Aku ada habit minum air masak yang banyak. Mana-mana aku pergi, mesti aku bawak air dlm beg (another reason nape aku pergi mana2 pon bwk bagpack =P).
Jadi bila ko slalu minum air banyak, mengikut logik akalnye (x payah masuk medical school dan pecah kepala macam aku pon xpe), kalau buah pinggang berfungsi dengan baik, ko akan buang balik air-air tu. Dalam erti kata lain
:Kencing. Ya, aku nak cerita tentang kencing kali ni. Tapi kencing waktu seram.
Zaman kecik-kecik, bila minum air banyak2, malam2 takut nak pergi tandas, ko boleh la kencing je atas tilam tu (macam aku slalu buat kecik2. Hehe). Tapi bila dah besar, apa kes buat mcm tu? Jadi kalo korang nampak kawan2 korang kt asrama x pasal2 sidai tilam kt luar tu, korang paham2 jela ek. Haha.
Ok, jadi bila seruan sudah tiba, especially pukul 2-3 pagi, nak x nak, kena la pergi menyahut seruan tu. Mungkin ada yang akan ajak rumate/kawan teman pergi tandas, tapi dalam kes aku ni, aku x pernah ajak la. Sebab aku xnak kacau orang tengah sedap tidur. (Sama macam aku x suka orang kacau aku tidur)
Maka pergilah aku berseorangan ke tandas pagi2 buta. Bila dah lama sangat duduk asrama, ko akan terbiasa dengar cerita-cerita yang x bagus tentang tandas (terutamanya kalau pergi tgh malam/ pagi buta).
Cerita satu: Kau sedang gosok gigi bersama kawan ko yang berada sebelah ko. Kemudian dia tanya ko, " Eh, ko pernah dengar cerita hantu masa gosok gigi x? Dia gosok gigi pakai pisau, berdarah2 mulut die tau!". Kemudian ko akan jawab, "Macam mana tu?". Dan part seram akan berlaku bila rakan ko panggil ko dan cakap " Macam ni lah!", dan bila ko pandang kawan ko, die sebenarnya adalah hantu yang sedang gosok gigi dengan pisau dan mulut die penuh dengan darah. Ini cerita klasik sekolah asrama dari dulu lagi.
Cerita dua: Tandas asrama selalunya panjang dan ada banyak bilik air kan. Satu hari, ko masuk tandas yang paling jauh dan hujung. Kemudian ko dengar suara budak kecik mengira "...Satu...Dua...Tiga...Empat...Lima...".(Ini kes kalau ada 6 pintu dalam tandas berkenaan) Kemudian suara tu diam. Kemudian suara tu akan cakap mcm ni " Eh, dah jumpa!". Erti kata lain, die check toilet lain, semua kosong. Cuma yang hujung (yang ko ada malam2 tu, sedang buang hajat) tu, berkunci, maksudnya die dah jumpa ko. Seram x ada bunyi suara budak kecik mengira malam2 dalam tandas?
Cerita Tiga: Ko sedang basuh baju di bilik basuh (kira adik beradik tandas la ni kan?) bersama seorang kawan (aku x tahu kenapa dalam cerita hantu selalu ada kawan). Kemudian semasa sedang sibuk basuh baju bersebelahan kawan ko tu, berus basuh baju ko terpelanting dekat2 dengan kawan ko. Ko pun tunduk nk kutip berus tu. Bila ko tunduk, ko perasan yang kawan ko tu xde kaki. Ko diam saja, kutip berus tu, dan teruskan semula basuh baju. Bajet cool. Kemudian kau pon cakap kt kawan mcm ni "Eh, aku blah dulu la ye..". Kemudian kawan a.k.a hantu takde kaki tu akan cakap mcm ni dkt ko " Ooo... ko nak blah awal2 ni, dah tau ek?". Moral of the story, hantar dobi sajelah baju2 korang tu. Haha.
Jadi berdasarkan cerita-cerita yang aku slalu dengar ni, aku develop satu habit. Bila aku masuk tandas panjang yang byk pintu, aku akan tolak setiap pintu dengan kaki, untuk make sure xde benda menyorok dalam mana2 toilet.
p/s: Pelikkah tindakan aku itu?
Read more...