Hooo! Mari Menari Tarian Ini!
>> Sunday, May 31, 2009
Perasan pandai je pon....
b3cAuSe LiF3 iS t0o w0nDeRfuLlY w3iRd t0 b3 wAsTeD
Haritok kamek sama kawan2 pergi Fort Margherita. Malas nk cerita panjang. Nnt korg boring. tgk jelah apa yg aku snap ni. Sekian.
Bila aku sudah mengantuk dan nak tidur, ada pulak manusia tanya soalan mcm ni..
"Korek idung pakai apa?".
Cet!
Jawapan: Ibu jari kaki.
Sekian, wassalam.
Satu malam yg sunyi, bosan dan panas (insert bunyi katak dan angsa di sini)
Aku: Abah, tgh buat apa. Yadayadayadayadayada... Tolong topapkan num celcom Amy. Rm10 pon pon xpe. TQ
Lame diam xde reply.. Sejam kemudian:
Abah: Ok, sat na. Abah baru balik surau td, hp tggl kt umah.
Aku: OK.
10 min kemudian, abah pon topapkan. Aku sebagai seorg anak yg konon2 grateful pon reply:
Aku: Trima Kasih daun keladi. Hehe
Abah: Apa TQ2. Masuk bil la...
Cet, xtau la dah berapa ratus ribu bil aku tu kalo nk bayar esok2 bila dah kerja. Mau habis gaji dengan bayar bil saja gamaknya...
Manusia hanya merancang, tp Tuhan yg menentukan. Benda yg slalu gila dgr kan? Nak dijadikan cerita, semalam kami ponteng kelas beramai2 kan? Sebenarnye, yg kira "kepala" ajak ponteng tu, Azreen (x, aku x slhkan ko ke apa, tp saja je nk crita). Kami sumer pon xdela kesah. Ok je, sbb pergi ward pon, mcm ler boleh pandai. Hehe
Daripada 13 org yg sedang berelektif di sini, 10 buat posting medicine, dan lg 3 buat paediatrics. Azreen ni buat paeds la. Sebelum kami ponteng tu, aku tanya die, ok ke korg nk ponteng ni? sbb korg 3 org saja, jadi kalo ponteng, org nmpk sgt, sbb time tu kebetulan, xde budak Uni lain buat paeds. Tapi medicine mmg ramai. but since dorg insist jugak and ckp xpe, ok je kalo ponteng, oh well~
Jadi selepas puas bergembira semalam, kami pon kembali bertugas hari ini. Mula2 takut la nk pergi pg td, kot2 org perasan la yg kami ponteng. Rupa2nya, xde sapa pon yg peduli. Yatta! Boleh la buat selalu. (tahun lepas, aku buat elektif di hosp Parit Buntar pon, aku pergi seminggu je daripada 4 minggu yg wajib. Nasib baik dpt A jugak. LOL)
Rupa2nya geng2 paeds telah dikesan ponteng, maka hari ini mereka kena buat extra work! Haha! Kena pergi petang dan siap present cases lg. Ah~ Selamat bertugas (lebih masa) buat Azreen, Shafika Derahman dan Azhari! =P
p/s: Aku nk pergi smbung makan sugar cracker ni. Bes siot! Dan aku skrg tgh mengidam nak makan donut Big Apple. Oh~ mengapa mesti mengidam kt tmpt yg susah nk cr benda2 tu!--> mode homesick T__T
Satu malam yg membosankan, aku dan Nija sedang berbaring2 dan cuba membuat sebuah lagu..
Aku came out dengan lirik utk ayat pertama:
" If I see your face again......"
Namun, usaha kami terhenti kerana bait2 seterusnya, semuanya mengarut dan x dpt diterima akal...mungkin x sesuai untuk diceritakan di sini. =P
Itu belum masuk lagi bergaduh pasal royalti untuk lagu, termasuk perasan akan membuat persembahan mcm Yuna, macam mana nak skip kelas, dan terbayang Dean panggil sbb slalu ponteng untuk buat show...
Tapi kami lupa, lagu kami masih satu ayat...
p/s: Kami memang perasan. X boleh jadi penyanyi/komposer langsung. Haha
1) Aku tak pandai tp Allah bg jugak chance jadi doctor (insyaAllah graduating within 1 year time). I just love the idea of making my parents proud of who I am now. This is the least I could do. TQ for those long hard years of bringing me up...
2) Emak adalah seorang pesakit barah payudara (was diagnosed in 2003), but Alhamdulillah skrg dah baik, dan harap2 sgt mak sihat dan xde ape2 complications. Aku dah x sanggup nak lalui fasa mak sakit ni.
