Masalah Bodoh

>> Wednesday, June 03, 2009


Eh, bukan, ini bukan masalah kerana aku seorang yang bodoh.

Aku ada satu masalah lain. Masalah ini, mungkin sangat bodoh bagi kamu yang membacanya. Begini, seperti yang kamu sedia maklum (aku andaikan kamu baca la jadual hidup aku di tab kanan tu, kalo x baca, aku memang perasan!Haha), aku sekarang berada di Kuching untuk menjalani elektif posting (kalo kos lain, korg panggil attachment, or Latihan Industri ah).


Aku jangkakan, bila sudah masuk final year, dan berada di tempat org, kami (merujuk kepada aku dan rakan2), dijangkakan menjadi rajin gila babi dan sentiasa berada di ward.

Tapi kamu mahu tahu apa specialist situ ckp sama kami?

"Aiya, you guys dont need to be so frequent in the ward la, 2 days per week is enough already. I dont want to see your faces too much around here , ok. Spend your time exploring Sarawak!!".

Cool kan doktor ini. Kalau sesiapa yang berminat hendak buat elektif atau kerja di Sarawak General Hospital (SGH= Seattle Grace Hospital), kamu mungkin boleh tanya aku secara private, siapakah gerangan doktor yang cool itu. Tapi, dia bukan setakat cool saja, die juga seorang guru yang baik, suka mengajar, dan yang penting, sporting. Malahan turut mempunyai akaun Facebook (dan aku dah add die jadi kawan pon!).

Tabik!!!!

Jadi, perlukah aku skrg hanya berada di bilik 3 hari selebihnya, dan meneroka Sarawak melalui internet. *ehem* (ataupon menambah bilangan post aku setiap hari? LOL)

p/s: Masih belum makan laksa Sarawak, Mee Kolok dan Sos Lada Hitam yang sedap.

5 Maki Hamun!:

aw3rz June 3, 2009 at 5:12 PM  

jangan lupe ulat sagu

neorackle June 3, 2009 at 6:06 PM  

Mee Kolok!

Sedap..aku dengar kat KL ada jual gak.

Tapi mesti x se-ori mcm kat sana kan.

Sop June 3, 2009 at 7:33 PM  

burger org utan?

yogurt guano gua niah?

Sheehan June 3, 2009 at 7:53 PM  

sapa nama doc tu???haha

maskedfacies June 4, 2009 at 9:44 PM  

AWerz: masih mencari.. kalo ade, aku pos kt ko skit ok!

Neo: masih blum cuba, kalo dah, aku gtau

Sop: Ko sanggup nk makan benda berbulu tu? kesian dowh. nway, guano org slalu buat bedak muka la.. (ni aku baca dlm buku crita geisha tu..)

Sheehan: buat2 xtau lak dia..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP