Baling Batu Sembunyi Tangan
>> Friday, May 15, 2009
Aku mahu ceritakan kisah tentang seorang budak perempuan yang hobinya mengenakan adik lelakinya.
Kira-kira 14-15 tahun dahulu, seorang budak perempuan yang berusia lingkungan 7-8 tahun tidur sekatil dengan adik
lelakinya yang berusia lingkungan 4-5 tahun.
Satu malam, kanak- kanak perempuan itu telah memakan tembikai dengan banyaknya kerana itu adalah buah kegemarannya.Adalah dalam
3-4 potong yang besar, mungkin.
Selepas siap membuat kerja rumah dan menonton televisyen, die bersiap sedia untuk tidur.
Pergi tandas, berus gigi, buang air kecil, basuh kaki (rutin harian).
Dia pun naik ke katil dan terus tidur. Adik lelakinya sudah pun nyenyak tidur kerana penat bermain dengan
rakan-rakan ciliknya petang tadi.
Tidur.....
Kanak- kanak perempuan itu bermimpi yang dia sedang kencing di dalam tandas. Dia tiba- tiba terjaga. Rupa-rupanya,
bukan dalam mimpi saja dia kencing, realitinya, semasa dia terjaga, dia memang sedang kencing atas tilam.
Patutlah tilam itu dirasakan panas dan basah sahaja. Dia tidak berasa panik sedikit pun. Disudahkan apa yang sedang dilakukan itu, dan perlahan-lahan dia bangun ke tandas.
Mandi...
Tukar baju...
Bila dia hendak sambung tidur semula, dia mendapat satu idea yang sungguh bernas tapi kejam.Sudah pasti dia tidak mahu tidur kembali di tempat yang sudah dikencingnya tadi bukan? Lagipun dia sudah menukar baju baru.
Dia pun perlahan-lahan menggolekkan adik lelakinya yang sedang nyenyak tidur ke tempat tidur asalnya yang penuh air kencing tadi.
Dan dia pun sambung tidur di tempat asal adik lelakinya yang kering dan selesa....
2 jam kemudian, ayah mereka datang mengejutkan mereka untuk ke sekolah. Didapatinya bahawa katil itu basah dengan air kencing.
Dikejut kedua-dua anaknya itu. Bermulalah sesi soal jawab:
Si Ayah: Ni sapa kencing tilam ni?
Anak Perempuan: Adik la. Siapa lagi?
Adik lelaki: Bukan adik! Bukan adik!
Anak Perempuan: Habis tu, tempat kamu basah dengan air kecing. Apa mahu dinafikan lagi?
Adik lelaki terdiam. Si Ayah membebel seketika sebelum menyuruh anak lelakinya mandi bersih supaya hilang sisa-sisa "air kencingnya" itu...
Anak perempuan tersenyum kemenangan.
Cerita ini sudah menjadi rahsia selama 15 tahun.
Sampai sekarang, si adik mahupun si ayah belum tahu rahsia sebenar.
Dan sampai sekarang, anak perempuan itu masih tersenyum jika teringat peristiwa ini...
Dan dia mahu kamu semua juga senyum tika membaca kisah ini.
Jangan tipu. Kamu semua mesti pernah kencing tilam juga kan?
Cuma kamu semua tidak sejahat anak perempuan itu sahaja. Hahahaha.
p/s: Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku satu ketika dahulu.Kamu juga mesti ada cerita kamu tersendiri kan?

11 Maki Hamun!:
LOL..hahaha
entry ko make my day!!
sian gile adik ko muka konpius bgun tdo pg2 dh kena tuduh kencing atas tilam..haha
glad to hear that.
ya, kesian kan adik aku. aku mmg kejam. byk lg cerita akan menyusul.
kisah2 kekejaman aku.hahaha
hahaaa...ksian la adk y dpt akak mcm tu..xheran la hng buat mcm tu esp sesiapa y knal hng msa sekolh dulu..
masa sekolah aku gaduh dengan budak laki saja. eh, xleh crita sini. nnt aku buat entry psl ni la.
hahaha.
kluar lg entry pelik2.
weh, lps baca ni, jgn dok crita kt kakak hang plak. satgi die crita kt mak aku, naya kene tutup blog ni!
kt seklh, ramai la bdk laki y gerun..trlampau grang..tp skrg mcm mana ek?grang lg ke? kurg sket kot..arap2.
Hahahaha...
Patutla ada undang2 x leh tdo satu katil dua org ko wat kat rumate ko.
Mmg sesuai!
Slamat ayah ko x cek DNA air kencing tu. Haha..
sejahat2 aku pun takdelah sampai memfitnah adik aku macam tu :D
ms aku kecik dl, klu aku tkencing, aku ngaku je. smpi skrg pn aku ngaku lg.
.. no wait, that didn't come out right.
Neorackle: Eh, rumate x tido sekatil tu bukan sbb kencing tilam.
Sebab kami nk elak fitnah pelik2. hahaha
Jamil:Hurm, aku x tahu kenapa aku buat mcm tu.
Kejam dan keji la pulok.
Sop:Hoh, skrg pon? gunalah adult diapers. LOL
hahaha..ko ada wat confession yg sbnrnya ko culprit dia.hoho
pergh...
awesome...
ultimate skill da neh, kecik2 lg da pandai.
Post a Comment