3) Physically rasanya tidak lah terlalu hodoh sampai menjadi bahan ejekan masyarakat. LOL. (ini kisah SPP la ni... tp ini private joke yg sudah lapuk, kalo aku cerita pon takde sapa paham kecuali Pika and Nija)
4) Walopon miskin hina, tetapi masih mampu beli DSLR (ahahahahaha).
5) Mempunyai ibu bapa yg tidak memanjakan aku melampau2 masa kecil, jadi bila besar aku boleh survive di mana2 saja, under apa2 conditions pon...
6) Sudah lama ade lesen kereta yg membolehkan aku pergi mana2 saja aku nak tanpa halangan (dan parents aku pon x pernah kisah)
7) Continuation dr num 6, mempunyai ibu bapa yg percayakan aku almost 100% (even aku lwn ckp kadang2, aku x tipu parents aku)...
8) Mempunyai kawan2 yg baik dan kadang2 terlampau baik smpi aku naik segan. Minta maaf. Aku x pandai mengekspresikan perasaan..LOL
9) Lulus PTS (lompat kelas, darjah 3 naik darjah 5 tu..) pada tahun 1996, satu2nya budak yg lulus kt skolah aku time tu, jadi skrg, aku muda setahun dr rakan2 batch yg lain. Jgn jeles korg =P
10) I came from a mixed descendant of Malay (abah) and Chinese (mak).
11) Mempunyai blog yg berwarna warni, dan sgt syg pada blog ini. Terima kasih pada yg sudi membaca =)
Sekian =)
p/s: Aku x dpt attend ward harini, sakit perut, but I'm grateful because at least I'm still alive! Alhamdulillah ~
Aku adalah kategori manusia yg malas nak senyum. Tak tahu kenapa, tp dr kecik lg malas. And honestly speaking, I like myself better that way.
Masalah timbul bila org slalu komplen knapa muka aku asyek masam. Aku pon x paham. Series selalu gila. Ini antara episod2 aku ditegur oleh orang tentang kemalasan aku nak senyum:
1) Ditegur Bonda Norhayati (Pengetua SmapK) semasa amek result SPM. Dia cakap cmni, " Cuba la senyum sikit, tgk macam kwn kamu sebelah tu (merujuk kepada Hayati Talib), sebab selalu senyum la die ada boyfriend..". Erk? Ada sapa nk komen pape? Hahahaha.
2) Selalu gila ditegur mase pergi tuisyen add maths masa zaman sekolah menengah oleh Cikgu Latip. Eh cikgu, saya byr dah kan yuran tu? (aku pergi tuisyen tp x pandai2 pon, hampeh sungguh. Takkan sebab x senyum kot? LOL).
3) Ditegur beberapa kali semasa posting Orthopedics oleh Mr. S (weeeee), kenapa muka nampak risau dan masam. Selalunya akan ditanya macam ni , " Kenapa masam saja Amy? Kamu gaduh dengan boyfren ke semalam?". Penerangan- saya xde bf la Mr. S. Kamu nak jd bf saya x? Hehe. Owh ya, Mr. S adalah lecturer Orthopedics yang sudah berkahwin, berusia 42 tahun dan aku rasa anak dia paling kurang 4 org. =P
Banyak lg la occassions tp malas nk cerita semua sbb nnt korg pon penat nak baca aku membebel kan? Jadi bila dtg Sarawak ni, aku pon berjinak2 senyum dalam gambar, tp kesudahannya, rumate aku ckp, muka aku jadi pelik dan x sesuai. Mesti sebab x biasa kan? Siap die ckp, jadi muka menggoda lg. Weyh, kalo Mr. S tgk gambar tu, die tergoda x agak2? LOL
Jadi aku buat kesimpulan, muka aku ni, sesuai buat neutral saja kot. Jadi toya, muka xda perasaan. Dah senyum salah, x senyum pon salah, apa lg nak dikata?
Aku dan rakan2 telah berjaya menjejakkan kaki ke Bako National Park semalam. Cantik xtahu nk ckp, dan x tergambar dek kata2 mahupon dicapture oleh mana2 camera. Pergi lah sendiri.
Meh aku ltk skit gambar2 semalam. (ade la sumenye dlm 800keping kot, sbb cmpur2 kamera kan.)
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada kwn2 sbb kita dh berjaya masuk final year. Yeay! Seronok2 jugak, tp takut lg byk kot..
Bila dah masuk final year ni, aku bercita2 untuk study dengan lebih tekun dan kuat
Aku akhirnya berjaya mendapat seringgit pertama dr Nuffnang setelah seminggu pasang iklan.
Yeay. rm49 to go!
=P
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP