Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Kisah Anak Patah Di Hari Raya

>> Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Ke-Dua

Aku sedang sapu sampah dalam bilik mak aku. Mak sedang baring2 atas katil sambil tgk tv.

Tiba- tiba mak aku bergolek2 ke kiri dan kanan dengan peliknya.

Aku pon tanya la : Nape mak?

Mak pon jawab: Rasa nak beranak la...

Aku: (dlm hati) Eh, bila plak mak aku mengandung ni?

Mak mungkin perasan muka aku jadi pelik bila die cakap die nak beranak. Jadi mak pon menerangkan situasi sebenar.

Mak: Ni, mak nak beranak anak patah, byk sgt makan raya semalam.

Cet, nak berak rupanya.

Korang tau x apsal nama die anak patah?

Sebabnye, kalo byk sgt makan, dan lama gila x membuang, nnt taik yang diberakkan tu panjang gila babi, sampai patah siap. Hahahaha.

Tapi kalo nak anak yg dilahirkan comel2 sume, makanlah julap 4 bijik, mcm yang aku buat 4 hari lepas. Sume mende kene bersihkan dah. LOL

P/s: rindu sial kt kt rendang ayam. T_______T

Read more...

Lemon Cheese Cake

>> Wednesday, July 08, 2009

Lemon Cheese Cake baru lepas dibakar \(*_*)/

Lemon Cheese Cake yang sama.

Korang mesti terfikir, aphal minah ni tiba2 banyak hormon perempuan pulak sekarang. Kejap pergi blajar jahit baju la, ni sekarang, keluar pulak hobi (hobi ke kalo baru bakar sebijik? Haha) buat kek pulak. Haha.

Ini namanya syndrome cuti x tahu nak buat apa. Daripada aku tidur dengan makan je, baiklah aku buat benda2 berfaedah.


Resipi ni dapat dari Ayep (tapi resipi asal bukan lemon pon, aku je pandai2 edit seniri). Korang nak buat, mintak resipi kt dia. Konfem sedap. (Dalam erti kata lain, aku nk ckp kek aku ni sedap.Ngehehehe)

Make sure barang yang diperlukan ada, kalo x jadi, korang salahkan tuan punya resipi. Tapi rasanya kalau aku yang ade estrogen 5% pon boleh buat kek ni, aku rasa yang 100% estrogen mesti boleh bukak kedai kek terus kot. LOL

p/s: Sapa2 nak kek ni? Ada lg sikit dlm fridge.... =P

Read more...

Meet My Baby!

>> Thursday, July 02, 2009

Hye, meet my first 'baby'!

Kalo korang nampak baju ni mcm senget sikit, aku dah amek keputusan untuk bagi jawapan mcm ni: Salahkan hanger. Hanger tu yang senget!

Setelah 6 jam mendaftarkan diri dan mula belajar menjahit, aku nk tunjuk kt korang la hasilnye.

Tada!

Aku blajar from zero, dah ini hasilnya selepas 6jam. Jadi aku rasa siapa yang lebih banyak hormon perempuan dari aku, mesti korg boleh buat dlm 4 jam je (based on Nija punya study hormon yang kata aku terdiri daripada 95% androgen dan 5% estrogen)

6 jam adalah termasuk blajar amek ukuran, potong kertas ukur, potong kain, jahit tepi, blaja jahit leher, guna mesin, jahit mata lalat dan holder butang, dan cantum kain2 ni.

Esok baru bak blajar buat kainnya pulak.

Yeay!

p/s: Type for this entry: "Not-so-me".

p/s: Siapa kata aku x update? Haha. Siot!


Read more...

Penat

>> Wednesday, July 01, 2009


Sudah 2 hari aku pergi kelas menjahit. Mula pagi, balik dah dekat2 tengah hari.

Kemudian bila balik, nak kemas2 rumah la, sampu sampah la, sidai baju la...

Rasa penat gila.

Tu x masuk lagi dengan nak main PS2, merapu, tengok tv, surf internet....

I wonder how working women manage their life. Tambah2 kalo dapat laki hampeh balik rumah tau nak tidur saja. X pon, asyik2 nak keluar ngn kwn2 tgk bola. (Oh ya, laki mcm ni mmg x guna. Kirim salam. Pergi mampus). Sikit pon x nak tolong.

Eh, aku emo macam dah kawen plak. Wahahahaha

p/s: Yeah, lepas kerja mari ambil Indon jadi orang gaji!

Read more...

Hari Ini Saya Happy!

>> Tuesday, June 30, 2009

Dalam hidup ini kita perlukan reason untuk happy sebab hanya orang gila saja yang boleh senyum tanpa ada sebab sepanjang hari. Oleh itu, kenapa saya happy hari ini??

1) Pergi blaja menjahit dan x la bodoh sgt rasanya....

2) Eye Toy yang ditunggu sampai

3) Main PS2 sampai 3 jam sampai cramp

Sekian. hahaha(gelak unnecessary)

p/s: Terima kasih kepada "peminjam" Eye Toy.

Read more...

Salah Siapa?

>> Saturday, June 27, 2009

Aku: Abah, nak 30ringgit.

Abah: Ok, tp nk buat apa?

Aku: Nak beli sabun muka. Nampak x jerawat ni?

Abah: Ok, satgi abah bagi.

Aku: Yeay!

Tiba-tiba mak aku menyampuk....

Mak: Ala, pakai la sabun apa, kalau x cantik tu, x cantik la jugak.

Aku: Huh! Salah siapa kalau Amy x cantik. Mesti turun dari mak bapak jugak. Wahahahaha

p/s: Xpe, aku still dpt 30ringgit tu...yeay!

Read more...

Rumah Orang Tua

>> Wednesday, June 24, 2009

Petang semalam, Abah dan Mak keluar pergi pasar malam (membeli makanan untuk menggemukkan aku la tu...)

Sebelum mereka keluar, sempatlah Mak aku berpesan pada aku...

1) Jangan lupa angkat kain...

2) Jangan lupa siram pokok bunga..

3) Jangan lupa tutup tingkap..

dan macam biasa, aku hanya aku jawab "haaaa..." dengan arahan-arahan mak aku.

Maka mereka pun keluar...dan aku sambung aktiviti bergolek di hadapan tv bersama sepupu aku (sila baca post previous) ...

Sepuluh minit kemudian, telefon rumah berbunyi..

"Helo??".

Suara abah aku di sana.

"Awat abah?", tanya aku.

Abah pon menjawab, " Mak hang kata jangan lupa buat apa dia pesan tadi. Kalau x, kami x balik la malam ni. Kami duduk rumah orang tua-tua.".

Cet. Ingat ni cerita telur tembakul ke? X abes2 ugut aku nk duduk rumah orang tua.

Nak duduk rumah orang tua pon, x main la yang biasa-biasa. Nak pergi yang kene bayar seribu sebulan tu. hahahaha

p/s: Aiyak....

Read more...

Bila Sampai Rumah Dan Kene Shock Sebab Dah Lama Tak Makan Free

>> Tuesday, June 23, 2009

Pertama2nya, maafkan aku sebab tajuk aku panjang gila. Tiru Awerz. Hehe.



Aku dah jadi macam kucing malas yang asyik nk berlingkar dan tidur sahaja kerana terlalu senang mendapatkan makanan di rumah tanpa perlu keluar setapak pun dari pintu depan.



Inikah tanda-tanda aku akan menambah berat sebanyak sepuluh kilogram?



p/s: Malam ni nk makan apa pulak ah? Keropok lekor? Satay Ayu? Omaq Char Kuey Teow? Tomyam? Kerabu Daging? Kerabu Mangga? Burger Depan Rumah? Carrot Susu? Nasi Goreng Ikan Masin? Kek Lapis Sarawak? Durian Lagi? Rambutan? Pergh!!!

Read more...

Belajar Menjahit?

>> Monday, June 15, 2009

Sesi SMS dengan mak aku petang tadi:

Aku: Hai mak, tgh buat apa tu?

Mak: x buat pape.

Aku: Mak, jadi ke plan mak nak bisnes baju kurung tu? Ade kerja untuk Amy x? Tapi nak gaji.

Mak: Jadi la. Nanti Amy pi amek n hantar KaK Ina.

Aku: Gaji ade x?

Mak: P belajaq menjahit. Mak bagi elaun.

Aku: Ala, malas la. Xdak kerja lain ke selain belajar menjahit? Tapi nak duit jugak tau. hehe

Mak: Kalau nak duit, pi belajaq jahit baju kurung. Boleh mak bagi banyak. kalo x, mak bagi duit minyak untuk ambil Kak Ina saja la.

Aku: Ala...

Mak: Mak mau kedua-dua ANAK DARA mak pandai menjahit. Nanti boleh jahit baju sendiri.

Aku: (masih mengelat) Ala, Amy lembab sikit la mak bab2 menjahit ni..

Mak: Tak mau sudah. Duit tu mak pi buat benda lain..

Aku: Yelah2. Nanti Amy pi.

Mak: Senang je. Die kursus intensif. Belajar sekejap dah pandai...

Aku: Yelah.....(akur)


Penerangan:

Mak aku memang suka berniaga walaupun mempunyai kerja tetap. Die selalu pergi KL dan bawak balik beratus-ratus pasang kain pasang untuk dijual di sekolah (mak aku kerja cikgu), and alhamdulillah, rezeki mak aku murah. Apa yang dia jual semua laku.

Sekarang dia cuba nak buat bisnes jual baju siap jahit dengan mengupah jiran lama kami Kak Ina (dah di mention kt atas) jadi tukang jahit. Kerja basic aku adalah pergi ambil dan hantar Kak Ina dari rumah dia sebab mak aku dah beli 2 mesin jahit yang agak advance (yang abah aku panggil gajah putih sebab tersadai kt dalam umah xde orang guna).

Dan sekarang mak aku nk suruh aku pergi belajar menjahit pulak? Dia bayar pergi kelas intensif tu, dan aku siap kena bagi elaun pulak. Oh, mak aku mmg the best!

p/s: Tapi, Amy x minat menjahit la Mak....ni pon sebab takde duit je, terpaksa terima...T__T

Read more...

Kucing dan Durian


Cerita ini adalah kisah benar berlaku sekitar tahun 2001. Ditulis kerana aku sedang rindukan kucing aku dan durian. Aku berjanji akan makan durian sampai demam bila aku balik rumah minggu depan!


* * * * * *

Malam itu, Abah dan Amir pulang dari pasar malam. Amir menjerit-jerit panggil nama aku.


"Kak! Kak! Tengok ni!".

Aku yang ketika itu sedang menonton televisyen segera berlari ke pintu rumah.

"Ada apa?" tanya aku.

Ni! Adik lelaki aku yang seorang itu sungguh beria-ria menunjukkan seekor anak kucing yang sungguh gemuk kepada aku. Gemuk sampai tak larat nak berdiri.

"Owh! Comelnya. Mana ambil ni?" tanya aku.

"Abang ambil dekat kedai Mamak tadi. Mamak tu yang bagi."

Sejak hari itu, kucing itu menjadi peliharaan kami. Aku namakannya Baby (so cliche kan?)

Setiap hari sewaktu hendak pulang dari sekolah, aku akan mengayuh basikal laju-laju kerana aku ingin cepat-cepat balik dan bermain dengan kucing itu.

Aku sanggup mengeluarkan duit untuk membeli makanan khas untuk kucing, dan susu kotak yang aku sendiri pun jarang minum. Semuanya aku lakukan kerana kasih sayang aku kepada kucing itu.

Satu hari, Abah dan Mak membeli seguni durian. Ya, kami sekeluarga memang hantu durian. Aku mengopek durian-durian tersebut dan makan dengan pulut dan santan. Sedang aku makan, Baby datang menggeselkan badannya di kaki aku.

"Kenapa? Kamu nak durian ni ke?" tanya aku kepada Baby.

Baby seolah-olah faham dengan apa yang aku cakapkan kerana selepas itu ia mengiau.

Meoooww..

Ok, jap aku bagi kamu sikit.

Ulas pertama. Baby makan dengan lahapnya. Oh, kamu makan durian rupanya! Selepas licin ulas pertama, Baby mengiau lagi. Meminta durian tambah agaknya.

Aku pun layankan sahaja. Tak cukup 2 ulas, makin banyak kucing aku makan durian. Sampai cukup satu biji durian aku kopek khas untuknya.

"Sudah-sudahlah tu bagi kucing hang tu makan. Pening dia satgi," kata mak.

Aku mengangguk faham.

Tak lama lepas itu, aku nampak Baby berpusing-pusing di atas permaidani di ruang tamu. Hurm, memang pening pun rupanya kucing aku ini.Sejak hari itu, aku sudah tidak percaya dengan teori kucing ialah karnivor. Dan sekarang memang mereka sudah tukarpun kumpulan kucing kepada omnivor.

p/s: Kucing ini dibuang di pasar sewaktu aku pergi bersekolah di Kajang tahun berikutnya. Sedih gila tak tahu nak cakap.Sampai hati mak aku buang Baby.

Read more...

Anak Sulung

>> Wednesday, June 03, 2009

Aku dilahirkan sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kakak kepada 2 orang adik. Satu lelaki, satu perempuan (19 tahun, dan 16 tahun).

Aku rasa, aku suka jadi anak sulung. Mari kita tgk kenapa (sekali lagi, ini ikut kepala otak aku saja...):

1) Obviously, ko adalah anak yang dinanti2kan oleh parents (unless out of wedlock child, tp itu lain cerita...). Macam anak2 yang lain, mak bapak dah biasa dpt anak...hehehe

2) Ko kiranya adalah role model kepada adik2 ko. Untunglah kalo yang anak sulung tu elok/menjadi. Tapi kalo rosak, adik2 akan ckp mcm ni kt mak, "Alah, mak nak bebel amende, tgk Along tu seniri pon hampeh je".

3) Selalunya apa yang dihajati akan dituruti. Err, ini selalunya la, tp bergantung la kepada keadaan ekonomi keluarga time tu kan. Aku pon x paham kenapa benda ni jadi, sbb mmg ramai kwn2 aku yang anak sulung pon ckp mcm ni. Mcam ada special sikit la layanan dr parents.Haha.Macam adik2 aku slalu ckp kt aku, "Ala, kak nak apa, ckp je ah kt mak. Sure dpt punya, kalau adik (ini Izati yang ckp, yg umur 16 tu), sume x bagi".
Kesian. BOOO~

4) Parents lebih menghormati cakap/ keputusan ko dalam satu-satu hal. Err, mungkin sbb konon2nya, ko yang paling hampir dengan dorg dari segi umur. (Aku bajet veto ah kt rumah.Haha)

5) Boleh buli adik2. Kalo ko malas pergi kedai, mntk je adik ko belikan. Malas cuci pinggan, sidai baju, lipat kain, semua suruh adik buat je. Tapi kena ade strategi la nk buat mcm mana..(kantoi aku pemalas!)

6) Tapi, jgn lupa, tanggungjawab yang dipegang pon besar la jugak. Dah kerja nnt, mak bapak akan harap ko dpt ringankan beban dorg balik, sbb adik2 masih kecil (bergantung ah, sbb adik2 aku dah bsr mcm badak sume. Haha). Jadi, jgn la nnt buat2 lupa pulak!

7) Err, yang aku perasan satu lg, parents mungkin lebih percaya kepada anak sulung. Ini bukan aku buat fakta sendiri, tp aku dah tanya kawan2 aku yang lain jgk. Adakah ini dilihat dari segi kematangan?

8) Disayangi adik2 (??????). Dulu aku dan adik2 aku selalu bergaduh. Dorg suka buat satu team, dan aku team yang lain. Lepas tu, kami main lawan tendang2. Kenapa dulu adik2 aku benci aku ah? Oh, tapi sekarang dah ok, sbb skrg aku konon2 selalu belanja dorg, installkan game kt dorg, kasik muvies, bwk dorg pergi tuition, bwk pergi makan, dan sebagainya...

Eh, kenapa aku buat entry bertemakan kekeluargaan ni? Hish!! Korang x pelik ke?

p/s: Mungkin sebab aku dah xde idea nak tulis benda2 merapu...

Read more...

Jual Burger Ke Bang?

>> Saturday, May 30, 2009

Aku duduk di satu taman perumahan terpencil, di mana kalo nk pergi rumah aku, korg kena naik rakit (bwk kereta atas rakit), sungai yg korg naik tu byk buaya, lepas tu, lalu hutan (yg mana, korg bukak payung la ye takut2 ular atas pokok jatuh ke bawah, macam cerita Musang Berjanggut), dan meredah padang pasir selama beberapa hari. T__T



Gambar menunjukkan location rumah aku.
Kuning-Rumah aku
Hijau- Kedai Jual Kereta Terpakai
Biru- Bengkel
Pink-Stall burger

Ok, sebenarnya entry ni nak menceritakan tentang location rumah aku yg agak pelik. Mak aku beli tanah ni, tahun 2003, beli dengan cara lawan tender (dan menang), dan buat rumah di situ. Masa tu, parents aku mmg tgh gila nak buat rumah sebijik. Mungkin nak setel down cepat2 kot. Padahal rumah yg aku duduk time tu pon, mmg dah abes bayar. (Apa aku merepek ni?)

Rumah aku: Rumah yg best! Sejuk, nyaman, selesa, blablabla. Syurgaku rumahku la kira! (Yang penting toilet bersih. Ya, aku obses dengan kebersihan toilet. Sekian)

Kedai Jual Kereta Terpakai: Terima kasih kepada wireless free dorg, aku dpt beronline di rumah. Rumah aku xde streamyx, kampung la katakan. Haha. Alasan!

Bengkel Kereta: Ya, mmg tmpt ini penuh dengan mekanik2 tidak berbaju, tapi uh, mereka tidak seksi.

Stall burger: Ok, stall burger ini menarik. Mereka buat delivery ke rumah. Rumah org aku xtau, tp rumah aku mmg dorg buat. Aku kluar ke situ naik kereta, pesan 4 bijik burger, then dorg akan ckp cmni, "Akak duduk umah yg kaler oren tu kan? Nnti dah siap kami hantar sana ok!". Wo ho, bes gila beb!

Stall burger ni, penuh dengan budak2 muda. Yang jual burgernye sorg je, tp yg melepak situ, Ya Allah, macam semut hurung gula korg tau. Adalah 10 orang yg main gitar kt situ tiap2 malam, padahal sekor je dok masak. Hampeh. Kalo aku yg perempuan ni, mmg sebenarnye agak segan (aku pandai segan jugak ek?) nk pergi stall tu (sbb tu aku kluar ke situ naik kereta, tho jarak die adalah 15 meter dr rumah aku), tapi satu hari, bila aku cerita kt abah aku, yg aku sebenarnye malas nk pergi stall burger tu sbb ramai sgt lelaki, abah aku buat satu statement yg buat aku gelak x henti. (korg jgn x gelak pulak!)

" Hang igt, hang sorg ka segan. Hang x pa la perempuan, ni abah hat tua berjanggut pon naik segan pi tempat penuh laki tu...". Huh? Abah pon segan ke? LOL.

Read more...

Topap

>> Thursday, May 28, 2009

Satu malam yg sunyi, bosan dan panas (insert bunyi katak dan angsa di sini)

Aku: Abah, tgh buat apa. Yadayadayadayadayada... Tolong topapkan num celcom Amy. Rm10 pon pon xpe. TQ

Lame diam xde reply.. Sejam kemudian:

Abah: Ok, sat na. Abah baru balik surau td, hp tggl kt umah.

Aku: OK.

10 min kemudian, abah pon topapkan. Aku sebagai seorg anak yg konon2 grateful pon reply:

Aku: Trima Kasih daun keladi. Hehe

Abah: Apa TQ2. Masuk bil la...

Cet, xtau la dah berapa ratus ribu bil aku tu kalo nk bayar esok2 bila dah kerja. Mau habis gaji dengan bayar bil saja gamaknya...

Read more...

Manusia Hanya Merancang...

Manusia hanya merancang, tp Tuhan yg menentukan. Benda yg slalu gila dgr kan? Nak dijadikan cerita, semalam kami ponteng kelas beramai2 kan? Sebenarnye, yg kira "kepala" ajak ponteng tu, Azreen (x, aku x slhkan ko ke apa, tp saja je nk crita). Kami sumer pon xdela kesah. Ok je, sbb pergi ward pon, mcm ler boleh pandai. Hehe

Daripada 13 org yg sedang berelektif di sini, 10 buat posting medicine, dan lg 3 buat paediatrics. Azreen ni buat paeds la. Sebelum kami ponteng tu, aku tanya die, ok ke korg nk ponteng ni? sbb korg 3 org saja, jadi kalo ponteng, org nmpk sgt, sbb time tu kebetulan, xde budak Uni lain buat paeds. Tapi medicine mmg ramai. but since dorg insist jugak and ckp xpe, ok je kalo ponteng, oh well~

Jadi selepas puas bergembira semalam, kami pon kembali bertugas hari ini. Mula2 takut la nk pergi pg td, kot2 org perasan la yg kami ponteng. Rupa2nya, xde sapa pon yg peduli. Yatta! Boleh la buat selalu. (tahun lepas, aku buat elektif di hosp Parit Buntar pon, aku pergi seminggu je daripada 4 minggu yg wajib. Nasib baik dpt A jugak. LOL)

Rupa2nya geng2 paeds telah dikesan ponteng, maka hari ini mereka kena buat extra work! Haha! Kena pergi petang dan siap present cases lg. Ah~ Selamat bertugas (lebih masa) buat Azreen, Shafika Derahman dan Azhari! =P

p/s: Aku nk pergi smbung makan sugar cracker ni. Bes siot! Dan aku skrg tgh mengidam nak makan donut Big Apple. Oh~ mengapa mesti mengidam kt tmpt yg susah nk cr benda2 tu!--> mode homesick T__T

Read more...

Pokok Limau Ke Tu?

>> Sunday, May 17, 2009


Semalam, pkul 9 pm, tiba2 saja aku teringin nak makan tomyam.
Padahal seminggu duduk rumah, aku x sentuh pon dapur tu.

Jadi aku pon kupas dan potong sayur, ketuk serai, potong limau, bersihkan udang, rebus daging kasik empuk, kiranya semua persiapan aku buat la.

Tiba-tiba aku perasan yang daun limau takde.

"Eh, x boleh jadi mcm ni. Nnt x best la.", aku bermonolog sendiri. (Poyo x? Hahahaha)

Lalu aku pon berlari-lari anak mendapatkan mak aku dan tanye, " Mak, kt rumah kita ada x daun limau?".

Mak dengan penuh kasih sayang menjawab (ah, poyo sekali lagi. Korang boleh muntah kalo nk. Hahahaha). " Di belakang bilikmu tu kan ada kebun sayur kecil. Ada kt sana. Pergi la kutip sendiri".

Aku pon keluar la pergi belakang rumah (bilik aku kt belakang sekali dalam rumah sbb tu kebun tu belakang bilik aku) dan mula mencari-cari mana pokok limau.

Maklumlah, lama x balik (alah, baru 4 bulan stgh, poyo lg!), mane la nk tau sgt kan? Dah la malas gila keluar rumah.

Mata aku pon melilau mencari daun limau. Eh, xde pon! Biar btol mak ni. Tipu ah.

Pokok nangka, pokok pelam, serai, bawang, setawar, dan berbagai2 jenis lg pokok yang aku x kenal pon, ada lah! Mana ada pokok limau.

Aku pon masuk balik dalam rumah (dapur la sebenarnye, sebelah dgn kebun tu saja) dan ckp kt mak aku, "Mana ada mak. Tipu la". Ceh, sempat lg aku tuduh mak aku tipu. Hahaha

Mak suruh aku keluar balik, cr betul, pakai spek, yelah kan, rabun la konon2nye. Ok la, aku pon menurut perintah. Tapi kali kedua keluar cari pon, x jumpa jugak. Hish, x boleh jd ni!

Jadi aku jerit la dr kebun tu, "Mana ada pokok limau!", dengan kuatnya, dan aku saspek mekanik sebelah rumah aku pon terjaga (ye, rumah aku sebelah bengkel kereta. Pelik, tp benar. Sayangnya, mekanik sebelah rumah aku x hensem mcm mekanik2 kt US. Aku tertipu dengan imej mekanik US T__T).

Mak aku pon dengan geramnye keluar (yelah, aku dok terpekik terlolong malam2 ckp daun limau xde, ape kes?) dan tunjuk kt aku yang aku tgh berdiri sebelah pokok limau.

"Tu, apa dia???", jerit mak aku. Haha. Padan muka. Kena jerit sekali.

Aku pon tgk pokok tu, dan terspontan cakap "Eh, pokok limau macam tu ke rupa dia?". Bangang.

Rupa-rupanya aku x kenal pokok limau tu macam mana rupa dia. Bodoh!

p/s: Moral of the story ialah: Kalau bodoh jgn berlagak pandai macam aku dlm kes ni. Siap ckp mak aku tipu lg. Hehehe.

p/s: Ini bukan entry smbungan Mother VS Daughter.

Read more...

The Story Of A Fruit Juicer

>> Wednesday, May 13, 2009

My mom bought herself a new fruit juicer, because the old one was already broken...


My mom's new juicer


And so, I bought a lot of fruits along, to celebrate the new juicer (and to pamper my stomach)..



An apple a day keeps doctor away. Sedap buat air, esp yang ni!



Carrot yang aku serba salah nk positionkan dia mcm mana atas piring ketot ni.Haha




Strawberry sedap campur dengan susu. Yummy!




Fresh Orange, the bread and butter of fruit juices...




Best kalau campur susu jugak.




Eh ,halia pon? Haha. Xde, saja nk tunjuk, besar kan halia ni???








Tiba-tiba, sedang aku berjalan2 di luar rumah (dalam mood yang asyik nk buat jus), aku ternampak sesuatu yang sgt appealing.....








Boleh ke korang rasa?




p/s: Kalo x paham entry ni, pergi terjun Menara KL! Hahahaha.

Read more...

Happy Birthday Abah!

>> Thursday, May 07, 2009




Abah dan mak, mase convocation mak. 2001, UPM


To the man i love, Happy Birthday.
Sudah 53 tahun ini.
Semoga Abah sentiasa sihat dan diberkati Allah sentiasa.


p/s: Korang rasa, disebabkan jarak antara birthday aku ngn abah aku yang 3 hari ni, aku byk ikut perangai dia x? Nway, mine is 10 May. Sempat lagi promote. Hehe =P

Read more...

Sekolah Sains: Nak terima ke Tak?

>> Friday, May 01, 2009


Masa on the way nak g Bukit Larut.



Masa Izati masih baby. =)

Semalam dalam pukul 2ptg mcm tu, adik aku, Izzati (16) call.

Dia ckp dia dpt tawaran Sekolah Sains Kepala Batas. X pernah dgr pon nama skolah tu.

Must be a new school kan?

So aku tanye la, nk pergi ke. Dia baru je kluar skolah asrama ujung form 2, sbb konon2 nk skor pmr, which she did. She got 9As for her PMR. good for her.


Masa kt The Mines kot. Lupa lak.

Respons yg diberi mcm dia nak pegi skolah tu.

Ala, x bes la mcm ni. Kalo aku balik time cuti2, maksudnye aku ade sorang jela kt umah nnt. Mak abah keja. Jadi smpi petang la sorang2. Walopon kadang2 ade makcik yg mak upah untuk cuci rumah tu (mak xnak maid, sbb rimas ade org lain dlm rumah, jd die amek org datang cuci rumah yg balik hari2), tp mane same.

Sape yg nk gorengkan fries and nuggets kalo Izzati dah pindah sekolah. Sapa yg nak pegi kedai runcit depan rumah untuk belikan keropok Bika 10 bungkus? Sapa yg nk ganti aku kalo mak aku ajak aku makan kenduri kawen???

Sedehnye. Harap2 x jadi pegi.

p/s: sentimental pulak. walopon baru je taun lepas aku lempang dia smpi melalak satu rumah.


Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP