Showing posts with label Fun Stuffs. Show all posts
Showing posts with label Fun Stuffs. Show all posts

Ho Ho Ho (Kata Pak Cik Santa)

>> Monday, December 14, 2009

Krismas muncul lg, dan macam biasa, mall akan penuh dengan deco yg cute2. Jadi mari amek gmbr kejap dah alang2 keluar ni kan...

Selamat muntah =P

Kita mulakan dengan watak utama Krismas, Pak Cik Santa
Ho Ho Ho


Apsal binatang ni nampak mcm keldai ah?

Aku, Pika, n Nutcracker ke blkg tu ah?

Ok, aku kecik2 dlu xde bear2 mcm ni T__T.
Jadi skrg dah bsr, dpt pegang pon jadi la...

Ini moose ke reindeer ah?

And aku seriously xtau ni menatang apa
Hahahaha

Macam haram sungguh muka ini.
Oh ya, kenalkan henset cabuk aku. Haha

p/s: Muntah kan? kan? LOL

Read more...

The Wedding Pictures Blogssss

>> Friday, December 04, 2009

Aku xtau la ini berkaitan dengan musim cuti sekolah ke, umur makin tua ke apa, tp apsal kawan2 aku (aku x termasuk ok =P) sume gila dgn blog2 photographer kenduri kahwin lately(setahun kebelakangan ni kot).

Adakah masing2 sudah x sabar untuk berkahwin?

Sebab sudah nak grad x lama lg? (InsyaAllah...)

Or sebab masing2 dah tua kerepot, dok tgk je org kawen dan dapat anak?

Ataupon cari pose2 menarik utk majlis sendiri nanti?

Or sekadar hobi mengisi masa lapang?

Tanyalah mereka dan mungkin aku akan dapat jawapannya....

p/s: Disebabkan wireless uni aku off sbb budak2 lain cuti, jadi laptop n broadband aku selalu la jadi mangsa utk tgk blog2 terbabit. Oh malangnya aku pon dah terlibat sekali nampknya! Mungkin lecturer2 akan kecewa bila dapat tau student2 depa lg berminat tgk gmbr org kawen dr baca buku or praktis clinical skills. Hahahahaha

p/s 2: Yang lagi teruk kalo pg tgk gmbr2 tu, pastu kutuk org gila babi kot. Ah best gila. LOL

Read more...

Mari Langgan Video Panasku

>> Thursday, December 03, 2009


SMS 1: Jikalau anda boleh tahan, nikmati koleksi, Video Peribadiku yang hebat, sila balas YA. Warning! Hanya untuk umur 18 ke atas!

Sender: 01X-XXXXXXX

SMS 2: Langgan video-video terhebat milik Sasha PERCUMA! Langgan setiap bulan sekarang!

Sender: 01X-XXXXXXX

Pernah dapat sms-sms yang mcm ni?

Aku rasa dlm sebulan, ada la 3-4 kali kot aku dapat sms yang mcm ni.

Annoying gila babi ok!

Memang la diorang cari pelanggan dengan tekan number phone orang randomly, tapi bila dah tiap2 bulan pon dok dapat sms yg mcm tu, aku rasa mcm dorg dah save number kita2 ni, n bila ade video baru je, dorg guna "Send to many" punya applications je. Senang crita. Bijak gila kan? Kan? Hahahahaha.

Kadang2, aku seriously rasa mcm nak reply je sms tu mcm ni.....

"Bodoh! Ko dah xde kerja ke dok sms aku msg2 mcm ni?".

Tapi, x pernah la plak aku reply, mungkin sbb time aku dpt sms tu, tgh buat kerja yg lagi penting kot...


Tadi rumate aku si Pika ckp die dpt 2 msg yg mcm tu hari ni.

And yang aku x sangka gila ialah die reply msg tu dengan "Bodoh!" sebab time tu die tgh tensen2 clerk kes. Malangnye, x reply la plak org video panas tu. Cuak la tu.Hahahaha

p/s: Eh korg rasa kan, ramai ke ah yang langgan video2 dorg tu? LOL

Read more...

Out For Lunch

>> Sunday, August 09, 2009

Oldtown White Coffee.



Lunch.



Hungry.



Aku: Wah2, sume nmpak cm sedap ni.



X dpt nak decide la (tgk muka kagum aku masa usya menu)


Sibah: Aku kena cek wallet dlu ni. Cukup duit x nk melantak sume benda yg ada dlm menu.



p/s: Ice blended coffee and hazelnut die sedap, tp mcm kuat sgt. Palpitations aku dibuatnya.



p/s 2:O yeah, pergi la try makan sana. Sedap!



Read more...

Bila Sampai Rumah Dan Kene Shock Sebab Dah Lama Tak Makan Free

>> Tuesday, June 23, 2009

Pertama2nya, maafkan aku sebab tajuk aku panjang gila. Tiru Awerz. Hehe.



Aku dah jadi macam kucing malas yang asyik nk berlingkar dan tidur sahaja kerana terlalu senang mendapatkan makanan di rumah tanpa perlu keluar setapak pun dari pintu depan.



Inikah tanda-tanda aku akan menambah berat sebanyak sepuluh kilogram?



p/s: Malam ni nk makan apa pulak ah? Keropok lekor? Satay Ayu? Omaq Char Kuey Teow? Tomyam? Kerabu Daging? Kerabu Mangga? Burger Depan Rumah? Carrot Susu? Nasi Goreng Ikan Masin? Kek Lapis Sarawak? Durian Lagi? Rambutan? Pergh!!!

Read more...

Kucing Juga Makan Spaghetti

>> Tuesday, June 16, 2009

Hari-hari lapar dan boring, kalau kami rajin sikit, aku dan rakan-rakan aras akan masak spaghetti secara haram di bilik (memasak adalah haram di asrama kami. Hampeh!)

Kalau ada lebih... (yang mana selalunya jarang la...) inilah yang akan berlaku...




p/s: 'Terpeleot' kan bunyi meow roomate aku? LOL

Read more...

Mengira Jodoh?

>> Monday, June 08, 2009


Back in 2006 (or so), a friend of mine started a method(which she heard from someone, I think) of analyzing what is the age of us gonna get married.

It was so simple, all you need is a palm (well, definitely yours lah kan!) and a ruler.

Ready for instructions?
All you have to do is measure the distant between your ring and little finger. Like the picture below (my palm, hehe). To be precise, use millimeters as parameter.


Tak payah la kamu cuba ukur jari aku.. =P

Waktu itu, kami beramai-ramai berkumpul di belakang kelas dengan masing-masing memegang satu pembaris di tangan, dan mintak kawan tolong ukurkan. Yang lawaknya, kami menjadi sangat sensitif dengan ukuran! Tak boleh salah ukur sikit pon, sebab masing-masing taknak jadi anak dara tua (isu sensitif ni).

Kalau ukuran kamu ialah 23mm, maknanya kamu bakal berkahwin pada usia 23 tahun (and so on....)

Basically, ramai yang dapat ukuran dalam range 22mm-25mm. Adalah jugak yang dapat 28 ke atas, tapi nama dirahsiakan di sini.

Bukan budak perempuan saja main, tapi dengan lelaki sekali join bnda ni. Termasuk la Chinese and Indian.

Ada seorang rakan lelaki (kita namakan dia A) menjadi bahan ketawa bila bacaan ukuran jarinya adalah 40cm! Haha. Tafsiran kami, mungkin die bekerja sampai jadi consultant specialist dulu, dapat pangkat Datuk, barulah ade perempuan yang berkehendakkan dia. Haha. Jangan marah A! Lawak saja bah....

Hah, aku nampak kamu tgh ambil pembaris dan ukur jari kamu tu!

p/s: Let me know ur measurements kalo x segan nak bgtau la... and guess what's mine?

Read more...

An Almost Love

>> Sunday, June 07, 2009




An Almost Love

(picture was taken by truly yours, in Wind Cave, Bau, Sarawak)

p/s: Finally....

Read more...

Hari Ini Aku Ialah Seorang Iban

>> Monday, June 01, 2009

Hari ini aku jadi orang Iban. Tengok gambar2 di bawah....

Diambil semasa pergi ke Sarawak Cultural Village.. best gila ah sana! Recommended!



Aku cuba2 jadi ayu. Hampeh!


Beramai2 sewa costume utk photography session...


Aku dengan Nija dan Pika yang pilih untuk pakai baju Iban lelaki.
Pakai cawat beb! Aku x tipu!


Tapi last2, aku sedar, aku tetap aku, despite apa aku pakai pon...


p/s 1 : Haritu aku ckp Kuching membosankan, sekarang aku tarik balik lah! Weee......

p/s 2 : Aku xnak tulis byk2, nnt korang bosan. Nak tgk lg byk gambar, pergi FB aku ok?

Read more...

Hooo! Mari Menari Tarian Ini!

>> Sunday, May 31, 2009






Perasan pandai je pon....

Read more...

Fort Margherita: Kisah Kanak2 Miskin

>> Saturday, May 30, 2009


Haritok kamek sama kawan2 pergi Fort Margherita. Malas nk cerita panjang. Nnt korg boring. tgk jelah apa yg aku snap ni. Sekian.




Gambar tipikal.


Di depan Fort Marg.


Tempat org kena gantung! Ada tengkorak dalam tu!


Ini tengkorak real. Gua x tipu lu semua.


Ah, aku buat berani.


Mau hancur muka ke?


Hello kawan2!


Heee...


Nija, dan tangga dalam bangunan. Sempit!

p/s: Jangan la cari rezeki dengan cara menipu. Haram weh, kesian la kami yang student miskin2 ni!

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: Orang Utan Punya Story

>> Wednesday, May 27, 2009



Kisah Kami Mengembara Ke Hutan Yang Tebal Dan Basah (sbb hujan daaa)

Selepas ke Crocodile Farm, kami pon menggunakan perkhidmatan pakcik van sapu yang sama utk ke Semenggoh Wild Life Centre. Blablablabla, kami pon sampai dalam 10min kemudian. Ok lah, x jauh sgt.

Sampai dalam pukul 11.45am, rupa2nya, tmpt tu tutup pukul 12.oopm, bukak balik pukul 3 pm. Abestu? Mcam mana ni? Kami pon tanya, dalam ni ade surau dan cafe x? Pak guard tu jawab xde. Hello~ Ini Malaysia ke? Surau pon xde. Pelik btol aku. Knape x sensitif langsung dengan keperluan orang ni. (ok, nnt korg jwb plak, nk smbahyang mane2 pon xpe kan? Jgn nak bg alasan! Ok, tp itu tmpt ah, toilet pon tarak ooo..)

Maka kami pon ambil keputusan utk stay jgk la kt situ, xkan nak balik kot, alang2 dah sampai, bayar van sapu mahal2. Jadi kami pon berjalan kaki ke sebuah pejabat penyelidikan tumbuh-tumbuhan yg berdekatan, dan cari surau. Xde surau jgk! Pelik2. Apa ni? Tapi pakcik pekerja di situ, mmg baik gila! Dia ckp, surau xde, tp leh tumpang ofis tu untuk sembahyang dan rehat2, sementara kami nk tggu tmpt Orang Utan tu bukak balik. OK, tQ pakcik. Kamu mmg terbaik! Dia siap bg pinjam motor die lg, suruh beli makanan, sbb mungkin nmpk kami mcm kelaparan sgt2. Jadi Atiyah pon pergi la dgn Pika S'wak, naik motor dan beli 10 tapau nasik! LOL

Selepas makan, bersolat Zohor dan mengucapkan berbanyak terima kasih kt pakcik baik tu (aku bajet nk tulis kt paper ah esok2), kami pon jalan balik ke tmpt Orang Utan tu (adelah 5 min jalan)...

Sayang, gambar x dpt ambil byk sbb hujan! Haih.....



Bangunan je cntik, ape pon xde dlm tu.



Pheww! (terer gila bergayut!)



Hey, kamu tgk sini!



Nyot nyot



Nyot nyot lg



Gugugugu.


EEEkkkk!



Nyot nyot.

Mat saleh mmg ramai, kami saja local kot rasanya. Nasib baik la aku cas kamera cukup2 smlm, jadi aku dpt ambil gmbar la jgk. sbb kwn2 aku, sume abes battery (mustahil aku lupa cas kamera, kalo x, mau nangis kt situ jgk!)



Gambar yg diambil oleh lelaki mat saleh yg macho =P




Aku:Hey, can u push the button a little bit longer please?
Mat saleh: Ok, no biggie!




Erk? Mana spek skema?



Aku yg berpoyo berpayung seketika. LOL

p/s: Selepas ambil gambar sikit2 (btol, mmg x byk, sbb hujan), kami pon balik dan tiba di hostel lebeh kurg pukul 4.30 pm. Happy!

Sekian...

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: The Crocodile Farm


Percubaan aku menjadi nerd dengan pakai kemeja dan kasut separa formal.
Dan juga cermin mata tebal yang aku beli di Tesco berharga rm12

Hari ni kami sepakat untuk ponteng kelas. Sebab kami malas. Dan konon2 sbb plg kuat digunakan ialah, ada seorg specialist (nama dirahsiakan =P) kt sini ckp, die xnak tgk muka kami sgt kt ward. Dia nak kami meneroka keindahan Sarawak sementara masih muda ni, sbb die kata, 20-30 tahun lg, kami xkan menyesal kerana x buat medicine dgn bersungguh2, instead kami akan menyesal kerana x cukup enjoy hidup (wah3, lagho ah aku T__T. Mintak maaf kwn2.)

Jadi kami decide untuk pergi ke Crocodile Farm yg terletak dlm 45min perjalanan dr Kuching. Kami naik van sapu (sorg kene pow rm5, adeh, pedih wallet rabak aku tu).
Setelah 45min perjalanan menaiki van cabuk smpai sakit punggung aku sbb span seat die dah nipis (haha, x lucah kan?), kami pon tiba di di destinasi.

Ok, mari beli tiket.
Oh wait! Apahal tiket mahal gila wei?? RM 16 for Adult (ni malas membesar dan menua ni! Dah la mahal, sume kena bayar sendiri!). Pastu, pelik gila cara price ticketing die, selalunya korg pergi mana2, sama ada dia buat Malaysia and Foreigner, x pon ade student price kan? Tapi kt sini, die buat Sarawakian and Others sahaja. Sah2 la kami dalam Others tu. (Sarawakian byr rm10 Saja. X aci la wei. Igt nk dtg Kuching aku naik rakit buluh merentas Laut China Selatan ke?).

Jadi kami pon cuba2 jadi Sarawakian. Sempat la mengasah dialek sana. Kamek mmg oghang Saghawak! Kita sik caya sama kamek ka?. Ok. PERFECT! Sampai di kaunter, kami pon cakap kami org Sarawak. Tiba2, org kaunter lg pandai, dia mintak IC daa. Cet. Cilakak. Puas dah merayu pon, siap ckp student miskin dr Sabah pon x nak caya, jadi apa boleh buat, 16 ringgit pon, 16 ringgit la. Alang2 menyeluk pekasam, biar masam ketiak tu! ( Buat penat aku pakai Rexona No Sweat challenge saja!). Bayar, kemudian masuk. Adalah sempat aku jatuhkan syling2 aku kot2 la die nk kasik murah (yelah, nk ckp ade syiling je, kire miskin la ni..), tp sume taktik hebat2 aku x menjadi. Pandai2...


Ok, kami pon masuk, amek2 gambar skit (ok, x sikit, ade la 4 ratus keping kot! haha). Kami bernasib baik time kami dtg tu, mmg time nak bagi makan buaya tu. Jadi, untuk tidak memanjangkan cerita lagi, korg usya lah gambar2 yg x seberapa ni. Penat siot aku tggu nk dpt snap gambar die sambar trachea and lungs tu. Nasib baik dapat! Happy!




Nganga luas2 bang!


Yeay! Dapat snap!


Nyum Nyum Nyum.


Cute gila benda ni! Meow~


Eh, eh, apa hal ni!

p/s: Post Orang Utan tggu sat na. Nak karang dulu. =P

Read more...

Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: Preview


Preview untuk entry selepas ini. Penat, tp excited nak cerita kt korg!


I must say that I'm glad I own a DSLR camera =)

p/s: Gua sudah miskin beb jalan2 ni. Aiya..

Read more...

Lagu Itu...

>> Monday, May 25, 2009

Satu malam yg membosankan, aku dan Nija sedang berbaring2 dan cuba membuat sebuah lagu..

Aku came out dengan lirik utk ayat pertama:

" If I see your face again......"

Namun, usaha kami terhenti kerana bait2 seterusnya, semuanya mengarut dan x dpt diterima akal...mungkin x sesuai untuk diceritakan di sini. =P

Itu belum masuk lagi bergaduh pasal royalti untuk lagu, termasuk perasan akan membuat persembahan mcm Yuna, macam mana nak skip kelas, dan terbayang Dean panggil sbb slalu ponteng untuk buat show...

Tapi kami lupa, lagu kami masih satu ayat...

p/s: Kami memang perasan. X boleh jadi penyanyi/komposer langsung. Haha

Read more...

Jumpin' Jumpin'


We might be a bit older and all, but hey, what about showing off some of our jump moves? Dedicated to all my 4th year groupmates. Thanks for everything! If any of you guys are reading this, it was fun kan doing all this lompat2?


Let see......



Dari kiri: Zulfa, Mimi, Zati



Smart gila! Pic of Azman. Gambar diambil oleh yours truly =P



Percubaan aku belajar tarian klasik India. Ok x?



Di Pantai Kulambu. Weee!
From left: Mimi, Kai Fei, May Feng, Amy Voo, Aaron, Marne, Aizat



From left: Azman, Aaron, Mimi, Izati, May Feng, Amy Voo, Kai Fei and Shea Wah


p/s: My group is definitely the best at jumping!

Read more...

Masak-Masak

>> Sunday, May 24, 2009

Aku tiba2 nak buat satu confession kt korg, tp ni agak memalukan.





(clearing throat)

Aku main masak2 (guna tanah dan bunga) sampai aku tingkatan dua.

LoL.


Perkara ini hanya akan berlaku kalo aku balik kampung kt Kepala Batas (ya, aku tau rumah Pak lah kt mana. X jauh dr rumah tok aku). Boleh lg bangun pagi2 buta, x mandi, x makan, terus pergi main masak2 dengan adik2 dan sepupu2 yang jauh lebih muda dari aku.Mungkin tu sebabnya kot, xde sepupu yang besar. Yang ade pon seorang sepupu lelaki yang aku x berapa suka (yang sekarang dah nak kawen dengan phD student aku dgr. Boleh tahan ko ek Abg Shon?), dan seorg sepupu perempuan (tua 2 tahun dr aku) yang sedikit pemalu dan asyik nak ikut bontot mak pergi mana2.

Guna tanah merah untuk buat kek, keraskan bawah matahari, kemudian hias guna bunga jejarum (yang kaler merah tu). Kadang2 siap potong dan hidang lagi. Owh~

Kami (merujuk kepada aku dan kanak2 kecil lain) juga selalu mengepow nenek (yang dah meninggal pada tahun 1999, Al-Fatihah) aku punya peralatan2 dapur, dan guna untuk masak tanah2 tu, jadi membuatkan kami selalu kena marah teruk, sbb lepas tu, sure lah benda2 tu sume dah xleh guna kan. Terutamanya, mestilah aku, sbb aku paling tua, jadi aku dikira "kepala" kepada budak2 lain. Jadi aku yg slalu plg teruk kena. Parents aku pon kalo aku kena marah, sure x back up punya, siap tmbah marah lg ade la. Haha

Ok, aku rindu zaman kanak2 aku.

p/s: At least aku x main kahwin2. Ok apa kan?

p/s2: Aku tau, korg pon mesti main jugak benda2 macam ni kan ...

p/s3: Masa aku kecik, bila tgk tv, especially bila part ada anak mintak kahwin kt parents dia, dan parents dia ade cakap dah fikir masak-masak ke psl perkara tu, aku slalu igt parents dia maksudkan yang die tu dah pandai masak ke x. Comel kan? Hahahaa


Read more...

Bako National Park: A Lifetime Experiences

Aku dan rakan2 telah berjaya menjejakkan kaki ke Bako National Park semalam. Cantik xtahu nk ckp, dan x tergambar dek kata2 mahupon dicapture oleh mana2 camera. Pergi lah sendiri.

Meh aku ltk skit gambar2 semalam. (ade la sumenye dlm 800keping kot, sbb cmpur2 kamera kan.)


On the way nak pergi tu, kami naik boat. Ni aku rasa mcm boat rest station la. Haha



Kami sudah sampai. Saja poyo2 tunjuk batu tu.



Setelah jungle trekking yang penat nak mati. Berbaloi gila!



Aku jadi Lady Mimi kejap. Pinjam topi orang =)



Posing jgn x posing. Nasib baik x jatuh bawah tu saja...



Boat yang kami naik. Nasib baik ada bumbung, kalo x, jadi arang la aku harini jawabnya..

p/s: Where should I go next?

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP