Mengapa Aku Benci Kenduri Kahwin
>> Friday, May 15, 2009
Ok, tajuk ini mungkin terlalu berbaur keras dan penuh dengan emosi yang tidak begitu kena dengan emosi asal sesebuah kenduri kahwin, yakni happy/bahagia.
Mungkin tajuk yang sesuai ialah "Mengapa Aku Malas Pergi Kenduri Kahwin".
Entry ini sengaja ditulis agar kamu semua tahu apa aku rasa. Atau mungkin juga ia sedikit sebanyak menggambarkan apa yang kamu turut rasa.
Straight to the point.
Umur 22, masih bujang, belum ada calon, dan belajar ilmu perubatan. Kamu pergi ke sebuah kenduri kahwin bersama ibu kamu. Makcik- makcik prihatin mula bertanya pada kamu. Kita mula dengan soalan basic sahaja dan aku akan cuba bagi jawapan yang aku rasakan agak kurang ajar (namun ini semua hanya monolog dalaman sahaja). Hahahaha.
a) "La, besaq dah anak hang ni no. Umuq 22 dah. Bila nk kenduri pulak?" - Kenapa tanya- tanya ni. Nak sponsor ke? Kalo boleh, anytime saja.
c) "Sudah ada calon ke?" - Owh, kalau ada pun, kenapa sibuk? Kalau tak ada, nak carikan? Bagi saja anak makcik yang kacak dan sasa tapi malas bekerja tu dengan saya. Jadi anak ikan saya.
d) "Belajaq apa? Medik? Huh, lambatla jodoh kamu macam ni.." - Ya, kesian kan saya makcik? Tapi kalau tiada perempuan yang sanggup menjadi doktor, alamatnya semua wanita- wanita di luar sana yang mahu melahirkan anak akan terkangkang luas pada doktor-doktor lelaki muda yang belum pernah kahwin pun. Macam mana kalau salah seorang wanita tu anak makcik? Apa makcik rasa?
Ok, cukup dengan makcik-makcik. Itu belum masuk aku berjumpa cikgu- cikgu sekolah rendah (terutamanya lelaki) yang kadang- kadang ingat aku masih berusia 8 tahun. Habis kepala aku nak disekeh dan bahu aku mahu ditepuk-tepuk. Dah takde kerja ke? Pernah kena tumbuk dengan perempuan? Nasib baik aku masih ingat jasa-jasa kalian mengajar aku satu ketika dahulu.Terima Kasih. Selamat Hari Guru. Tapi, tepuk tampar tu, tak perlulah ya!
Bagaimana dengan rakan-rakan perempuan sebaya aku yang cantik-cantik dan sungguh pandai bergaya hingga kadang-kadang menampakkan aku macam terlalu jakun sahaja. Mereka dengan kebaya merahnya, tudung berkilat-kilat, kasut tumit tinggi, berjalan persis seorang model. Sedangkan aku masih dengan
baju kurung Tingkatan Tiga dan tudung yang sungguh buruk dan hanya memakai selipar jamban? Itu belum masuk kes muka masih berjerawat (padahal umur sudah 22. Tapi aku dengar, mereka yang berdarah B memang cenderung untuk mengalami masalah jerawat. Betul ke?). Aku rasa sungguh rendah diri. T_T
Jadi, sejak 2-3 tahun lalu, aku telah berhenti pergi ke kenduri kahwin.Aku takut aku menjadi kurang ajar dengan makcik-makcik, menumbuk cikgu-cikgu lelaki, dan menangis bila ternampak perempuan sebaya yang cantik.
Baik duduk depan laptop mengarang kisah hidup aku yang sedih. Hahaha.
Mungkin bila sampai seru, ada calon dan rezeki, saya panggil makcik-makcik, cikgu-cikgu dan perempuan-perempuan cantik datang majlis saya ya!

b) "Ni anak dara ni, bila pulak?" - Aku mahu kamu tahu, aku cukup benci orang panggil aku anak dara. Geli semacam. Ah! Jika ada makcik-makcik diluar sana yang membaca blog ini, pesan dengan rakan-rakan, hentikan ya. Bukan aku seorang saja yang tak suka dipanggil begini.
c) "Sudah ada calon ke?" - Owh, kalau ada pun, kenapa sibuk? Kalau tak ada, nak carikan? Bagi saja anak makcik yang kacak dan sasa tapi malas bekerja tu dengan saya. Jadi anak ikan saya.
d) "Belajaq apa? Medik? Huh, lambatla jodoh kamu macam ni.." - Ya, kesian kan saya makcik? Tapi kalau tiada perempuan yang sanggup menjadi doktor, alamatnya semua wanita- wanita di luar sana yang mahu melahirkan anak akan terkangkang luas pada doktor-doktor lelaki muda yang belum pernah kahwin pun. Macam mana kalau salah seorang wanita tu anak makcik? Apa makcik rasa?
Ok, cukup dengan makcik-makcik. Itu belum masuk aku berjumpa cikgu- cikgu sekolah rendah (terutamanya lelaki) yang kadang- kadang ingat aku masih berusia 8 tahun. Habis kepala aku nak disekeh dan bahu aku mahu ditepuk-tepuk. Dah takde kerja ke? Pernah kena tumbuk dengan perempuan? Nasib baik aku masih ingat jasa-jasa kalian mengajar aku satu ketika dahulu.Terima Kasih. Selamat Hari Guru. Tapi, tepuk tampar tu, tak perlulah ya!
Bagaimana dengan rakan-rakan perempuan sebaya aku yang cantik-cantik dan sungguh pandai bergaya hingga kadang-kadang menampakkan aku macam terlalu jakun sahaja. Mereka dengan kebaya merahnya, tudung berkilat-kilat, kasut tumit tinggi, berjalan persis seorang model. Sedangkan aku masih dengan
baju kurung Tingkatan Tiga dan tudung yang sungguh buruk dan hanya memakai selipar jamban? Itu belum masuk kes muka masih berjerawat (padahal umur sudah 22. Tapi aku dengar, mereka yang berdarah B memang cenderung untuk mengalami masalah jerawat. Betul ke?). Aku rasa sungguh rendah diri. T_T
Jadi, sejak 2-3 tahun lalu, aku telah berhenti pergi ke kenduri kahwin.Aku takut aku menjadi kurang ajar dengan makcik-makcik, menumbuk cikgu-cikgu lelaki, dan menangis bila ternampak perempuan sebaya yang cantik.
Baik duduk depan laptop mengarang kisah hidup aku yang sedih. Hahaha.
Mungkin bila sampai seru, ada calon dan rezeki, saya panggil makcik-makcik, cikgu-cikgu dan perempuan-perempuan cantik datang majlis saya ya!
13 Maki Hamun!:
hehe...luahan isi hati yg sgt menarik
terima kasih =)
Sabar ye..ada jodoh axkemana..doa bnyk2..sape ckgu y slalu sekeh hng?
hahaha. aku x merungut sbb aku xde jodoh ke apa.
aku bising dengan makcik2, cikgu2 dan ppn2 cantik saje.
xleh la gtau, sbb hang kenai. hahaha
p/s: akhirnya ada jugak kawan sekolah rendah aku kt sini
yakin pada diri sndri tu pntg...setiap org ada klebihn trsndiri..mgkn xde pd org len..
meh aku tolong ko carikan calon supaya terdiam makcik2 sekalian.
bab cikgu sekolah rendah dan perempuan sebaya yang cantik tu aku susah sikit la nak tololg
weh, biar je la makcik2 tu nak cakap ape. semua org pun kena.
aku panas ngan ko ni.
"alamatnya semua wanita- wanita di luar sana yang mahu melahirkan anak akan terkangkang luas pada doktor-doktor lelaki muda yang belum pernah kahwin pun."
aku nak amik o&g dowh. sampai ati ko cakap camni.
Jamil: Carikan calon? hahaha. bukan skrg la. taun depan ok kot..
Mongue: Ala, kasi can la kt aku. Kalo x, aku dah xde ape nk tulis kt blog ni.hahahaha
Sila jgn panas dgn aku, sbb kalo aku nk beranak, aku x beranak kot dengan doktor laki. kalo specialty lain, mungkin x kisah. Sorry ya.
Kena tahan sikit la. Nak wat cam manakan, dah jadi budak medik. Taun depan hang cari la ye..
Zue: hahaha. tgk la. malas pikir lg
tgk org sebaya aku wat aku rs nak kawen jugak. tp mmg mustahil la skrg ni. aih....
tp best je pg kenduri kawen, tumpang gembira member tgh happy.
jgn pg ngan family je la, konfem nnt dtg la soklan2 camtu dr kwn2 parents. hahaha
aku inagtkan aku sorang je tak suka majlis kawin.. rupanya ko pun sama gak..
aku paling benci makcik2 yang prihatin sgt tanye bila aku nak kawin.. kalo aku dah ada calon sekali pun apa yang dia sibuk sgt
nak je aku jawab kalo aku kawin sekalipon tak ada nya aku nak buat majlis megalahkan artis kawin dan bermegah2 yang aku ni dah ada lagi...
Salam saudari pnulis blog yg dirahmati. .kte sama. .gua pn benci gi mjlis knduri kahwin wlaupn saudara mara..sjak dri zaman high school lgi. .lgi pn ni smua pntas2 drama mlayu cintun novel mmng kegelian gua. .hahaha pduli lah tnggapn org skeliling yg pnting kte tau baik bruk kte..anyway peace sis. . .
From shafari..
Post a Comment