Showing posts with label Money. Show all posts
Showing posts with label Money. Show all posts

Jealous

>> Monday, June 29, 2009

Sedar tak sedar (atau aku saja buat2 x sedar?), ramai gila dah kawan aku start kerja.

Apa nak diexpect, kalau sume orang pon dah grad, tinggallah aku dan rakan-rakan seangkatan yang kerepot menghabiskan zaman muda remaja kami dengan belajar.

Ah, jeles.

Sebab2 utama aku jeles:

  1. Diorang dah xde tanggungjawab nak belajar. Malas gila!
  2. Diorang dah ade gaji! (Ni patut naik number satu sebenarnye)
  3. Lagi glemer keja dari blaja. Especially umur2 mcm ni. Ni apa kes tua2 masih di bangku persekolahan?
Tapi, mak aku cakap, tak baik dengki dengan rezeki orang. Baik Mak!

Tapi tahun depan Amy start kerja, jgn pow Amy byk sgt ye. Kahkahkah (gelak apakah ini?)

p/s: Ade ke patut ade orang tanya aku mcm ni: "Kamu amek medic tu, degree ke diploma?". Ah. Ko datang dari planet mana?

p/s: Aku ingat orang yang dah kerja, jumpa kawan yang masih belajar, ringan wallet nk belanja. Tapi, aphal kawan aku sume kedekut je? Mintak duit raya pon x bagi! CIS!


Read more...

Survival Or Just Plain Stupid?

>> Monday, June 22, 2009


Honestly, I am quite embarrassed to tell you people about this story of mine. But hey, who the hell cares huh?



Last 2 nights (20th June 2009) was my last day at Sarawak (Kuching). My flight was rescheduled from 2020 (I really hope you guys know how to read times in military styles =P) to 2045, which was, well, not a big deal for me, even it was quite annoying though. As if my arrival at Penang at 2220 is not late enough, and now I had to make my parents wait a little longer at the airport to pick me up (screw you Airasia =P).



Yada Yada Yada. Let us get straight to the real story.



Did you know that I went to the airport with just RM10 in my wallet?



And later (at the airport, while waiting for the check-in counter to open) when The Orange Guy and Pika said that they were hungry, I started to freak out.



“Do I have enough money to eat?”.



Ok, act cool, stay calm.


“Jom pergi cari kedai nak makan…” I told the other two while my eyes were screening for cheap places to eat, but hey girl, what were you thinking. I was the airport, remember!



Luckily there was KFC around. =)


Wanna now why? That was because they have already introduced the Jom Jimat meal, which only costs 7 bucks per meal. Fuhh..



So we ate the meals, and I went onboard with only Rm3 in my pocket. Haha



I told Pika about this after eating, and she was so surprised and said, “ Wah, survival gila!”.



But if you ask me personally, this behavior of mine is not a survival-thingy, it is more like a plain stupid act.



I promised myself that after this, I won’t repeat such foolish act anymore…



p/s: Tawakkal ?



p/s: This is definitely not an ads for KFC …


Read more...

Hooker, Prebet Tagap, dan Kuching

>> Friday, June 19, 2009

Hari ini kami jalan-jalan di Bandar Kuching. Maklumlah, Sabtu sudah mahu pulang ke kampung halaman. (aku kan budak kampung.... =P )

Di hadapan statue kucing yang famous di Sarawak.
(knapa aku senyum lebar nak mati? Kembang wei)

Ketika aku sedang berjalan di sepanjang Waterfront, betul-betul berhadapan dengan Hotel Hilton, aku nampak seorang lelaki lengkap berpakaian tentera sedang duduk di atas motor, sambil membuka beg mencari sesuatu.

Tempat kejadian berlaku

Di tepi lelaki itu, ade dua orang perempuan bersinglet hitam, rambut bajet dirty blonde sedang menagih tangan dari lelaki itu sambil tersengih-sengih kepada mereka-mereka yang lalu di tepi mereka.

Seorang dari perempuan itu merapatkan badan ke tentera itu dan asyik meng'usya' apa yang lelaki itu cari dalam begnya.


Kamu mahu tahu apa aku fikir?


Lelaki itu cari duit untuk bayar perempuan itu.


Pelacuran?


Mungkin...


Kamu rasa?

I'm gonna miss you like hell Kuching!

p/s: Sesiapa yang dah ada rumah nanti, kalo korang nak cari barang2 nak hias rumah, datanglah Kuching. Best gila wei. Gua x tipu lu bai (lol)

Read more...

Belajar Menjahit?

>> Monday, June 15, 2009

Sesi SMS dengan mak aku petang tadi:

Aku: Hai mak, tgh buat apa tu?

Mak: x buat pape.

Aku: Mak, jadi ke plan mak nak bisnes baju kurung tu? Ade kerja untuk Amy x? Tapi nak gaji.

Mak: Jadi la. Nanti Amy pi amek n hantar KaK Ina.

Aku: Gaji ade x?

Mak: P belajaq menjahit. Mak bagi elaun.

Aku: Ala, malas la. Xdak kerja lain ke selain belajar menjahit? Tapi nak duit jugak tau. hehe

Mak: Kalau nak duit, pi belajaq jahit baju kurung. Boleh mak bagi banyak. kalo x, mak bagi duit minyak untuk ambil Kak Ina saja la.

Aku: Ala...

Mak: Mak mau kedua-dua ANAK DARA mak pandai menjahit. Nanti boleh jahit baju sendiri.

Aku: (masih mengelat) Ala, Amy lembab sikit la mak bab2 menjahit ni..

Mak: Tak mau sudah. Duit tu mak pi buat benda lain..

Aku: Yelah2. Nanti Amy pi.

Mak: Senang je. Die kursus intensif. Belajar sekejap dah pandai...

Aku: Yelah.....(akur)


Penerangan:

Mak aku memang suka berniaga walaupun mempunyai kerja tetap. Die selalu pergi KL dan bawak balik beratus-ratus pasang kain pasang untuk dijual di sekolah (mak aku kerja cikgu), and alhamdulillah, rezeki mak aku murah. Apa yang dia jual semua laku.

Sekarang dia cuba nak buat bisnes jual baju siap jahit dengan mengupah jiran lama kami Kak Ina (dah di mention kt atas) jadi tukang jahit. Kerja basic aku adalah pergi ambil dan hantar Kak Ina dari rumah dia sebab mak aku dah beli 2 mesin jahit yang agak advance (yang abah aku panggil gajah putih sebab tersadai kt dalam umah xde orang guna).

Dan sekarang mak aku nk suruh aku pergi belajar menjahit pulak? Dia bayar pergi kelas intensif tu, dan aku siap kena bagi elaun pulak. Oh, mak aku mmg the best!

p/s: Tapi, Amy x minat menjahit la Mak....ni pon sebab takde duit je, terpaksa terima...T__T

Read more...

Pokai

>> Thursday, June 11, 2009

Aku sudah pokai....

Sekarang sudah hampir hujung semester, jadi kocek aku sudah sangat2 koyak rabak.

Mungkin semester depan aku akan cuba (READ: CUBA) untuk mengurangkan perbelanjaan.

Mari kita tengok apa yang aku sudah beli dengan duit biasiswa semester ini:

1) Seminggu selepas duit masuk, aku dan rakan2 pergi berjalan-jalan ke Labuan, dan Brunei. Aku rasa habis dalam 1K jugak kot sume, cmpur duit tambang, coklat, hotel, blablabla....

2) Kemudian aku buat gila dengan beli 2 botol perfume; satu untuk aku (Tommy Hilfiger 100ml), satu untuk mak aku (Estee Lauder 100ml).

Perfume untuk aku tu, dibeli di SaSa. Nija dan Pika pon beli. Kami beli sekali konon2nya sebab nak masuk contest (aku beli sebab time tu mmg perfume aku dah nak abes), tapi, cume dapat krim muka 1 pc yang kena kongsi 3 org saja. Hampeh!

Perfume untuk mak sebab birthday dia. Selama ni aku x pernah beli apa2 dkt mak, jadi tahun ni, aku nk cuba pamper mak aku dengan benda mahal2. Tapi sebenarnya aku beli perfume tu sbb die dapat banyak freebies...

3) 2 bulan lepas tu, aku menjadi makin gila bila aku tgk seorang member beli DSLR. Jadi aku pon pinjam kamera dia sehari (kalo kereta, test drive la), dan oleh kerana aku berkenan, aku pon angkat sebijik. Happy memang happy, tp pedih hati aku tgk buku akaun bank aku yang makin byk berdakwat di bahagian 'withdrawal'.

4) Datang Sarawak ni,ingatkan takda lah nak guna duit yang banyak sangat, sebab konon2nya bercuti dalam negara kan? Tapi rupa2nya pengangkutan awam kt sini hampeh gila! Cuba bayangkan kalau nk pergi mana2 saja, jarak adalah dalam sejam perjalanan, kene bayar RM25 satu kepala. Bukan sikit tempat yang aku pergi. Kalau 7-8 tempat pergi, kiralah sendiri berapa kena bayar.

Itu x masuk lagi entrance fees, duit hostel (RM185!), makan, merapu, dan souvenir (x dpt beli byk, mintak maaf. Kalau tidak, x dpt makanlah aku jawabnya).

Maka semalam, aku mendapat pencahayaan agung untuk mencari duit sempena cuti ini (sebulan).

Semalam aku call habis segala restoran KFC yang dekat dengan rumah aku. Hampeh. Usaha yang sia-sia. Semua tak berminat dengan pekerja part time yang hanya nak kerja sebulan.

Jadi aku sudah terfikir jalan lain. Patutkah aku jual laksa di pasar malam? Jual kain pasang? Kerja pelayan di restoran? Pencuci tandas awam?

p/s: Mungkin juga aku akan end-up dengan melepak di rumah x tentu hala kerana aku sebenarnya pemalas...

p/s: Sesiapa tahu ada kerja kosong di area Nibong Tebal/ Parit Buntar sila kontek aku. Aku flexibel, cuma aku nak ada masa untuk sembahyang.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP