Gadis Melayu
>> Saturday, May 16, 2009
Semalam aku tertengok TV. TV 9. Itu pun selepas aku masuk bilik mak aku untuk cari di mana Handphone aku yang hilang.
Waktu itu, tengah disiarkan iklan tentang program Gadis Melayu, yang dah masuk musim ke 2.
" Lebih kontemporari"
"Lebih agresif"
"Lebih merepek" - ini aku yang kasik. Hehehehe
Ok, tujuan sebenar aku buat entry ni sebab nak ceritakan kat korang yang tahun lepas, aku pernah tertengok separuh episod Gadis Melayu. Aku cakap tertengok ni, sbb aku jarang gila tgk tv, unless itu cerita CSI.
Waktu itu, bulan November 2008. Roomate aku, Pika datang turun Penang. Nak tgk Penang katanya, tapi end up dengan terperap dalam bilik adik aku (aku mntk adik aku pindah. Kasi dia selesa sikit bilik sorang saja. Tapi aku dan adik aku end up dengan main game Harvest Moon kt PS2 dalam bilik aku saja! hahahhaha).
Satu malam, kami pon tgk tv di ruang tamu. (Parents aku dalam bilik, buat ape tah. LOL). Tiba-tiba, aku dapat satu msg dr Alex (rakan sekuliah), yang berbunyi begini:
"Mi, buka TV9. Gadis Melayu!"
Disebabkab dia sgt excited suruh aku tgk, jadi untuk menghormati permintaan die, aku pon bukak la TV 9.
Waktu itu, tengah ada sesi soal jawab antara peserta dengan ahli panel. Tak silap aku, panel time tu, Ezzah Fawzy, Ustazah Bahiyah, dan sorang lg, aku x igt, Mintak maaf. Cerita tak lengkap.
Kemudian, peserta2 pun dipanggil sorang demi sorang dan akan ditanyakan soalan kepada mereka. Soalan agak rambang la, tapi masih berkisarkan tentang "Gadis Melayu".
Yang menarik perhatian aku adalah tentang seorang peserta ni. Dia nampak sangat muda. Macam baru akil baligh sahaja. Hahaha. Free-hair, kurus, kecik dan asyik sengih2 (aku pon x paham apsal? Kamu nak attract Colgate ambil kamu jadi model iklan dia ke??). Kita namakan saja dia ni X , ok?
Ok, dia pun dipanggil. Tampil kehadapan. Waktu itu, giliran Ustazah Bahiyah yang menanyakan soalan kepada X. Berikut adalah perbualan/ sesi soal jawab mereka:
Ustzh Bahiyah: Ok, X. Assalamualaikum.
X: Waalaikumussalam.
Ustzh Bahiyah: Soalan ustazah kepada kamu. "Mengapa dalam Islam, kita diwajibkan menutup aurat?"
Woho. Ok, aku minta maaf awal jika apa yang berlaku selepas ini agak sensitif ya.
X: Ala..... susahnya soalan ni. (Sambil tersengih2 dan menggeliatkan seluruh badan tanda protes mungkin, kenapa dia yang tidak bertudung yang dapat soalan ini)
Ustzh Bahiyah: Takpe, jawab saje.
X: Urm. susah la!
Ustzh Bahiyah: Takpe, kamu cuba saja ya.
Ezzah Fawzy: Ya, cuba saja.
X: urm, Islam suruh kita pakai sopan2 supaya...urm... orang tepi2 jalan x kacau kita, buat2 bunyi mcm tikus tu.
Aku gelak. Comel sungguh jawapan dia ni!
Ustazah: Jadi, sbb Islam suruh kita menutup aurat, agar x kena mengorat la yek?
X: Ha! Betul tu! (jawab X dengan excited gila, tapi masih tersengih2)
LOL
p/s: Kalau aku masuk program ni, mungkin aku jadi peserta terawal yang kena kick. LOL
p/s 2: Aku bukan Gadis Melayu tulen. Campur darah lain juga.
8 Maki Hamun!:
Dia ni mesti slalu kena kacau ngn orang tepi jalan. Hahaha...
Nasib ak jenis suka duduk tengah jalan. Haha..
Ko, jadi pelesit malam2 tu ke?
kesian kn org mcm ni.xtau prkra sbnr diwjbkan tutp aurat..pdhal ada jg org y kacau tdung kena kacau kt luar sana..apa2 pn aku doakn moga Allah beri hidayah pda dia untk tutup aurat nnti..ameen.
aku rasa dia tahu, tapi mungkin x tahu mcm mana nak ckp.
mungkin kalau dia cakap, macam backfire diri sendiri.
ko tgk shikin gadis melayu tuh..bdk skolah aku..wawawa!!!
suma org tekejut dia msuk..ok la jgk dpt top 3...ty dia napa msuk ko tau dia ckp apa..dia igt benda ni utk memartabatkan kaum melayu..smangat!!!!skali psl sopan santun..xsesuai!!!
Ustazah bahiyah tu tak tau jage sensitiviti orang. memang la die tak pakai tudung. salah die. tapi yang ustazah tu pegi tanye soalan tu wat malu X tu saje. lagi la memberontak orang tu. dari ade hati nak pakai tudung terus terkubur.
oh. aku consider diri aku sebagai org2 di tepi jalan.
aku salahkan ayah aku sbb ayah aku cuba pikat mak aku camtu dulu. ayah aku siul2 kat mak aku.
jgn tanya ku cemane derang bleh kawin. bila aku tanya, masing2 cite benda lain.
ceh
Yaya: aku x tgk tv. sekian
Awerz: soalan preset mungkin. xpon saja nk mencabar kepandaian bdk tu menjwb soalan ke...
Mongue: Aku satu ketika dulu, juga seorang bdk jalanan.LOL
Post a Comment