Breached
>> Tuesday, May 05, 2009
Owh ya, aku ada bgtau kamu semua tentang hidup aku kt UMS(Universiti Malaysia Sabah) tak?
Malas la nk cerita suma benda. Panjang sgt.
Mari aku ceritakan tentang kisah aku dan rumate aku.
Kami sudah jadi rumate sejak hari pendaftaran lg. Dulu2, bilik 4 org, tp masuk Tahun 3, kami dapat bilik utk 2 org.
Kami ada rules dlm bilik.
1) Roomates x boleh tidur sekatil. Terlalu suspicious. Yela, dah ade katil masing2, ape kes?
2) Hari minggu, jangan kacau orang yang nk tidur sepanjang hari pon. Penting untuk regain energy!
3) Roomates juga tidak digalakkan untuk hanya keluar berdua pergi shopping. Takut orang cakap Lesbian pulak.
4) Gilir- gilir sapu sampah. (Weh, macam aku saja yang menyapu ni? Haha)
5) Stok makanan yang ada, adalah untuk dikongsi bersama. (Baik punya. Haha. Dia la rugi, sbb aku kuat makan)
Ada la beberapa lagi kot rules2 kecik, tp x igt la sekarang.
Selain itu, bilik aku adalah bilik paling terkenal untuk buat port. Dari 1st year lg. Aku pon xpaham. Kalo nak bincang apa2, mesti datang bilik aku. (Aku tau, ni mesti sbb katil aku yg ada daya magnet tu kan?? kan?? kan?? =P)
Jadi disebabkan orang selalu lepak bilik aku, aku ada ramai gila external rumate. Dan boleh kata hampir setiap malam la external rumate datang tidur bilik kami. Kalo Nichy datang (ada dimentionkan dlm entry ini ), dia akan tidur sekatil dengan aku, dan kalo Zubed (juga klik di sini ), dia akan tidur katil rumate aku.
Tapi semalam, masa Zubed tengah sibuk study, die tertidur atas katil rumate aku, dan occupy penuh satu katil (sila bayangkan Patrick Star yang tidur). Rumate aku yang sudah sgt mengantuk time tu, terpaksa tidur atas katil aku.
Mula-mula, aku hesitate gila la nk kasik. Langgar peraturan ni!! Tapi sbb kesian sgt, aku kasik la. Dan 10 minit lepas tu, tah macam mana, aku pulak ngntuk. Jadi aku pon naik tidur sekali dengan rumate aku. Awww~
Tak lama lepas tu, Zubed bangun untuk sambung study. Aku pon dengan kejamnye, kejut rumate aku yang sedang nyenyak tidur dan suro die sambung tidur atas katil die sendiri.
Fuh, selamat aku semalam. Haha~
0 Maki Hamun!:
Post a Comment