Mujurlah...
>> Monday, June 01, 2009
1) Mujurlah Godmother kepada si Cinderella seorang pari-pari yang hebat dan serba boleh , sbb kalo Godmothernya ialah aku, baju Cinderella ke parti malam dia bertemu putera hanya akan jadi sepasang baju kelawar (satu-satunya benda yg aku reti jahit, sng nak mati! ), kasutnya ialah sneakers Adidas (mcm yg aku pakai sekarang), dan tudung, hurm, mungkin aku kasik tudung Ekin x original sahaja (sebab murah...)
2)Mujurlah Snow White ialah seorang puteri raja yg keperempuanan, sebab kalo Snow White ditakdirkan ialah aku, mungkin semua orang kerdil yang bertujuh itu akan pergi melombong memakai baju kelawar sahaja...(mcm reason di atas, satu2 nya benda yg aku reti jahit)..
3) Mujurlah aku bukan watak Gretel, sebab dalam cerita tersebut, ahli sihir itu terpaksa mengurung dahulu Gretel untuk menggemukkan badannya. Kalaulah aku si Gretel, sudah lama aku jadi hidangan kepala meja (tau x maksud die ni?), kerana x payah nak tunggu gemuk . LoL
4) Mujurlah aku bukan Si Jack dalam ceritanya bersama pokok kacang gergasi, sebab kalo tidak, dah lama Si Jack x akan sampai ke rumah gergasi kerana aku hanya sampai pertengahan pokok, dan pokok patah dan aku terpelanting ke bumi..(sebab overweight.LOL)
5) Mujurlah aku bukan Peter Pan,sebab kalau tidak, sudah lama aku tidak mampu terbang (sayap kecil dan x mampu angkat badan)
6) Tapi, satu ketika dahulu, aku pernah berharap bahawa aku dapat jadi Fantaghiro sbb dia terlalu "cool".
p/s: Aku br balik dari Pesta Gawai. Mabuk tuak. *hiccup* *hiccup*
7 Maki Hamun!:
huhu..comey ngat pakai baju iban..hehe
Fantaghiro mmg best.
Legend + epik citer tu.
hanis: tq! cantik la baju dia berbanding ngn kaum lain punya...
neorackle: mmg best! Tarabas!
kalo ko jd rumplestiltskin?
entri ni best
neway(bape kali neway ni, lol), ko bleh jadi satu jenis superhero ni kot.
superhero yang sangat boleh untuk menjadi diri sendiri
Yang tidak kisah untuk jatuh bila panjat pokok kacang, yang tidak kisah untuk menjadi hidangan kepala meja instantaneously, sebab dah admit diri sendiri berat dan gemuk, lol
dan mungkin akan ada costume sendiri, baju kelawar iaitu satu-satunya baju yang ko tahu jahit, kemudian di belakang itu ko boleh cat huruf M besar-besar.
M for Mimi, M for Misai or Moustache
tak payah jadi fantaghiro yang cool pon takpa
boleh buat komik sendiri cepat-cepat.
Peter Pan tak bersayap, yang bersayap hanyalah Tinker Bell. Peter Pan terbang pun jasa pixie dust Tinker Bell...
siti semenggoh:kalo jd rumpelstiltskin, anak ko aku culik dulu!
polar bear: sebenarnya, apa yg ko cdgkan tu, sudah lama wujud. nija dah lama jadikan aku watak kartun die, dr 2nd yr lg. sygnya dia dah x lukis aku sgt skrg, sbb kami dah x satu kumpulan. masa dulu2, satu kelas tggu die lukis kartun hari2. lol
amermeftah: terima kasih untuk pembetulan itu. duly noted.
Post a Comment