Impian Seorang Kanak-Kanak
>> Tuesday, June 09, 2009
Ini adalah kisah benar seorang rakan yang sudah 4 tahun aku dengar...kita namakan saja dia Zoro (ya, Zoro yg sama dalam kisah Dibelasah Dukun).
Sewaktu kecil, Zoro hidup dalam fairyland (aku saspek budak ni banyak sangat baca buku cerita). Dia ada beberapa impian(keinginan/mimpi) yang mana satu pon x tertunai.
Mari kita tengok impian dia:
1) Die pernah berharap bahawa dia sebenarnya adalah seorang anak raja yang diserahkan kepada ibu bapanya untuk dijaga sementara waktu. Dan bila waktunya sudah sampai, berbondong-bondong kereta mewah akan menjalar di hadapan rumahnya, untuk mengambil dia kembali pulang ke istana. (Hahaha, impian kanak-kanak).
2) Oleh kerana terlalu banyak menonton cerita Melayu (ala, waktu tahun 95-97) die pernah kepingin hendak sakit barah otak (ala, cerita Melayu time tu tipikal gila babi, sume mende lah ko nak sakit barah otak, dah xleh pergi research sikit pasal sakit lain dan masukkan dalam drama ke???), dimasukkan ke hospital, di-chemotherapy (sampai botak), dan di-transfusekan darah ke dalam badan dengan kadar yang banyak (chemotherapy kan akan sbbkan pancytopenia, jadi kene la tmbah darah...). Huh, kawan aku ini mmg seram sikit. Ade ke mintak nak sakit barah otak. Pelik2. (ke nak perhatian ibu bapa yang lebih ni??)
3) Mempunyai impian (ya, dari kecil ni ye kawan2) untuk membuat majlis kenduri kahwin di rumah sendiri, dan menyewa skuad pasukan silat untuk bersilat di hadapannya semasa sedang bersanding (and Zoro was what, 9 years old??)
4) Pernah teringin membela Thumbelina (ala, makhluk kecik besar ibu jari tu). Teringin nak ade anak waktu usia 9 tahun? Hurm...
Ok, 1, 2 dan 4, satu pon rupanya tidak menjadi realiti. 3 tu, mungkin dapat lah kot, sebab dalam banyak2, tu je yang masuk akal. Sedih la pulak kalo ko sakit barah otak dowh. mengarut gila! Haha
Haih kanak2, x sangka complex sungguh pemikiran dorang (or rather, this friend of mine je kot eh?)
p/s: Let me know if korang ade jugak impian pelik2 macam ni ek... =P
6 Maki Hamun!:
ak rasa kawan ko si zoro tu adalah ko..hahaha
1)ak ada sorang kawan yg cmtu..
2)ni msti tv 1,tv2 punya cerita..pkir2 blk lawak gak cerita2 cmtu.hahah
3)awal planning!!
p/s:ak ada gak sorang kawan yg slalu igt watak dlm buku cerita yg dia bc adalah dia..
Zoro umo bape skunk? Chun x?
hahaha..mimi
kalo aku ade barah otak..mgkin skarang dh dlm kubur agaknye..
aku ada impian untuk jadi seorang physician. pelik giler
hi zoro
Sheehan: Zoro tu bukan aku. sekian
Neo: ko nak berkenalan? apa maksud cun? sila define
Zoro: belanja ayam penyet
Jamil: ko, kecik2 lg dah nak kahwin. boleh geng ngn Zoro kan? =P
Post a Comment