Showing posts with label Personal View. Show all posts
Showing posts with label Personal View. Show all posts

Musim Exam (Kisah Seorang "Hard-Core" Medic)

>> Thursday, March 04, 2010


Fuhhhhh *tiup habuk kt blog seniri* LOL

Bismillah- (eh ni btol ke Mimi?)

Setelah dormant sekian lama dr memblog., aku rasa nk membebel balik lah. Bukan apa, aku bz gila babi dgn exam, jd byk gila benda nk fikir. Nak bebel pon x sempat.

Jadi ,alkisahnya begini, mggu ni aku baru je abes exam Mock (trial utk final exam la ni). Jadi dr mggu lepas konon2 studylah kan, sbb byk gila posting kene cover sebelum pg masuk exam.

Internal medicine, surgery, OnG, paeds, and ortho. Byk tu wei. Series aku menyumpah diri sendiri berkali2 kenapa x study awal lg dr mggu lepas, tapi apakan daya, aku dr dlu lg (esp lepas exam) konon2 nak bertaubat utk posting seterusnya, tp slalu akan terus leka mcm tu jgk T__T

Proses study 5 disiplin sekaligus adalah sgt menyebabkan badan menjadi lemah (terpaksa mkn multivitamin-konon2 badan jd sehatlah, padahal mcm lah x mkn nasik pon kan..hahaha).

Mata dan kepala hotak (read: brain? tu pon if I have any la =P) rasa mcm ade neovascularization sbb rasa berat gila smpi aku bajet2 mungkin berat badan naik 2kg sbb kemunculan vessels2 baru (eh mengarut yg medic gila kot ni).

Jadi masa hari Isnin, exam Long Case, aku dpt case Sarcoma di tangan. Pergh! Baik x payah study pape pon kot sbb sapa la yg terpikir nk baca sgt kes tu (aku rasalah, sume org x terbaca kot benda ni. Sbb xde la common mana pon n bkn fevret sgt utk masuk exam). Nasib baik dpt Prof S yg baik hati tho partner nye Prof S yg garang gila babi asik nak jegil mata. Apa kes??

Hari Selasa: Short Case pulak, dpt kes cardiovascular (murmurs kt apex n left 2nd ICS) and satu lg kes normal pregnancy (which I sux the most sbb apsal palpate2 perut mak tu rasa sume tmpt mcm kepala je? Grrrr). Balik ke bilik dan sakit kepala gila babi. Kensel plan nk pg mkn KFC mlm tu. End up dgn tidur dan bangun dgn mata yg bengkak je (sbb penat sgt).

Rabu: Result diumumkan, well, lulus alhamdulillah. Tapi mmg byk gila lg kot benda nk kene improve, before exam final April ni.

Khamis : Harini lah tu. Sepatutnya aku dah siap aku punya presentation PUPUK (program keluarga angkat) sbb esok adlh final presentation. but instead dok ngarut2 dr pukul 4 pg td je (dah dkt 12jam ngarut x buat pape ni wey!)

Eh, mende aku bebel ni? Haha mcm sial. Aku sebenarnye nk tulis pasal benda lain. Sambung kt entry lainlah.

P/s: Entry ini hard-core medic gila babi kan? Hahahahaha

Read more...

Jiwang ke Rock Kapak?

>> Wednesday, December 02, 2009

Aku rasa pelik dengan fenomena 80-an hingga awal 90-an.

Kenapa kumpulan2 rock kapak, dressing mereka sangat la "kapak" (aku xtau nk describe cmne dlm perkataan, ala, sluar koyak2, baju gmbar bajet2 scary and maut abes, rambut kerinting panjang mengerbang nmpak cam busuk dan penuh dengan kutu dan kelemumur, pakai spek ray ban), tp lagu dorang sume meleleh2 ah?

Bukan sekatakat meleleh di lirik saja, boleh meleleh air mata, air hidung, dan apa2 saja jenis air yg boleh dilelehkan la.

Dan hampir semuanya mesti lagu cinta dan tajuk mesti nama perempuan? Haha


Ok, sebenarnye aku nk buat pengakuan yang aku pon minat jgk lagu2 zaman tu. Hahahahaha =P

Especially lagu Keunggulan Cinta (BPR). Ni sume sbb Nija la yang paksa aku dgr 2taun lepas. Hahaha

p/s: Xde plak grup perempuan yang buat lagu tajuk die guna nama laki ek? Bayangkan kumpulan Feminin buat lagu tajuk "Ahmad Albab". Oh sungguh tidak sesuai sekali rasanya~~ LOL

Read more...

Post-Mabul Trip

>> Saturday, November 21, 2009

1. Just came back from Tawau/Semporna/Mabul.

2. I think, I've gotten fatter within this 1 week duration.

3. And now, I'm depressed.

T_________T

Read more...

How To Lose 7kg in 3.5months?

>> Tuesday, November 10, 2009

A few friends have been asking me on how did I lose 7 kg for the past 3.5months.

And I promised to post the tips and tricks on my blog, here.

But guess wut, I dont think I shed enuff weight yet to give u any tips n tricks.

The problem with maintaining my current weight now (as for now, based on my own weightscale the number is 46.5kg) is, besides losing the ugly fat, I'm also have been developing some muscles at certain area (hamstring, quadriceps, biceps, triceps, gastrocnemius) due to repetitive routines (joggings, and few tricks I downloaded from Youtube? wahahahaha), which makes my weight kinda fluctuating.

You people should noe dat muscles are heavier than fats are (ni lecturer Anatomy aku gtau masa aku 1st yr dlu), so when I started to lose fats, the going down numbers really makes me happy, but still, the shape was ugly (flabby weh! buruk! buruk! hahahaha), and thus, dieting alone won't work. U need to workout so that u wont be flabby or in Malay kita panggil GELEBEH! hahahaha =P

And so, aku xnak la bg korg tips ke tricks ke dulu. Bagi la aku turun sampai 42kg dlu, baru aku buat post baru.Hahahaha.

But really, all you need are:

1) A strong motivation (yang nak kawen tu, obvious gila kot nak nampak cantik hari kawen nnt kan =P)

2) Sehelai baju yang kecik 2 size (the smaller the better?) dr size sebenar korang (kalo boleh beli yang mahal and cantik gila so that korg usaha gila babi nak muat baju tu)

3) Eat right (jgn la makan fastfood langsung, air bergula, lemak, kulit ayam dan geng2nya. Aku tau benda tu sume sedap, tp ni untuk sementara je, karang lepas dah kurus, makan la balik...hahahaha)

4) And last but not least, yes, workouts! Yg workouts tu, kalo larat, jogging la seminggu dalam 5 kali? Or kalo ikut aku yg saiko gila ni, aku turun pagi ptg, supaya cepat sikit dpt hasil. Haha saiko! Downloads la tips kt Youtube yang bersepah2 tu, ikut korang la nak kecikkan tgn ke, perut ke, kaki ke, sume ade sana.


Eh, macam dah bg tips n tricks la pulak rupa2nya. =P

All the best mates! You can do it!


Read more...

Cerita Dalam Cerita (The Story of An Heiress)

>> Thursday, October 15, 2009

Cerita 1

Heiress.

By definition, maksudnye adalah pewaris perempuan.

Sila jangan tanya aku plak, apa maksud pewaris. Mungkin boleh tanya orang yang lebih sesuai, seperti, cikgu-cikgu Bahasa Malaysia (ke Melayu? Aku dah konfius, sbb byk kali sgt tukar. Like I care =P)

Cerita satu berhenti di sini. Sila baca cerita 2 plak. =P


Cerita 2

Honestly, aku x pernah jeles dengan mana2 manusia yang dilahirkan kaya atau berada, atau even dilahirkan dalam keluarga diraja. Errr, itu mmg rezeki die kot, jadi apa aku nak susah2 jeles kan.

Macam la kalau aku jeles, akan kurang kekayaan family die, jadi baik aku pikir cara untuk mengkayakan (ada ke perkataan ni ah?) diri sendiri. Lagi bermanfaat kot? Yes, saya adalah seorang yang rasional. X main la jeles2 ni. =P

Cerita 2 tamat di sini. Sila baca cerita 3 plak.


Cerita 3

Korang tau Amazing Race Asia (ARA) yang Ida Nerina masuk tu? Korang tau partner die? Aku x igt sangat nama minah tu, Tanya? Tasya?

Perasan x, kan bila nama peserta dalam ARA tu appear kat screen, dia akan tulis skali, apa relationship dorang ngn partner dorang, and pekerjaan dorang skali kan.

Yang aku igt, Ida Nerina dorang tulis actress, tp korang perasan x kat partner die dorang tulis apa?

Yup. Sila gabung cerita 1 dalam cerita 3 ni.

Dorang tulis pekerjaan dia sebagai Heiress.

And I was like, Hello????????????? Adakah itu korang kira sebagai satu profession?

Please la akak. Kalau mcm tu, aku pon boleh guna pekerjaan sebagai daughter? Hahaha. Tho bunyi sungguh miskin (aku nk buat mcm mana, mak bapak aku bukan ada harta juta2 T__T).

Seriously, adakah akak sebenarnye unemployed, tp sbb akak adalah pewaris mana2 empayar yang gah, jadi akak modify pekerjaan akan dari unemployed (kerja duduk rumah mengabiskan beras/ habiskan duit mak bapak dgn apply Platinum Credit Card, sbb bukan dia yang bayar pon) kepada heiress?

Ok, now I do sound jealous kan? (Kalau mengikut cerita 2, aku x jeles la sebenarnya. X TIPU!!!!)

Aku cuma rasa pelik napa orang nk guna "heiress" sebagai pekerjaa. Bajet Paris "I'm Hot" Hilton eh?

p/s: Tertekan sbb punyalah susah blajar, tp hidup ttp hampeh bila dah kerja nnt T___T.


Read more...

Lagi Lagi Raya

>> Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya =)

Afifah Najwa "Mali" di Hari Raya yang seronok sakan bila dimekap

Oh, kejap2, die pakai tudung. X match langsung dengan kaler baju ok!

Aku yang cuba melawan adat.
Orang raya pakai baju kurung, aku plak pakai baju Krismas.
Hehehe
Oh, yang berbaju kurung tu sepupu2 aku.
Abah bersama kereta baru dan Afifah Najwa.

Meh2, Kak Amy dukung pastu ltk lagi gmbr pelik2 kt internet.
Hahahaha

p/s: Apsal raya bila dah besar2 boring ah?

Read more...

Because I Love You Both...

>> Tuesday, July 14, 2009

Semalam aku tgk finale Prison Break kt 8TV. Biasalah, time cuti xde sumber cerita bersiri sume ni, jadi terpaksa tgk di tv saja.

Kemudian, last skali kan ade yg Sara n Linc tgk video yg Scofield buat untuk dorg kan? Dia cakap, selama ni, die x pernah ckp terus terang pon perasaan die kt dorg. Asek guna kod la. origami la...kemudian dia ckp mcm ni " I love you both very very much..".

Ok, itu intro entry aku kali ini. Memang selama ni orang ckp, express ur feelings and you will feel much better. Ini mengingatkan aku pada benda yang pernah jadi kat aku.

Tahun 2004, masa tu aku kt matriks. Sepanjang 17 tahun aku hidup masa tu, aku x pernah ckp aku sayang kat mak bapak aku pun. Satu hari, entah apsal, aku pergi hantar msg gudnite kat mak aku yang berbunyi mcm ni... " Gudnite. I love u n Abah so much". (ok, geli. sila muntah. aku yg taip pon tgh geli anak tekak).

Mak aku hanya reply ok. Minggu kemudiannye, aku baik rumah (rumah dekat saja dengan matriks).

Entah time tu tgh borak pasal apa tah (dalam kereta nk pergi mana tah), mak aku dok sebut2 psl sms yg aku hantar tu dengan nada perli...

"Aih, ada org tu dok hantar sms bersayang2, tp bila balik rumah, x reti nak tunjuk perasaan kasih sayang tu pon. Asyik nak lawan cakap saja...".

Ok, aku mengaku, masa aku muda (bajet sekarang tua sangat la), aku mmg suka gila lawan cakap mak aku. Kiranya, asek nk berselisih pendapat la. Tapi, lepas mak aku ckp mcm tu, aku mmg dah kurg la lawan ckp mak aku. (Kalo dulu main hempas2 pintu lg!).

Tapi sebab aku malu dengan SMS yg aku hantar tu, smpi skrg aku x pernah ckp dah aku syg mak bapak aku. Haha.

Sebab aku xnak kena perli lagi dah. Malu ooooooooooo....(buat gaya Tarzan)

p/s: Nak pergi salam raya pon segan. Bila dengar org lain nangis2 masa salam raya, korg buat aku berfikir. Aku yang x betul ke, korang yg emo lebih?

Read more...

Definition Of?

>> Friday, July 03, 2009

I am currently watching The Duke.

They are discussing about the definition of a real man.

What makes a man, a man?

Whats yours?

Read more...

I Kissed A Girl, I Liked It!

>> Friday, June 26, 2009


Tajuk itu hanyalah teaser dan kontroversi semata-mata. Aku x pernah cium mana2 perempuan pon....

Setelah beberapa bulan menulis di blog (dan juga Facebook), aku perasan satu benda berdasarkan komen-komen yang aku terima.


Kenapa laki rasa perempuan yang smoking dan perempuan yang mempunyai sexual orientation sebagai seorang lesbian itu HOT?

Kenapa?

Kenapa?

p/s: Aku tgk Brokeback Mountain, x rasa HOT pon?

Read more...

Kamu Kurang Ajar Dengan Aku, Jangan Ingat Aku Tak Boleh Jugak

>> Thursday, June 25, 2009

Semalam aku pergi bawa mak aku ambil ubat di Hospital Seberang Jaya (Breast cancer survivor, currently on life long tamoxifen). Selepas ambil ubat, kami singgah la kejap di Megamall Prai, dan kemudian ke Carrefour (sebab sebelah hospital saja).



Belilah sedikit barang dapur (walhal gaji x masuk lagi, shopping x mau2). Sementara mak aku dok beli barang, sempat la jugak aku pergi main sorong-sorong trolley sorang2 dengan lajunya dan lepas tu bergayut.... (korang main x ni mase kecik2 dulu?)



Dalam setengah jam kemudian, kami pon dah abes shopping, jadi kami pon nak bayar barang-barang yang dibeli. Urgh, ade 30 kaunter, tapi sume banyak dah tutup, sebab time tu dah nak dekat maghrib. Maybe diorang pergi sembahyang kot...



Ada sorang cashier pon suruh aku pergi express lane (untuk items less than 10). Aku pon sebab dah malas nak jalan ke kaunter lain (yang jauh gila, sbb dah banyak sgt kaunter kan...), terus pergi ke express lane tu. Ada 2 orang cashierdi situ. Sorang lelaki, dan seorang perempuan.



Letak barang-barang.



Tiba-tiba, cashier perempuan tu bersuara, dengan lantangnya...(korang buat la bunyi suara Fasha Sandha nak menangis tu...hahahaha)



"Ni barang lebih dari sepuluh! Mana boleh bayar sini!", bentak si cashier itu. Ok, to tell u the truth, barang2 aku hanya ada 13 bijik je. Tu pon termasuk sushi 2 ketul yang kecik gila. No biggies.



Aku nampak muka mak aku dah lain. Muka terkejut, dan x suka kene tengking begitu (cuba cakap siapa yang suka? X pasal je)



Ewah2, dah x boleh cakap je la elok2. X payah nak marah atau jerit kat aku. Dah la ada mak aku kat situ. Kot ye pon x reti nak hormat aku yang muda remaja ni *ehem*, tolong la hormat mak aku yang obvious2 tua dari ko.



Baik, main kasar nampak. Dan seperti tajuk di atas, aku pon main kurang ajar la balik.



"Apa la susah sangat. Aku bayar la dua kali. Mak aku bayar sepuluh yang first. Lagi 3 aku yang bayar. Tak boleh macam tu?", aku cakap pelan-pelan kat cashier perempuan tu, sambil senyum kat cashier laki tu. Ceh, sempat lagi aku. Haha



Cashier laki tu pon back-up aku, dan suruh je perempuan tu kira je barang-barang tu.



"Bukan ade orang pon, apa masalahnya...", kata cashier laki tu. Wahahaha. Cashier perempuan tu pon akur. Mesti die tgh try mamat tu, sebab mula-mula buat gangster, tiba-tiba lembut la pulak, dan terus diam je bila mamat tu bercakap.



Lepas tu, mamat tu blah, dan tinggal aku, mak aku dan cashier perempuan tu saja di kaunter. Dia masih susun-susun coins dan buat tak peduli dengan kami. Ewah2. Dah nak maghrib ni, cepatla dik non oi.Ktorg nak pergi buka puasa ni.



"Ni, boleh bayar ke tak ni kat sini?", aku tanya kat cashier tu.



"Yelah, letak jelah situ. Satgi saya buat la. Bukan ada orang pon!", jawab cashier tu, dengan muka masam.



Huh, x kuasa aku nak layan. Berlagak nak mati. Mentang-mentang ko jaga kaunter express lane, abes besar la ek?



Kalo ikut hati aku, mau je pergi report sama manager. Pekerja kurang ajar, x reti senyum, dan gatal (errr, dengan cashier laki td tu), suka menjawab balik, dan kasar.



p/s: Perempuan itu adalah contoh terbaik kenapa aku x patut kerja sebagai seorang cashier. Hahaha (statement sedar diri)


Read more...

Hooker, Prebet Tagap, dan Kuching

>> Friday, June 19, 2009

Hari ini kami jalan-jalan di Bandar Kuching. Maklumlah, Sabtu sudah mahu pulang ke kampung halaman. (aku kan budak kampung.... =P )

Di hadapan statue kucing yang famous di Sarawak.
(knapa aku senyum lebar nak mati? Kembang wei)

Ketika aku sedang berjalan di sepanjang Waterfront, betul-betul berhadapan dengan Hotel Hilton, aku nampak seorang lelaki lengkap berpakaian tentera sedang duduk di atas motor, sambil membuka beg mencari sesuatu.

Tempat kejadian berlaku

Di tepi lelaki itu, ade dua orang perempuan bersinglet hitam, rambut bajet dirty blonde sedang menagih tangan dari lelaki itu sambil tersengih-sengih kepada mereka-mereka yang lalu di tepi mereka.

Seorang dari perempuan itu merapatkan badan ke tentera itu dan asyik meng'usya' apa yang lelaki itu cari dalam begnya.


Kamu mahu tahu apa aku fikir?


Lelaki itu cari duit untuk bayar perempuan itu.


Pelacuran?


Mungkin...


Kamu rasa?

I'm gonna miss you like hell Kuching!

p/s: Sesiapa yang dah ada rumah nanti, kalo korang nak cari barang2 nak hias rumah, datanglah Kuching. Best gila wei. Gua x tipu lu bai (lol)

Read more...

Should I Go Below 60?

>> Wednesday, June 17, 2009

Semua orang mesti ada obsesi mereka sendiri kan?

Aku juga tidak terkecuali.

Mahu tahu apa dia?

Mungkin bunyinya sedikit pelik, tapi aku rasa, aku ada obsesi dengan pulse rate diri sendiri.

Haha. Pelik kan?

Masa baru-baru masuk medical School, pulse rate aku dalam lingkungan 64.

I guess I was healthy as a horse eh?

Lama-lama aku perasan, pulse rate aku makin bertambah.

64...

70...

84...

Eh, x boleh jadi ni. Kenapa makin naik? Dan bila makin naik, aku sedar, aku jadi makin cepat penat. Tua sangatkah aku padahal baru 22 tahun?

Bila aku datang Sarawak, aku memang banyak berjalan kaki, travel sana sini, panjat gunung sampai dua kali...

Pagi tadi, aku kira pulse rate aku. Nak tahu berapa?

60! Yeay!

Sekarang aku berkira-kira mahu merendahkan lagi pulse rate. Dengan berjoging selama sebulan. (dan mungkin akan cuba istiqamah selepas itu. Mampukah aku?)

Kan aku dah cakap, obsesi yang pelik...

What about u?

Read more...

Ada Apa Dengan Kanak-Kanak

>> Friday, June 12, 2009



Waktu aku masih kecil dan masih muat pakai skirt...

Ada apa dengan kanak-kanak?

Hari ini aku mahu menulis tentang kanak-kanak dan tabiat mereka.

Aku tak faham, kenapa kanak-kanak berusia 4-5 tahun mempunyai mulut yang sangat celupar. Kenapa mereka tak boleh diam saja? Kenapa mereka mesti nak tanya semua benda? Kenapa?

Kamu perasan tak, kanak-kanak adalah attention seeker? Kalau mereka berselisih dengan kita, kemudian kita tengok dia sikit, mulalah tergeliat budak tu hendak beraksi? Lari sana, lari sini, tarik-tarik baju kita... Cuba buat-buat comel. Comelkah mereka?

Kenapa mereka memilih untuk tidak makan sayur? Kenapa? Bukankah mak cakap, sayur bagus untuk kesihatan? Aku kecil dahulu, memang anti habis dengan sayur. Macam musuh. Kalau aku nampak saja, aku lari. Sebab itulah dahulu, badan aku kecil. Kulit kering macam cicak. Ni semua gara-gara tak mahu makan sayur.

Kenapa mereka lebih suka makan makanan ringan? Bukankah ibu sudah melarang? Ini dari dahulu aku buat. Terbawa-bawa sampai besar. Sekarang pon masih addict dengan junk food.

Kenapa kanak-kanak suka sepahkan rumah? Tidak kasihankah mereka pada orang yang perlu mengemas sepahan mereka itu?

Kenapa kanak-kanak tak mahu bantu ibu bapa di rumah? Tidak kasihankah mereka dengan orang tua.

p/s: Kalau Aiman cakap dia tak kisah, Aimi di sini ambil kisah!

p/s: Mungkin aku sahaja yang mahu kanak-kanak cepat matang dan membesar dari umur mereka.

Mahu tahu bagaimana annoyingnya kanak-kanak?

Sila tengok klip ini.



Barisan pelakon

Mimi as Kak Amy

Izzati as Kak Izati

Afifah Najwa as Afifah Mali

Read more...

Pokai

>> Thursday, June 11, 2009

Aku sudah pokai....

Sekarang sudah hampir hujung semester, jadi kocek aku sudah sangat2 koyak rabak.

Mungkin semester depan aku akan cuba (READ: CUBA) untuk mengurangkan perbelanjaan.

Mari kita tengok apa yang aku sudah beli dengan duit biasiswa semester ini:

1) Seminggu selepas duit masuk, aku dan rakan2 pergi berjalan-jalan ke Labuan, dan Brunei. Aku rasa habis dalam 1K jugak kot sume, cmpur duit tambang, coklat, hotel, blablabla....

2) Kemudian aku buat gila dengan beli 2 botol perfume; satu untuk aku (Tommy Hilfiger 100ml), satu untuk mak aku (Estee Lauder 100ml).

Perfume untuk aku tu, dibeli di SaSa. Nija dan Pika pon beli. Kami beli sekali konon2nya sebab nak masuk contest (aku beli sebab time tu mmg perfume aku dah nak abes), tapi, cume dapat krim muka 1 pc yang kena kongsi 3 org saja. Hampeh!

Perfume untuk mak sebab birthday dia. Selama ni aku x pernah beli apa2 dkt mak, jadi tahun ni, aku nk cuba pamper mak aku dengan benda mahal2. Tapi sebenarnya aku beli perfume tu sbb die dapat banyak freebies...

3) 2 bulan lepas tu, aku menjadi makin gila bila aku tgk seorang member beli DSLR. Jadi aku pon pinjam kamera dia sehari (kalo kereta, test drive la), dan oleh kerana aku berkenan, aku pon angkat sebijik. Happy memang happy, tp pedih hati aku tgk buku akaun bank aku yang makin byk berdakwat di bahagian 'withdrawal'.

4) Datang Sarawak ni,ingatkan takda lah nak guna duit yang banyak sangat, sebab konon2nya bercuti dalam negara kan? Tapi rupa2nya pengangkutan awam kt sini hampeh gila! Cuba bayangkan kalau nk pergi mana2 saja, jarak adalah dalam sejam perjalanan, kene bayar RM25 satu kepala. Bukan sikit tempat yang aku pergi. Kalau 7-8 tempat pergi, kiralah sendiri berapa kena bayar.

Itu x masuk lagi entrance fees, duit hostel (RM185!), makan, merapu, dan souvenir (x dpt beli byk, mintak maaf. Kalau tidak, x dpt makanlah aku jawabnya).

Maka semalam, aku mendapat pencahayaan agung untuk mencari duit sempena cuti ini (sebulan).

Semalam aku call habis segala restoran KFC yang dekat dengan rumah aku. Hampeh. Usaha yang sia-sia. Semua tak berminat dengan pekerja part time yang hanya nak kerja sebulan.

Jadi aku sudah terfikir jalan lain. Patutkah aku jual laksa di pasar malam? Jual kain pasang? Kerja pelayan di restoran? Pencuci tandas awam?

p/s: Mungkin juga aku akan end-up dengan melepak di rumah x tentu hala kerana aku sebenarnya pemalas...

p/s: Sesiapa tahu ada kerja kosong di area Nibong Tebal/ Parit Buntar sila kontek aku. Aku flexibel, cuma aku nak ada masa untuk sembahyang.

Read more...

Anak Angkat?

>> Saturday, June 06, 2009

Kalau kamu seorang yang agak peka dengan dunia *ehem* atau lebih tepat dengan dunia hiburan (ini kisah orang lain, bukan aku lah! =P), kamu mesti perasan, yang sekarang ni, macam ada trend pulak.

Bukan-bukan. Bukan isu kahwin cerai, kahwin dengan VIP, atau kisah yg terlampau.

Ini kisah artis-artis perempuan yang belum berkahwin, tp ambil anak angkat.

Ok, aku akui, mulia tu. Memang mulia ambil anak org dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

Cumanya, yang aku perasan lagi satu, kenapa artis-artis perempuan tu ambil anak laki sebagai anak angkat. Kalau mereka sudah berkahwin, mungkin la boleh jadi anak susuan. Tapi ini mcm mana?

Macam mana kalau mereka sampai tua tidak berkahwin, dan anak mereka terus membesar, sampai satu masa, anak mereka sudah cukup tua sampai sudah berjanggut2 dan sudah layak untuk berkahwin juga? Masih bolehkah begitu?

Aku suarakan apa yang aku rasakan kepada seorang rakan.

Jawapan yang diberikan mudah:

X: Hurm, dorg tau dorg xkan kahwin (as in x laku ke weih?), jadi ini adalah satu plan masa hadapan. Bila anak angkat sudah besar, mereka paksa anak mereka kahwin dengan mereka, dengan alasan, penat2 dorg besarkan anak tu, jadi skrg, anak tu kenalah balas budi mereka dengan berkahwin dengan mereka.

Aku: EH?

p/s: Tahun depan aku kerja, mungkin mahu pergi daftarkan diri untuk ambil anak angkat juga. Cari yang cute2. =P


Read more...

Search...

>> Friday, June 05, 2009

Post ini tidak ada kena mengena langsung dengan kumpulan rock Search. (walaupon vokalisnya dan aku berkongsi nama yang sama, dan kami pernah bergambar bersama. X tipu!)


Kan aku dah bagitahu, mmg x tipu. (abaikan muka aku yg pelik dan berkilat. salahkan photographer. LOL)

Ini adalah post sambungan kepada game Pramugara Hensem yang langsung tidak mendapat sambutan. LOL (korg mmg pelik, bila aku tulis pasal taik hidung dan kentut, ramai pulak melayan)

Sebenarnya, result yang patut korg dapat kalau korg search time tu, ialah page aku akan kluar num satu (kisah 9 May). Tapi semalam bila Yaya cakap, keluar pasal pramugara hensem mana tah dok promote diri dia kt Myspace, aku serender la.

Actually, aku nk cerita tentang orang yang search pelik2 (akan diberitahu nnt), dan kemudian end up di page aku. Mari kita tengok...

1) Belajar bahasa isyarat (ok, biasa saja la yang ni, skema nak mampus. =P)

2) Shikin gadis melayu (ini mungkin dr post gadis melayu yang aku pernah tulis)

3) Nasi kenduri kahwin (biasa jugak, mungkin die tgh cari resipi kot..)

tapi, bila orang start masuk mencari..

4) Kisah kakak gatal (hoh, ini incest ke apa weh? sounds lucah bg aku, mungkin tidak bagi kamu. Ini artikel sebenar)

5) Pramugara hensem (sah2 perempuan , xpon gay mana la dok cari pramugara hensem ni)

6) Kucing gatal (amende ko nak ngn kucing gatal wei? x paham siot aku!)

and last but not least...

7) "bleh kurus ke kalau pegi slim world"--> ini aku quote sebijik2. pergh, search guna satu ayat ye kak? nape x buat satu perenggan terus. plus, knapa dia bukak page ni, walopon xde dlm top 10 ranking pon? (maybe mase tu top 10 kot..kot je la..). Sorry la kak kalo apa yang akak jumpa di page ni mengecewakan. Rujuk entry ini.

p/s: Yang lain cuma search biasa2 saja.. macam my euphoria, rottendungeon..ini mungkin betul2 nak masuk blog ini kot. Terima kasih =) . (x banyak sgt pon orang masuk sini, lagipun blog ini baru lg re-operated selepas setahun aku dormant.)

Read more...

Kenapa?

>> Thursday, June 04, 2009

Kepada sesiapa yang tahu kenapa, sila jawab persoalan2 yang berlegar di kepala otak aku. =)

1) Kenapa orang panggil anak saudara tu anak buah? Di mana kebuahannya?

2) Kenapa orang yang nak berkahwin dipanggil berdarah manis? Di mana kemanisannya?

3) Kenapa bila dengar orang makan mi segera saja, mesti orang assume orang tu xde duit? Mana tau die mmg suka makan benda tu ke...

4) Kenapa orang happy bila dapat tahu orang lain mengandung? (ok, ini pelik, tapi bila aku tanya kawan2 aku yang lain pon, dorg ckp, happy lah, tp bila aku tanya apsal, sorg pon x dpt jawab)

p/s: Kawan aku baru bagitahu aku yang dia insyaAllah akan berkahwin x lama lg. Dia cakap, side perempuan saja kene ada at least busuk2 Rm20K. Itu pon untuk majlis biasa2 saja. Btol ke? Then, no wonder bila tgk dalam tv selalu org tanya kenapa x kahwin lagi, jawapan tipikal yang diberi ialah " Masih kumpul duit/ Duit x cukup lagi".

Read more...

Masalah Bodoh

>> Wednesday, June 03, 2009


Eh, bukan, ini bukan masalah kerana aku seorang yang bodoh.

Aku ada satu masalah lain. Masalah ini, mungkin sangat bodoh bagi kamu yang membacanya. Begini, seperti yang kamu sedia maklum (aku andaikan kamu baca la jadual hidup aku di tab kanan tu, kalo x baca, aku memang perasan!Haha), aku sekarang berada di Kuching untuk menjalani elektif posting (kalo kos lain, korg panggil attachment, or Latihan Industri ah).


Aku jangkakan, bila sudah masuk final year, dan berada di tempat org, kami (merujuk kepada aku dan rakan2), dijangkakan menjadi rajin gila babi dan sentiasa berada di ward.

Tapi kamu mahu tahu apa specialist situ ckp sama kami?

"Aiya, you guys dont need to be so frequent in the ward la, 2 days per week is enough already. I dont want to see your faces too much around here , ok. Spend your time exploring Sarawak!!".

Cool kan doktor ini. Kalau sesiapa yang berminat hendak buat elektif atau kerja di Sarawak General Hospital (SGH= Seattle Grace Hospital), kamu mungkin boleh tanya aku secara private, siapakah gerangan doktor yang cool itu. Tapi, dia bukan setakat cool saja, die juga seorang guru yang baik, suka mengajar, dan yang penting, sporting. Malahan turut mempunyai akaun Facebook (dan aku dah add die jadi kawan pon!).

Tabik!!!!

Jadi, perlukah aku skrg hanya berada di bilik 3 hari selebihnya, dan meneroka Sarawak melalui internet. *ehem* (ataupon menambah bilangan post aku setiap hari? LOL)

p/s: Masih belum makan laksa Sarawak, Mee Kolok dan Sos Lada Hitam yang sedap.

Read more...

Analisis Poll

>> Tuesday, June 02, 2009

Mulai hari ini, aku nak start analisis poll yang aku buat la. Kalau x, penat2 je aku mntak korg tick kotak tu.

Ok, soalan yang aku tanyakan kt korang adalah:

Korang rasa, mana yang lagi cool?


Pilihan jawapan adalah seperti berikut:

a) Jadi anak orang kaya

b) Lahir sebagai seorang genius

c) Mempunyai fizikal yang perfect gila

d) Famous gila2

e) Sporty

f) Sederhana dalam semua bidang yang dinyatakan


Jadi analisa yang dibuat mendapati bahawa

- 46% correspondent telah memilih untuk dilahirkan sebagai genius

- 40% lahir sebagai seorang yang sederhana dalam semua bidang yang dinyatakan

- Masing-masing 20% untuk menjadi manusia yang terer sukan dan mempunyai fizikal yang cantik (korang x rasa ni saling berkait ke?)

- Dan masing-masing 6% untuk menjadi anak orang kaya dan famous gila.

Hurm, mari baca apa yang aku bebelkan pulak. Dari perspektif aku, aku kalo boleh pilih salah satu pon, mungkin akan mintak dilahirkan sebagai seorang yang genius (namun apakan daya... T__T). Sebab bagi aku, dah genius boleh buatkan ko kaya, dan bila kaya, ko boleh pergi buat plastic surgery (hahahaha! X guna punya manusia. Haram weh ubah ciptaan Tuhan, cukur kening pon x boleh..), dan bila dah genius, kaya dan cantik, mestilah famous kan?

Erm, yang lain2 tu, korang mesti ada reason korang yang tersendiri kenapa korang pilih jawapan tu. Kalau rajin, silalah turut berceloteh bersama aku di sini.

Cuma aku x paham kenapa ramai jugak yang pilih sederhana dalam semua bidang (ni bagi aku, ok! Untuk jadi terlalu plain, mungkin boring sangat kot..skali lagi, ini hanya pendapat aku).

Let me know of anything ok!

Cheers =)

p/s: Lepas ni nak buat poll pasal apa pulak hah?

Read more...

Alumni Smapk: Biar Betul?

Macam mana nama dan link blog aku boleh masuk laman alumni SMAPK (pergh, ye, saya bekas SMapk, walopon seorang yang hampeh dan kuat merapu).

Malulah aku kalo cikgu2 baca (kalau ada cikgu bacalah). Sebab, siapalah aku di mata mereka, hanya seorang budak picisan yang SPM pon hampeh gila, siap Cikgu Najibah igt aku nak fail lg SPM aritu. LOL

Xpe, next time saya pergi sekolah, saya dah x rasa segan sangat kot. Mungkin SPM aritu, saya masih mabuk dan xde kesedaran nak study. Saya mintak maaf cikgu2.

Alang2 cakap pasal sekolah, meh aku cerita sikit la ape yang jadi masa skolah dulu.

Cikgu Norzita pernah mengamuk dengan aku sbb aku tidur dalam kelas. Dah la duduk depan sekali, sempat lg tidur sambil menyorok belakang OHP.

Ustaz Nazri pernah syorkan aku ambil supplement sebelum SPM sebab selalu tidur dalam kelas.

Cikgu Najibah, pernah cakap, dia risaukan akademik aku (mmg tahap yang sgt merisaukan pon! haha).

Err, cikgu lain, aku rasa, dorg x pernah sedar pon kewujudan aku di sekolah dulu. Pengetua mungkin ingat kepada budak yang pernah ditegur kerana malas senyum ini =P

Owh, aku dari dulu lagi sampah rupanya~

T__T

p/s: Bila ade alumni? Dengar 10 tahun lepas SPM? 2013 ek?

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP