL

Aku takut korang muntah. =P

Read more...

Siapa Ambil Dia Berdosa

>> Tuesday, July 21, 2009

Zaman kecik2 dulu, korang ade pengalaman ataupun jumpa manusia yang buat mcm ni...

Beli barang (selalunya alat tulis la), kemudian tulis di barang2 dorg tu :

Alif Lam Lam Ha

Siapa ambil berdosa.

Owh, comelnya zaman kanak2. Rasa nk tampar je sorang2.

Read more...

Lemon Cheese Cake

>> Wednesday, July 08, 2009

Lemon Cheese Cake baru lepas dibakar \(*_*)/

Lemon Cheese Cake yang sama.

Korang mesti terfikir, aphal minah ni tiba2 banyak hormon perempuan pulak sekarang. Kejap pergi blajar jahit baju la, ni sekarang, keluar pulak hobi (hobi ke kalo baru bakar sebijik? Haha) buat kek pulak. Haha.

Ini namanya syndrome cuti x tahu nak buat apa. Daripada aku tidur dengan makan je, baiklah aku buat benda2 berfaedah.


Resipi ni dapat dari Ayep (tapi resipi asal bukan lemon pon, aku je pandai2 edit seniri). Korang nak buat, mintak resipi kt dia. Konfem sedap. (Dalam erti kata lain, aku nk ckp kek aku ni sedap.Ngehehehe)

Make sure barang yang diperlukan ada, kalo x jadi, korang salahkan tuan punya resipi. Tapi rasanya kalau aku yang ade estrogen 5% pon boleh buat kek ni, aku rasa yang 100% estrogen mesti boleh bukak kedai kek terus kot. LOL

p/s: Sapa2 nak kek ni? Ada lg sikit dlm fridge.... =P

Read more...

Soalan Lazim Kalau Kamu Seorang Budak Medik...

>> Monday, June 29, 2009

Kalau aku pergi mana-mana, kemudian orang tahu aku amek Medic, apasal orang suka tanya aku soalan ni?

1) Betul ke kena tidur dengan mayat?

2) Betul ke korang bawak balik tengkorak ke bilik?

3) Ha, ni yang buat aku bengang sekali: Ko amek medic, bidang apa? (Tulang? Perbidanan? Kanak-kanak?)

4) Kemudian cakap mcm ni: Oh, patutlah tulisan doktor. Ceh, tulisan aku xde kene mengena dengan bidang yang aku amek. Kalau dah huduh tu, huduh jugak la..

5) Kemudian, nampak aku pakai spek. Pastu cakap, patut la rabun, amek medic. As in rajin belajar? LOL. Banyak lagi reason untuk jadi rabun. Seperti aku, rabun dengan terlalu banyak mengadap laptop? Kurang tidur? X suka makan carrot?

p/s: Malas sungguh aku nak jawab T__T. Kadang-kadang rasa mcm nak rakam/tulis, kemudian bila orang tanya, play/tunjuk je balik fakta2 berikut. Haha (gelak unnecessary)

p/s: Ini post aku yang ke-lima untuk hari ini. Macam ada mania pulak menulis banyak2 hari ni. Haha. Salahkan posmen!! Barang aku tunggu x sampai2 lagi.

Read more...

Apa Yang Korang Buat...

Korang rasa, apa yang korang buat sekarang kalau korang x buat apa yang korang tgh buat sekarang?

Aku: Jual burger depan rumah.

Korang?

Read more...

Gelak Gelik Alam Maya

Mari kita analisa gelak-gelik (gelik tu x wujud pon kot...) yang sering kita gunakan di alam maya...

a)Haha: Gelak paling selalu digunakan secara meluas. Kadang-kadang untuk setiap penyudah ayat. Yang mana, 80% daripadanya, x perlu pon. Contoh ayat:

1) Aku baru berak. Haha--> Perlu ke gelak di sini?

2) Weh. Haha. Ko tgh watpe? Haha--> Contoh gelak setiap ayat

3) Hahahahahahahaha--> Konon2 gelak melampau la ni...

b) Hihi: Gelak bajet comel. Bajet bajet bajet bajet comel. X comel pon la... Contoh ayat:

1) X tahu la. Hihihihi--> Percubaan menjadi naive di sini.

2) Belum makan. Hihihi--> Percubaan makan free =P

3) Hihihihihihi--> Gelak tanpa cakap pape. Awas! Ni percubaan mengorat. LOL =P

c) Huhu: Gelak yang macam xde motif. Gelak malu-malu? Atau sebenarnya takdelah nak gelak sangat... tp mcm x lengkap kalo ayat tu x letak gelak-gelik. Jadi gunalah 'huhu'. Contoh ayat:


1) X tahulah macam mana. Huhu--> Memang takde motif punya penggunaan kan?

2) Huhuhuhuhuhuhuhuhu--> Kalo satu ayat/sms penuh ngn gelak ni je, maksud die, dia suka kt ko. (Suka hati aku je. T__T)


d)Hoho: Gelak terbaru (dah bertahun la jugak kot...). Sejak kemunculan Crayon Shin-Chan. Gelak cover malu kan? Contoh ayat:


1) Alamak, ye ke aku silap? Hohohoho--> Percubaan meng'cover' malu di sini.


2) Hohohoho--> Percubaan menjadi Shin-Chan?


e) Hehe: Ini gelak galak. Kan? Kan? Kan? (Terima kasih kepada Awerz yang bagi peringatan. Hampir2 tertinggal)

p/s: Yang mana satukah gelak (galak) anda?

Read more...

Kamu Kurang Ajar Dengan Aku, Jangan Ingat Aku Tak Boleh Jugak

>> Thursday, June 25, 2009

Semalam aku pergi bawa mak aku ambil ubat di Hospital Seberang Jaya (Breast cancer survivor, currently on life long tamoxifen). Selepas ambil ubat, kami singgah la kejap di Megamall Prai, dan kemudian ke Carrefour (sebab sebelah hospital saja).



Belilah sedikit barang dapur (walhal gaji x masuk lagi, shopping x mau2). Sementara mak aku dok beli barang, sempat la jugak aku pergi main sorong-sorong trolley sorang2 dengan lajunya dan lepas tu bergayut.... (korang main x ni mase kecik2 dulu?)



Dalam setengah jam kemudian, kami pon dah abes shopping, jadi kami pon nak bayar barang-barang yang dibeli. Urgh, ade 30 kaunter, tapi sume banyak dah tutup, sebab time tu dah nak dekat maghrib. Maybe diorang pergi sembahyang kot...



Ada sorang cashier pon suruh aku pergi express lane (untuk items less than 10). Aku pon sebab dah malas nak jalan ke kaunter lain (yang jauh gila, sbb dah banyak sgt kaunter kan...), terus pergi ke express lane tu. Ada 2 orang cashierdi situ. Sorang lelaki, dan seorang perempuan.



Letak barang-barang.



Tiba-tiba, cashier perempuan tu bersuara, dengan lantangnya...(korang buat la bunyi suara Fasha Sandha nak menangis tu...hahahaha)



"Ni barang lebih dari sepuluh! Mana boleh bayar sini!", bentak si cashier itu. Ok, to tell u the truth, barang2 aku hanya ada 13 bijik je. Tu pon termasuk sushi 2 ketul yang kecik gila. No biggies.



Aku nampak muka mak aku dah lain. Muka terkejut, dan x suka kene tengking begitu (cuba cakap siapa yang suka? X pasal je)



Ewah2, dah x boleh cakap je la elok2. X payah nak marah atau jerit kat aku. Dah la ada mak aku kat situ. Kot ye pon x reti nak hormat aku yang muda remaja ni *ehem*, tolong la hormat mak aku yang obvious2 tua dari ko.



Baik, main kasar nampak. Dan seperti tajuk di atas, aku pon main kurang ajar la balik.



"Apa la susah sangat. Aku bayar la dua kali. Mak aku bayar sepuluh yang first. Lagi 3 aku yang bayar. Tak boleh macam tu?", aku cakap pelan-pelan kat cashier perempuan tu, sambil senyum kat cashier laki tu. Ceh, sempat lagi aku. Haha



Cashier laki tu pon back-up aku, dan suruh je perempuan tu kira je barang-barang tu.



"Bukan ade orang pon, apa masalahnya...", kata cashier laki tu. Wahahaha. Cashier perempuan tu pon akur. Mesti die tgh try mamat tu, sebab mula-mula buat gangster, tiba-tiba lembut la pulak, dan terus diam je bila mamat tu bercakap.



Lepas tu, mamat tu blah, dan tinggal aku, mak aku dan cashier perempuan tu saja di kaunter. Dia masih susun-susun coins dan buat tak peduli dengan kami. Ewah2. Dah nak maghrib ni, cepatla dik non oi.Ktorg nak pergi buka puasa ni.



"Ni, boleh bayar ke tak ni kat sini?", aku tanya kat cashier tu.



"Yelah, letak jelah situ. Satgi saya buat la. Bukan ada orang pon!", jawab cashier tu, dengan muka masam.



Huh, x kuasa aku nak layan. Berlagak nak mati. Mentang-mentang ko jaga kaunter express lane, abes besar la ek?



Kalo ikut hati aku, mau je pergi report sama manager. Pekerja kurang ajar, x reti senyum, dan gatal (errr, dengan cashier laki td tu), suka menjawab balik, dan kasar.



p/s: Perempuan itu adalah contoh terbaik kenapa aku x patut kerja sebagai seorang cashier. Hahaha (statement sedar diri)


Read more...

Awek Suka Bersinglet dan Mengepau Rokok

>> Wednesday, June 24, 2009


Semalam, aku menerima panggilan dari seorang rakan. Kami berborak adalah sampai satu jam setengah , sampai bateri handphone aku kong (dah lama x cas). Kita namakan dia B.

Dia cerita, yang dahulu, dia pernah kapel dengan seorang awek. Awek ni adapun, aku lupa la nak tanya cun ke tidak...

Diorang dah clash lepas 3-4 bulan memadu asmara (cewah ayat aku). Aku tanya la kenapa. Dia cakap, awek ni baik tu, memang baik, cuma pakaian utama dia adalah singlet dan seluar pendek pangkal paha.

Aku pun tanya balik, dah tu, awal2 tu ko nak jugak dengan dia? Dia jawab, laki normal mana xnak perempuan seksi macam tu. Owh, ok. Jawapan acceptable.

Lepas tu, dia cakap lagi, awek die ni smoking. Aku pon cakap la balik, yang ko tu smoking xpe pulak. Baguslah dapat awek yang smoking jugak. Sama-samalah korang pergi smoking dan mampus cepat sama-sama. Hahaha.

Bila aku cakap macam tu, kawan aku bagitahu, bab awek smoking tu, xpe lagi. Ini hobinye asyik pow rokok kawan aku bile pergi dating. Itu sebab utama dorang clash. Dah la hisap Marlboro (dia kata ni yang paling mahal, aku pon x tahu la....), kopak ler...

Ish ish ish. Aku pon x tahu nak cakap apa. Hahahahaha. Generasi zaman sekarang yang pelik-pelik.. (aku bercakap mcm aku orang tua pulak)

p/s: Nah cerita ko B . Aku tokok tambah sikit la. Kasik sedap. Hehe (B bukanlah singkatan kepada Hubby mahupon Baby ye. Babi, mungkin kot...)

Read more...

Bila Mana Sepupu Yang Tak Berapa Comel Datang Rumah...

Bila mana sepupu yang tak berapa comel datang rumah...



dan Abah aku memeluk budak itu bila bergambar...



aku pun mula risau....




a) Tanda-tanda minta ada cucu? (hahahahaha)



b) Mahu anak lagikah??



p/s: Abah if u are reading this, sila komen, TQ.



p/s: Abah aku suruh aku mandikan budak ni lepas sesi bergambar sebab katanya kepala budak ni busuk! Haha

Read more...

Abah vs Daughter...

>> Monday, June 22, 2009

Sempena Hari Bapa...

Happy Father's Day, Abah.
Jangan lupa benda Abah cakap semalam tu ye.
Hehe
Do we have similarities Abah?
Let see....
 
If you think this picture of mine is weird....
(scroll further down...)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Then, meet my father =P
I guess an apple doesnt fall far from the tree huh?

Read more...

I Hate Shopping Mall!

Kami pergi ke Gurney Plaza semalam...

Bila you nak belikan I cincin 20K tu?
I mengidam ni...
(hehe)


Dekat gila rumah depa dengan mall ni kan?

p/s: Sayangnya, kalau xde sebab nak datang sini, aku mmg xnak dtg lagi dah. Tandas sudah cari, surau jauh. Baik duduk kampung je cmni!

p/s: Sedang belajar menjahit baju dr kain guni, sbb kan ckp dah xnak g mall...(konon2 x dpt beli bajulah..). Ada sape2 nak tempah? Hehe

Read more...

Kapan Lagi Mahu Bercuti Ya?

>> Wednesday, June 17, 2009

Aku rindu trip ke Labuan dan Brunei.

Mana lagi mahu pergi lepas ini ya?



Di hadapan Hotel yang dahulunya Istana Sultan Hasanal Bolkiah

The Royal Suite

View di Hotel tinggalan Sultan


Semuanya di eja dengan jawi di sini...

Ini kedai guna ejaan jawi lagi!


Masjid Omar Ali Saifuddin

Ini pulak Masjid Jamek Al-Asr Hasanal Bolkiah


Makanan sini sume seringgit. X puas hati betul aku!


Ini adalah udang, ubi keledek dan kulit popiah. 3 seringgit jugak!


Naik boat sekeliling The Famous Kampung Ayer (ade buaya sini!)

Tapi muzium dia huduh...

Kamu rasa makcik ni macam pelik x?


Aku yang penat berjalan-jalan


p/s: Apa aku merepek? Bukan tengah bercuti di Sarawak ke ni?

Read more...

Should I Go Below 60?

Semua orang mesti ada obsesi mereka sendiri kan?

Aku juga tidak terkecuali.

Mahu tahu apa dia?

Mungkin bunyinya sedikit pelik, tapi aku rasa, aku ada obsesi dengan pulse rate diri sendiri.

Haha. Pelik kan?

Masa baru-baru masuk medical School, pulse rate aku dalam lingkungan 64.

I guess I was healthy as a horse eh?

Lama-lama aku perasan, pulse rate aku makin bertambah.

64...

70...

84...

Eh, x boleh jadi ni. Kenapa makin naik? Dan bila makin naik, aku sedar, aku jadi makin cepat penat. Tua sangatkah aku padahal baru 22 tahun?

Bila aku datang Sarawak, aku memang banyak berjalan kaki, travel sana sini, panjat gunung sampai dua kali...

Pagi tadi, aku kira pulse rate aku. Nak tahu berapa?

60! Yeay!

Sekarang aku berkira-kira mahu merendahkan lagi pulse rate. Dengan berjoging selama sebulan. (dan mungkin akan cuba istiqamah selepas itu. Mampukah aku?)

Kan aku dah cakap, obsesi yang pelik...

What about u?

Read more...

Weirdo

I have one simple question. Please answer me honestly.

Do you think my blog is kinda weird?

Thanx.

Read more...

Kucing Juga Makan Spaghetti

>> Tuesday, June 16, 2009

Hari-hari lapar dan boring, kalau kami rajin sikit, aku dan rakan-rakan aras akan masak spaghetti secara haram di bilik (memasak adalah haram di asrama kami. Hampeh!)

Kalau ada lebih... (yang mana selalunya jarang la...) inilah yang akan berlaku...




p/s: 'Terpeleot' kan bunyi meow roomate aku? LOL

Read more...

Guilty

>> Monday, June 15, 2009


I am feeling guilty, because lately, a lot of my post have been showing hatred towards kids.

Thus, this entry is kinda a make-up to them.

Happy being a kid, kiddo! Stop hating yourself.


Kakak ni amek gambar saya ke? Senyum =)



Baik aku jangan lawan mata dengan kakak ni, nnt die tulis pulak pasal aku dalam blog dia...



I am an alien...



Fly me to the moon purr-leeasee...

p/s: Entry memohon maaf kepada kanak-kanak seluruh dunia. Including younger me. For hating you (as in myself).

Read more...

How Long Can U Stare?

>> Sunday, June 14, 2009

Situasi: Dalam bus cabuk menuju ke Taman Negara Bako

Aku duduk di sebelah Omo. Aku di sebelah tingkap, dan Omo duduk di side 'aisle'.

Bas itu berhenti di sebuah bus stop. Naik seorang kakak yang mendukung seorang anak kecil dalam lingkungan 15-18 bulan. Mereka duduk di seat yang bertentangan dengan kami.

Aku cuba meng'usya' anak itu. Oh, comel jugak, kata hati kecil aku. Lalu aku terus mengusya, sehinggalah anak kecil itu tersedar yang aku sedang mengusya dirinya. Aku senyum, dia tengok aku dengan muka pelik, dan terus memalingkan muka. Siot!

Omo gelakkan aku. Dia cakap , terima sajalah hakikat yang kanak-kanak memang benci aku. Macam aku ada satu aura jahat pulak. Cis.

Aku x puas hati. Kali ini, aku cuba lagi meng'usya' budak itu. Mata kami bertentangan! Ok2. Jangan tengok tempat. Tengok aku!

Budak itu menjeling aku. Oh, siot punya budak. Fine, if that's what u want. Mari kita main jeling2. Aku pon jeling budak tu kembali. Omo dan kawan-kawan lain yang perasan aku berlawan jeling dengan budak itu mula bersorak.

2 minit berlalu, masing-masing tidak mahu kalah. Tiba-tiba bas itu berhenti. Seorang nenek tua masuk dan budak itu tiba-tiba sahaja pusingkan kepalanya untuk melihat nenek tua itu. Kemudian dia menyembamkan mukanya ke atas bahu ibunya.

Yeay! Aku menang. Aku gelak puas-puas sebab aku berjaya menewaskan seorang kanak-kanak yang belum berusia 2 tahun pon dalam perlawanan "How Long Can You Stare". Kawan-kawan aku pon gelak besar sambil mengejek budak itu. Budak itu terus tidak lagi memandang kami selepas itu.



Normalkah kami?

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP