Hai Izzati
>> Tuesday, January 19, 2010
Hai Izzati.
Entry ini ditujukan khas utk hang.
Nak sgt masuk blog kak kan?
Haha
Dah2, pi sambung tgk Hana Yori Dango hang tu.
b3cAuSe LiF3 iS t0o w0nDeRfuLlY w3iRd t0 b3 wAsTeD
Hai Izzati.
Entry ini ditujukan khas utk hang.
Nak sgt masuk blog kak kan?
Haha
Dah2, pi sambung tgk Hana Yori Dango hang tu.
Aku: Abah, nak 30ringgit.
Abah: Ok, tp nk buat apa?
Aku: Nak beli sabun muka. Nampak x jerawat ni?
Abah: Ok, satgi abah bagi.
Aku: Yeay!
Tiba-tiba mak aku menyampuk....
Mak: Ala, pakai la sabun apa, kalau x cantik tu, x cantik la jugak.
Aku: Huh! Salah siapa kalau Amy x cantik. Mesti turun dari mak bapak jugak. Wahahahaha
p/s: Xpe, aku still dpt 30ringgit tu...yeay!
Ini sambungan dari kisah di bawah. Baca kisah di bawah dulu ye.
Selepas membayar barang-barang yang dibeli, kami pun melangkah ke surau yang hanya 10 meter dari kaunter express lane tu tadi.
Bila masuk surau, aku cepat-cepat berwudhu, dan pakai telekung, kemudian SMS Abah aku yang ada kt rumah (malas nak ikut...)
Aku: Dah masuk waktu gtau. TQ
Abah: Ok
Dan 5-6 minit kemudian, Abah SMS, jadi aku pon menunaikan fardhu Maghrib. Mak aku pergi toilet dulu, jadi die solat lambat sikit.
Disebabkan surau tu agak sempit, dan makin ramai orang masuk, aku pon blah bila aku dah siap solat. Aku duduk di luar surau. Di situ, ada macam satu tmpt melepak. Ade la 3 kerusi panjang. Satu ada sorang adik kecik duduk, satu lagi pakcik berumur 60-an yang sudah beruban di kepala duduk. Jadi aku duduk di satu lg kerusi yang tiada penghuni (at least di mata kasar aku xde la...hahaha).
Dengan 3 beg plastik besar (beli barang tadi tu), dan satu bagpack (beg Nike aku yang berwarna kelabu/hitam), aku pun duduk situ diam-diam sambil keluarkan henset dan main game Snake II. (best la jgk, sbb dah game tu je yang ade dalam henset cabuk aku..)
Tiba-tiba aku perasan, pakcik tua tu asyik tgk aku. Mula-mula, tgk barang-barang aku. Kemudian, dia asyik tengok aku.
Eh, apahal pakcik ni. Buat la perangai baik2. Malu pakcik dah tua-tua dok usya anak dara (uwwweekk) orang tau. Aku pon tgk balik pakcik tu. Tanda tak mau kalah.
Sampaikan bini pakcik tu (yang juga sudah agak berumur, tadi dalam surau aku nampak dia sembahyang duduk saja. X larat agaknya...) keluar dari surau, dan pegang bahu dia ajak die jalan pon, dia masih tgk aku.
Eh, apahal ni? Aku sudah mula bengang.
Aku pon tengok diri sendiri, dan cari apa yang x kena.
Ohhhhhhhhh....
Patutlah pakcik tu tgk semacam saja...
Rupa-rupanya aku tak sedar aku tgh sedap duduk melunjur kaki (atas kerusi panjang tu) sambil dakap beg dan gelak sorang-sorang bila ular aku (yang aku main) langgar dinding. Cis. X sopan btol. Mana ada orang buat mcm tu kat shopping complex daaaa...
Lupa pulak, sebab selalu kt rumah atas kerusi panjang aku buat mcm tu. Jadi terbiasa...
p/s: Lain kali janji dah x buat la...
Read more...
Bila mana sepupu yang tak berapa comel datang rumah...
dan Abah aku memeluk budak itu bila bergambar...
aku pun mula risau....
a) Tanda-tanda minta ada cucu? (hahahahaha)
b) Mahu anak lagikah??
p/s: Abah if u are reading this, sila komen, TQ.
p/s: Abah aku suruh aku mandikan budak ni lepas sesi bergambar sebab katanya kepala budak ni busuk! Haha
Satu malam yg sunyi, bosan dan panas (insert bunyi katak dan angsa di sini)
Aku: Abah, tgh buat apa. Yadayadayadayadayada... Tolong topapkan num celcom Amy. Rm10 pon pon xpe. TQ
Lame diam xde reply.. Sejam kemudian:
Abah: Ok, sat na. Abah baru balik surau td, hp tggl kt umah.
Aku: OK.
10 min kemudian, abah pon topapkan. Aku sebagai seorg anak yg konon2 grateful pon reply:
Aku: Trima Kasih daun keladi. Hehe
Abah: Apa TQ2. Masuk bil la...
Cet, xtau la dah berapa ratus ribu bil aku tu kalo nk bayar esok2 bila dah kerja. Mau habis gaji dengan bayar bil saja gamaknya...
Semalam, pkul 9 pm, tiba2 saja aku teringin nak makan tomyam. Padahal seminggu duduk rumah, aku x sentuh pon dapur tu.
Jadi aku pon kupas dan potong sayur, ketuk serai, potong limau, bersihkan udang, rebus daging kasik empuk, kiranya semua persiapan aku buat la.
Tiba-tiba aku perasan yang daun limau takde.
"Eh, x boleh jadi mcm ni. Nnt x best la.", aku bermonolog sendiri. (Poyo x? Hahahaha)
Lalu aku pon berlari-lari anak mendapatkan mak aku dan tanye, " Mak, kt rumah kita ada x daun limau?".
Mak dengan penuh kasih sayang menjawab (ah, poyo sekali lagi. Korang boleh muntah kalo nk. Hahahaha). " Di belakang bilikmu tu kan ada kebun sayur kecil. Ada kt sana. Pergi la kutip sendiri".
Aku pon keluar la pergi belakang rumah (bilik aku kt belakang sekali dalam rumah sbb tu kebun tu belakang bilik aku) dan mula mencari-cari mana pokok limau.
Maklumlah, lama x balik (alah, baru 4 bulan stgh, poyo lg!), mane la nk tau sgt kan? Dah la malas gila keluar rumah.
Mata aku pon melilau mencari daun limau. Eh, xde pon! Biar btol mak ni. Tipu ah.
Pokok nangka, pokok pelam, serai, bawang, setawar, dan berbagai2 jenis lg pokok yang aku x kenal pon, ada lah! Mana ada pokok limau.
Aku pon masuk balik dalam rumah (dapur la sebenarnye, sebelah dgn kebun tu saja) dan ckp kt mak aku, "Mana ada mak. Tipu la". Ceh, sempat lg aku tuduh mak aku tipu. Hahaha
Mak suruh aku keluar balik, cr betul, pakai spek, yelah kan, rabun la konon2nye. Ok la, aku pon menurut perintah. Tapi kali kedua keluar cari pon, x jumpa jugak. Hish, x boleh jd ni!
Jadi aku jerit la dr kebun tu, "Mana ada pokok limau!", dengan kuatnya, dan aku saspek mekanik sebelah rumah aku pon terjaga (ye, rumah aku sebelah bengkel kereta. Pelik, tp benar. Sayangnya, mekanik sebelah rumah aku x hensem mcm mekanik2 kt US. Aku tertipu dengan imej mekanik US T__T).
Mak aku pon dengan geramnye keluar (yelah, aku dok terpekik terlolong malam2 ckp daun limau xde, ape kes?) dan tunjuk kt aku yang aku tgh berdiri sebelah pokok limau.
"Tu, apa dia???", jerit mak aku. Haha. Padan muka. Kena jerit sekali.
Aku pon tgk pokok tu, dan terspontan cakap "Eh, pokok limau macam tu ke rupa dia?". Bangang.
Rupa-rupanya aku x kenal pokok limau tu macam mana rupa dia. Bodoh!
p/s: Moral of the story ialah: Kalau bodoh jgn berlagak pandai macam aku dlm kes ni. Siap ckp mak aku tipu lg. Hehehe.
p/s: Ini bukan entry smbungan Mother VS Daughter.
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP