Mari Ponteng Ward Round Dan Jalan2: The Crocodile Farm

>> Wednesday, May 27, 2009


Percubaan aku menjadi nerd dengan pakai kemeja dan kasut separa formal.
Dan juga cermin mata tebal yang aku beli di Tesco berharga rm12

Hari ni kami sepakat untuk ponteng kelas. Sebab kami malas. Dan konon2 sbb plg kuat digunakan ialah, ada seorg specialist (nama dirahsiakan =P) kt sini ckp, die xnak tgk muka kami sgt kt ward. Dia nak kami meneroka keindahan Sarawak sementara masih muda ni, sbb die kata, 20-30 tahun lg, kami xkan menyesal kerana x buat medicine dgn bersungguh2, instead kami akan menyesal kerana x cukup enjoy hidup (wah3, lagho ah aku T__T. Mintak maaf kwn2.)

Jadi kami decide untuk pergi ke Crocodile Farm yg terletak dlm 45min perjalanan dr Kuching. Kami naik van sapu (sorg kene pow rm5, adeh, pedih wallet rabak aku tu).
Setelah 45min perjalanan menaiki van cabuk smpai sakit punggung aku sbb span seat die dah nipis (haha, x lucah kan?), kami pon tiba di di destinasi.

Ok, mari beli tiket.
Oh wait! Apahal tiket mahal gila wei?? RM 16 for Adult (ni malas membesar dan menua ni! Dah la mahal, sume kena bayar sendiri!). Pastu, pelik gila cara price ticketing die, selalunya korg pergi mana2, sama ada dia buat Malaysia and Foreigner, x pon ade student price kan? Tapi kt sini, die buat Sarawakian and Others sahaja. Sah2 la kami dalam Others tu. (Sarawakian byr rm10 Saja. X aci la wei. Igt nk dtg Kuching aku naik rakit buluh merentas Laut China Selatan ke?).

Jadi kami pon cuba2 jadi Sarawakian. Sempat la mengasah dialek sana. Kamek mmg oghang Saghawak! Kita sik caya sama kamek ka?. Ok. PERFECT! Sampai di kaunter, kami pon cakap kami org Sarawak. Tiba2, org kaunter lg pandai, dia mintak IC daa. Cet. Cilakak. Puas dah merayu pon, siap ckp student miskin dr Sabah pon x nak caya, jadi apa boleh buat, 16 ringgit pon, 16 ringgit la. Alang2 menyeluk pekasam, biar masam ketiak tu! ( Buat penat aku pakai Rexona No Sweat challenge saja!). Bayar, kemudian masuk. Adalah sempat aku jatuhkan syling2 aku kot2 la die nk kasik murah (yelah, nk ckp ade syiling je, kire miskin la ni..), tp sume taktik hebat2 aku x menjadi. Pandai2...


Ok, kami pon masuk, amek2 gambar skit (ok, x sikit, ade la 4 ratus keping kot! haha). Kami bernasib baik time kami dtg tu, mmg time nak bagi makan buaya tu. Jadi, untuk tidak memanjangkan cerita lagi, korg usya lah gambar2 yg x seberapa ni. Penat siot aku tggu nk dpt snap gambar die sambar trachea and lungs tu. Nasib baik dapat! Happy!




Nganga luas2 bang!


Yeay! Dapat snap!


Nyum Nyum Nyum.


Cute gila benda ni! Meow~


Eh, eh, apa hal ni!

p/s: Post Orang Utan tggu sat na. Nak karang dulu. =P

9 Maki Hamun!:

Sheehan May 27, 2009 at 11:52 PM  

alasan baik pnya..hoho..
eh ko x brada d tmpat kejadian pn masa arahan tu dkluarkn..

maskedfacies May 27, 2009 at 11:53 PM  

aku mmg paling handal memberi alasan.

aku rmi informer bah. mesti la tau sume benda! =P

Aisyah May 28, 2009 at 1:22 AM  

ya Rabbi.. takotnya tgk buaya tuhh!! beruang tu comel la pulak mcm teddy bear, uuu nak peluk. hahah.

sy pun pnah try jd bdak kecik nak tiket murah masuk zoo negara. tidak berjaya wpun bdan dh mcm terlebih budak. hmm maybe over-dressed. hu.

maskedfacies May 28, 2009 at 1:55 AM  

mmg takut, ada beraatus2 tau sana!

yg kamu pakai mekap tebal sekilo sapa suroh.. =P

laki hensem May 28, 2009 at 4:37 AM  

ai cik amy..slmt pagi!!!

syafiqa May 29, 2009 at 1:35 PM  

aku mmg suke btol menggunakan reason "specialist yg suro bejalan2 kt swak dan x yah menyemak sgt kat ward n die x mo tgok kite slalu kt ward.."

kat ayah aku pn aku bg reason ni tau
(p/s: sbenanye ayah aku sgt skema bab ponteng2 ni..seb baek ade reason baek punye )

maskedfacies May 29, 2009 at 3:39 PM  

Pika, suruh ayah ko pergi jumpa doktor nu!

mah June 1, 2009 at 11:30 AM  

woi apsal bear ko bunyi meow?!

mknace unlimited June 6, 2009 at 7:36 AM  

LOL baiknya alasan LOL

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP