Pernah dengar term "kena tindih" x? Ala, kalo korang sekolah asrama, mesti ade kawan2 korang cerita, semalam diorang kena benda tu time tidur.
Aku rasa, semalam buat pertama kali dalam hidup, aku rasa aku kena benda tu la. Tapi mcm mana? Bukan ke hantu setan sume kene ikat bulan2 posa ni? Apa ni?
Ok, meh aku crita sikit mcm mn benda tu jadi, sbb die jadi dgn sgt cepat, dan aku lega gila aku dpt keluar dari situasi tu dgn cepat gk. Alhamdulillah.
2.10am- Aku decide nak tidur. Sbb aku xnak esok aku lembik n x dpt nak study (Isnin, Selasa, Rabu aku exam)
2.12- Aku naik atas katil, once aku landing je, aku trus pejamkan mata. Silap aku jugak la, sapa suruh x baca doa ke apa
2.XX- Aku rasa, dua tiga minit lepas aku pejam mata, aku terus tertidur kot, sbb penat gila semalam. Aku start mimpi.
Aku mimpi aku ade anak perempuan. Dan budak tu ada asthma. Dalam mimpi tu, anak aku amek gambar satu album, dan mesti ada bayang2 perempuan berbaju hitam dalam setiap gambar die. Dan die tgh flip gambar2 die, tunjuk dekat aku...
Aku tahu itu benda x elok, jadi dlm mimpi tu, aku baca doa apa tah, utk hilangkan bayang2 perempuan tu dalam every gambar anak perempuan aku.
Aku berjaya, tapi anak perempuan aku muncul dengan satu lagi album gambar yg menunjukkan betapa susahnya die nak berpisah 'jiwa' dengan perempuan tu. Setiap gambar die mesti tunjuk sama ada die menjerit, gambar tu tinggal separuh badan die saja, or mcm ade angin kencang yang datang dari tingkap bilik (series ni).
Aku berjaya hilangkan gambar bayang perempuan tu (dalam mimpi tu, aku sebut nama Allah kuat2 beberapa kali), tapi susah gila....
.....dan end up dengan aku tiba2 terjaga, dan aku sesak nafas, dan aku rasa dada aku berat gila, aku x dapat nak bercakap, dan x dapat gerak, even x dapat nak bernafas pon!--> This is no longer a dream! I was really awake.
Satu2 benda yang aku fikir time tu, nak sebut Allah saja. And trust me, I tried very hard. Beberapa kali aku cuba jerit sebut Allah, tapi mulut aku macam terkunci, dan x dapat bersuara. Aku try ada la beberapa kali, dan bila x dpt jugak lagi, aku memang berdoa kuat agar aku dapat keluar dari situasi tu.
Aku cuba baca ayat Kursi kuat2. Percubaan kedua, aku dapat baca dengan kuat! Alhamdulillah!
Once elok je aku dapat bangun dan bercakap, aku panggil rumate aku dan cakap, mcm aku baru lepas 'kena tindih' .
Pastu die cakap, patut lah die dengar ade bunyi orang bisik2/ hissing dengan sangat sgt kuat dan lama, tapi die takut nak cek dan die abaikan dan anggap je tu earphone die yang rosak.
Kemudian, aku amek Quran, dan letak sebelah aku semalam. Dan aku jugak baca ayat Kursi tatau la berapa kali, sampai aku tertidur.
How was that incident possible? Oh gila~
p/s: Aku harap benda tu x jadi lg dekat aku. Takut gila, dan lebih takut kalau aku x dpt keluar dari situasi tu! Tapi syukur Alhamdulillah gila....kalaulah aku x dpt bangun terus... T__T
Read more...